Apa yang paling menarik dimana kerajaan melalui Jabatan Pertanian Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkaitan dengan isu Pengimportan Dan Pengeksportan Di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan-Peraturan Kuarantin 1981. Jabatan Pertanian menyatakan dimana isu kemasukan semua Semua spesies getah (hevea) dari Negara berisiko tinggi (penyakit SALB) termasuklah biji benih, biji benih berakar dan anak benih berakar memerlukan Permit Import , Sijil fitosanitasi dan Intermediate Kuarantin di Negara yang tidak ada penyakit SALB dan PEQ (Kuarantin Lepas Masuk). Penyakit hawar daun Amerika Selatan (SALB) sekiranya menyerang pokok getah boleh melumpuhkan industri getah negara bernilai RM18 bilion setahun. Penyakit yang disebabkan kulat daun (microcyclus ulei) disebarkan melalui angin dan air hujan menyerang pokok getah berbanding tanaman lain. Kemasukan biji benih Guarana dari Brazil dan kawasan tropika Amerika secara haram boleh mengundang risiko yang tinggi. Oleh itu, bagi membendung penyakit itu daripada merebak, Jabatan Pertanian (DOA) dengan kerjasama Lembaga Getah Malaysia (LGM) menjalankan kaji selidik kawasan ladang getah di Baling, Kedah, untuk mengesan penyakit berkenaan. Timbalan Pengarah Bahagian Biosekuriti Tumbuhan (BBT) DOA Datin Jatil Aliah Timin berkata, SALB mengancam tanaman getah kerana penyebaran spora yang cepat, kulat sukar dikawal dan keupayaan tinggi memusnahkan tanaman getah. Daun muda yang berumur lingkungan sehingga 12 hari amat peka terhadap jangkitan penyakit. Simptom penyakit SALB akan kelihatan antara dua hingga tiga hari selepas jangkitan. Apabila ladang diserang SALB, sukar membuat kawalan kerana saiz pokok getah yang besar dan tinggi serta patogen kulat Microcylus ulei mempunyai banyak ras yang berbeza tahap ketahanan. Bagi penggunaan racun kulat, tiada racun sistemik yang benar-benar berkesan dan juga berkesan pada semua ras patogen. Ia perlu banyak melakukan semburan ulangan terutama di musim hujan. Semua negara rantau Asia termasuk Malaysia mencegah kemasukan tanaman getah dan yang berkaitan dari negara endemik SALB terutama Brazil serta kawasan tropika Amerika. Jabatan Pertanian juga sentiasa mengambil langkah mencegah kemasukan spora melalui apa saja bahan dan jenis tanaman dari negara berkenaan kerana bimbang SALB akan menyerang tanaman getah negara. Dilaporkan patogen kulat daun ini terdapat kira-kira 12 ras fisiologikal (physilogical races) yang menyerang klon berbeza, sentiasa berubah suai serta mempunyai tahap ketahanan terhadap racun berbeza. Pemerhatian terhadap pucuk, daun muda, daun matang dan daun yang gugur dari pokok getah dan guarana yang disyaki akan dibawa ke makmal untuk dianalisa. Serangan SALB boleh menyebabkan daun getah menjadi cacat, berbintik hitam, pucuk mati rosot dan jika serangan pada pokok besar menyebabkan ia meranting, kering dan tidak dapat mengeluarkan hasil yang produktif serta seterusnya mati. Semua klon tanaman getah di negara Asia Tenggara dan Afrika sangat peka dan mudah diserang penyakit SALB. Penyakit SALB ini tidak terdapat di Asia Tenggara dan Afrika yang menyumbang kepada 99 peratus pengeluaran getah asli dunia. Kulat daun ini mampu menyerang spesies hevea. Ia menghalang perladangan getah secara komersial skala besar di Amerika Tengah dan Selatan apabila penyakit SALB sentiasa menyerang tanaman getah di sana; katanya. Penyakit itu menyebabkan epidemik apabila penanaman baru ladang getah diusahakan di satu-satu kawasan kerana kedua-dua kulat daun dan perumahnya berasal dari kawasan Amazon. Dari awal eksploitasi tanaman getah di Amerika Selatan dan Tengah, semua usaha penanaman getah skala ladang di kawasan ini gagal sama sekali. Bagaimanapun, patogen ini tidak terdapat di Asia dan Afrika. Kulat berkenaan diklasifikasikan sebagai invasif kerana keupayaannya memusnahkan ladang getah. Sehingga kini semua langkah kawalannya sama ada secara kimia, biologi, biak baik baka atau pun secara agronomi tidak berkesan dan gagal. Penyakit SALB tidak pernah direkod di luar Amerika Tengah dan Selatan kerana langkah kuarantin yang ketat dilaksanakan bagi mencegah kemasukannya ke Asia dan Afrika. Larangan mengimport biji benih Guarana dari negara Amerika tropika termasuk Brazil adalah mengikut Peraturan-Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981 kecuali untuk tujuan penyelidikan. Isu pengimportan biji benih Guarana secara haram dikhuatiri ancaman membawa masuk spora SALB yang disebabkan kulat daun. Terdapat beberapa penyakit daun getah yang menyerang tanaman getah di Malaysia. Serangan yang berterusan boleh mejejaskan kesuburan pokok. Pada pokok getah dewasa, penyakit yang sering menyerang adalah penyakit Luruhan Daun Sekunder yang disebabkan kulat Oidium heveae dan colletotrichum gleosporioides, Luruhan Daun Phytophthora yang mana pada kebiasaannya berlaku pada musim monsun di kawasan utara dan pantai timur dan Hawar Daun Fusicoccum merupakan penyakit daun terbaru di Malaysia ditemui pada tahun 1987. Di tapak semaian pula, antara penyakit daun yang sering ditemui adalah penyakit Rintik Mata Burung dan Penyakit Luruhan Daun Sekunder Colletotrichum.
Banyak media laporkan kes 'Denda RM7.7 juta jika tanam pokok Guarana Brazil' pada 2017 masih belum lupus dari ingatan penulis blog dan sesuai disembangkan. Bagaimana isu ini pada tahun 2025 masih belum ada kemaskini. Masa itu dilaporkan ada usaha pihak tertentu yang mahu untuk membawa masuk benih dan biji pokok Guarana berasal dari Amazon yang dilarang ditanam di negara ini. Ada isu dimana individu atau syarikat atau pihak di negara ini yang sengaja menanam pokok Guarana berasal dari Brazil boleh dikenakan penalti sehingga R$10 juta Real Brazil (RM 7.7 juta). Jabatan Pertanian Malaysia Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) masa itu iaitu dalam kenyataannya tadi memaklumkan, larangan itu adalah termaktub di bawah undang-undang Brazil (Access and Benefits Sharing of Genetic Resources and Associated Traditional Knowledge). Kerajaan Malaysia, jabatan, agensi, mana-mana syarikat atau individu yang menanam guarana adalah berisiko dikenakan tindakan perundangan oleh Kerajaan Brazil sekiranya tanaman ini dibiakkan atau dikomersialkan daripada biji benih yang dibawa masuk secara tidak sah. Apa pun jika disabitkan kesalahan kana mereka boleh dikenakan tindakan amaran, sita dan penalti sehingga R$10 juta Real Brazil (RM 7.7 juta). Masa itu pihak Jabatan Pertanian Malaysia sudah dimaklumkan oleh Ministry of Agriculture Livestock and Food Supply (MAPA) Brazil, melalui surat OFÍCIONº5/2020/DSV/SDA/MAPA bertarikh 8 Januari 2020 bahawa negara Brazil hanya membenarkan aktiviti iaitu pengeksportan buah guarana bagi tujuan pemprosesan dan makanan manusia sahaja. Berdasarkan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan-peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981, pengimportan tumbuhan dari negara berisiko tinggi yang endemik kepada penyakit South American Leaf Blight (SALB) iaitu oleh kulat Microcyclus ulei kepada tanaman Hevea adalah dilarang, kecuali bagi tujuan penyelidikan," katanya kenyataan itu. Guarana atau nama saintifiknya Paullinia cupana adalah tanaman herba semulajadi di Lembah Amazon terutamanya di Brazil (Sila lihat foto disebelah). Kes dimana di Lembah Amazon yang juga disana adalah kawasan penanaman getah dengan insiden serangan penyakit Hawar Daun Amerika Selatan (South American Leaf Blight, SALB) yang amat tinggi. Spora SALB yang menjangkiti tanaman getah akan menyebabkan pertumbuhan pokok getah terbantut dan tidak dapat mengeluarkan hasil yang produktif. Keadaan ini boleh melumpuhkan industri getah negara yang bernilai lebih RM18 bilion setahun. Penyakit ini mengakibatkan kegagalan industri getah di negara Brazil dan negara-negara SALB yang lain seperti Colombia, Costa Rica, Surinam dan Panama. Berikutan larangan pengimportan guarana bagi tujuan penanaman oleh negara Brazil dan impak negatifnya kepada industri getah negara, Jabatan Pertanian tidak pernah membenarkan petani atau usahawan melaksanakan projek penanaman guarana untuk dikomersialkan di negara ini. Ini adalah kerana sumber benih guarana yang dibawa masuk ke dalam negara ini secara haram untuk dikomersialkan adalah tidak sah dari sudut perundangan negara berdasarkan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan-peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981. Penanaman guarana di Malaysia adalah berisiko membawa penyakit baharu lain seperti Colletotrichum guaranicola yang hanya dilaporkan menyerang spesis guarana. Maklumat mengenai penyakit C. guaranicola adalah terhad dan akan menyukarkan kawalan dilakukan sekiranya serangan berlaku di Malaysia. Selain itu, biji guarana yang sudah matang perlu diproses sebelum ekstrak guarana dapat digunakan bagi tujuan komersil. Ini menunjukkan keperluan untuk penyediaan industri hiliran bagi pemprosesan guarana dan mendatangkan masalah kepada petani atau usahawan untuk menjual hasil tanaman selepas dituai sekiranya tiada pusat pemprosesan. Sebelum ini tular dakwaan benih pokok ini dijual pada harga RM50 cuba diedarkan kepada petani di Sabah menjadi kes dirujuk.
Ketika artikel ini di tulis pada Mac 2025 sudah tidak banyak laporan berkaitan insiden penanaman guarana di laporkan. Penulis blog merujuk beberapa facebook kumpulan mereka yang ada menanam guarana di seluruh negara seperti Cupana Group - Guarana Malaysia. Salah satu postingannya menyatakan 'Pokok guarana mudah dijaga dan cepat membesar. Hasil jualan juga tinggi dan terjamin' dakwa salah seorang penanam atau pengusaha Guarana yang beralamat di Labis, Johor dengan pokoknya sudah meninggi dan sudah berbuah juga sebanyak 450 pokok (Sila lihat foto disebelah). Facebook tersebut juga menyapa dimana 'anda juga dialu-alukan untuk bersama kami. Mulakan tanaman anda sekarang!' amat menarik disembangkan. apa pun merujuk sosmed dalam facebook iaitu 'Warga Su𝗻𝗴𝗮𝗶 𝗕𝘂𝗹𝗼𝗵 𝟮𝟬𝟮5 milik Mohd Nor yang bertajuk 'Projek Tanaman Herba Guarana' dimana pengusaha ini ada melaporkan pokok guarana matang berpotensi menghasilkan buah diantara 80 kg sehingga 100 kg masa ini (Januari 2025) apabila umur pokok menjadi dewasa dan mampu hidu[ selama 20 tahun. Beliau dakwa dimana harga jualan buah guarana purata adalah RM60 sekilogram masa ini dimana ia adalah lumayan juga dimana sudah ada konsep 'contract farming' dan pembeli tetap memang sudah ada. Walau pun dia hanya ada menanam kadar minimum 30 pokok sahaja disekeliling rumah akan tetapi dia berpuashati dengan prestasinya. Apa pun penulis blog hendak sembangkan juga produk dan khasiat Kopi Guarana untuk tulisan kali ini. Khasiat Guarana yang didakwa ia mengandungi Guaranin, asid amino, vitamin, karbohidrat, tannin dan theine. Ianya juga sesuai untuk semua peringkat umur tanpa mengira jantina. Selain itu ianya juga mampu menyerap dan bertindak balas dengan pantas di dalam tubuh manusia. Pengguna boleh merasai khasiat antaranya adalah ia akan menurunkan Berat Badan dimana apabila amalan pengambilan guarana mampu mengurangkan selera makan sekaligus dapat mengawal kuantiti pengambilan makanan. Bukan itu sahaja dimana guarana juga dikatakan mampu membakar lemak dalam badan sekaligus mengatasi masalah kegemukan.Membantu meningkatkan tenaga seksual. Selain itu guarana juga dikatakan mampu meningkatkan tenaga seksual lebih-lebih lagi dengan campuran kopi. Ini kerana ujud pengaruh kafein yang terkandung di dalam guarana dan kopi mampu meningkatkan tenaga sekaligus meransang tenaga seksual.Menghilangkan sakit kepala dan migrain. Hasil kajian pada tahun 1997 membuktikan bahawa guarana boleh dijadikan ubat penahan sakit. Ini kerana, ianya bukan sahaja mampu merawati penyakit migrain malah mampu dalam ia menyembuhkan penyakit sendi, mencegah gastrik, ulcer, hopotemia dan melancarkan sistem pencernaan badan melalui penyerapan nutrien. Guarana juga mampu meransang otak dan menguatkan daya ingatan. Hasil kajian dari Brazil menunjukkan guarana mampun meningkatkan daya ingatan kerana biji benihnya mengandungi sejenis minyak yang baik untuk meransang otak. Ianya amat sesuai di amalkan oleh para pelajar untuk menguatkan daya ingatan dan memori. Ia akan memberi tenaga dan mengurangkan keletihan dimana di Brazil penduduknya menjadikan guarana sebagai makanan sampingan utama untuk menambahkan tenaga dan mampu mengurangkan keletihan. Guarana dikatakan mampu dalam meningkatkan gula (glukosa) darah sekaligus membantu dalam penghasilan tenaga. Penulis blog pohon agar Jabatan Pertanian Malaysia membuat laporan kajian Impak terhadap penanaman guarana di Malaysia dalam aspek kehadiran masaalah penyakit SALB, kajian analisis ekonomi, keluasan dan produk beraaskan guarana di Malaysia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semu apembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
IMPORT GUARANA...PATOGEN DIBAWA...
INDUSTRI GETAH... SEMESTINYA DIJAGA..
APA STATUS KINI... TANAMAN GUARANA?...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bandar Melaka,
melaka.
Malaysia.
(21 Ramadan 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.