Support My Blog

Sunday, March 30, 2025

SEMBANG PASAL TANAM PISANG (Pt 1)

PENANAMAN PISANG
(Musa spp) di Malaysia kini menjadi pilihan kebanyakan petani kerana permintaan pasaran tinggi selain pulangan atau harganya lebih stabil berbanding dengan tanaman lain. Ramai petani melihat tanaman pisang itu adalah diantara berisiko tinggi kerana ia dikatakan mengambil tempoh yang panjang iaitu kira-kira 10 bulan sebelum dituai. Ini sekali gus mengundang pelbagai permasalahan seperti serangan penyakit dan haiwan perosak yang boleh menjejaskan pulangan hasil. Penulis blog dapati dimana dalam beberapa temubual dengan penanam pisang menyatakan yang tanaman pisang antara paling mudah untuk petani jana pendapatan yang lebih stabil setiap musim berdasarkan permintaan tinggi baik daripada pembekal atau pemborong produk ladang. Mereka dakwa dimana berbanding dengan menanam pelbagai jenis tanaman memberitahu tanaman akan pisang sentiasa memberi pulangan baik terutama daripada segi harganya. Dalam pada itu harga pisang semasa antara RM2 hingga RM2.50 sekilogram pada harga ladang dan untuk harga runcit boleh mencapai kira-kira RM4 hingga RM5 sekilogram. Apa yang penting adalah untuk pastikan buah berada pada kualiti baik setanding pasaran. Kini petani lebih memilih bahan tanaman dari anak benih tisu kultur kerana pokok tahan penyakit dan saiz buahnya juga besar serta mudah didapatkan daripada pembekal. Bergantung kepada faktur modal dan pengalaman dimana ada petani yang mengamalkan kaedah penanaman secara konvensional iaitu penanaman atas batas dan sumber air dari sungai berhampiran bagi memastikan ladang itu sentiasa dalam keadaan baik dan ada dengan cara moden. Ini kerana aspek penting bagi penanaman pisang ialah sumber air, cahaya dan baja mencukupi untuk memastikan pokoknya membesar dengan baik. Beberapa petani sudah pun amalkan pemasangan sistem pengairan renjis (sprinkler) untuk tanaman dalam keadaan baik. Ini penting bagi penanaman lebih moden iaitu jarak tanaman lebih dekat demi menjamin pokok pisang sentiasa subur dan cepat berhasil. Penulis blog dapati jika jika kaedah sama digunakan dengan cara yang konvensional bagi keluasan tanah seekar (0.4 hektar) hanya boleh tanam sekitar 500 pokok akan tetapi dengan sistem pengairan baik maka ia boleh tanam sekitar 1,000 hingga ke 1,200 pokok pada keluasan sama. Antara pisang popular di tanam di Malaysia termasuk Pisang Berangan, Pisang Tanduk, Pisang Nipah, Pisang Nangka dan Pisang Mas. Lazimnya dengan penjagaan baik pengeluaran mencecah kira-kira 65 hingga 70 tan berdasarkan sepokok dapat menghasilkan buah dengan berat sekurang-kurangnya 12 kilogram. Kajian mendapati jika menggunakan anakbenih tisu kultur biasanya petani mampu hasilkan pengeluaran buah konsisten antara 12 hingga 20 kilogram semusim dimana ia akan berikan jumlah pendapatan kasar boleh diraih sekitar RM100,000 dengan tuaian kira-kira lebih 60 tan semusim. Apa pun jika disyorkan agar menggunakan baja tahi ayam atau baja organik untuk pertumbuhan yang terbaik. Isu petani yang menanam pisang yermasuk beban harga dengan input pertanian seperti baja dan racun yang mengalami kenaikan harga 100 peratus. Rmai petani nyatakan dimana mereha harap kerajaan dapat memikirkan mekanisme bagi mengurangkan kenaikan harga input pertanian yang semakin melonjak sekali gus dapat membantu petani menjana pendapatan memberangsangkan. Antara ancaman serangan perosak pula terutama babi ada petani amalkan pendekatan menerusi tanaman labuyang didakwa ia membantu menghalau babi daripada merosakkan anak pokok pisang. Apabila labu sudah matang iaitu kira-kira 70 hari selepas ditanam kemudian dan anak pokok pisang sudah tinggi. Babi sebenarnya tidak suka dengan pokok labu kerana daun atau pokok labu ini miang dan babi tidak datang masuk kebun. Hasil tuaian labu juga membantu menjana pendapatan tambahan sementara menanti pengeluaran hasil pisang yang biasanya dituai selepas 10 bulan ditanam. Apa pun dilaporkan cabaran lain dalam mengusahakan ladang dengan kapasiti skala ini adalah tenaga kerja berkurangan. Kekurangan tenagakerja kritikal terutama semasa kerja kahwinkan bunga labu dan menuai labu. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis mmengenai penanaman pisang untuk dijadikan bahan bacaan semua.


Menanam pisang mempunyai ancaman tersendiri dimana '
Musuh penanam pisang' perlu di jaga. Apa pun bagi penulis blog dimana pokok pisang antara tanaman kontan yang mudah tumbuh di Malaysia. Buahnya pula boleh dimakan begitu sahaja setiap hari atau diolah menjadi makanan yang diminati segenap lapisan masyarakat. Semua bahagian pada pokok pisang juga dapat dimanfaatkan dari buah, daun, pelepah hingga bahagian tunasnya. Penanaman pisang menjadi pilihan kebanyakan petani kerana permintaan pasaran tinggi selain pulangan atau harganya lebih stabil berbanding tanaman lain. Namun, ramai petani melihat tanaman ini berisiko tinggi kerana dikatakan mengambil tempoh yang panjang, kira-kira 10 bulan sebelum dituai. Ini sekali gus mengundang pelbagai permasalahan seperti serangan penyakit dan haiwan perosak yang boleh menjejaskan pulangan hasil dan buntu memikirkan tanaman mereka semakin rosak apabila diserang penyakit yang belum dapat dikenal pasti. Apa pun penting bagi petani yang ingin mengusahakan ladang pisang perlu memiliki ilmu termasu isu serangan penyakit layu fusarium menyerang batang pokok pisang melalui sistem akar pokok. Ilmu ini akan membolehkan mereka memperoleh hasil yang bermutu dan mengurangkan kerugian akibat penyakit yang memusnahkan pokok pisang iaitu 'layu fusarium'. Penyakit layu fusarium menyerang batang pokok pisang melalui sistem akar pokok ke dalam batang pokok dan memusnahkan tanaman itu. Hanya pada bahagian tengah batang sahaja yang kelihatan masih normal. Apa pun buat masa ini masih tiada penyelesaian berkesan untuk mengawal penyakit layu fusarium sebab penyakit itu memberi impak paling besar terhadap penanaman pisang dalam negara atas sebab kadar sebarannya amat cepat dan meluas melalui pelbagai media. Ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan pokok pisang menghidap penyakit ini. Langkah pertama adalah pemilihan tanah yang subur dan mengandungi bahan organik dan mempastikan lokasi mempunyai sistem pengairan yang baik. Seelok-eloknya bagi petani yang ingin menanam pisang pada skala besar maka boleh hantar contoh tanah ke makmal untuk dianalisis sifat fizikal dan kimia tanah bertujuan mengetahui ciri tanah, kesuburan dan pemuliharaan tanah terbabit. Kedua adalah mengelak penanaman pisang di tanah yang sudah mempunyai sejarah jangkitan penyakit ini sebelumnya kerana masaalah layu fusarium mungkin dapat hidup dalam masa panjang sehingga 30 tahun di dalam tanah. Langkah ketiga adalah mengurangkan pengunaan racun kimia kerana ia akan mematikan mikroorganisma yang bermanfaat kepada tanah yang dapat membantu menjaga kesihatan tanah dan komuniti mikroorganisma tanah yang baik. Keempat, penjagaan buah daripada kecederaan dapat meningkatkan nilai buah selepas dituai. Tunggu dan rawatlah pokok pisang berbuah bagi mempastikan hasil yang lumayan. Dan kelima dan akhir sekali, tumbesaran pokok pisang juga hendaklah dipantau selalu supaya pokok tumbuh subur sebagai satu kaedah mengurangkan penyakit. Tanah yang sihat akan menjadikan tanaman lebih sihat.


Menarik untuk sembang dan kongsikan '
Manfaatkan kebaikan pisang' iaitu sejenis buah tropika yang yerkenal diseluruh dunia. Dilaporkan ramai wanita cenderung membuat rawatan wajah di spa atau berjumpa pakar kecantikan bagi mendapatkan kulit wajah idaman selain dapat mengatasi masalah lain. Rata-ratanya yakin dan percaya rawatan di pusat kecantikan lebih berkesan dan mampu memberikan hasil seperti yang diidamkan walaupun terpaksa mereka agar mengeluarkan belanja yang agak tinggi. Dalam keterujaan menjalani pelbagai jenis rawatan khususnya untuk wajah, wanita seharusnya perlu bijak dalam memilih jenis rawatan dan produk digunakan kerana setiap individu mempunyai perbezaan jenis kulit dan masalah. Hakikatnya, kecantikan diidamkan itu bukan hanya mampu diserlahkan selepas mendapatkan rawatan di spa kerana tanpa sedar, sesiapa saja boleh melakukan rawatan kecantikan sendiri dengan menggunakan bahan semula jadi di rumah. Pisang contohnya mempunyai banyak manfaat untuk melancarkan proses pencernaan makanan dan pada masa sama membantu mendapatkan kecantikan secara semula jadi. Seperti yang diketahui umum, selain sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut, pisang mempunyai banyak khasiat dan kebaikan tersendiri terutama untuk kecantikan. Ia kaya dengan vitamin B, C, B6, magnesium, zat besi dan kalsium, pisang terbukti dapat membantu dalam proses merawat wajah secara semula jadi. Selain untuk kecantikan, pisang mempunyai 1,001 khasiat untuk kesihatan iaitu sebagai sumber tenaga, menurunkan berat badan, mengurangkan rasa senggugut, menangani masalah sembelit, mengatasi rasa gatal akibat gigitan nyamuk dan meningkat emosi gembira. Belanja untuk membeli buah tropika ini juga tidak mahal dan pada kos yang rendah dan mudah didapati, pisang boleh dijadikan sebagai bahan terbaik untuk kekal cantik dengan kaedah selamat. Antara kaedah rawatan kecantikan menggunakan pisang yang boleh dilakukan sendiri di rumah ialah termasuk Mengatasi kulit berminyak dimana pisang mampu membersih kekotoran yang membantu menyingkirkan sebum berlebihan pada permukaan kulit. Ia turut mengandungi kalsium, vitamin E dan C yang melembapkan kulit supaya bersih berseri. Jika pembaca blog ini mengalami masalah kulit berminyak, gunakan topeng muka pisang dengan jus lemon dan madu. Lumatkan pisang masak dan campurkan dengan satu sudu madu dan setengah sudu teh jus lemon untuk membuat topeng muka. Kemudian bersihkan dengan kain basah atau air sejuk. Kedia dimana pisang mampu Menanggalkan sel kulit mati khususnya pada permukaan kulit secara perlahan-lahan. Caranya, campurkan pisang, minyak kelapa dan oat. Oat mempunyai tekstur kasar yang mampu menanggalkan sel kulit mati berlebihan pada permukaan kulit. Selain itu, kandungan isi pisang yang mempunyai 75 peratus air mampu mengatasi dehidrasi di samping menyihatkan kulit. Ketiga dimana ia Merawat mata bengkak dengan mengurangkan bengkak mata kerana ia kaya dengan kalsium. Bahagian dalam kulit pisang mampu menyejukkan dan mengurangkan kemerahan serta bengkak mata. Letakkan kulit pisang ke atas kelopak mata dan rehat selama 10 hingga 15 minit. Kemudian basuh dengan air sejuk. Keempat dimana pisang mampu Melicinkan tumit kaki kasar sebab sekiranya tumit anda kasar, manjakan kaki anda dengan lulur pisang khas. Ia bertujuan melembutkan dan melicinkan bahagian berkenaan. Selepas merendam kaki di dalam air limau suam, urut menggunakan dua atau tiga pisang yang dilecek ke kaki anda. Kemudian, bilas dengan air suam.  uah pisang sesuai di jadikan Pupur muka untuk jerawat pada bahagian wajah dengan menyapukan pupur pisang pada muka. Caranya kisar pisang hingga halus dan lumurkan pada muka. Biarkan beberapa minit sebelum dibersihkan. Kaedah ini dipercayai berkesan dan memberikan hasil yang baik. Perlu diingat, rawatan ini harus dilakukan selama beberapa hari sehingga jerawat kering. Ia didakwa dapat Menguatkan akar rambut sebab pisang mengandungi vitamin dan mineral berkhasiat yang mampu melembapkan kulit kepala, selain melembutkan rambut kasar. Pisang mempunyai emolien yang baik untuk menjaga kesihatan rambut. Sama seperti vitamin dan mineral, emolien juga menguatkan akar rambut. Pisang dapat Memudarkan parut sama ada parut jerawat, tanda penuaan atau tompok gelap pada wajah, ia boleh dipudarkan menggunakan pisang lenyek. Caranya juga mudah, hanya sapukan pisang yang dilenyekkan pada wajah sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Menyentuh pasal 'Manfaatkan kulit pisang' dimana ia boleh dijadikan bahan penting dalam menjaga kecantikan. Ia boleh digunakan untuk menghilangkan tanda kekuningan pada gigi, meredakan lebam dan mencerahkan kulit. a boleh memutihkan gigi, gosokkan kulit pisang selama seminit pada gigi anda setiap hari. Cuba sekurang-kurangnya seminggu untuk melihat hasilnya. Kulit pisang juga boleh digunakan untuk mengurangkan kesan lebam. Selain menggosok kulit pisang pada bahagian yang lebam, anda juga boleh melekatkannya di situ dan biarkan semalaman. Boleh juga sapukan bahagian lebam itu dengan pisang lenyek. Gunakan kulit pisang untuk mencerahkan wajah. Menggosokkan seluruh wajah dengan kulit pisang membantu mengekalkan keserian wajah. Cuba lakukan selama sebulan untuk kesan yang lebih baik.


Penulis blog suka membaca laporan '
Cendol pisang emas bermadu' yang dijual di Pendang, Kedah untuk ujirasa kelaxatannya. Media laporkan ada seorang peniaga cendol tidak menyangka idea menambahkan hirisan pisang emas dan air gula merah bermadu menyebabkan minuman berkenaan menjadi popular sehingga dia tidak menang tangan melayan pelanggan yang berkunjung ke gerainya di Taman Tasik Pendang, Kedah untuk dikunjungi pada setiap petang. Bagi pengusaha Md Surihan Yakop (35 ( dakwa sebelum ini dia hanya mampu menjual sekitar 100 gelas sehari saja, tetapi jualannya meningkat sehingga 300 gelas sehari selepas menu baru berkenaan diperkenalkan sehingga menjadi sebutan di laman sosial. Dakwanya sselain penduduk tempatan dimana kini minuman cendol itu juga menjadi satu tarikan wajib yang perlu dirasai oleh orang ramai yang berkunjung ke daerah berkenaan. Resipi ini diilhamkan oleh anak saudara saya agar cendol yang dijual mempunyai kelainan daripada peniaga cendol yang lain, manakala air gula merah bermadu terilham selepas melihat seorang peniaga menambahkan madu dalam teh bunga yang mendapat sambutan luar biasa. Diantara menu yang mendapat sambutan ramai ialah Cendol Madu Pulut Pisang, Cendol Madu Pisang dan Cendol Madu yang berharga antara RM2.50 hingga RM 3 segelas. Kalau sebelum ini dia berniaga di beberapa pasar sehari sekitar Pendang, tetapi kini hanya menumpukan perniagaan di Taman Tasik Pendang dan pasar sehari Tanah Merah kerana kekurangan tenaga kerja biarpun perniagaannya mendapat sambutan baik. Apa pun selain di Pendang kini dia juga mempunyai cawangan di Sungai Petani dan bercadang membuka premis tetap di tepi jalan utama bagi memudahkan pelanggan mendapatkan cendol istimewa ini. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MENANAM PISANG... BAGAIMANA CARA...
BENIH KULTUR TISU... MUDAH DI JAGA...
BAJA ORGANIK... BANTU KOS INPUTNYA...
HARGA BAIK... PETANI PUN GEMBIRA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka, 
Malaysia.
(28 Ramadan 1446H).
Selamat Hari Raya 1446H / 2025

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...