Tunjukkan Sokongan dimana pastikan mereka tahu yang anda berada di sana untuk mereka. Tunjukkan sokongan emosi untuk membantu mereka merasa lebih selamat dan selesa untuk membuka diri. Langkah seterusnya mungkin boleh Mencuba fahami mereka dan menyelami lebih dalam punca mereka menjadi pendiam. Mereka mungkin mempunyai cerita yang berbeza yang perlu anda fahami. Sebaiknya boleh menggunakan Cara Pendekatan yang Lembut kepada mereka dengan memulakan perbualan dengan lembut dan elakkan daripada menggunakan nada yang menuduh atau agresif. Artikel pada tengahari Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas dan membincangkan peribahasa 'seperti katak disimbah air' untuk rujukkan semua.
KATAK (Frogs) merupakan sejenis haiwan amfibia yang mudah kita jumpai dikawasan lembab di dalam hutan, belukar, keliling rumah dan tepi parit. Katak merupakan haiwan unik kerana ia mempunyai pergerakan 'Melompat' yang dahulunya digelar Salientia. Katak dewasa apa yang di lihat mempunyai kaki belakang yang panjang, badan yang pendek, jari yang berselaput, mata terjojol keluar dan tidak berekor. Pada penulis blog mendapati dimana kebanyakan katak mempunyai kitaran hidup berperingkat daripada peringkat telur, berudu, anak katak sehingga peringkat dewasa dalam masa tertentu bergantung kepada spesis katak. Katak juga mudah bergerak di daratan dengan melompat atau memanjat atau pandai berenang didalam air. Katak dewasa juga merupakan haiwan pemangsa maging yang gemar memakan haiwan artropod iaitu terutamanya serangga, annelid dan gastropod. Katak paling dikenali dengan bunyi menguaknya yang boleh kedengaran tanpa kira siang atau malam terutamanya ketika musim mengawan. Saya ada menulis banyak juga artikel mengenai katak dan salah satunya boleh diakses dengan pautan ini (Sila Klik Disini). Katak boleh didapati dari kawasan tropika hingga ke kawasan sejuk subartik walau pun kebanyakan spesis katak terdapat di hutan hujan tropika. Katak merupakan antara kumpulan vertebrata yang paling banyak kepelbagaian melibatkan lebih 5,000 spesis yang dikenali. Walau pun mendengar namanya ramai akan rasa 'Geli Geleman', kini terdapat beberapa spesis katak yang diternak dan dimakan oleh sesetengah manusia sebagai makanan eksotik.
Memahami fasa kehidupan katak ini agak menarik kerana pada setiap peringkat kitaran hidup selalunya haiwwan katak ini memiliki tempat penting sebagai mangsa dan pemangsa dalam rantai makanan. Semasa diperingkat berudu ia akan dapat memakan alga tetapi fasa ini ia menjadi mangsa kepada haiwan lain seperti akan dimakan oleh burung raja udang, ikan, kura-kura dan haiwan akuatik lain. Dalam pada itu secara semulajadi dimana haiwan katak akan memakan serangga seperti belalang, nyamuk, ngengat, capung dan secara tidak langsung mengawal populasi serangga. Paling unik pada pejuis blog melihat bagaimana organ 'Lidah Katak' yang mana ia lembut dan sangat panjang dilekatkan di bahagian depan rahang bawah. Lidah katak ini dapat dijentikkan dengan masa sangat pantas dan dibalik ke belakang untuk menangkap mangsanya. Banyak cerita kartun di TV yang menunjukkan bagaimana katak memangsa serangga. Mangsa yang sudah ditangkap terperangkap di lidah merupakan makanan yang kaya dengan protin dan tenaga. bagaimana pun ramai sudah tahu dari kecil lagi kalau haiwan katak adalah sumber makanan kepada haiwan lain seperti cerita klasik 'Bangau oh Bangau' yang ular menyatakan 'katak memang makanan aku'. Katak adalah sumber makanan kepada haiwan pemangsa seperti memerang, ular, dan bangau dan sebagainya. Apa pun selalunya populasi katak menentukan kehadiran dan juga aspek kepelbagaian spesies haiwan lain dan oleh itu berfungsi sebagai keseimbangan semula jadi dalam ekosistem. Kajian mendapati dimana katak mempunyai kemampuan untuk menghindari dan melarikan diri dari pemangsa mereka. Kelebihan katak bersaiz kecil dan besar adalah berdasarkan ukuran badan mereka. Jika saiz ukuran lebih kecil akan sukar dicari, sementara saiz besar dapat melawan. Kadang kala, katak menggunakan kelebihan ukuran tubuhnya dengan berusaha menjadikan diri mereka kelihatan lebih besar dengan berdiri di jari kaki, atau mengisi udara di badan mereka agar kelihatan lebih besar daripada ukuran normalnya. Beberapa spesies katak palsu atau meniru diri mereka dengan benda seperti daun. Corak dan pewarnaan badan juga dapat berfungsi sebagai penyamaran dan bersatu dengan keadaan sekeliling agar tidak kelihatan. Pewarnaan badan juga mungkin sebagai tanda amaran keracunan terhadap pemangsa mereka. Sebilangan spesies katak menghasilkan cecair beracun, lendir melekit atau bahan getah seperti racun berbau busuk sehingga mengganggu pemangsa mereka. Beberapa spesies katak menjerit dan mengeluarkan suara yang kuat untuk menakutkan musuh mereka. Secara teknikal dikenali sebagai thanatosis, katak juga dapat mati secara dramatis dengan membalikkan perut, kaku lengan dan kaki serta menutup mata. Kekurangan pergerakan oleh thanatosis akan menyebabkan pemangsa mengelak untuk memakan katak mati kerana pemangsa menganggap bahawa katak mati akibat penyakit. Yang paling penting, katak menggunakan bahagian belakang ototnya untuk melancarkan badan dengan cepat dan melompat jauh dari bahaya. Oleh kerana kitaran hidup mereka yang kompleks, mereka tumbuh dan hidup di darat dan persekitaran air, katak dapat bertindak sebagai bio-indikator yang baik. Telur dan berudu sangat sensitif terhadap perubahan dalam ekosistem perairan. Kulit nipis pada katak membolehkan air mengalir dengan bebas dan menyerap air di badan mereka ke arah mana pun. Sekiranya berlaku persekitaran air tidak bersih akibatnya telur katak dan berudu akan mati atau fasa dalam mengubah bentuk dan mutasi ketika mereka berkembang menjadi katak. Pada masa yang sama kajian mendapati dimana katak juga bergantung pada sumber air untuk menjaga kelembapan badan mereka. Katak cenderung berada postur tertentu bagi mengurangkan jumlah kulit yang terkena udara dan mengelakkan air hilang terutama di kawasan yang kurang lembap. Katak cenderung mencari sumber air dan menyerap air melalui kulit perut. Bahan kimia yang berbahaya daripada persekitaran akan masuk ke dalam badan dan secara langsung mempengaruhi katak dan akhirnya akan mati akibat pencemaran. Populasi katak dalam lingkungan akan menentukan kualiti ekosistem.
Menarik apabila beberapa akhbar tempatan laporkan isu 'Daging katak perlu diasing daripada makanan halal' untuk dijadikan bahan rujukkan. Apa pun tindakan pihak penjual mencampurkan daging katak dengan makanan halal di pasar disifatkan sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati prinsip makanan halal umat Islam di Malaysia. Merujuk kenyataan Timbalan Dekan Jaringan Industri dan Masyarakat, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim bagaimana daging babi, makanan tidak halal lain seperti katak dan lain-lain wajib dipisahkan dengan makanan halal. Di Malaysia terdapat tujuh binatang liar yang popular dan mendapat permintaan untuk dihidangkan sebagai makanan eksotik di premis-premis restoran. Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim nyatakan dimana binatang liar yang jadi sasaran penggemar makanan eksotik adalah babi hutan, biawak, ular sawa, landak, buaya, labi-labi dan katak. Dilaporkan daging katak haram dimakan berdasarkan hadis riwayat Abu Daud bahawa nabi melarang membunuh katak. Dalam mazhab Shafie sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Nawawi dalam Kitab Majmuk bahawa orang Islam tidak boleh makan katak. Oleh kerana Malaysia berpegang dengan Mazhab Shafie maka umat Islam di Malaysia berpegang bahawa daging katak adalah haram dimakan. Sebelum ini Sinar Harian melaporkan gambar tular memaparkan isi daging yang bentuknya seperti katak dikesan dijual di sebuah pasar raya di Selayang. Apa pun isu dan kejadian didakwa berlaku pada pagi Selasa apabila salah seorang pelanggan pasar raya berkenaan mengesan terdapat isi daging katak diletakkan dalam pinggan bercampur dengan bahagian ikan. Situasi tersebut dilaporkan ia menimbulkan rasa kurang senang pengguna terutama dalam kalangan pelanggan muslim yang turut membeli keperluan asas di pasar raya berkenaan. Pinggan yang digunakan bagi mengisi katak itu perlu dibasuh bersih sebelum digunakan untuk makanan halal lain. Adalah dinasihatkan agar semua pengusaha dan peniaga untuk peka dengan aspek pengasingan makanan halal dan haram bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan pengguna. Perlu sentiasa menjaga dan mesti sensitiviti dengan kalangan umat Islam di Malaysia supaya tidak menimbulkan perbalahan dan khilafan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Dalam kes lain hmetro.com laporkan kes 'Jual hidangan katak Demam, restoran diserbu Perhilitan' yang berlaku di Kuala Lumpur. Memang agak pelik selera awam terhadap sajian katak goreng antara punca spesies katak demam yang juga hidupan liar dilindungi menjadi buruan dimana ia mendapat permintaan tinggi restoran di negara ini. Antaranya adalah spesies katak gergasi yang boleh mencapai berat satu kilogram itu dikesan dijual mencecah ratusan ringgit di restoran yang menyajikan hidangan eksotik. Menurut kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abdul Kadir walaupun menyedari aktiviti memburu dan menjualnya sudah dilarang namun haiwan amfibia itu masih dipasarkan secara haram. Terbaharu media laporkan kes pihak Perhilitan yang bertindak melakukan operasi dan rampasan melalui Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Siri 6/2023 Zon Tengah di Bentong, Pahang. Ada seramai sembilan pegawai Perhilitan bertindak melakukan pemeriksaan di sebuah restoran di Bentong, Pahang, susulan risikan dilakukan. ada seorang lelaki tempatan yang juga pemilik premis berusia 40-an disoal siasat sebelum pegawai Perhilitan menemui 16 ekor spesies katak demam disimpan di dalam bakul plastik. Hasil dari aktiviti pemeriksaan lanjut di dapur premis menemui 16 ekor lagi katak demam serta seekor labi-labi diletakkan di dalam baldi plastik. Dipercayai yang katak demam dan labi-labi itu dijual sebagai hidangan eksotik di restoran makanan laut berkenaan. Dalam pemeriksaan juga mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai sebarang dokumen sah untuk menyimpan kesemua hidupan liar itu. Susulan itu semua haiwan liar dilindungi itu dirampas dan kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dimana masyarakat umum yang tahu kejadian seperti ini boleh melaporkan kepada pihak berwajib. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.