Bagi penulis blog mendapati dimana dilaporkan buah berangan selain daripada enak dimakan sebenarnya ia mempunyai kehebatan khasiatnya tersendiri. Pertama ia didakwa amat baik untuk Sistem Penghadaman manusia. Ini kerana didalam banyak-banyak kacang didakwa buah berangan yang dilaporkan mempunyai serat yang paling tinggi serta yang terbaik untuk sistem penghadaman. Amalan pemakanan serat secara konsisten dapat merangsang pergerakan usus secara lebih lancar. Ini seterusnya dapat mengelakkan keradangan dan ketidakselesaan perut. Kedua dimana ia didakwa juga baik untuk Meningkatkan Kesihatan Minda. Buah berangan kaya dengan pelbagai mineral yang baik untuk kesihatan minda iaitu vitamin B khususnya folat, riboflavin dan thiamin dimana kalangan mineral ini boleh memainkan peranan penting dalam perkembangan neuron. Zat Kalium yang ditemui dalam buah berangan pula membantu dalam meningkatkan peredaran darah kepada otak, menyihatkan sistem saraf. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kebolehan daya ingatan dan fokus. Fakta ke 3 dimana buah ini mampu dalam Mengawal Tekanan Darah kerana kandungan nutrisi yang padat dalam buah berangan juga amat baik dalam mengawal tekanan darah kepada tahap optimum. Kalium (K) berfungsi dengan mengawal pergerakan air di dalam badan dengan kehadiran sodium. Ia juga bertindak dengan mengurangkan tekanan pada salur darah bagi melancarkan lagi peredaran darah. Tekanan darah yang optimum ini pula dapat mencegah daripada risiko penyakit jantung atau strok. Seterusnya khasiat ke 4 dimana ia didakwa akan Meningkatkan Ketumpatan Tulang. Di laporkan bagi mengurangkan risiko tulang rapuh atau osteoporosis, pengambilan mineral seperti kuprum dan magnesium secara kerap perlu diamalkan bagi melindungi kesihatan tulang. Kedua-dua mineral penting ini boleh didapati dengan mengamalkan makan buah berangan. Mineral kuprum (Cu) adalah penting bagi perkembangan tulang yang sihat di samping menguatkan sistem imun badan. Magnesium (Mg) pula berperanan dalam meningkatkan ketumpatan tulang serta baik untuk kesihatan menyeluruh.
Sebaiknya jika ada modal dan kelapang kini boleh mendapatkan buah berangan siap di makan di mana sahaja seperti ditepi jalan atau pun dipasaraya.
Merujuk beberapa portal termasuk dari suarasarawak.com bertajuk 'Serat berangan bagus untuk sistem penghadaman' adalah amat sesuai disembangkan. Buah berangan atau chestnut ialah panggilan biasa bagi spesies pokok genus Castanea iaitu dari famili Fagaceae. Buah berangan berasal dari kawasan beriklim sederhana di Hemisfera Utara dan boleh tumbuh setinggi 20 hingga 40 meter. Terdapat pelbagai jenis buah berangan, antaranya berangan China, Jepun, Korea dan Amerika Syarikat. Kulit kayu berangan muda mempunyai permukaan licin dan alur kulit pokok dalam sesetengah spesies berpintal apabila usianya meningkat. Apa pun daunnya lebat dan berbentuk lanceolat, sepanjang 10 hingga 30cm dan selebar 4 -10 cm. Bunganya muncul pada pertengahan musim panas dan mengeluarkan bau tidak enak. Buahnya pula berukuran 5 - 11 cm dan mengandungi satu hingga tujuh biji kacang. Biji berangan merupakan tanaman makanan penting di selatan Eropah dan rantau Asia. Bijinya sedap dimakan selepas direbus, dipanggang atau dijadikan manisan. Setelah masak teksturnya sama seperti kentang bakar menjadi lembut, manis dan berperisa kacang. Satu lagi kegunaan buah ini ialah ia boleh digiling halus menjadi tepung yang digunakan untuk membuat roti, kuih dan pasta. Batang pokok berangan pula menyerupai kayu pokok oak dan digunakan untuk membuat perabot lebih-lebih lagi kerana ia tahan lama. Laporan di Itali dimana batang pokok chesnut ini selalu ia digunakan untuk membuat tong cuka balsam. Dari segi kesihatan, buah berangan mempunyai serat paling tinggi serta yang terbaik untuk sistem penghadaman. Ia juga kaya dengan pelbagai mineral untuk kesihatan minda seperti vitamin B dan vitamin C.

Dalam sinarharian.com dilaporkan kisah 'Ambil alih perniagaan ayah jual buah berangan' wajar disembangkan juga. Kisah dari Sungai Petani, Kedah dimana rasa lemak manis serta tinggi khasiat antara tarikan menjadikan buah berangan mendapat tempat dalam kalangan ramai peminatnya tersendiri. Perkara itu diakui pengusaha, Muhammad Rizuan Sabri (32) yang mengambil keputusan menyambung perniagaan yang diceburi bapanya sejak kira-kira 30 tahun lalu dengan menjual buah berangan. Dia yang mengambil alih tugas bapa lebih 10 tahun lalu berkata, hasil jualan buah tersebut menjadi sumber pendapatan utama keluarga berikutan mendapat sambutan menggalakkan. Dia juga berniaga di beberapa tapak pasar malam sekitar Kedah dan Perlis termasuk tapak ekspo atau karnival dimana selain jualan secara langsung menggunakan kaedah promosi melalui media sosial sehingga pernah memperoleh hasil jualan mencecah lebih RM12,000 sebulan. Kalau dia menjuall sepanjang minggu dan mengembangkan perniagaannya dengan penggunaan teknologi dalam penyediaan di samping mempromosikan kepelbagaian kegunaan buah berangan. Dalam karnival di Sg Petani ini ada pelbagai jualan berasaskan pertanian, buah-buahan serta hasil usahawan IKS yang berkualiti dan segar dengan harga sehingga potongan 30 peratus berbanding pasaran disediakan kepada pengunjung. Program ini adalah kolaborasi dengan pihak pasar raya di mana kita dapat membawa usahawan IKS ke sini dalam masa sama mereka juga mendapat manfaat yang sama. Menjelaskan lanjut dinyatakan buah berangan boleh dikupas dan ia boleh terus dimakan mentah tetapi ia boleh menjadi seperti pedar (pedas-tajam) terutamanya jika pedicel tidak diasingkan. Bagaimana pun lazimnya antara kaedah lain untuk makan adalah dengan membakar atau lebih tepat di sangan sahaja dimana kulitnya tidak perlu dikupas. Antara beberapa teknik membakar adalah dengan cara membelah sedikit kulitnya supaya ia tidak menyebabkan 'letupan' kecil. Lazimnya apabila buah berangan telah masak, teksturnya sama seperti kentang bakar di mana ianya lembut, manis dan berperisa kacang dan lemak. Kaedah penyediaan ini popular di utara China di mana ia dimasak di dalam besen atau kuali mengandungi batu arang panas. Buah berangan juga boleh dikeringkan dan diuli ke dalam tepung untuk membuat roti, kek, pencake atau pun digunakan untuk memekatkan didihan sup dan sos. Buah berangan juga boleh dimakan menjadikannya halwa, rebus, kukus, panggang atau bakar. Bagaimana pun kebanyakan kita di Malaysia akan membeli buah berangan yang baru digoreng dan enak dimakan begitu sahaja setelah dibuang kulitnya. Makan buah berangan yang suam panas adalah lebih enak berbanding dengan buah berangan yang telah sejuk. Isinya yang berwarna putih krim atau sedikit coklat (buah lama) memang manis dan lemak. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH DIIMPORT..DARI NEGARA CHINA...
DI BAKAR DAHULU...UNIK KAEDAHNYA...
SANGAT BERKHASIAT... SELALU UJIRASA...
DI BAKAR DAHULU...UNIK KAEDAHNYA...
SANGAT BERKHASIAT... SELALU UJIRASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Ramadan 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.