Support My Blog

Sunday, December 7, 2025

HUJAN ASID - APA DIA?

HUJAN ASID (Acid Rain)
adalah keadaan hujan yang turun dan berasid disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Hujan asid adalah fenomena di mana hujan turun ia mengandungi peratusan karbon yang tinggi dan menjadi berasid dan ini menyebabkan kemerosotan kesuburan tanah dan menjejaskan hasil tanaman komoditi akan tetapi ia tidak memberi kesan kepada kulit manusia dengan teruk. Faktor utama berlakunya kes hujan yang berasid ini disebabkan oleh kandungan karbon yang tinggi dalam udara. Kesann dari insiden ini dimana ia memberi kesan negatif kepada tanah dan ini akan mengurangkan kesuburan dan akhirnya menjejaskan kualiti serta kuantiti hasil tanaman komoditi dalam sektor pertanian. Memang ada juga kesan kepada manusia walau pun banyak di laporkan hujan asid tidak atau kurang memberi kesan kepada kulit manusia. Apa pun disebabkan sekarag ini dilaporkan penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah pun ia menyebabkan bahan api fosil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fosil seperti minyak dan arang batu oleh loji tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Ini menyebabkan bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik didalam hujan asid yang berlaku. h
ujan asid adalah satu fenomena di mana air hujan yang turun ke bumi adalah berasid dimana ia adalah disebabkan oleh penggabungan air dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Dengar hujan asid ia adalag satu fenomena yang menakutkan dimana fenomena ini seterusnya akan menyebarkan asid sulfurik dan asid nitrik melalui angin lantas menyebabkan pencemaran udara. Akibatnya hujan yang turun akan ianya bergabung dengan kandungan asid di udara lalu melahirkan fenomena hujan asid dan selepas turun ke bumi dimana ia akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Fenomena ini kemudiannya akan boleh menyebabkan isu tumbuhan dan hidupan mati, batuan dan bangunan menjadi tidak kuat serta lebih menakutkan dimana ia mengganggu tahap kesihatan manusia. Kes fenomena ini berlaku di Malaysia sudah pun dilaporkan berlaku walau pun sehingga penghujung dekad 70-an dimana fenomena hujan asid hanya pernah berlaku di benua Eropah dan Amerika Utara. Kini faktor urbanisasi dan industrialisasi yang sedang giat meningkat di benua Asia Tenggara khususnya Malaysia ia telah mengakibatkan ada kes atau fenomena ini berlaku di Malaysia dimana kawasan yang paling terjejas teruk dengan fenomena ini adalah Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Kedah iaitu berlaku ekoran dari aktiviti pembangunan yang agak pesat di kawasan ini. Ada laporan dimana pada tahun 1985 hingga 1988 ada pernah berlaku fenomena hujan asid yang agak teruk di kawasan Petaling Jaya dan Senai. Kemudian pada sekitar tahun 1985 hingga 1992, dimana min pH bagi Malaysia kita berkitar dengan nilai di antara pH5.0 hingga pH5.7 dimana ia akan menjadi lebih teruk di kawasan perindustrian seperti Kuala Lumpur, Lembah Klang dan Johor Bahru. Artikel subuh khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas tentang hujan asid untuk mengetahui perkara ini sebagai rujukkan pembaca blog ini semua.


Hujan asid boleh terbentuk apabila gas pencemar seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida yang terlepas ke udara akibat aktiviti manusia bergabung dengan air hujan. 
Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid diman aia boleh berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma. Keasidan cecair ialah ukuran kepekatan ion hidrogen dan ia biasanya terjadi bila keasidan cecair dinyatakan dalam sebutan pH yang mempunyai skala 0 hingga 14 dalam skala piawaian dimana jika nilai pH kurang daripada 7 ia adalah 'Berasid' dan nilai pH 7 adalah 'Neutral' dan nilai pH yang melebihi 7 adalah 'Alkali'. Contoh air hujan yang bersih yang diambil daripada kawasan semulajadi yang bersih seperti di beberapa buah kepulauan di Mersing yang terpencil didapati ia bernilai antara pH5.6 dan pH6.0 iaitu berkeadaan neutral dan kualiti air ini sesuai untuk pertumbuhan tanaman dan air minuman. Secara amnya apa yang penulis blog tahu dimana air hujan dengan nulaian pH iaitu kurang dari pH5.6 dianggap air hujan berasid. Dalam kes ini hujan asid ialah kerpasan dengan pH kurang daripada 5.6, yang berlaku apabila sulfur dioksida dan nitrogen dioksida di udara bertindak balas dengan air, oksigen dan bahan kimia lain untuk membentuk asid sulfurik dan asid nitrik. Gas-gas ini terhasil daripada aktiviti manusia seperti pembakaran bahan api fosil di kilang dan kenderaan di jalan raya manakala ia juga boleh berlaku secara semula jadi seperti pembakaran hutan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Di Malaysia ada dua musim utama iaitu Musim kemarau dan Musim hujan yang ditentukan oleh dua monsun iaitu Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Monsun Barat Daya berlaku dari akhir Mei hingga September, manakala Monsun Timur Laut (juga dikenali sebagai musim tengkujuh) berlaku dari November hingga Mac. Kejadian air hujan juga ada kaitan dengan kedua-dua musim yang ada di Malaysia. Huja pertama selepas kemarau panjang sering dilaporkan ada potensi untuk berlaku kejadian hujan asid. Apa pun musim utama Monsun Barat Daya (Musim kemarau) di Malaysia akan berlaku dari akhir Mei hingga September dengan cuaca cenderung lebih panas dan kering dimana perlepasan gas beracun tinggi. Walau pun ia sesuai untuk aktiviti luar seperti melancong ke pantai tetapi perlu di sesuaikan. Bagi monsun Timur Laut (atau Musim tengkujuh) ia berlaku dari November hingga Mac yang mana ditandai dengan hujan lebat dan angin kencang terutamanya di pantai timur Semenanjung Malaysia dan hujan lebat ini boleh menyebabkan banjir di sesetengah kawasan. Dua musim peralihan monsun ini berlaku di antara dua monsun utama dimana kejadian angin lebih lemah dan arahnya berubah-ubah dan kes hujan maksimum sering berlaku semasa musim ini.


Iklim di Ma
laysia agak stabil sepanjang tahun iaitu dengan nilai suhu purata harian antara 25 - 30 darjah Celcius dimana ini membolehkan tiupan angin membawa semua gas sulfur dioksida dan nitrogen dioksida yang terlepas ke udara terapong bebas. Gas iini berpunca utama daripada aktiviti perindustrian seperti banyak kilang-kilang industri dimana ia melepaskan sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke atmosfera. Sumbangan signifikan di kawasan bandar besar adalah daripada sistem pengangkutan apabila asap ekzos kenderaan bermotor adalah punca utama pelepasan nitrogen dioksida. Aktiviti pembakaran terbuka dan penggunaan baja nitrogen kepada tanaman (sawit dan sebagainya) dilaporkan juga boleh menyumbang kepada pembebasan gas-gas ini. Gas dari ekzos kenderaan terdiri daripada pelbagai bahan kimia hasil daripada pembakaran bahan api yang paling utama dan berbahaya ialah karbon monoksida yang tidak berwarna dan tidak berbau serta bahan nitrogen oksida. Selain itu ia juga mengandungi zarah karbon, hidrokarbon yang tidak terbakar, dan karbon dioksida. Apa pun di laporkan yang kesemua gas ini menyumbang kepada pencemaran udara dimana ia boleh membahayakan kesihatan jika terhidu terutamanya dalam ruang tertutup seperti di dalam kenderaan. Gas beracun ini boleh dikaji yang ia menyebabkan masalah pernafasan dan penyakit kardiovaskular dan juga ia selalunya adalah penyumbang kepada pembentukan hujan asid. Pihak berkuasa melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ada sesekali akan mereka melaksanakan pemeriksaan pencemaran asap kenderaan komersil melalui sekatan jalanraya dan pemeriksaan di PUSPAKOM. Aktiviti pemeriksaan sistem ekzos secara berkala ini bertujuan bagi mempastikan sistem ekzos kenderaan tidak bocor terutamanya kepada pemilik kenderaan lama dan pengguna diesel untuk mencegah gas berbahaya memasuki kabin. Hujan asid akan beri kesan negatif kepada alam sekitar dengan merosakkan tumbuhan dan haiwan air, mengurangkan kesuburan tanah dan membunuh hidupan akuatik. Kesan hujan asid berkait juga dengan struktur bangunan dengan kejadian menghakis bangunan, patung dan bahan binaan yang diperbuat daripada batu dan logam secara perlahan. Dalam aspek kesihatan manusia dimana kejadian hujan assid yang tidak terkawal boleh menjejaskan kesihatan manusia seperti ia boleh menyebabkan penyakit pernafasan seperti asma, batuk dan masalah kulit. Kejadian ini amat kurang selesa bagi mereka yang mudah dan kerap terlibat pencemaran oleh hujan asid. Kualiti air juga terkesan dengan hujan asid dimana air ini akan meresap ke dalam tanah dan boleh mencemarkan sumber air minuman dengan logam toksik seperti plumbum dan kadmium. Maka lebih ramai rakyat Malaysia sekarang ini menggunakan air bertapis dengan Alat Penapis AIr di rumah atau membeli Air Mineral yang terawat sebagai minuman harian dan tidak minum terus air dari paip. Apa pun memang hujan asid memberi kesan buruk kepada alam sekitar, bangunan, dan kesihatan manusia. Kesannya termasuk memusnahkan hutan dan hidupan akuatik iaitu ia merosakkan tanah dan kesuburannya, serta menghakis bangunan, merosakkan cat kereta, dan menyebabkan masalah kesihatan seperti penyakit pernafasan. Kesan hujan asid terhadap alam sekitar dan kawasan hutan dimana ia boleh menyebabkan potensi berlakunya kemusnahan hutan kerana daun dan pokok mati akibat asid yang bertindak balas dengan nutrien dalam tanah dan ini seterusnya mengurangkan kesuburan tanah. Air hujan asid yang mengandungi logam berat seperti plumbum dan kadmium boleh menyebabkan cirit-birit, gangguan saraf, dan merosakkan otak apabila diminum.


Kesan hujan asid kepada tanah adalah dengan m
erosakkan keseimbangan asid-bes dan nutrien dalam tanah dimana ini menjadikannya kurang subur. Selain itu ada kajian mengenai kesan hujan asid kepada industri akuatik dimana dilaporkan ia mampu membunuh hidupan akuatik seperti ikan dan amfibia dengan cara ia meningkatkan keasidan air dan sekali gus boleh merosakkan rantaian makanan. Insiden hujan asid menjejaskan ekosistem akuatik dimana ada tumbuhan dalam tasik dan hidupan seperti plankton termusnah akibat penurunan nilai pH air tasik (kurang daripada 5) dimana kes ini akan mengganggu kelancaran pembiakan ikan dan amfibia. Haiwan seperti ikan dan udang secara tidak langsung merupakan ancaman kepada manusia yang memakannya sebab ada kandungan raksa dan asid sulfurik yang tinggi meresap masuk ke dalam kulit haiwan ini.
Air sungai dan laut pula akan berubah menjadi berasid pada pH 5 yang boleh membunuh hidupan akuatik seperti ikan (atau mana-mana binatang yang bergantung kepada ikan akan mati juga eg. burung laut yang makan bangkai ikan mati tersebut) seperti pernah di laporkan ia berlaku di Tasik Minnesota di USA dimana kes hujan asid ini telah memusnahkan 140 buah tasik air tawar yang berada di sana. Pengaruh kesan hujan asid terhadap tanah pertanian, tumbuhan dan tanaman makanan oleh petani juga serius. Hujan asid yang kesannya serius boleh menyebabkan kemusnahan hutan kerana terkena hujan asid sperti kes di imana sekitar 70% hutan yang terdapat di Czechslovakia musnah akibat hujan asid ini. Apa yang telah berlaku adalah kandungan alkali dan asid dalam tanah menjadi tidak seimbang dan mempengaruhi keseimbangan dan kestabilan tanah. Apabila nilai pH kurang daripada pH6 akan menyebabkan bahan-bahan organik tanah mati dan kesannya tanah ini menjadi tidak subur dengan ketiadaan nutrien di dalamnya. Hujan asid dilaporkan berkesan terhadap kesan memusnahkan fungsi daun dan akhirnya pokok mati kerana asid bertindak balas dengan nutrien dalam tanah dan mengurangkan kesuburan tanah. Banyak kajian dan laporan menyatakan jika hujan asid memberi kesan negatif kepada pertanian dengan merosakkan daun dengan cara ia akan mengganggu fotosintesis dan menurunkan kesuburan tanah akibat pH yang rendahdan ini sekali gus menyebabkan pertumbuhan tanaman terbantut dan hasil berkurang. Ia juga melarutkan nutrien penting yang diperlukan oleh tanaman dan memusnahkan bahan organik dalam tanah yang mana ini akan menjadikannya tidak subur. Banyak kajian dan laporan berkaitan kesan hujan asid kepada pertanian dengan fakta iaitu berlaku kerosakan pada daun tumbuhan. Kejadian hujan asid boleh merosakkan permukaan daun yang menjejaskan fungsi penting seperti fotosintesis. Kes kerosakan pada daun menghalang proses fotosintesis yang membantutkan proses pertumbuhan tanaman. Ia juga akan mengurangkan tahap kesuburan tanah sebab selalunya hujan asid menurunkan pH tanah dan ini menjadikannya terlalu berasid untuk tanaman. Paling kurang di ketahui petani mungkin isu dimana hujan asid akan melarutkan nutrien yang penting sebab bahan asid dalam hujan melarutkan nutrien seperti kalsium (Ca) dan juga bahan magnesium (Mg) yang penting untuk pertumbuhan akar dan hasil tanaman. Hujan asid juga boleh memusnahkan aspek bahan organik dalam tanah apabila nilai pH tanah yang lebih rendah daripada 6 boleh menyebabkan bahan organik dan mikrob dalam tanah akan mati dan kesannya menjadikan tanah tidak subur. Hujan adid menyebabkan kejadian tanaman dan proses pertumbuhan terbantut disebabkan semua perkara di jelasknan diatas dimana ini boleh menyebabkan tanaman menjadi lemah, pertumbuhan terbantut dan hasil pengeluaran hasil tanaman jadi berkurang.


Beberapa penjelasan diatas menyentuh a
pakah itu fenomena hujan asid . Banyak di nyatakan jika hujan asid adalah satu fenomena di mana air hujan yang turun ke bumi adalah berasid yang disebabkan oleh penggabungan air dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Zaman ini dengan kemajuan teknologi kini, penggunaan tenaga elektrik dan pengangkutan jalan raya telah menyebabkan bahan api fosil dibakar dalam jumlah yang lebih banyak. Pembakaran bahan api fosil seperti arang batu dan minyak petrol oleh loji tenaga serta ekzos kenderaan telah membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara!. Fenomena ini seterusnya akan menyebarkan asid sulfurik dan asid nitrik melalui angin lantas menyebabkan pencemaran udara. Bila ada hujan yang turun akan bergabung dengan kandungan asid di udara lalu ianya melahirkan fenomena hujan asid dimana selepas hujan asid  turun ke bumi maka ia akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Fenomena ini kemudiannya akan menyebabkan tumbuhan dan hidupan mati, batuan dan bangunan menjadi tidak kuat serta lebih menakutkan, mengganggu tahap kesihatan manusia. Dalam media di laporkan 'Letusan gunung berapi beri impak kepada alam sekitar' diman ada saintis yang mengkaji gambar satelit telah menyuarakan kebimbangan dan memberi amaran bahawa letusan besar-besaran gunung berapi di negara kepulauan Pasifik seperti di Indonesia, Tonga, Filipina yang akan memberi impak besar terhadap terumbu karang, menghakis pantai serta mengganggu ekosistem perikanan untuk tempoh jangka panjang. Ada jenis gunung berapi bawah laut dimana ia mencetuskan amaran tsunami di rantau Pasifik turut memberi kesan di seluruh dunia. Letusan gunung berpi (walau pun tidak ada di Malaysia) akan membebaskan sulfur oksida dan nitrogen oksida iaitu dua jeins gas yang menghasilkan hujan asid apabila bergabung dengan hujan dan oksigen di kawasan atmosfera dan ia ada potensi boleh merentas sempadan. Beberapa kajian melaporknan jika hujan asid dari gunung berapi ini akan merosakkan tanaman makanan ruji penduduk yang tinggal berhampiran dengan gunung berapi yang aktif. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!
HUJAN ASID...FAKTA BAGAIMANA....
PENCEMARAN ALAM...HUJAN PULA...
KESAN NEGATIF...KEPADA SEMUA...
BACA ARTIKEL... TERBUKA MINDA...

By,
M Anem,
Seior Agronomist,
Taman Balai panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(13 Jamadilakhir 1447H).
Posted from,
Room 102, Legacy Hotel, Kuantan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...