Bagi penulis blog limau gedang adalah hasil daripada kacukan antara oren dan limau bali. Ia adalah jenis buah citrus yang mana rasanya masam dan manis. Limau gedang telah lama dikenali sebagai makanan yang baik untuk penurunan berat badan. Makan separuh limau gedang untuk masa sarapan dianggap lebih sihat daripada mengambil semangkuk bijirin atau telur. Selain itu buah limau gedang ini merupakan sumber vitamin C, vitamin A, Kalium dan nutrien-nutrien lain. Ramai pembaca blog ini mungkin kurang makan limau gedang dilaporkan iasangat berfaedah untuk kesihatan semua pemakannya. Dilaporkan memakan limau ini akan dapat Membantu menurunkan berat badan dengan berkesan. Ia boleh menggantikan snek kegemaran anda dengan limau gedang dan memperkenalkan buah ini ke dalam sarapan boleh membantu menurunkan berat badan kerana buah ini mengandungi banyak serat yang membuatkan berasa kenyang lebih cepat dan lebih lama tanpa perlu menambah makanan ringan lain. Apa pun Limau gedang boleh dan sesuai ia digabungkan dengan bahan-bahan lain untuk membuat hidangan ringan, berwarna-warni dimana hasilnya ia adalah sangat mengenyangkan. Semua pembaca blog ini boleh cuba tambah limau gedang dalam semangkuk salad, cocktail, smoothie, yogurt, mahupun dengan dada ayam panggang dengan sos barbeku untuk hasil yang menakjubkan. Khasiat kesihatan kedua dimana ia Membantu menstabilkan tahap insulin dalam badan. Apa pun jika tahap insulin dalam badan pada tahap rendah maka makan limau gedang dilaporkan ia boleh membantu dengan menyediakan pengambilan gula yang betul dan sihat. Seterusnya makan limau ini akan dapat Membantu dengan penghidratan dan pencernaan sebab buah ini mengandungi unsur 91% air dimana ia dapat mencegah dehidrasi. Selain itu, limau gedang juga boleh mengelakkan sembelit. Limau gedang penuh dengan vitamin dan nutrien tetapi ia juga mengganggu tindak balas ubat-ubatan tertentu seperti pil estrogen. Limau gedang juga boleh meningkatkan keupayaan badan menyerap estrogen dan mengurangkan masa estrogen dihancurkan, yang boleh menyebabkan kanser payudara. Walaupun tidak ada bukti yang cukup tetapi wanita hamil dan menyusu juga perlu mengelakkan pengambilan limau gedang. Jadi sebelum makan limau gedang, rujuk doktor peribadi anda jika anda sedang mengambil ubat-ubatan preskripsi.
Sesiapa juga boleh amalkan diet limau gedang sebab ada sesetengah orang mungkin melakukan pengambilan limau gedang secara berlebihan seperti dalam diet limau gedang yang bermula pada tahun 1930-an dahulu. Kasil kajian dimana pengguna akan cuba menyekat pengambilan kalori kepada 800 kalori setiap hari iaitu kadar kurang daripada separuh daripada apa yang diperlukan untuk orang dewasa. Diet unik ini membuat beberapa perubahan pada skala yang serta-merta dimana dilaporkan selepas 10 - 12 hari akan tetapi tidak akan dapat bertahan lama kerana amalannya hanya sebagai trend diet sahaja apatah lagi tidak sesiapa boleh terus mengikut menu seperti itu seumur hidup. Apa pun menurut laporan tersebut dimana jika ada sebarang trend diet, walaupun diet limau gedang yang terkenal tidak boleh menjadi cara tetap untuk sesiapa mendapatkan bentuk badan yang langsing. Ia jelas boleh membantu menurunkan berat badan dalam jumlah yang sangat singkat tetapi sudah pasti anda akan tetap bertambah berat badan selepas itu. Apa pun usaha menggabungkan limau gedang dengan diet penurunan berat badan yang sihat dan rancangan senaman boleh menjadi pembakar semangat. Sebiji limau gedang atau segelas jus limau gedang yang diminum iaitu setengah jam sebelum sebarang makanan boleh mengenyangkan dimana ia akan menyebabkan kurang makan dan meningkatkan kesihatan. Di Malaysia isunya adalah walau ingin cuba amalkan banyak makan limau gedang akan tetapi hendak mendapatkan limau gedang hanya ada di jual dibeberapa presmis tertentu sahaja. Buah limau gedang ini yang ada dijuak banyak dalam produk siap proses seperti dalam bentuk jua atau kordia sahaja yang kandungan seratnya tidak setanding dengan memakan imau gedang segar.
Merujuk satu laporan dalam bharian.com bertajuk '6 jenis buah rendah kalori, sesuai untuk diet' sesuai disembangkan kali ini. Apa pun asasnya adalah khasiat buah yang mengandungi serat tinggi, air dan nutrisi baik untuk aktiviti berdiet. Bagi penulis blog faham dimana buah memang makanan yang boleh beri kesan iaitu menurunkan berat badan. Mungkin ramai pembaca blog ini sudah maklum dengan khasiat buah yang mengandungi serat tinggi, air dan nutrisi sehingga mampu membuatkan perut menjadi kenyang. Maka tidak hairanlah mengapa pakar pemakanan mengunjurkan amalan memakan buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian. Bagaimanapun dalam pilihan pelbagai jenis buah di Malaysia dimana ada beberapa jenis buah-buahan yang mempunyai kelebihan dalam cara ia membantu menurunkan berat badan iaitu grapefruit atau limau gedang, oren, epal, beri, tembikai dan anggur. Daripada laporan kajian mendapati buah limau besar berkenaan ianya mempunyai asid citrik yang dapat menghalang akan kehadiran kalori dalam makanan. BUAH OREN (Orange) termasuk jenis Limau Gedang adalah paling sering diambil kerana ia mudah dibeli yang dipercayai ia memang mempunyai kandungan serat paling tinggi. Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat. BUAH EPAL (Apple) pula hasil kajian mendapati seseorang yang selalu mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33% berbanding orang yang tidak mengamalkannya. BUAH BERI (Berry) pula iaitu jenis buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh. BUAH TEMBIKAI (Watermeon) dilaporkan terdiri daripada 92% air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor di dalam perut terangsang. BUAH ANGGUR (Grape) ada kandungan antioksidan di dalam buah ini mampu mencegah gula di dalam darah menjadi lemak. Anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi ingo berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.