Dalam portal hmetro.com dilaporkan dimana 'Pekebun kerugian, harga rambutan jatuh 40 sen sekilogram' wajar disembangkan juga. Kes berlaku di Kota Bharu, Kelantan apabila ada seramai 2,000 pekebun di Tanah Merah dan Jeli berdepan kerugian dianggarkan RM2.5 juta berikutan berlakunya lambakan rambutan. Harga rambutan juga jatuh mendadak daripada RM3 sekilogram untuk harga borong pada awal musim iaitu sebulan yang lalu dan kini hanya 40 sen sahaja. Menurut Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lanas Jedok, Tanah Merah, Zulkifli Yunus yang tanaman rambutan itu dilaporkan ia membabitkan kira-kira keluasan 1,000 hektar dimana bila harga yang jatuh merudum itu menyebabkan pekebun mengalami kerugian yang banyak. Pekebun juga berasa tidak berbaloi untuk mengutip rambutan di kebun kerana perlu menampung pelbagai kos termasuk upah pekerja dan sewa pengangkutan. Ada pelbagai kos yang perlu ditanggung dan isunya harga jual borong hanya 40/kg dimana ini memang tidak menguntungkan. Dakwanya isu harga jatuh kerana pada musim ini ada keadaan buah rambutan sangat menjadi dan buah terlalu banyak kebun. Disebabkan berlaku lambakan maka ada banyak buah yang rosak kerana buah-buahan itu tidak boleh disimpan lama. Pada masa yang sama, berlaku juga lambakan manggis yang kini hanya dijual pada harga 30 sen sekilogram untuk pemborong. Petani memohon pihak berwajib membantu pekebun yang terjejas dengan mengambil pelbagai langkah yang proaktif bagi membantu mengatasi lambakan rambutan dan manggis ini di Tanah Merah dan Jeli. Pihak berkaitan boleh membantu pekebun bukan sahaja dari segi pemasaran tetapi juga dapat projek memproses rambutan dan manggis untuk dijadikan jem serta jus menerusi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi mengatasi lambakan buah berkenaan. Petani tidak ada kemampuan dari segi kewangan untuk membantu membeli hasil tanaman daripada pekebun tetapi kita berusaha menyuarakan masalah itu untuk diambil perhatian oleh pihak berwajib bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.
Isu sama dilaporkan oleh bhnews.com dengan tajuk 'Lambakan rambutan: 2,000 pekebun rugi harga merudum' berkaitan isu buah rambutan di Malaysia. Bagi penulis blog kejadian seperti ini yang menyebabkan petani sudah tidak mahu menanam pokok rambutan walaupun kerajaan melalui Jabatan Pertanian ada memberikan insentif bantuan menanam pokok rambutan. Dari pengalaman penulis blog lebih banyak buah rambutan anak sekolah yang di bawa masuk ke Malaysia daro Thailand Selatan semasa musimnya. Masih di Kota Bharu dimana kira-kira 2,000 pekebun di Tanah Merah dan Jeli berdepan kerugian dianggarkan RM2.5 juta berikutan masalah lambakan rambutan. Dilaporkan harga borong buah itu dikatakan jatuh mendadak daripada RM3 sekilogram pada awal musim sebulan lalu kepada hanya RM0.40 sekilogram kini. Disebabka harga merudum itu menyebabkan pekebun terpaksa menanggung kerugian besar. Kalangan pekebun sekali gus berasa tidak berbaloi untuk menuai hasil tanaman rambutan masing-masing kerana perlu menampung pelbagai kos berkaitan, termasuk upah pekerja dan termasuk sewa pengangkutan. Walau kini ada banyak kos perlu ditanggung kemudian hasilnya harga jualan borong hanya dapat 40 sen sekilogram dikira memang ia tidak menguntungkan. Harga jatuh kerana pada musim ini, tanaman rambutan sangat menjadi sehingga buah terlalu banyak di kebun dimana isu atau masaalah lambakan juga menyebabkan banyak buah rosak kerana tidak boleh disimpan lama. Pada masa sama, katanya memang turut berlaku lambakan manggis yang kini hanya dijual pada harga RM0.30/kg kepada pemborong. Pihak petani memohon pihak berwajib membantu pekebun terjejas dengan mengambil pelbagai langkah proaktif bagi mengatasi lambakan rambutan dan manggis di Tanah Merah serta Jeli. Apa pun jabatan berkaitan boleh membantu pekebun bukan saja dari segi pemasaran tetapi juga memproses rambutan dan manggis untuk dijadikan jem serta jus melalui perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Mereka dilaporkan sudah tidak ada kemampuan kewangan untuk membantu membeli hasil tanaman daripada pekebun. Mereka akan terus berusaha dan menyuarakan masalah itu supaya diambil perhatian oleh pihak berwajib bagi mencari jalan penyelesaian terbaik demi industri tanaman rambutan akan berterusan dan tidak mati.
Apa yang jarang didengar dimana kisah 'Pokok rambutan tiba-tiba ghaib' yang berlaku di Taman UKAY, Kuala Lumpur. Penulis blog teruja hendak membaca ksiah ini sebab tajuknya agak unik. Dilaporkan penduduk disitu dimana pokok rambutan di belakang rumahnya tiba-tiba hilang dan tanah semakin merekah sebelum beliau melihat pergerakan tanah dakwa Syed Zulkifli (58) penduduk Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa yang diancam tanah runtuh. Dia dakwa kejadian berlaku pada 2.21 pagi susulan hujan lebat di kawasan berkenaan dan kemudian diberitahu penduduk Polis dan Bomba diminta keluar dari rumah apabila dimaklumkan berlaku tanah runtuh. Kes kejadian berlaku amat pantas dan tanah yang merekah di belakang rumah dilihat semakin besar. Bila dia ke belakang rumah dilihat yang tanah merekah dilihat semakin besar dan ada pergerakan. Pokok di belakang rumah hilang kerana menggelongsor ke bawah. APa pun kemudian kawasan berkenaan dipantau pasukan penyelamat dan agensi berkaitan dimana kemudian penduduk akan tinggal di sebuah hotel bagi tempoh dua hari. Pihak kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraidah Kamarudin sudah meluluskan peruntukan segera RM2 juta bagi membina tembok penahan di kawasan tanah runtuh yang menjejaskan tujuh kediaman di Taman Kelab Ukay. Selain kerja membina tembok penahan, agensi yang terbabit juga akan menjalankan kerja menambah baik sistem aliran anak sungai yang terletak di belakang kediaman penduduk terjejas. Anggaran kos awal yang diperlukan untuk kerja membina tembok penahan memakan kos sekitar RM2 juta dan proses itu akan mengambil masa seawal-awalnya enam bulan untuk disiapkan. Apa pun penduduk diminta mengosongkan kediaman masing-masing dalam tempoh 48 jam dan mereka perlu mencari kediaman sementara selama enam bulan, sementara kontraktor dilantik MPAJ menyiapkan kerja mereka.
Menarik kisah dalam bharian.com bertajuk 'Sikap bermurah hati pemilik pokok rambutan raih pujian netizen' wajar untuk disembangkan juga. Bagi penulis blog ini memang tanda sebenar yang industri tanaman rambutan di Malaysia sudah sampai limitnya sebag mungkin tidak laku atau ada sebab lain. Buah rambutan memang mahal di jual kepada pengguna ketika musimnya dimana penulis blog selalu beli rambutan anak sekolah atau gula batu atau rambutan gading muar berpuluh ringgit sekali beli. Dalam kes ini melihat kepada paparan tangkaplayr TIktok ada tulisan jelas iaitu 'Rambutan FREE dan BOLEH AMBIL benar-benar menarik perhatian. Apa pun sedekah tidak pernah membuat kita miskin dimana ini adalah gambaran jelas yang boleh diberikan kepada individu yang viral di media sosial kerana memberikan buah rambutan secara percuma kepada sesiapa sahaja. Tindakan pemilik pokok rambutan yang tidak dikenali itu meraih pujian daripada ramai netizen kerana hanya meletakkan notis memaklumkan buah rambutan itu adalah percuma kepada mereka yang melalui jalan di sebuah kampung. Isu ini bukan sahaja membenarkan sesiapa sahaja memetik buah itu malah, pemilik pokok itu turut menyediakan galah untuk mereka mengait buah berkenaan. Pemilik pokok itu melekatkan notis di pokok rambutan itu yang membenarkan 'sesiapa sahaja boleh mengambil buah itu'. Mereka yang datang ambil buah di pokok tersebut dakwa hebatnya orang Malaysia yang boleh membahagiakan orang lain berdoa agar pemilik pokok itu dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan sentiasa dalam keadaan sihat. Ada beberapa kemungkinan dia berbuat demikian yang antaranya tiadak mahu memetiknya, harga rendah, tidak suka makan rambutan, ingin bersedekah, elakkan pembaziran dari buah tidak dimakan dan sebagainya. Kalangan netizen ada yang komen cara individu itu sangat baik untuk mengelakkan kerugian yang lebih banyak sebab kalau buah tidak diambil maka ia akan menjadi hitam kering dan terbuang begitu sahaja. Artikel ini di tulis dalam 4 segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya. Semug atulisan ini memberi maklumat sesuai dijadikan bahan bacaan dan rujukan pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.