Support My Blog

Friday, March 28, 2025

SEMBANG BROMELIAD - APA DIA?

TUMBUHAN BROMELIAD
kepada sesetengah orang dimana ia mungkin ramai masih agak kurang mengenalinya dimana sebenarnya sejenis tanaman hiasan dari keluarga nanas iaitu Bromeliaceae yang besar (dahulunya dikenali sebagai Pineapple) serta mempunyai lebih daripada 2,000 spesies. Bromeliads juga merupkan sejenis tumbuh-tumbuhan monocotyledonous yang berbunga yang merupakan tumbuh didalam habitat asal terutama di kawasan tropika dan ada juga yang tumbuh dikawasan subtropika sehinbgga kekawasan padang pasir hingga hutan hujan hijau. Lazimnya apa yang dikaji dimana di bawah keadaan habitat semula jadi dimana tumbuhan bromeliad tumbuh di atas tanah dimana ada spesis batangnya yang tenggelam dalam air dan ada yang berada di atas batu. Tumbuhan yang pelbagai ini disebabkan oleh habitat yang luar biasa dimna sama dengan tumbuhan lain yang mempunyai sistem akar yang agak lemah. Ini kerana walaupun banyak spesies tumbuh bromeliads tumbuh di tanah fan menerima nutrien dari tanah tetapi ia agak lasak bagi sesetengah spesis. Bromeliads adalah tumbuhan monocarpic yang unik kerana apanila ia berbunga atau matang seringkali kelihatan pada bahagian daun seakan dicat dengan warna-warna cerah yang menarik sehingga selalu menjadi hiasan. Bergantung kepada genus dan spesia dimana kebanyakan spesis mempunyai daun yang sempit dan tebal yang dikumpulkan dalam roset dan membentuk takungan. Kekadang akan ada air yang akan mengumpul di corong sedemikian dan juga ada serangga terjatuh kedalamnya dan kemudian serangga mati. Ia akan menjadi sisa-sisa organik terbentuk supaya tumbuhan dapat makanan. Bromeliads merupakan tumbuhan satu ahli keluarga nanas dimana ia mempunyai komposisi yang sangat menarik dan asli. Terkini ramai kalangan peminat bromeliads menjadikan tumbuhan ini sebagai hadian yang diletakkan didlam bekas ala Terrarium dihias dengan menarik (Sila lihat foto diatas). Produk ini semakin digemari dikalangan penghuni bandar dimana ia mudah dilihat, dijaga dan diletakkan dilokasi yang strategik dalam rumah. Artikel petang Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan kongsikan info mengenai bromeliads dn beberapa ciri khasnya untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Merujuk artikel tulisan saya dan portal liputan6.com iaitu bagaimana cara 'Mengenal Tanaman Bromeliad dan Cara Penjagaannya' sesuai untuk ianya disembangkan. Kalangan peminat tanaman hiasan kini boleh mengubah untuk menanam Bromeliads ke dalam koleksi. Tanaman bromeliads adalah tanaman tropika dengan ada lebih 2,000 spesies yang dilapor memberikan sentuhan eksotik pada rumah dimana antara banyak spesiesnya hanya ada beberapa jenis saja yang dapat dijadikan tanaman hiasan menarik. Varieti bromeliads sebagai tanaman hiasan di antaranya seperti jenis Aecgmea, Billbergia, Nidularium, Tillandsia, Vriesea, Cryptanthus, Guzmania dan Neoregelia. Tumbuhan bromeliads sebagai tanaman hiasan terbilang mudah dijaga dan memberikan suatu kombinasi dan tekstur serta warna yang menarik pada taman interior. Penampilan bromeliads yang tidak biasa nampaknya menunjukkan bahawa tanaman tersebut dilihat kurang memerlukan penjagaan yang tinggi dan memerlukan kemahiran asas khususnya tanaman landskap. Bromeliads amat di sukai kerana ada daunnya yang tebal yang tumbuh dalam bentuk roset dengan pelbagai warna menarik. Apabila pokok sampai waktunya beberapa jenis bromiliads akan mengeluarkan bunga semulajadi yang menarik perhatian orNG RmI. Lazimnya apabila bromeliads matang dan tua ia dapat menghasilkan bunga dan bentuk dan warnanya sangat bervariasi di antara setiap varieti yang ada. Tanaman hiasan bromeliads memiliki daun lebar berbentuk pedang atau seperti sendok dan tumbuh di sekitar 'cawan' tengah. Cangkir ini akan menangkap air di habitat tanaman. Mudah belajar bagaimana cara menumbuhkan tanaman bromeliads. Benih tanaman ini banyak dijual di nurseri tertentu khususnya yag mengeluarkan benih bromeliads berbagai jenis dan juat harga yang banyak perbezaan. tersedia di pembibitan dan pusat taman. Tanaman bromelia membutuhkan cahaya sedang hingga terang sebagai spesimen dalam ruangan. 
Tanaman tersebut tidak perlukan jenis pot yang besar atau tanah pasu yang tebal. Bromeliads akan tumbuh lebih baik di pasu yang cetek dan ia mungkin tumbuh di media tanah sesuai seperti tanah campuran, media cocopeat, campuran kulit kayu, lumut sphagnum dan bahan organik lainnya. Penjagaan tanaman Bromeliads tergolong mudah dan tidak perlukan alat atau baja khusus. Bromeliads sesuai ditanam di jendela atau di bawah lampu fluorescent di rumah dan mampu untuk tumbuh subur dalam cahaya terang dan tidak ada cahaya langsung. Ia sesuai adaptasi pelbagai suhu daripada titik beku sehingga 38 Celcius dengan suhu paling sesuai antara 18 - 32 C. Apa pun kebanyakan jenis bromeliads baik pada tahap kelembapan tinggi dan sistem pengudaraan yang baik. Cara mudah untuk meningkatkan kelembapan adalah dengan meletakkan lapisan batu kerikil basah di bawah pasu. Ia disyorkan jika di letak didalam bilik berhawa dingin ada Aircond yang udaranya aga kering dan kelempaban rendah dan saliran baik didalam pasu. Ia boleh disiram mengikut jadual atau merendam seminggu sekali dalam air. Kebanyak famili Bromeliaceae umumnya dapat hidup di berbagai iklim dan mana ia tidak suka sinaran terus cahaya matahari yang boleh rosakkan daunnya. Sinar cahaya matahari yang sedikit pula kesannya daun tidak cantik atau warna kusam atau layu dan disyorkan pada keadaan redup sekitar 30%.


Bagi penulis blog yang mula perkenalkan tanaman hiasan bromeliads kepada pihak Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) pada tahun 2017 semasa menjadi Ketua Pengarah LPNM dimana ia kini sudah berkembang sehingga kini. Tanaman bromeliads termasuk tumbuhan perintis yang sudah ada di awal sejarah kehidupan manusia dimana kini LPNM sudah ada bajet khusus pembangunan tanaman bromeliads. DI Malaysia nilai eksport tanaman bromeliads mencapai nilai eksport diantara RM70 - RM90 juta setiap tahun dan terus meningkat. Ada beberapa ciri kehebatan tanaman bromeliads yang sebahagian besar ia daripada bromeliads JENIS HIBRID. Jenis ini paling banyak dijual dalam industri florikultur di seluruh dunia sebab ia mempunyai tampilan yang menarik dan bernilai tinggi. Peminat bromeliads perlu tahu apakah jenis atau spesis yang sesuai untk kawasan dalam rumah atau luar rumah bergantung kepada karakternya. Apa pun umumnya dimana h
abitat sesuai untuk jenis tanaman hiasan termasuk  bromeliads yang perlulan rawatan minim perlu di ketahui cara menjaganya. Apa pun ada gelaran lain mengenai tanaman bromeliads ini iaitu 'The Lazy Plant' sebab walau pun tanpa penjagaan akan tetapi ia boleh tumbuh dengan baik. Sebahagian peminat tanaman bromeliads menganggap bromeliads sebagai tanaman kering kerana ia mampu tumbuh di kawasan agak kering. Meski pun begitu dilaporkan ada juga jenis tanaman bromelia yang mana habitatnya di lokasi agak lembap terutama jenis bromeliads yang saiz daunnya tipis. Tanaman bromeliads juga boleh hidup di pokok atau tiang sesuai sebab ia boleh jadi sebagai jenis 'Pokok Penumpang'. Bromeliads yang hidup sebagai tanaman penumpang biasanya melekat pada tanaman lain atau benda di dekatnya tanpa mengambil makanan dari benda atau tanaman yang dia lekat. Di habitat semulajadinya dimana tanaman bromeliad ini biasanya hidup secara 'epifit' dengan menumpang pada batang pokok sehingga boleh ditanam  dengan melekatkan secara sengaja pada batang pokok dan tiang kayu. Cara terbaik melekatkan pokoknya terus pada batang pokok atau kayu yang sudah disiapkan dan ditutup akarnya dengan media peat moss atau sabut kelapa dan ikat menggunakan kawat atau dawai. Tanaman bromeliads yang dilekatkan dengan betul dan dilihat cantik selaras senario keindahannya tersendiri. Cara menjaga tanaman bromeliads asas sekali itu memeriksa suhu, kelembapan dan juga ada pengedaran udara sempurna. Tahap kelembapan yang sesuai sekitar 60 dengan julat suhu antara 15-30 Celsius. Cara mudah untuk menjaga kelembapan dengan penyiraman dan beri air seperti kabus (misting). Kalau hendak lebih baik boleh di pasang kipas angin bagi kurangkan akan kelembapannya. Lokasi yang dapat cahaya metahari sedikit membantu proses pertumbuhan dengan baik dengan menyiramnya dua minggu sekali sahaja. Bergantung kepada spesis dimana ada jenis bromeliads yang perlukan cahaya matahari banyak, cahaya sederhana atau sangat minima.  Tanaman bromeliads tidak memerlukan baja dalam jumlah banyak dimana memadai diberikan baja bunga yang ada dipasaran seprti syor pada label. Aktiviti 'Repotting' atau tukar pasu dibuat apabila tanaman bromeliads sudah tumbuh besar.


Menarik dalam hmetro.com dengan kisah bertajuk '
Jana RM100,000 sebulan hasil jual pokok BROMELIAD' dilihat ia wajar disembangkan juga. Seorang peniaga ti­dak menyangka tanaman hiasan pokok bunga nanas atau bromeliad kini menjadi sumber pendapatan utamanya sehingga mampu memperoleh hasil jualan mencecah RM100,000 sebulan. Peniaga terbabit Norhasnida Arifin (35) kini memilih menjual bromeliad kerana kos penanamannya rendah selain mudah dijaga. Dakwanya pokok hiasan terbabit juga tidak perlu dibaja dan boleh bertahan sehingga dua minggu tanpa perlu disiram. Dia yang mula fokus kepada tanaman bromeliad ini selepas diperkenalkan oleh pelanggan tetap yang memaklumkan tanaman hiasan ini lebih mudah untuk dijaga. Ia bermula dimana dia tidak hanya menjadikan ia sebagai koleksi peribadi, malah dia juga menjualnya dan kini menjadi pembekal bromeliad kepada peniaga nurseri tempatan yang berjaya. Dia asalnya akan mendapatkan bekalan dari Thailand dan sekarang dimana dengan menjual bromeliad ini, dia berjaya menjana hasil jualan mencecah RM100,000 sebulan. Dia menjual bromeliad daripada spesies neoregelia kerana harganya yang lebih murah iaitu serendah RM10 untuk sepokok bergantung kepada saiz. Neoregelia ini banyak mendapat permintaan kerana ia mesra poket. Saya juga kini sedang membiakkan spesies vriesea yang anak pokok spesis ini banyak boleh didapati di Australia dan saya beli dari pembekal di Thailand pada harga RM800 sepokok. Apa pun adapokok bromeliad spesies vriesea itu boleh dijual pada harga sehingga RM1,000. Tanaman bromeliad mendapat permintaan ramai terutama bagi mereka yang sukakan pokok hiasan tetapi tidak mempunyai masa untuk menjaganya. Kini selain tidak perlu kerap di siram, pokok ini tidak perlu dibaja kerana warna corak pada daunnya akan lebih terang dan cantik serta tahan panas matahari. Ada juga yang perlukan tempat redup, tapi lagi banyak cahaya matahari, lebih cantik warna corak pada daunnya. Ibu kepada lima anak itu dakwa dimana dia pernah mengalami kerugian yang teruk dalam perniagaan kosmetik sebelum ini namun tekad kembali bangkit dengan menjual pokok. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca keduanya. Semuga artikel ini memberikan ifo terbaik mengenai fakta kumbang tanduk untuk dibaca dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TANAMAN BROMELIADS...NANAS SAMA...
BERBAGAI WARNA ... PILIHANNYA ADA...
DI JUAL DI NURSERI... PELBAGAI HARGA...
MUDAH DITANAM... MUDAH JUGA DI JAGA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(23 Ramadan 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...