Support My Blog

Saturday, December 13, 2025

KUTU AIR DAN FAKTA PENTING

KUTU AIR
merupakan perkataan yang mempunyai pelbagai makna digunakan di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Dari beberapa rujukan yang penulis blog dapati, perkataan 'Kutu Air' ini mempunyai beberapa makna. Masaalah serangan atau kes Kutu Air (Tinea Pedis) ialah satu jenis jangkitan kulat pada kulit kaki terutamanya di celah jari yang mana ia boleh juga menyebabkan gatal, kemerahan, mengelupas, dan rasa pedih atau terbakar yang disebabkan oleh patogen berada di persekitaran lembap dan hangat yang digemari kulat seperti di kolam renang atau bilik mandi. Ia menular melalui sentuhan langsung atau benda tercemar (handuk, kasut) dan boleh merebak jika tidak dirawat. Punca utama serangan kulat iaitu terutamanya dermatophytes yang membiak dalam keadaan lembap dan panas. Apa pun risiko jika kaki berpeluh, jarang tukar stokin, pakai kasut tertutup ketat dan berjalan tanpa alas kaki di tempat awam (bilik mandi awam, kolam) menjadi punca serangan. Apa pun simptom biasa dihadapi adaah rasa gatal yang kuat di celah jari kaki dimana kulit kaki akan kemerahan, mengelupas, kering, atau pecah-pecah. Ada juga rasa pedih atau terbakar dimana kemudian ia boleh jadi lepuhan kecil. Apa pun cara penularan adalah melalui sentuhan kulit ke kulit dengan orang yang dijangkiti atau berlaku sentuhan dengan objek tercemar seperti:Handuk, sprei, pakaian, kasut, stokin.  Lantai bilik mandi atau kolam renang. Sebaiknya cara dalam mengelak dan lakukan rawatan dengan mempastikan kaki sentiasa kering dan bersih. Amalkan menukar stokin selalu dan pakai kasut yang longgar gunakan ubat anti-kulat seperti bahan krim atau bedak). Disyorkan untuk mendapatkan rawatan doktor jika teruk atau tidak sembuh, kerana ia mudah kambuh dan boleh merebak. Dalam kes lain sebenarnya istilah KUTU AIR ini. Pertama adalah ia satu sebutan awam bagi sejumlah krustasea kecil penghuni air sebagai hidupan bukan serangga dan tidak hidup sebagai sejenis parasit sama seperti jenis banyak kutu yang hidup di luar air. Semasa belajar di universiti dulu penulis ada juga diberitahu secara taksonomi, haiwan yang disebut kutu air termasuk dalam kumpulan atau pun genera Daphnia (iaitu sejenis hidupan paling umum), Cyclops, Bosmina dan Diaptomus. Kutu air sebenarnya merupakan sebahagian hidupan dari kumpulan Zooplankton yang terdapat didalam air. Hidupan ini adalah merupakan sumber makanan kepada hidupan air yang lain seperti untuk benih udang, ikan dan sebagainya. Kutu air berukuran panjang kurang dari setengah milimeter dan ianya menjadikan sumber makanannya adalah daripada berbagai fitoplankton dan juga sisa-sisa makanan haiwan lainnya (detritus). Ia agak sukar dilihat dengan mata kasar tetapi boleh dilihat dengan jelas dengan menggunakan alat khusus seperti mikroskop. Terdapat banyak bentuk kutu air yang dilihat melalui alat mikroskop ini dan boleh dikenalpasti namanya. Penulis membuat beberapa rujukan untuk menulis rencana ini seperti daripada buku diperpustakaan dan juga nota kursus. Artikel petang Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai fakta penting tentang kutu air untuk dirujuk sebagai satu daripada bahan rujukkan semua.


Kepentingan Kutu Air memang perlu di kaji akan kemampuannya dalam meningkatkan kelangsungan hidup bagi jenis hidupan dalam akuakultur. Bagi penulis blog percaya jika kutu air penting wujud sebagai makanan akuakultur dimana ia akan memegang satu peranan yang penting dalam pelbagai aspek terutamanya untuk spesies ikan seperti ikan sturgeon, salmon, ikan Keli Eksotika dan juga bagi kebanyakan ikan juvana yang lain sebabnya jika tidak maka apa yang berlaku adalah kadar kelangsungan hidup hidupan ikan ini akan sangat rendah. Apa pun dalam industri akuakultur dimana selain ikan yang boleh dimakan dimana industri ikan hiasan seperti ikan emas juga mesti diberi makan kutu air sebabnya jika tidak kesannua ikan ini mudah mengalami senak. Kutu air adalah salah salah stu sumber makanan ternakan dan akuakultur yang baik. Kajian saintis mendapati dimana kehadirannya dimana ia tidak mencemari air, tidak terkena serangan parasit dan kaya dengan zat-zat penting seperti zat protein, lemak, gula, Tirosin, Tryptophan, Arginin, Histidine, Sistin dan Metionin, serta mengandungi vitamin dan mineral lainnya. Nilai pemakanan kutu air lebih tinggi daripada tepung ikan. Dalam kes ini keberadaan kutu air memang suatu perkara yang 'Tidak Boleh Diganti' apabila sebenarnya kutu air adalah ia sebagai makanan akuakultur memainkan peranan yang tidak dapat digantikan dalam banyak aspek terutamanya bagi jenis ikan berharga tinggi. Apa pun dilaporkan dimana kutu air juga merupakan salah satu organisma model yang digunakan dalam makmal untuk ujian alam sekitar dan didalam menjalankan beberapa penyelidikan pertumbuhan dan pembangunan haiwan. Dilaporkan jika semua keadaan persekitan dan syarat penyelenggaraan kutu air adalah kriteria penting untuk menjamin kebolehpercayaan data eksperimen. Lazimnya proses pertumbuhan kutu air bergantung kepada pemakanan bakteria dan mikroorganisma kecil dalam air. Kajian mendapati jika keadaan kualiti air yang diternak perlu kaya dengan bahan organik dan juga hidupan seperti jenis  mikroorganisma kecil untuk iNy memastikan pertumbuhan kutu air berjalan dengan lancar dan populasi yang banyak dan berterusan. Dalam kajian pakar dari luar negara dimana amalan mereka yang telah menerapkan penggunaan air sisa dalam penternakan kutu air iaitu seperti air sisa anaerob yang dihasilkan oleh ladang ternakan babi. Air sisa semacam ini mempunyai kandungan bahan organik yang tinggi terutamanya air kencing dan najis pada fasa anaerob awal, yang sangat sesuai sebagai substrat untuk pembiakan kutu air. Kalangan pakar-pakar menyatakan bahawa dalam pengurusan air sisa ladang ternakan babi, penggunaan air kencing dan najis babi pada fasa anaerob awal dilaporkan ia akan dapat meningkatkan kecekapan penggunaan air sisa, mengurangkan beban pengurusan air sisa pada fasa akhir, dan sekaligus meningkatkan masa tahan hidraulik sistem pengurusan air sisa secara keseluruhan. Apa pun dengan pengurangan beban air, kos rawatan lanjutan seperti unit aerasi dan penguraian lumpur juga dapat dikurangkan. 
Para pakar luar negara telah menguji kutu air yang dibesarkan menggunakan air sisa dan tidak menemui masalah akumulasi logam berat atau sisa ubat, malahan dalam penternakan benih ikan juga tidak ada akumulasi logam berat atau masalah parasit ikan yang berkaitan. Dilaporkan dengan penggunaan semula air sisa untuk membudidayakan kutu air menjadi kunci untuk memelihara persekitaran yang mesra.


Ilmu dan kepakaran akan sains mengenai kutu air agak jarang di minati oleh orang awam. Di Malaysia masih kurang saintis yang pakar dalam bidang ini dimana mereka berada di beberapa buah universiti, jabatan kerajaan dan juga syarikat swasta. Teknologi penternakan dan mengenalpasti amalan teknologi ini masih kurang untuk mencapai tahap maju. Diantaranya dimana sebenarnya kutu air ini boleh diternak secara komersil untuk industri akuakultur di Malaysia. Seperti para diatas dimana s
elain daripada teknologi atau pun cara penternakan menggunakan air sisa dimana ada juga sebahagian saintis dalam negara maji akan mereka juga akan mempraktikkan penternakan kutu air di bawah mod dalaman yang tepat. Kaedah ini melibatkan penternakan dalam air hijau dan penternakan menggunakan yis atau spirulina secara berasingan. Ini adalah kerana keadaan kebersihan kutu air dalam kolam luar tidak dapat dipastikan. Bagaimana pun dilaporkan dimana sistem penternakan menggunakan yis atau bahan spirulina secara berasingan juga dapat menyebabkan pertumbuhan kutu air yang tidak terkawal dimana cara ini juga di laporkan ia memerlukan aktiviti pembersihan berkala yang melibatkan kos dan masa yang banyak. Bahan Yis sebagai sejenis kulat unisel bukanlah unit klasifikasi filogenetik apabila dilaporkan yang ia merupakan istilah umum untuk beberapa keluarga kulat unisel seperti Ascomycetes, Basidiomycetes dan lain-lain. Secara umumnya dimana istilah ini merujuk kepada pelbagai jenis kulat unisel yang mampu menapai gula dan boleh digunakan dalam penghasilan minuman beralkohol. Yis mengandungi protein, vitamin, dan bahan-bahan aktif biologi lain. Hasil kajian mendapati bahawa kutu air tidak boleh menggunakan alga sebagai makanan secara langsung dan oleh itu maka perlu menambah yis untuk membantu dalam pencernaan makanan alga. Pakar juga ada cuba untuk mereka menggunakan serbuk yis dan alga kecil untuk mencapai penternakan kutu air dalam skala besar. Yis juga dilaporkan ia mempunyai nilai pemakanan yang serupa dengan alga spiral dan kos penternakan yang rendah iaitu dengan kitar hayat yang pendek dan akan menjadikan ianya satu teknologi penternakan dalam skala besar matang. Pakar menggunakan campuran yis selenium dan alga spiral dalam nisbah yang ditentukan, dengan mengawal kandungan selenium, untuk mendapatkan makanan khas yis selenium untuk penternakan kutu air. Apa pun dengan memberi makan kutu air yang diternak dengan makanan yis selenium dan spirulina, ia dapat digunakan sebagai makanan untuk membantu penternakan produk akuakultur yang bernilai tinggi dari udang, sambil membudidayakan kutu air yang bersih dan sihat untuk digunakan sebagai model haiwan dalam penyelidikan saintifik di makmal. Melalui kajian, makanan yis selenium dan spirulina dapat membantu penternakan kutu air yang memiliki reproduktiviti tinggi, nilai pemakanan tinggi, dan ketahanan yang kuat terhadap keadaan yang mencabar. Cara operasi sebenar adalah dengan mencampurkan spirulina segar dengan serbuk yis selenium dalam nisbah yang sesuai, dengan cadangan kandungan selenium dalam serbuk yis antara 1mg hingga 2.5mg/g. Kemudian, tambahkan jumlah air paip semalaman yang mencukupi, iaitu antara 0.8 hingga 1.2L, untuk membentuk larutan suspensi. Akhirnya, pastikan kepekatan selenium adalah antara 0.03 hingga 0.05ug/ml, sementara spirulina adalah antara 0.03 hingga 0.05g/ml. bahan larutan suspensi perlu didiamkan selama 0.8 hingga 1.2 jam sebelum boleh ditambahkan kepada kutu air untuk penanaman. Selepas itu, beri makan sekali setiap 2 hari. Apa pun hasil kajisn dengan kaedah ini maka penternak perlu memantau kadar kelangsungan hidup dan aspek seperti kadar kelangsungan hidup embrio kutu air pada masanya. Apa pun berbanding dengan kutu air yang diberi makan di dalam kolam air, kaedah ini dapat meningkatkan kadar kelangsungan hidup sebanyak 10-15% dan kadar embrio yang hidup sebanyak 18-23% dimana ia dianggap berjaya.

Dalam kes kedua, Kutu Air adalah juga dimaksudkan dengan satu penyakit kulit yang sering menyerang celah jari kaki atau tangan (Sila lihat foto disebelah). Penulis sendiri pernah dahulu ada juga beberapa kali kena serangan kutu Air dicelah-celah kaki. Teringat kali paling akhir pada bulan Mei 2014 semasa melancong ke Eropah selama 10 hari. Ketika di London terpaksa mencari ubat untuk rawatan kutu air yang juga dinamakan sebagai 'Athlete foot' di London. Penulis dan ahli keluarga yang sentiasa berjalan di Bandaraya Prague (Republic Chec), London, Paris dan Amsterdam dalam musim bunga dengan kasut kurang sesuai menyebabkan berlaku jangkitan kulat air. Memang siksa semasa hendak berjalan akibat masaalah ini selain daripada kaki yang melecet. Salah satu punca serangan k
utu air adalah akibat jangkitan sejenis kulat yang bernama  Trichophyton rubum. Kulat ini sering selalunya menyerang di celah-celah jari kaki, tangan, kuku tangan ataupun kuku jari. Kalau sering pakai kasut dan berpeloh dalam stokin akan membolehkan kulat ini akan membiak dengan cepat. Terdapat laporan dimana pada kes lain kulat ini juga menyerang pada muka mahu pun pada bahagian kulit kepala. Kulat trichophyton akan semakin tersebar apabila rasa gatal yang dirasakan terus di garu-garu dan ianya luka.  Cara  menghindari terjadinya kutu air pada kaki sebaiknya terlebih dahulu menjaga kebersihan pada diri kita. Sebaiknya cuba usahakan untuk tidak memakai sandal atau kasut yang lembab atau basah kerana ia biasanya menyebabkan kutu air sering membiak di lokasi tersebut. Ketika mandi disyorkan agar anda mengelakkan bertukar pakai tuala yang telah ada kulat air kerana cara ini boleh mengakibatkan jangkitan kulat pada kulit kita dan badan akan terasa gatal-gatal. Jika kutu air sudah menyerang kita atau hinggap pada kulit kita sebaiknya mesti cepat dirawat. Gunakan ubat kutu air banyak didapat di farmasi yang berupa sapuan atau pun berupa tablet untuk dimakan. Cara menggunakan sapuan alcohol swap kemudian disapu dengan ubat anti-fungal mampu menawat masaalah kutu air. Jikaperlu sebaiknya sapu ubat pada kawasan yang terasa gatal atau yang terkena kutu air. Kalau ambil ubat jenis tablet dimasukan mulut dan minum air seperti aturan dinyatakan. Kalau gatal tidak hilang maka sebaiknya berjumpa doktor perubatan diklinik atau hospital untuk rawatan lanjut.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KUTU AIR...IA ADA DUA MAKNA....
SAYUNYA IA...PENYAKIT KULIT ...
HIDUPAN KECIL..DALAM AIR ADA...
MEMBACA ARTIKEL ,...JADI SUKA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandr Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(16 Jamadilakhir 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...