Support My Blog

Thursday, March 13, 2025

SEMBANG TENTANG BUAH RAMBUTAN (PART 1)

BUAH RAMBUTAN
(Nephellium lappaceum) merupakan sejenis buah-buahan tropika dari keluarga Sapindaceae yang mana ia ditanam untuk menghasilkan buah yang selalunya ia dimakan segar. Luas tanaman rambutan di Malaysia kini seluas 12,372 hektar dengan anggaran hasil pengeluaran sekitar 54,286 metrik tan (Sumber: Booklet statistik tanaman Sub-sektor Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2024). Keluasan tanaman rambutan dilaporkan pada 1980'an adalah mencecah lebih 40,000 hektar. Pokok rambutan selalunya ditanam di kawasan keliling rumah dimana ia dahulu di bantu penanaman oleh Jabtaan Pertanian Malaysia di bawah Program Agriculture Input Diversification (AID) dimana benih ditanam di kawasan kebun dan keliling rumah. Kini petani tidak banyak yang menanam rambutan secara 'monokrop' kerana ujud faktur pulangan yang rendah akibat permintaan buah rambutan serta pengeluaran yang bermusim yang hampir serentak dengan jumlah yang banyak. Rambutan adalah sejenis buah tropika bermusim yang mana ia berbuah daripada bulan Julai hingga September setiap tahun dan ia bergantung kepada lokaliti dan varieti. Di Malaysia terdapat banyak jenis rambutan yang ditanam diantaranya seperti Rambutan Anak Sekolah (R196), Rambutan Mas Gading (R156), Rambutan Deli Baling, Rambutan Gula Batu dan beberapa varieti lagi. Walau pun pokok rambutan di negara kita banyak hasilnya setiap tahun tetapi ada kalanya ia tidak dituai kerana harga jualan yang murah. Bagaimana pun di negara jiran Thailand pula pokok rambutan dijaga dan dituai seterusnya dieksport ke Malaysia setiap tahun sejak sekian lama. Buah rambutan kurang mendapat sambutan dikalangan golongan muda menjadikan ia kurang potensi pasaran. Bagi penulis blog yang sudah 18 tahun menulis blog dan di baca oleh hampir 40 juta pembaca ada sekitar 20 artikel mengenai rambutan. Bagaimana pun semasa off-season harga runcit rambutan mampu mencecah RM12.00 sekilogram. Artikel subuh ini saya sembang dengan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa kisah buah rambutan dilaporkan di media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.



Bagi penulis blog mendapati yang buah rambutan unik dimana ciri pada buahnya mempunyai 'Rambut' dan id disebut atau dinamakan 'Rambutan' sebab ciri khas kulit yang seperti rambut. Selain menawarkan kesegaran memang buah tropika ini ada berbagai khasiat untuk kesihatan yang ada pada buah ini. Merujuk lapoan dimana setiap 100 gram isi rambutan ia dilihat mengandungi zat protein (0.9g), lemak ( 0.1g), Karbohidrat (18.1g), Serat (0.8g), Kalsium (16 mg), Posforus (16 mg),Zat Besi (0.5 mg), Natrium (16 mg), Kalium (104.2 mg), Tembaga (0.17 mg), Zink (0.1 mg), Riboflavin (vitamin B2 sebnayak 0.07 mg, Niasin (0.5 mg) dan Vitamin C (58 mg). Ia juga ada komponen antioksidan, anti-inflamasi, antiviral dan juga unsur antidiabetes. Kehebtan dan khasiat buah rambutan didakwa ia akan membantu Melancarkan Pencernaan bila ada isinya yang mengandungi bahan serat larut tidak air dimana ia tidak menyatu dengan air dan langsung melalui sistem pencernaan. Apa pun sebahagian besar serat tidak larut ini akan terus masuk ke sistem pencernaan dan mebantu fess dalam proses pencernaan di dalam usus untuk mudah dikeluarkan semasa buang air. Ada juga bahan serat larut air pada buah rambutan akan menjadi makanan bagi bakteria baik didalam usus yang berperanan dalam menjaga pencernaan tetap sihat. BUah rambutan juga akan Membantu menurunkan berat badan bila dilaporkan didalam setiap 100 gram daging rambutan mengandung kalori sebanyak 75 kcal dan 0.8 gram serat. Apa pun bahan serat yang tinggi dan kalori rendah ini tidak boleh menyumbang pertambahan berat badan secara signifikan jika diambil dalam jumlah berpatutan. Kebanyakan jenis buah yang kaya serat membuatkan pemakannya merasa kenyang lebih lama menyebabkan nafsu makan pun terkawal berbanding individu yang makan berlebihan boleh menyebabkan berat badan naik cepat. Buah rambutan akan Meningkatkan daya tahan tubuh sebab bahan Vitamin C membantu hasilkan sel darah putih untuk memperkuatkan imuniti dalam melawan kes jangkitan kuman. Saintis dapati yang bahan Geraniin pada kulit rambutan memiliki aktiviti antivirus terhadap virus dengi dimanaia menganggu proses kehadiran virus dan seterusnya ia mengganggu interaksi sel virus di peringkat awal. Agak unik bila makan buah rambutan akan Menurunkan risiko diabetis yang ada didalam kulit buah rambutan. Bahan Geraniin pada kulit rambutan iaitu sejenis polifenol ellagitanin yang memang ia berkemampuan sebagai antioksidan dan antiradang.  Hasil kajian oleh Procedia Food Science (2015) dilaporkan yang  kulit rambutan juga dapat menurunkan kadar gula darah. Saintis gunakan ekstrak etanol kulit rambutan secara oral selama 11 hari pada tikus ada diabetis dan kesannya dimana peratus kadar glukosa darah tikus ini mengalami penurunan sebesar 62%. Kajian lebih lanjut perlu dibuat apakah ekstrak kulit rambutan memiliki manfaat yang sama pada manusia.


Sama dengan beberapa jenis buah tropika lain dimana ia akan Membantu mengawal tekanan darah berpunca bahan Kalium dalam buah rambutan. Kajian dapati dimana setiap 100 gram rambutan mengandung sekitar 104 gram kalium iaitu satu jumlah agak tinggi. Jika dimakan akan ia akan dapat membantu menjaga tekanan darah dalam batas normal dengan berbagai cara seperti melembutkan dinding pembuluh darah, membaiki fungsi otot dan juga seterusnya ini akan menurunkan tekanan darah. Disyorkan pembaca blog anim agro technology untuk mengambil makanan tinggi kalium yang mengandungi kalori rendah seperti rambutan yang boleh mengawal kadar gula darah. Makan rambutan pasti akan Menambahkan Tenaga sebab buah ini mempunyai kandungan kabohiderat yang diperlukan dimana karbohidrat ini merupakan sumber tenaga yang sekaligus unsur utama untuk otak agar dapat berfungsi dengan baik. Karbohiderat ini dipecahkan kepada Glukosa sebagai sumber tenaga dan jika tidak digunakan maka gula ini akan dalam hati sebagai Glikogen digunakan di masa akan datang. Kehebatan buah rambutan dilaporkan ia Mencegah anemia dimana unsur zat Besi (Fe) kurangkan risiko anemia. Dlam rambutan ada zat besi serta vitamin C. Vitamin C ini berfungsi meningkatkan penyerapan zat besi pada tubuh. BUah rambutan sangat disyorkan kepada ibu hamil yang mana mereka cenderung berisiko mengalami kekurangan zat besi karena persediaan darah juga diperlukan oleh janin.


Menarik untuk sembang mengenai '
Rambutan Mutiara' yang merupakan varieti baru hasil penyelidikan MARDI. Apa pun seronoknya penulis blog ada hadir di MARDI Sintok, Kedah semasa pelancaran varieti rambutan tersebut semasa bertugas dulu. Varieti ini dilaporkan ia mempunyai isi yang tebal dan manis, lekang tanpa testa (berkulit berkayu), penampilan buah menarik, bersaiz besar dan tekstur isi yang rangup selain kering. Masa itu seingat penulis blog ada dua klon yang dinamakan Mutiara Merah (AG28) dan Mutiara Wangi (GB44) itu didakwa ia bukan saja diyakini juga mampu menandingi klon rambutan yang ada di pasaran lokal malah mampu menjadikan industri buah tempatan berkenaan di Malaysia akan lebih berdaya saing sekali gus muncul antara eksport utama pada masa hadapan. Antara fokus penting bagi penghasilan rambutan baru itu adalah bagi mengelakkan lambakan dan bekalan buah berterusan, membolehkan pokok berbuah sama ada awal, lewat atau luar musim, berbuah lebat setiap tahun. Ia termasuk mengurangkan masalah penuaian, menghasilkan pokok kerdil atau separa kerdil, membantu industri pengeluaran benih, pokok mudah dibiakkan, kualiti buah yang baik untuk pasaran tempatan dan eksport. Kajian rambutan ini dilaporkan bermula seawal 1980-an lagi apabila MARDI mengumpul dan menyemai kira-kira 10,000 biji benih rambutan daripada dua klon popular pada masa itu iaitu Gula Batu (R99) dan Singapura (R134). Daripada 10,000 biji benih yang disemai MARDI menilai peratusan yang hidup 5,400 anak pokok selepas dipindahkan ke ladang. Setiap satu anak pokok itu dinilai untuk mendapatkan klon yang terbaik dimana dilakukan aktiviti cantasan bebas berperingkat atau penakaian (proses pengasingan) untuk membuang anak pokok yang kurang baik. Penakaian pertama kita jalankan pada anak pokok yang bermasalah seperti mudah diserang penyakit, perosak dan gangguan fisiologi seperti serangan kulat, batang berbonggol-bonggol dan masalah keruping. Pada penakaian kedua MARDI membuang pokok rambutan jantan dan pokok yang mempunyai tempoh 'juvenility' (muda) yang lama. Aktiviti penakaian ketiga ditumpukan kepada ciri pembuahan setiap tahun dan keseragaman masak. Peringkat akhir penakaian ditumpukan kepada kualiti buah yang dinilai daripada segi hasil, kemanisan, kelekangan, tekstur dan pelbagai lagi ciri yang diambil kira bagi mendapatkan rambutan yang terbaik. MARDI laporkan daripada lebih 5,000 anak pokok yang disenarai pendek, hanya beberapa saja menunjukkan ciri-ciri yang amat bagus dan antara dua yang disenaraikan itu adalah Mutiara Merah dan Mutiara Wangi. Rambutan Mutiara Merah dikatakan mempunyai kulit dan rerambut yang merah dan kelihatan cantik berbanding Anak Sekolah (R191) yang mempunyai sedikit hijau di rerambut, manakala Mutiara Wangi memiliki sedikit aroma pada buahnya. Buah Mutiara Merah mempunyai penampilan luaran yang baik, tekstur isi yang kenyal dan kering, aroma buah yang sederhana dan lekang bertesta, manakala Mutiara Wangi pula lekang dengan separuh testa nipis, tekstur yang rangup dan kering, aroma yang ketara serta penampilan buah yang menarik. Kedua-dua klon ini memberikan hasil yang lebih tinggi berbanding Anak Sekolah iaitu sekitar lapan hingga 14% dan mengeluarkan buah lebih awal. Proses penghasilan klon baru ini mengambil masa yang panjang, selepas mengenal pasti klon yang berpotensi ia akan dibiakkan dengan teknik pembiakan vegetatif bagi mengekalkan bahan genetik tanaman itu. Anak pokok yang dihasilkan akan mengeluarkan buah yang sama kualiti dengan induk kelak dan antara teknik yang digunakan adalah cantuman baji dan mata tunas. Masih ramai yang bertanya adakah kita akan dapat hasil yang sama seperti induk jika menanam biji rambutan daripada Mutiara Merah dan Mutiara Wangi ini. MARDI jelaskan ada sesetengah pokok ia boleh berlaku seperti manggis dan dokong apabila biji yang dihasilkan mempunyai genetik yang sama seperti induk, namun bagi kebanyakan buah-buahan berlaku proses persenyawaan benih yang menghasilkan biji (bahan genetik dari induk jantan dan betina). Rambutan klon ini tidak mempunyai masalah serangan perosak dan penyakit yang serius. Serangan perosak dan penyakit jika berlaku hanya minimum sahaja dan ianya boleh dikawal menggunakan racun di pasaran. Artikel ini di tulis dalam 4 segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya. Semug atulisan ini memberi maklumat sesuai dijadikan bahan bacaan dan rujukan pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!..
BUAH RAMBUTAN... BERBULU KULITNYA...
MAKIN KURANG... JUMLAH KELUASANNYA...
HARGA MURAH... ISU SELALU DI DAKWA....
SEMAKIN MAHAL... MASIH RAMAI MINATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Ramadan 1446J).
Bersaman 12 Mac 2025).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...