BUAH RAMBUTAN (Nephellium lappaceum) merupakan sejenis buah-buahan tropika dari keluarga Sapindaceae yang mana ia ditanam untuk menghasilkan buah yang selalunya ia dimakan segar. Luas tanaman rambutan di Malaysia kini seluas 12,372 hektar dengan anggaran hasil pengeluaran sekitar 54,286 metrik tan (Sumber: Booklet statistik tanaman Sub-sektor Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2024). Keluasan tanaman rambutan dilaporkan pada 1980'an adalah mencecah lebih 40,000 hektar. Pokok rambutan selalunya ditanam di kawasan keliling rumah dimana ia dahulu di bantu penanaman oleh Jabtaan Pertanian Malaysia di bawah Program Agriculture Input Diversification (AID) dimana benih ditanam di kawasan kebun dan keliling rumah. Kini petani tidak banyak yang menanam rambutan secara 'monokrop' kerana ujud faktur pulangan yang rendah akibat permintaan buah rambutan serta pengeluaran yang bermusim yang hampir serentak dengan jumlah yang banyak. Rambutan adalah sejenis buah tropika bermusim yang mana ia berbuah daripada bulan Julai hingga September setiap tahun dan ia bergantung kepada lokaliti dan varieti. Di Malaysia terdapat banyak jenis rambutan yang ditanam diantaranya seperti Rambutan Anak Sekolah (R196), Rambutan Mas Gading (R156), Rambutan Deli Baling, Rambutan Gula Batu dan beberapa varieti lagi. Walau pun pokok rambutan di negara kita banyak hasilnya setiap tahun tetapi ada kalanya ia tidak dituai kerana harga jualan yang murah. Bagaimana pun di negara jiran Thailand pula pokok rambutan dijaga dan dituai seterusnya dieksport ke Malaysia setiap tahun sejak sekian lama. Buah rambutan kurang mendapat sambutan dikalangan golongan muda menjadikan ia kurang potensi pasaran. Bagi penulis blog yang sudah 18 tahun menulis blog dan di baca oleh hampir 40 juta pembaca ada sekitar 20 artikel mengenai rambutan. Bagaimana pun semasa off-season harga runcit rambutan mampu mencecah RM12.00 sekilogram. Artikel subuh ini saya sembang dengan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa kisah buah rambutan dilaporkan di media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.
Dalam portal sinarharian.com menarik kisah 'Kelantan hasilkan cuka rambutan, dokong' untuk produk ini disembangkan. DIlaporkan Kerajaan Kelantan melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan (PKPNK) dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli berjaya menghasilkan cuka daripada rambutan dan dokong bagi mengatasi masalah lambakan buah-buahan tempatan itu. Idea itu tercetus selepas Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Kelantan, Tuan Mohd Saripudin yang mendengar keluhan penduduk kampung mengenai lambakan hasil setiap kali musim buah. Apa pun menurut Pegawai Eksekutif Pengeluaran dan Kualiti PKPNK, Hannis Mohd Asri berkata, rasa cuka rambutan dan dokong itu sama sebagaimana yang dihasilkan daripada buah tin serta epal. Mereka mendapat geran daripada kerajaan negeri pada tahun 2019 kemudian selepas itu negara dilanda Covid-19. Pada hujung 2021 mereka mula balik dengan menyiapkan kilang dan sebagainya. Alhamdulillah pada tahun ini cuka rambutan dan dokong telah berjaya dikeluarkan dan masih lagi dalam proses penyelidikan dan pembangunan (R&D). Sebagai permulaan sebanyak 2,500 botol telah dihasilkan untuk diperkenalkan dalam kalangan kakitangan kerajaan negeri bagi membolehkan mereka mencuba dan merasai sendiri khasiat cuka tersebut dimana cuka rambutan dijual pada harga RM30 manakala dokong RM35 sebotol. Memang kerajaan Kelantan melalui PKPNK dengan kerjasama UMK Kampus Jeli berjaya menghasilkan cuka daripada rambutan dan dokong. Dilaporkan rambutan dan dokong tersebut diperoleh terus dari penduduk kampung tanpa menggunakan orang tengah. Setakat ini kami memperolehi satu tan rambutan dan dokong. Proses untuk menghasilkan cuka berkenaan mengambil masa selama 60 hari. Memang agak besar harapannya agar produk ini mendapat sokongan padu daripada pengguna apabila ia masuk ke dalam pasaran nanti kerana ia juga memperoleh sijil halal.
Dalam kes lain masih juga di Kelantan dimana 'Arang kayu rambutan pun laku bulan Ramadan' agak unik kisahnya. Penulis blog ada menonton di TV dimana Mohd Napi sedang mengisi arang yang siap diproses daripada kayu rambutan di Kampung Padang Mokkan, Peringat, Kota Bharu dan kemudian ada media cetak laporkan dalam kosmo.com. Dilaporkan dimana ada seorang pengusaha kilang arang di Kampung Padang Mokkan, Peringat tidak menang tangan apabila menerima tempahan lebih 10,000 bungkus arang bernilai kira-kira RM27,000 sejak hari pertama Ramadan tahun 2025 ini. Baginya dia perlu mencari dan membeli bekalan kayu pokok rambutan lebih banyak daripada pembekal bagi menampung permintaan pelanggan sehingga hujung bulan ini. Kini jualan arang kayu meningkat hampir tiga kali ganda pada Ramadan kerana peniaga makanan membelinya secara borong untuk keperluan memasak lauk-pauk atau kuih-muih. Dia tidak menyangka permintaan terhadap arang tahun ini sangat menggalakkan meskipun proses pembuatannya mengambil masa hampir tiga minggu. Dakwanya ada kira-kira 10,000 bungkus arang dengan setiap bungkusan seberat dua kilogram yang dijual pada harga RM2.70 habis dijual sejak minggu lalu. Arang kayu ini diperbuat menggunakan kayu rambutan. Kayu tersebut sesuai digunakan kerana arangnya tahan lama dan bara yang dihasilkan lebih baik yang kilangnya di Kampung Padang Mokkan, Peringat, Kelantan. Produk arang di kilang kecil yang diusahakannya sejak 30 tahun lalu itu mengguna lima buah relau dimana kilang arang itu diusahakan selepas mengambil alih daripada rakannya dan masih mengekalkan kaedah pembuatan bahan tersebut secara tradisional. Proses untuk pembakaran kayu mengambil masa yang lama untuk ianya dapat menghasilkan arang. Bekalan kayu diperoleh daripada pembekal di Pasir Puteh dan Bachok. Kayu yang dibawa pembekal ke kilang akan diperiksa terlebih dahulu bagi memastikan arang yang dihasilkan berkualiti dan dapat memenuhi permintaan pelanggan.
Bagaiman pun paling seronok membaca kisah 'Terkejut harga rambutan di Mekah RM87.61 untuk 750gram' yang wajar disembangkan juga. Dilaporkan dalam portal hmetro.com dimana sudah tular di media sosial apabila seorang rakyat Malaysia di Mekah memuat naik gambar harga rambutan yang mahal berbanding harga tempatan. Menurut perkongsian BangChik di akaun Facebooknya, rambutan dengan berat 750 gram itu berharga 72.95 Saudi Riyal bersamaan RM87.61. Berbanding pula dengan harga rambutan di Malaysia dimana kebiasaannya orang ramai boleh mendapatkan dengan harga serendah RM10 bagi setiap kilogram dan mudah didapati di kawasan-kawasan kampung. Dia beritahu jika kalau ada di Malaysia itu makanlah puas-puas sebab di Arab Saudi harga memang sangat mahal sekali.
Berlainan dengan portal borneopost.com melaporkan dimana 'Rambutan Anak Sekolah Pantu dieksport ke Dubai' sesuai di sembangkan juga. Rambutan Anak Sekolah (R163) dari Sarawak kini menjadi pilihan ekoran kualiti tinggi dan memenuhi kehendak pasaran terutama yang di tanam petani Ruman Nimong, Pantu di Sri Aman kini mendapat permintaan dari Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Kini FAMA Sarawak akan mengeksport kira-kira 500 kilogram rambutan Anak Sekolah ke Dubai hasil permintaan sebuah pasar raya besar di sana. Rambutan ini merupakan hasil keluaran petani tempatan di bawah Skim Ladang Kontrak dari Rumah Nimong, Pantu di Sri Aman dan usaha ini juga merupakan hasil kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta agensi kerajaan yang lain. Semua kerja memproses dan membungkus dijalankan di FAMA Bahagian Samarahan sebelum dieksport ke Dubai dimana kesemua rambutan dipilih terlebih dahulu mengikut indeks kematangan. Hanya buah dalam kategori indeks 3 dan 4 dengan berat lebih 25 gram sahaja yang sesuai untuk dieksport ke luar negara iaitu kuning kesumba dan merah kesumba. Bagi mencapai tahap kualiti yang dikehendaki maka rambutan perlu dikendalikan dengan sebaiknya bermula dari amalan ladang, pengendalian lepas tuai hingga ke peringkat pemasaran. Buah sebaiknya dipetik pada waktu pagi dan petang semasa cuaca sejuk dan terus dihantar ke pusat pembungkusan dengan secepat mungkin untuk penyediaan. Apa pun bagi mengekalkan kualiti dan kesegaran buah rambutan disimpan sementara pada suhu 10 hingga 12 darjah celsius dengan kadar kelembapan relatif 90 - 95 peratus selama dua minggu. Semasa proses pembungkusan tersebut dilakukan, buah rambutan perlu melalui empat peringkat iaitu pemilihan buah yang elok, rendaman dalam air berais selama 10 minit, pengeringan dan penimbangan sebelum dibungkus. FAR+MA dakwa rambutan Anak Sekolah juga mendapat permintaan dan dieksport ke Amsterdem, Belanda. Anggaran setiap seminggu sebanyak dua tan rambutan keluaran petani dari Sungai Limo, Lundu dieksport ke Semenanjung Malaysia. Dilaporkan bahawa selain rambutan, hasil pertanian seperti pisang repok dan kelapa juga mendapat permintaan tinggi dari pasaran luar. Artikel ini di tulis dalam 4 segman iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat sesuai dijadikan bahan bacaan dan rujukan pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.