Penulis blog percaya kalangan pembaca blog ini ramai yang belum pernah ujirasa buah kecapi atau buah sentul kerana ia buah bermusim yang pokoknya semakin jarang dii temui. Sesiapa yang makan buah nadir ini dia mampu Meningkatkan Sistem Imuniti kerana buah ini juga dilaporkan ia mengandung vitamin C yang baik untuk memperkuatkan sistem imuniti, membantu tubuh melawan infeksi dan mempercepat pemulihan dari penyakit. Buah kecapi juga adalah Sumber Antioksidan yang banyak dimana ia berfungsi melawan radikal bebas dalam tubuh dengan membantu mencegah kerosakan sel dan menurunkan risiko penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung. Buah kecapi yang diambil akan dapat Meningkatkan Aspek Kesihatan Kulit bila kandungan vitamin C dan antioksidan dalam buah ini membantu menjaga kesihatan kulit dengan cara meremajakan kulit dan melindunginya daripada kerosakan akibat terdedah sinaran matahari. Memakan buah ini membantu Melancarkan Pencernaan dengan banyak bahan serat yang elakkan kes sembelit dann lancarka membuag air besar. Paling jarang disengar jik buah kecapi akan bantu Menurunkan Risiko Anemia sebab buah ini memang ia mengandung zat besi yang penting untuk aktiviti pembentukan sel darah merah sehingga membantu dalam mencegah anemia atau kurang darah. Buah ini didakwa akan dapat Mengurangi Peradangan sebab zat anti-inflamasi dalam buah kecapi dapat membantu mengurangkan lagi peradangan dalam badan dan baik untuk penderita radang sendi dan masalah peradangan lainnya. Khasiat buah ini didakwa akan Membantu Kesihatan Tulang sebab ia mengandungi bahan mineral seperti fosforan (P) dan kalsium (Ca) yang baik untuk kesihatan tulang serta ia akan dapat membantu mencegah pereputan tulang dan menjaga kepadatan tulang. Buah ini didakwa akan Menyihatkan Mata sebab ada bahan vitamin A pada kecapi membantu kesihatan mata, membantu mencegah gangguan penglihatan dan juga menjaga fungsi mata. Buah kecapi akan Menjaga Kadar Gula Darah Lebih Stabil sebab bahan serat dalam buah ini membantu memperlambatkan lagi penyerapan gula di usus dimana ini berguna bagi penderita diabetes untuk menjaga kadar gula darah agar tetap stabil. Paling disukai jika buah kecapi jika dimakan akan Membantu Menurunkan Berat Badan bila bahan kandungan serat dalam buah kecapi memberikan rasa kenyang lebih lama, sehingga dapat membantu mengurangi keinginan untuk makan berlebihan dan mendukung program penurunan berat badan. Terakhir khasiat buah kecapi dimana ia akan juga Meningkatkan Kesihatan Jantung dengan bahan antioksidan dan serat dalam kecapi membantu menjaga kesihatan jantung dengan cara dapat menurunkan kadar kolesterol dan melindungi pembuluh darah dari kerusakan.
Merujuk kepada portal kompas.com bertajuk 'Menilik Buah Kecapi, Buah Langka yang Punya Khasiat Alami' sesuai di kongsikan dari negara jiran. Kisah dari Jakarta khususnya di Ciliwung dimana buah kecapi masih ada dijual oleh penjaja ketika musimnya. Penjual dikenali sebagai Djahari (41),menjual pelbagai jenis buah termasuk buah kecapi. Buah Kecapi ini dihasilkan dari beberapa pokok dan buahnya berjatuhan tanpa ada yang minat mengutipnya kecuali dia. Ia adalah sejenis buah yang boleh dimakan termasuk mereka yang ada masaalah gastrik dakwa beliau. Kecapi yang rasanya masam dan manis ini tetap di jual sebab memang ada yang meminati dan membeli untuk memakannya atau di oleh menjadi pelbagai makanan. Bagi seorang peminat buah kecapi di kenali Fatimah menyatakan dulu seasa kecil dikampongnya pokok kecapi merupakan tempat bermain dan memungut buahnya untuk dimakan bersama rakannya. Di kalangan warga Lenteng Agung yang bermukim di sekitar Kedung Sahong dimana buah kecapi menjadi buah nostalgia tetapi kini kanak-kanak kecil sudah tidak terlalu suka buah kecapi lantaran rasanya yang masam termasuk kalangan semua anaknya. Buah kecapi bagi peminatnya tidak hanya sesuai dimakan mentah tetapi selalu digunakan dalam masakkan bagi memberikan rasa masam kepada makanan. Kalau dahulu pokok kecapi suka dimanfaatkan penduduk asli Betawi untuk masyarakat membangunkan rumah dengan ambil kayunya rumah dan buahnya akan dijual ada yang dimakan. Orang dulu tidak aneh lihat buah kecapi tetapi zaman sekarang ia sudah jadi buah yang aneh. bagaimana pun buah kecapi sekilas seperti manggis iaitu ia terdiri dari beberapa isi buah berwarna putih dengan warna kulit buahnya berwarna kuning dan apabula masak maka rasanya dominan manis dan sedikit masam. Kecapi kini apa pun bagi peminatnya ia tidak kalah popular dengan buah lainnya seperti rambutan, mangga atau durian. Kini dilaporkan cuma sedikit orang yang menanam pokok kecapi lagi bahkan ramai petani yang tidak mahu melirik untuk menanam kecapi. Kalau dulu buah kecapi dipanggil buah hutan yang bermusim dan hanya ada setahun sekali saja dan agak susah untuk dijual. Cara memakan kecapi ala orang Betawi pun beragam dimana ada yang digigit langsung atau ada yang dibelah memakai pisau, disepit di pintu,dan ada yang membanting ke tanah. Pada penulis blog kisah buah kecapi di Jakarta agak sama dengan isu buah sentul yang berada di Malaysia iaitu semakin kurang dikenali dan pokoknya semakin pupus.
Berbalik kepada ingin tahu akan bagaimana memakan buah kecapi atau buah setoi atau buah sentol di Malaysia. Penulis blog ada beberapa kali ujirasa makan Rojak Buah Kecapi di Melaka, Pahang dan Johor semasa bertugas dahulu. Memang unik rasa rojak buah kecapi buat kali pertama memakannya dahulu tetapi kali berikutnya sudah suka pula. Kemudian sempat bertanya dan dapatkan resepi membuat rojak unik ini. Apa pun resepi kuah cili bagi membuat rojak ini dengan menggunakan cili api (ikut suka taha kepedasan), bawang merah (ikut suka rasa), 2 susuh besarsos ikan Thai, sebuk cili kering, 2 keping Gula Melaka, 2 sudu besar gula pasir, sedikit belacan, udang kering tumbuk kasar (ikut suka), kacang tanah goreng tanpa minyak tumbuk kasar, 2 cawan air kosong, 3-4 sudu Kuah rojak dan perisa Ajnomoto. Crara membuatnya dengan memasak air bersama gula pasir dan gula melaka sampai pekat. Masukkan jugahirisan bawang merah, cili api untuk membuat kuah rojak. Pastikan memasukkan juga bahan sos ikan dan belacan yang dimasak sehingga medidih dan pekat. Seterusnya di tutup api dan campur sebuk cili bersama bahan perasa ajinomoto, udang kering dan juga kacang tanah yang tumbuk agar kuah rojak ini jadi sejuk pekat. Kemudian buah kecapi yang belum di kupas ia direndam dalam air garam selama direndam 1 jam dimana jika suka boleh buah ini direndam semalaman. Kupas kulitnya dan ambil isinya untuk di masukkan dalam kuah rojak dan digaul sebati. Enak dimakan pada waktu tengahari atau petang sebagai sejenia makanan yag sukar untuk didapatkan.Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca setia blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.