Support My Blog

Friday, December 12, 2025

IKAN SEPAT DAN FAKTA PENTING

IKAN SEPAT
adalah sejenis ikan air tawar yang popular di Malaysia, dikenali kerana rasanya yang enak untuk dimakan. Apa pyang penulis blog tahu dimana i
kan sepat mempunyai beberapa spesies yang popular iaitu Jenis Sepat Siam (Trichopodus pectoralis), Jenis Sepat Rawa (Trichopodus trichopterus), Jenis Sepat Mutiara (Trichopodus leerii) dan Jenis Sepat Kecil (Trichopodus microlepis). Kalangan orang kampong mereka lebih kenal dengan nama seperti Sepat Siam, Sepat Padi, Sepat Ronggeng, Sepat Biru, Sepat Sapek, Sepat Benua dan beberapa jenis lagi yang ia sering dimasak goreng atau dalam masakan pelbagai jenis lauk. Bagi penulis blog paling suka membeli dan makan ikan sepat masin yang selalunya diperbuat daripada Sepat Siam. Ada pula kalangan orang yang berminat untuk menjadikan ikan sepat sebagai jenis ikan hiasan diletakkan didalam akuarium kerana siripnya yang cantik dan selalu sifatnya yang mudah dipelihara dimana ia mampu bernafas udara melalui organ khusus. Sebenarnya ikan sepat cirinya hidup didalam habitat di air tenang seperti sawah padi, paya, kolam dan tasik. Ikan sepat tergolong dalam kumpulan ikan Anabantoidei (ikan labirin) yang bermaksud ia boleh bernafas udara terus dari atmosfera menggunakan sejensi organ 'labirin' dimana ia akan membolehkan agar dapat bertahan dalam air yang kekurangan oksigen dalam masa lama. Apa pun di Malaysia dimana selain sumber makanan, ia juga dilihat sangat popular sebagai ikan hiasan kerana warnanya yang menarik dan mudah dijaga didalam akuarium dan ada di jual di kedai tertentu. Bagi penulis blog yang berminat dengan ikan sepat mendapati ikan sepat adalah ikan air tawar serbaguna yang menjadi kegemaran ramai di gunakan sama ada untuk lauk atau awbagai ikan hiasan yang lincah. Ikan Sepat merupakan sejenis ikan air tawar yang mudah didapati dikawasan sungai, anak sungai, tasik, kolam, lubuk dan sebagainya sama ada di kawasan air mengalir atau air statik yang ada di Malaysia. Apa pun bentuk ikan sepat lazimnya ia berbentuk pipih dengan ia juga mempunyai mulut yang kecil di hadapannya. Ikan ini mempunyai sepasang sesungut panjang dan beberapa sirip di bahagian sisi, di atas serta bawahnya yang jelas kelihatan. Apa pun ikan ini mempunyai sisik nipis yang bersusun senget dengan warna gelap dan agak keras. Bagi spesis tertentu ada terdapat dua titik hitam atau 'black dot' sama ada ia pada bahagian tengah badan atau bahagian belakang badan di kedua-dua belah. Titik ini merupakan tanda paling mudah untuk mengenali ikan sepat dalam air. Struktur dalaman organ ikan sepat seperti juga jenis-jenis ikan Gourami dan ikan haruan atau jenis ikan puyu mempunyai labyrinth di ruang insangnya yang membolehkan ikan ini hidup walaupun di kawasan air yang kurang oksigen. DI kampong penulis blog iaitu Skim Sawah Ring ikan ini banyak terdapat dan juga dalam tali air sawah walaupun kerja pembajakan tanah serta penggunaan racun minima dan air sawah dikeringkan pada setiap musim. Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan fakta mengenai ikan sepat sebagai bahan rujukkan semua.


Sebenarnya did
alam habitat semulajadi selalunya ikan sepat akan makan lumut, tumbuhan air dan anak-anak ikan kecil yang boleh dimasukkan ke dalam mulutnya yang kecil. Ikan sepat adalah ikan omnivora yang makan tumbuhan (mikroalga) dan haiwan kecil (serangga air, cacing, jentik nyamuk, kutu air) dan juga dilaporkan ia 'detritus'. Ada juga pengusaha yang menternak ikan sepat secara komersil dengan diberikan jenis makanan ikan komersil atau akan memberikan makanan buatan seperti pelet alga, cacing kering beku, udang air garam (brine shrimp) dan makanan hidup seperti jentik nyamuk dan kutu air untuk nutrisi seimbang dan antibodi kuat. Menurut kajian di laporkan sebenarnya jenis makanan semulajadi di habitat liarnya ia memakan mikroalga iaitu sejenis tumbuhan mikroskopik yang menjadi sumber utama makanannya didalam air. Makan seperti serangga air dan jenis jentik-jentik oleh nyamuk adalah makanan sumber protein penting. Ia jya memakan jenis cacing halus dan juga kutu air (Daphnia) dalam air yang merupakan sejenis makanan hidup yang kaya nutrisi. Ikan sepat suka juga makan 'Detritus' iaitu sejenis  bahan organik reput yang terdapat di dasar kawasan perairan.
 Makanan jentik-jentik nyamok adalah dikaji ia sangat bagus untuk anak ikan kerana mengendungi khasiat protein tinggi dan mudah dimakan. Pemberian jenis makanan komersial seperti produk pelet makanan ikan yang berasaskan alga (flake food) juga boleh digunakan untuk menternak ikan sepat.
Pembaca blog perlu tahu jika amat penting untuk dapat memberikan gabungan makanan hidup dan kering untuk membina imuniti ikan sepat yang kuat terutamanya jika suka menternak jenis Ikan Sepat Siam. Perlu diketahui fakta bagaimana selalunya i
kan betina akan bertelur di bawah buih-buih putih di permukaan air yang tenang di mana ikan sepat jantan akan menjaga telur-telur tersebut sambil ia kemudian akan mempersenyawakannya secara berperingkat. Setelah menetas lazimnya anak ikan sepat akan diasuh oleh sepat jantan sehingga anak ikan tersebut mampu mencari makan sendiri. Selalunya dimana ikan ini hidup secara berkumpulan dan akan timbul dipermukaan air untuk menyedut udara dan jika lokasi ikan sepat sangat padat maka akan dilihat ada banyak kelihatan ikan dari permukaan air. Apa pun walau pun ikan sepat tahan di lubuk yang kurang oksigen akan tetapi ikan ini mudah mabuk serta cepat mati apabila di luar dari air selepas ditangkap.


Ikan sepat kalau dulu hanya di minati oleh orang kampong dan di jual dengan harga murah sudah berubah apaabila harga ikan sepat semakin mahal. Harga ikan sepat sangat bervariasi bergantung jenisnya (sepat hidup, sepat kering, sepat masin), ukuran saiz dan tempat lokasi jualan akan tetapi apa yang penulis blog tinjau secara umumnya dimana harga ikan sepat kering boleh dapat sekitar RM7-RM10 untuk pek kecil (100 - 200g) atau RM19-RM20 untuk 250g, manakala ikan sepat hidup di pasaran segar mungkin sekitar RM13 sekilo (jika beli borong atau beli yang segar). Dalam tinjauan lain di laporkan harga purata ikan sepat kering iaitu purata RM7.15 (80g) hingga RM19.72 (250g). Bagi jenis Ikan Sepat Masin dijual dengan purata harga RM10 (100g) hingga RM20 (1kg) untuk jenis premium (sepat benua). Ada juga kajian menunjukkan dimana bagi harga Ikan Sepat Hidup (Fresh) iaitu sekitar RM13/kg (di Taiping, Perak). Dalam pada itu harga bagi Ikan Sepat Hiasan (dalan Aquarium selalunya di jual pada harga bermula dari RM3.60 seekor (bagi saiz kecil). Faktor yang mempengaruhi atau menentukan akan harga adalah ia ditetukan dari jenisnya, status hidup, jenis masin, jenis kering atau jenis ikan hiasan dimana selalunya ikan sepat yang bersaiz besar akan menjadi lebih mahal. Kajian penulis blog juga mendapati jika harga ikan sepat benua (jenis kering) lebih mahal daripada ikan sepat biasa. Kini selain daripada boleh membeli ikan sepat secara on-line di Shopee atau Lazada dimana ia di jual di pasar tani, pasa malam, pasar tamu dan juga pasaraya serta banyak kedai runcit terutama jenis ikan sepat kering. Dalam portal hmetro.com di laporkan kisah bagaimana 'Rezeki Pemburu Sepat' dimana dari Kuala Terengganu pabila tiba musim banjir yang melanda negeri ini memberi hasil lumayan kepada pemburu sepat apabila ikan itu mendapat permintaan tinggi ketika musim tengkujuh. Harga antara RM4 dan RM8 sekilogram menjadikan ikan sepat dan ikat darat lain menjadi menu utama penduduk di sini. Hasil dari tinjauan Harian Metro ke kawasan banjir di beberapa lokasi daerah ini mendapati ramai penduduk setempat sanggup masuk ke dalam parit menahan pukat dan menjala sepat bagi memenuhi permintaan pelanggan. Bagi penduduk kampong bernama Fidarus Alias (20) dakwa musim banjir yang melanda kawasan daerah ini membuatkan penduduk kampung duduk di rumah dan malas ke pasar untuk membeli ikan laut. Dia dakwa dimana sejak hujan melanda beberapa hari lalu dan di kawasan parit kampung dipenuhi air hujan sekali gus menjadi tempat ikan sepat ‘bermain’. Dia mengambil peluang itu untuk menjala ikan sepat dan haruan bagi meraih pendapatan sampingan keluarganya dimana pada kebiasaannya keluarga menghabiskan lebih RM10 untuk membeli barang mentah di pasar, namun kini tidak lagi kerana ramai adik beradik gemarkan ikan darat yang segar.


Menarik mendapatkan fakta menarik tentang kehebatan khasiat ikan sepat dimana ia di laporkan amat
 kaya nutrisi seperti Omega-3, protein, vitamin B12, zat besi dan fosforan yang memberikan khasiat untuk meningkatkan fungsi otak (daya ingat, konsentrasi), menjaga kesehatan jantung (kurangi kolesterol jahat), memperkuat sistem imun (lawan infeksi), serta mendukung pertumbuhan dan perbaikan jaringan tubuh. Kandungan fosfornya juga baik untuk tulang, gigi, dan metabolisme, sementara lemaknya adalah sumber energi penting. Kajian mendapati jika khasiat utama bagi ikan sepat baik untuk otak dan menguatkan memori apabila zat seperti  Omega-3 dan zat protein penting untuk perkembangan sel otak yang boleh membantu kalangan para belajar untuk dapat ianya meningkatkan tahap konsentrasi dan memperkuatkan lagi akan daya ingat seseorang. Kajian lain menyatakan jika ikan sepat akan menjaga organ jantung menjadi lebih sihat sebab bahan asid lemak sihat (Omega-3) yang ada didalam ikan sepat akan dapat membantu menurunkan bahan seperti kolesterol LDL ('jahat'). Ikan sepat dilaporkan akan bantu dalam meningkatkan daya Tahan Tubuh apabila zat seperti vitamin B12, D dan zat besi meningkatkan imunyii seseorang dan akan membuatkan tubuhbadan lebih kuat dalam melawan penyakit dan tidak mudah lelah. Seterusnya khasiat ikan sepat di laporkan ia membantu proses tumbesaran dan juga aktiviti perbaikan sel sihat sebab ujud sejenis protein berkualiti tinggi mendukung pertumbuhan otot dan perbaikan sel-sel yang rosak. Makan ikan sepat akan menjaga kesihatan tulang dan kesihatan gigi bi[la zat fosforan (P) yang tinggi penting untuk menjaga gigi, gusi dan penyerapan kalsium. Kandungan lemak ikan didalam ikan sepat sangat membantu dalam memberikan sumber tenaga dan vitamin bila ada jenis vitamin larut lemak (A, D, E, K) didalamnya. Kajian saintis mendapati jika ikan sepat mempunyai sejumlah nutrisi iaitu Asid Lemak Omega-3,
Protein Berkualiti, Vitamin B12, Vitamin D, Zat Besi (Fe), Zat Posforan (P), Vitamin A dan lain-lain lagi. Ikan sepat adalah pilihan makanan sihat karena nutrisinya bermanfaat untuk berbagai fungsi tubuh iaitu dari otak hingga jantung dan sistem kekebalan tubuhbadan seseorang. Ikan sepat goreng adalah hidangan ikan sepat yang digoreng garing dimana ia biasanya ikan sepat masin atau kering atau ikan sepat yang kemudian dicampur dengan bahan tumisan seperti bawang, cili api atau cili kering dan perasa lain seperti kicap atau sos tiram untuk menjadi lauk pedas atau masin yang sedap dimakan dengan nasi panas. Prosesnya ringkas dimana ikan sepat ia perlu di rendam setelah dibersihkan kemudian ia digoreng garing hingga sesuai dan di ketepikan. Dalam kuali boleh di tumis bahan tumbuk dan bahan hirisan sehingga wangi dan kemudian di campurkan ikan sepat goreng semula serta ia digaul sebati dan sudah siap dihidangkan untuk di makan dengan nasi putih. Ada juga untuk versi lebih bersambal dimana boleh juga ditambahkan lebih banyak cili dan gunakan teknik tumis perlahan dan boleh juga ditambah ikan bilis goreng untuk rasa lebih lazat lagi. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
IKAN SEPAT... RAMAI ORANG SUKA...
IKAN SEGAR... IKAN MASIN PUN ADA...
DI JUAL ON-LINE... DIPASARAYA JUGA...
PELBAGAI RESEPI... ENAK SEMUANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(16 Jamadilakhir 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...