Selain daripada tumbuhan rumpai Selaput Tunggul atau disesetengah tempat ia dipanggil sebagai 'Daun Ulam Gila' mungkin ramai yang tidak tahu jika ada kegunnaan yang agak ajaib dari pokok selaput tunggul ini. Mungkin juga ramai dakwa jika pokok selaput tunggul in tidak berguna tetapi rupa-rupanya. Pokok ini banyak didapati di kebun terbiar. dalam satu testimoni untuk kaedah perubatan tradisional penulis pernah melihat kegunaan daun selaput tunggul digunakan. Daunnya ini apabila di lenyek akan mengeluarkan sejenis bau dimana jika di masukkan kedalam mulut rasanya adalah PAHIT sedikit. Menurut seorang yang penulis blog jumpa dan tinggal di desa dimana dia akan mengambul sehelai daun selaput tunggul yang segar dan kemudian di basuh dan dia amalkan memakannya begitu sahaja selang 2 hari dan kesannya kalau dahulu salah makan sahaja mudah kena sakit Gout tetapi kini semuanya sudah hilang. Dalam kes lain dimana pokok selaput tunggul didakwa ia bagus untuk merawat penyakit gastrik dimana pokok yang menjalar di pagar juga ada yang gunakannya untuk dibuat nasi ulam dengan menggunakan bahagian pucuknya yang lembut. Dalam kenyataan lain dilaporkan ada yang dakwa dimana ia boleh dijadikan ubat penahan darah sebab luka atau cedra diman asesuai dugunakan beberapa helai daunnya dengan cara meramas daunnya sehingga ia mengeluarkan jus berwarna hijau. Kemudian daun tersebut boleh dilekapkan atau ditempelkan kepada luka untuk menahan atau ia akan berhentikan pendarahan. Paling jarang didengar dimana tumbuhan ini digunakan oleh mereka yang ada masaalah darah tinggi dan kencing manis iaitu dengan merebus 3 helai daun selaput tunggul segar dengan 3 cawan air sehingga air tinggal secawan diamalkan meminum sehari sekali. Apa yang orang dulu percaya dimana daun selaput tunggul ini dikaitkan dengan bahan untuk jadi awet muda. Amalannya adalah dengan mengambil daun pucuknya dan dicelur dalam air panas dan dimakan sebagai ulam bersama sambal atau lauk pauk lain. Ia sesuai juga untk pesakit kencing manis yang makan sebagai ulaman sebanyak 2-3 helai setiap hari (pastikan ia bersih dan tiada kesan bekas racun). Ada juga dakwaan dalam testimoni pengamal perubatan trasidional jika selaput tunggul ini mampu merawat dan elakkan strok dan kencing manis serta masaalah darah tinggi sebab bahan didalamnya yang pahit. Caranya adalah dengan mengambil daunnya dan di kisar guna blender dan diminum tetapi bagi kurangkan rasa pahit boleh di campur dengan buah-buahan lain. Sesuai diamalkan meminumnya dua kali seminggu sehingga sihat. Bagaimana pun mungkin ramai tidak mahu mencubanya kerana kurang keyakinan mencubanya. Ingat peribahasa 'Yang Pahit Itu Ubat' sesuai untuk selaput tunggul.
Selalunya tumbuhan selaput tunggul pokok memanjat serta menjalar pokok lain, dipagar dan dimana sahaja sehingga ia akan menutuoi pokok. Bagi petani menganggap yang pokok selaput tunggul berikan banyak keburukkan dari kebaikan di kawasan kebun kerana ia mengambil baja serta menjadi perumah kepada perosak. Ia tergolong dalam kumpulan rumpai yang memerlukan masa serta wang ringgit untuk membasmi dari ia terus menutupi kawasan kebun atau pokok lain yang lebih berfaedah. Ramai tahu terutama petani yang menanam buah-buahan dan tanaman ladang (kelapa sawit, getah dan lain-lain) jika tumbuhan selaput tunggul cepat membiak jika dibiarkan tumbuh terutama selepas hujan. Jika seminggu tidak menjenguk kebun petani sudah pasti mendapati dimana rumpai selaput tunggul yang sebelumnya baru tumbuh akan dilihat ia telah menjalar dan membelit sayuran, pokok buah-buahan, pagar kebun, pondok kebun atau tunggul. Spesies rumpai dengan nama botani Mikania micrantha ini ada dilaporkan yang ia digemari binatang ternakan ruminan seperti ternakan lembu serta kambing. Kalangan para penternak haiwan ini dilihat mereka akan pergi mencari longgokkan selaput tunggul dan kemudian menghimpun bersama rumpai yang lain untuk di berikan kepada ternakannya. Apa pun biasanya selaput tunggul ini perlu dipotong semasa ia berada dilokasi kerana batangnya panjang dan sukar di keluarkan. Pokok selaput tunggul yang tumbuh di tepi paya atau tali air boleh diambil untuk disimpan sebagai bekalan makanan ternakan terutama semasa di musim tengkujuh. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TUMBUH LIAR... DALAM BELUKAR SAKAN...
BERBAU BUSUK...ISU MAKANAN HAIWAN...
KURANG DIKENALI...KINI DISEMBANGKAN...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(1 Ramadan 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.