BUAH LIMAU BALI (Citrus grandis) merupakan sejenis buah tropika yang sesuai ditanam di negara kita Malaysia dimana ia merupakan sejenis buah-buahan dari keluarga Rutaceae. Limau bali merupakan antara jenis limau yang paling besar dalam keluarga limau (citrus family) dimana iaitu nama sinonim bagi buah limau bali ini adalah juga sebagai Citrus maxima. Nama lain limau bali adalah seperti Limau Kepala Besar, Limau Tambun, Limau Pomelo dan sebagainya. Saya memang suka akan memakan limau bali dan terlibat dalam penananam limau ini secara meluas ketika bertugas di Melaka dahulu semasa perlaksanaan projek MIADP. Beratus ekar tanaman Limau Bali telah dimajukan di kawasan tanah terbiar sekitar tahun 1988 dan berjaya menghasilkan beratus tan buah limau bali. Pada masa ini dilaporkan seluas 1,066 hektar limau bali di tanam di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 15,590 metrik tan (Laporan Booklet Ststistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia, 2024). Kawasan utama penanaman dan pengeluaran limau bali adalah di Negeri Sabah diikuti dengan Johor (Khususnya di Jementah, Daerah Segamat) dan Perak (Kawasan Ipoh-Tambun) serta beberapa daerah di Kedah. Penanaman limau bali ini sudah dijalankan secara komersial iaitu tanaman monokrop dan juga sebagai tanaman selingan dikawasan dusun atau pun dikawasan keliling rumah. Benih limau bali mudah disediakan melalui aktiviti mengetut (marcotting) dan pokoknya memang cepat membesar setelah ditanam. Pokok limau bali juga merupakan antara jenis pokok limau yang dilapor sederhana tahan dari serangan Penyakit Citrus Greening Disease (CGD) berbanding dengan jenis limau manis yang lain. Pengeluaran musim limau bali adalah berada dipuncak (peak season) sekitar bulan Ogos setiap tahun walau pun ia mampu berbuah sepanjang tahun. Saya ada menulis artikel sebelum ini mengenai Limau Bali (Sila klik disini), (Melomas - Sila klik disini) dan (Sila Klik disini). Artikel subuh Khamis ini saya sembang dengan menulis didalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kisah menarik dan fakta hasil limau bali yang berdasarkan kepada beberapa laporan media untuk dijadikan bahan rujukkan semua.
Pada penulis blog awalnya perlu dikongsi dan disembangkan akan khasiat Limau Bali (Pomelo) yang mungkin masih ramai belum tahu. Limau bali (pomelo) dikenali dengan nama saintifiknya sebagai Citrus maxima atau Citrus grandis. merupakan tanaman agak popular di kalangan beberapa petani di Malaysia. Ia adalah dari kumpulan buah-buahan sitrus seperti limau, oren, dan limau gedang (grapefruit). Apa pun seperti di atas dimana di Malaysia dimana limau bali banyak ditanam di Perak, Kedah, Melaka, Kelantan dan Johor manakala di luar negara ia ditanam secara meluas di China Selatan, Thailand Selatan, Selatan Jepun, Taiwan, India Selatan, Papua New Guinea, Indonesia dan Tahiti. Pokok limau ini merupakan spesies yang tumbuh tegak setinggi 15 meter dengan mahkota bulat. Pokok ini apa yang penulis blog lihat ia mempunyai daun berbentuk elips dengan berukuran 4 hingga 8 inci. Bentuk buahnya bervariasi dari bentuk bulat hingga bentuk pir. Buahnya berukuran diameter 30 cm dan berat sekitar 9 kg. Warna isinya berwarna kuning kehijauan, merah jambu, kuning atau merah dan terbahagi dari 11 hingga 18 segmen. Buahnya mempunyai rasa manis hingga agak berasid. Selain dimakan buahnya, limau bali sering diolah dalam bentuk jus. Limau bali merupakan buah yang sangat popular terutamanya ketika musim Tahun Baru Cina. Kaum cina mempercayai limau bali membawa tuah kepada rumah tangga serta melambangkan perpaduan keluarga. Limau ini di sasarkan keluar pada bulan tersebut dimana di jual di pasaraya, kedai runcit, on-line, tepi jalan dan juga di pasar besar. Bagi penulis blog memang agak kurang membeli limau bali sebab selelu diberikan percuma oleh petani semasa tinjauan ke lokasi penanaman. Paling seronok apabila pokok limau bali ini boleh berbuah sepanjang tahun akan tetapi bagi kalangan petani komersial mereka akan membuat program agar limau ini di hasilkan pada bulan-bulan tertentu sahaja setiap tahun seperti pada Jan-Feb dan Julai-Ogos saban ikut musim perayaan kaum Cina.
Perlu tahu apakah dia beberapa khasiat dan hebatnya dari limau bali yang sesuai di sembangkan. Pertama dimana khasiat limau bali atau Pomelo untuk kesihatan sebab ia Tinggi Vitamin C sama seperti buah-buahan sitrus yang lain, buah limau bali amat sinonim dengan Vitamin C yang diperlukan oleh tubuh manusia. Vitamin C merupakan sumber utama asid askorbik yang digunakan untuk meningkatkan sistem imun. Vitamin C juga adalah antioksidan yang dapat mendorong aktiviti sel darah putih dan mecegah radikal bebas yang boleh merosakkan organ tubuh. Ia mengurangkan gejala batuk, selesema, demam dan gejala serius atau jangkitan virus, mikrob dan bakteria kerana fungsinya yang membantu menguatkan semula sel-sel imun dan juga antibodi. Bagi penulis blog dimana ini dapat melindungi tubuh dari ancaman gangguan bakteria serta virus yang menjadi penyebab kepada penyakit. Limau Bali dilaporkan ia adalah buah yang Baik Untuk Kesihatan Jantung dimana ia adalah sumber kalium yang hebat di mana sebiji buah menyediakan 37% dari keperluan harian. Unsur zat Kalium (K) pada limau bali akan bertindak membantu melepaskan ketegangan pada saluran darah dan melancarkan peredaran darah dan pengoksigenan organ. Ia berpotensi menurunkan tekanan pada jantung dan juga mengurangkan kemungkinan serangan jantung, aterosklerosis dan strok. Memakan buah Limau Bali akan membantu Mengurangkan Kekejangan juga berpunca daripada kandungan kalium pada limau bali mampu untuk mengimbangi cairan dalam badan yang merupakan aspek penting untuk mengurangkan kekejangan otot dan juga kes kekakuan. Kes kekejangan juga biasanya disebabkan oleh kekurangan cecair dan elektrolit seperti magnesium, kalium dan natrium dimana zat natrium juga terdapat dalam jumlah yang banyak dalam buah limau bali. Di laporkan sama seperti juga buah-buahan sitrus lain, buah limau bali juga amat kaya dengan serat. Pengambilan serat dalam diet membantu sistem pencernaan yang baik dimana ini sekaligus didakwa akan membantu mengawal berat badan dan mencapai berat badan impian atau berat yang ideal.
Buah limau bali ini terutama yang buah segar dan berkualiti dilaporkan dapat Membantu Penyerapan Zat Besi dimana ada risiko untuk mendapat anemia kekurangan zat besi boleh dikurangkan dengan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi. Apa pun memang amat digalakkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan vitamin C kerana vitamin C dapat membantu badan menyerap zat besi dengan lebih baik. Bahan zat besi (Fe) mudah di serap setelah di makan buah limau bali. Apa pun khasiat seterusnya memakan limau bali akan menjadi Awet Muda ia bersifat anti-penuaan. Kandungan Vitamin C yang tinggi yang terdapat pada limau bali mempunyai aktiviti antioksidan yang menghapuskan radikal bebas yang dilihat ia berbahaya. Apa pun radikal bebas adalah penyebab dimana berlaku penurunan isu kulit yang mengakibatkan tanda-tanda penuaan pramatang seperti kulit kendur, kedutan dan bintik-bintik usia. Pembaca blog semua di syorkan agar lebih rajin memakan buah-buahan yang tinggi Vitamin C antaranya adalah BUah Limau Bali yang mudah di dapatkan di Malaysia. Ini kerana pengambilan buah ini yang sering dan kadar tinggi memang ada pengambilan Vitamin C yang optima bagi dapat mengelakkan masalah ini. Seterunya buah ini akan Menjaga Kesihatan Gigi dan Gusi sebab ia menjadi sumber Vitamin C yang hebat, buah limau bali dapat membantu menjaga kesihatan gigi dan juga gusi. Kes kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan pendarahan gusi dan gigi longgar. Ia dilihat bermanfaat untuk mengatasi gusi berdarah kerana kolagen yang terdapat pada buah ini berguna untuk mewujudkan keseimbangan dan kesihatan gigi dan gusi serta akan dapat melindungi gigi dan gusi dari jangkitan bakteria. Paling banyak setiap biji limau bali adalah Kulitnya yang Tebal dan perlu di buang sebelum mengambil isinya. Apa pun kajian saintis mendapati jika Kulit Buah Limau Bali Bersifat Antibakteria dimana selalunya selain khasiat limau bali yang didapati secara oral, kulit limau bali juga mungkin mempunyai sifat antibakteria dan antifungal. Lazimnya kulit limau bali sering digunakan dalam essential oil untuk membantu meningkatkan kesihatan luaran di samping memberi aroma yang mampu untuk menenangkan. Kulit limau bali juga sesuai digunakan sebagai pewangi semulajadi. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segman iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Par4 4 yang sesuai disyor baca semuanya. Semuga tulisan ini berikan maklumat berguna kepada semu apembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..LIMAU BALI...BUAH POMELO IA SAMA...
BERSAIZ BESAR...ORANG CINA SUKA...
DUA VARIETI POPULAR...APAKAH DIA...
MEMBACA ARTIKEL...ILMUNYA DI TERIMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Ramadan 1446H).
Bersamaan 13 Mac 2025.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.