Support My Blog

Friday, December 5, 2025

INDUSTRI RUMPUT POPULAR DI MALAYSIA

RUMPUT (GRASS)
atau Rumpai (Weeds) adalah ia merujuk kepada tumbuh-tumbuhan berdaun nipis yang tumbuh secara meluas di atas tanah dan jenis-jenisnya bergantung kepada ciri marfologi dan cara penggunaan yang diinginkan. Industri tanaan rumput di Malaysia sudah komersil dengan pelnagai jenis rumut mnengikut jenis kegunaan. Ada jenis rumput yang tumbuh meliar dimana sahaja dan ada jenis rumput yang di jadikan makanan ternakan atau ada yang di gunakan sebagai tanaman landskap. Bagi penulis blog jenis rumput yang sering di jumpai di mana sahaja adalah seperti Jenis Rumput Kerbau atau Rumput Lembu (cowgrass) untuk keadaan terbiar. Ada juga jenis Rumput Zoysia untuk tumbuh dikawasan yang memerlukan penyelenggaraan tinggi dan ada jenis Rumput Bermuda untuk permukaan mendatar dan cepat tinggi. Rumput Zoysia juga dikenali sebagai 'Rumput ribut' di Malaysia sebab sifat pertumbuuhannya. 
Jenis rumput yang tumbuh di Malaysia di pengaruhi oleh keadaan tanah, cuaca dan iklim dimana Malaysia mempunyai dua komponen utama untuk rumput tumbuhu. Iklim Malaysia adalah iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun dimana jenis rumput yang tumbuh ada pelbagai. Ia termasuk spesies seperti rumput lalang (rumput liar) dan rumput ternakan (seperti rumput Napier) dan mudah tumbuh dimana sahaja.  Malaysia mempunyai iklim khatulistiwa yang bermaksud panas dan lembap sepanjang tahun. Industri rumput segar dari Malaysia sudah mencapai tahap pasaran domestik dan eksport terutama ke Singapura. Kawasan Johor Selatan ada banyak kawasan penanaman rumput yang di eksort ke Singapura sejak puluhan tahun dulu. Tinjauan mendapati di mana diantara jenis-jenis rumput yang popular di Malaysia termasuklah Cow Grass, Zoysia, Bermuda, Philippine Grass, dan Pearl Grass. Rumput ini dipilih untuk pelbagai kegunaan seperti landskap, padang permainan dan juga bagi padang golf dimana penggunaanya juga bergantung kepada ciri-ciri seperti ketahanan cuaca, kelajuan pertumbuhan dan juga aktiviti serta kos penyelenggaraan. Pernah membuat tinjauan akan harga rumput di Malaysia bergantung pada jenisnya iaitu bagi jenis Cow Grass (rumput lembu) berharga sekitar RM0.90 - RM1.20/kaki persegi, manakala Rumput Jepun lebih mahal pada sekitar RM3.00/kaki persegi. Jenis lain seperti Rumput Filipina dan Rumput Mutiara biasanya dijual pada harga RM1.50/kaki persegi. Harga ini boleh berubah mengikut kuantiti pesanan dan kawasan tertentu. Ada kaedah lain harga rumput mengikut jenisnya di jual dalam unit RM/kaki persegi dimana bagi jenis Cow Grass (RM0.90 - RM1.20 sekaki persegi), Jenis Rumput Filipina (RM1.50 sekaki persegi), Jenis Rumput Mutiara (RM1.50 sekaki persegi) dan jenis Rumput Jepun (RM3.00 sekaki persegi). Ada juga kos tambahan iaitu harga pemasangan dimana kos pemasangan tambahan boleh dikenakan bergantung pada jarak kawasan dan kerja tanah dan ia biasanya dalam lingkungan RM2.00 - RM4.00/kaki persegi. Dilaporkan ada pembekal yang nyatakan kuantiti minimum pembelian atau pesanan minimum seperti mini seluas 500 kaki persegi. Aspek penghantaran dimana da juga caj penghantaran akan dikenakan berdasarkan lokasi dan kuantiti pesanan. Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai industri rumput popular di Malaysia untuk bahan rujukkan semua.


Dilaporkan dimana industri rumput di Malaysia mempunyai potensi yang besar kerana permintaan tinggi daripada para penternak ruminan terutamanya adalah disebabkan oleh kenaikan harga dedak yang mendadak. Bahan rumput digunakan sebagai alternatif makanan ternakan yang lebih murah dan mudah diuruskan. Jenis r
umput utama untuk ternakan termasuk rumput napier (juga dikenali sebagai rumput gajah) dan rumput ragutan yang merupakan sumber makanan penting untuk haiwan ruminan seperti lembu, kerbau, kambing dan bebiri. Rumput napier sangat popular kerana mudah ditanam dan kaya dengan nutrien manakala rumput ragutan sesuai untuk ragutan haiwan. Jenis rumput utama untuk ternakan adalah jenis rumput napier (rumput gajah) dimana rumput ini boleh ditanam beberapa kali setahun dan menjadi pilihan utama penternak kerana ia kaya dengan nutrien. Rumput ini sesuai untuk haiwan ruminan seperti lembu dan juga haiwan unggas. ABgi kategori jenis rumput ragutan dimana rumput ini adalah sumber makanan utama untuk haiwan ruminan seperti lembu, kerbau, kambing dan bebiri. Kandungan zat dalam rumput ini penting untuk kesihatan haiwan sebagai sumber nutrisi bula rumput menyediakan pelbagai zat penting untuk kesihatan dan pertumbuhan ternakan. Ada penternak yang akan menanam rumput sendiri sebab ia boleh menjimatkan kos pemakanan untuk penternak. Potensi komersial tanam rumput ini besar sebab penternak boleh menjual rumput napier secara komersial terutamanya kerana permintaan yang tinggi. Industri ini penulis blog lihat dimana jenis rumput seperti rumput Napier sesuai diusahakan secara komersial kerana ia memerlukan pengurusan minimum, benihnya mudah didapati dan murah, dan boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan. Permintaan Tinggi: Industri ini mendapat permintaan yang kukuh daripada penternak lembu dan kambing yang mencari alternatif lebih murah berbanding dedak yang sekarang ini harganya meningkat. Apa pun hasil tinjauan dimana rumput Napier boleh dijual pada harga sekitar RM0.25 sekilogram dimana ini menjadikannya satu pilihan yang lebih berpatutan kepada penternak. Industri rtanam rumput komersil di lihat ia menawarkan peluang pendapatan yang di nilai agak menguntungkan terutamanya bagi golongan muda yang ingin terjun ke dalam bidang pertanian kerana penanaman rumput memerlukan pengurusan yang minimum. Pennaman rumput Napier mudah ditanam dan benihnya mudah diperolehi dengan harga yang murah dan ada pasaran. Penanaman rumput untuk hiasan juga sama pentingnya di usahakan di Malaysia untuk di jual bagi tujuan landskap, padang bolla, halaman rumah dan sebagainya.


Artikel ini membincangkan akan beberapa jenis rumput popular di Malaysia sebagai rujukkan. Jenis Rumput Kerbau atau Cow Grass 
(Axonopus compressus)  diantara jenis yang banyak di tanam dan di pasarkan di Malaysia. Ciri-ciri rumput cowgrass apa yang penulis blog kenali adalah ia jenis rumput yang tahan lasak, mudah dijaga, dan kosnya berpatutan. Dari segi kegunaan dimana cowgrass adakah rumput pilihan popular untuk halaman rumah, taman permainan dan kawasan taman rekreasi dan pusat awam. Rumput ini dikenali juga sebagai 'Elephant grass' di Indonesia dan dinamakan 'Tropical carpetgrass' di Amerika Syarikat. Ada laporan dimana jenis Rumput Zoysia (Zoysia matrella) juga di sukai ramai orang dimana ia juga di panggil sebagai  Siglap grass, Korean grass atau dalam bahasa Melayu di panggil sebagai 'Rumput siglap' yang biasanya ditemui di tepi jalan atau kawasan berpasir (Sila lihat foto disebelah). Apa pun rumput ini mempunyai struktur stolon dan rizomnya yang ditumbuh secara mendatar dan menghasilkan permaidani yang lembut. Rumpyt Zoysia boleh dijadikan tumbuhan landskap dan ditanam di taman sekeliling rumag atau selalu di tanam di padang golf. Bercirikan mampu tumbuh dengan cepat dan tahan hakisan da amat sesuai untuk kawasan yang memerlukan ketahanan terhadap hakisan. Jenis ketiga yang popular di Malaysia adalah Rumput Bermuda (Cynodon dactylon) dimana ia memang mampu tumbuh dengan cepat akan tetapi dilapor agak kurang tahan hakisan. Kegunaan rumput ini dimana ia sesuai untuk padang golf kerana cepat pulih daripada sebarang ancaman kerosakan. Jenis keempat yang popular adalah Rumput Philippine Grass dimana cirinya ia sesuai untuk ruang yang kecil dan kemas. Kebanyakkan penggunaan rumput ini oleh ereka yang suka kecantikkan sebab ia dilapor memerlukan penyelenggaraan lebih banyak untuk rumput ini dapat mengekalkan rupanya yang kemas. Kelima pula ada jenis Rumput Pearl Grass dimana rumput ini dilaporkan ia mempunyai ciri pertumbuhan perlahan dan rupa yang padat.
Kegunaan rumput ini selalu disesuaikan dengan kawasan yang inginkan rupa yang kemas dengan penyelenggaraan yang kurang kerap. Terdapat juga beberapa jenis rumput liar lain selain dari rumput karpet komersil yang ditanam untuk landskap. Ramai pembaca blog yang mungkin sudah kenal rumput liar seperti Lalang (Imperata cylindrica) iaitu sejenis rumput liar yang mudah tumbuh di mana sahaja dan cepat membiak serta sukar dikawal. Ia merupakan jenis rumput liar yang berdaun tajam yang sering menjadi rumpai di kawasan pertanian. Dalam kes lain ada spesis rumput liar yang biasa di Malaysia termasuk jenis Rumput Paspalum (Paspalum conjugatum) dimana rumput ini tumbuh dengan mudah di pelbagai jenis tanah yang menjadikannya antara jenis rumput liar yang sering ditemui di kawasan kediaman dan ladang. Apa pun rumput paspalum juga dikenali sebagai 'Rumput tikus'. Ada juga Rumput Serangoon grass (Digitaria didactyla) yang agak kurang pupular dimana ia juga tumbuh dengan baik di kawasan tropika dan subtropika dan boleh dipotong ikur kesesuaian.


Kerajaan nyatakan jika aktiviti penanaman rumput napier berpotensi besar menjadi tanaman strategik dalam sektor pertanian, sekali gus mampu mengurangkan kos makanan haiwan ternakan sehingga 30 peratus. Menurut JPV yang penulis blog rujuk dimana jumlah permintaan yang semakin meningkat terutama dalam kalangan penternak ruminan menunjukkan bahawa rumput itu boleh menjadi alternatif lestari bagi ia dapat menggantikan dedak atau pelet yang mahal. Hasil Banci Pertanian 2024 turut mendapati rumput itu bukan sahaja menjadi sumber makanan ternakan yang berkhasiat dan kos efektif, malah kini digunakan sebagai bahan mentah untuk biojisim dan tenaga boleh diperbaharui. Kos rumput napier lebih rendah berbanding makanan ternakan komersial lain dan harga rumput napier kering lebih murah sekitar 30 sen sekilogram berbanding makanan ternakan komersial yang boleh mencapai lebih 50 sen sekilogram. Laporan menyebut dimana secara keseluruhannya, rumput napier menawarkan masa depan yang cerah dalam mempertingkatkan sektor penternakan di Malaysia dimana kini ada tiga negeri yang telah mempunyai penanaman rumput napier terbesar adalah Kedah iaitu seluas 363.5 hektar, Terengganu (276.6 hektar) dan Negeri Sembilan (267.9 hektar) iaitu dengan keseluruhan keluasan penanaman rumput itu di seluruh negara adalah 1,388 hektar. Sektor pertanian di Malaysia terus kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara dan memainkan peranan dalam memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi. Sektor ini turut menyumbang secara signifikan dalam mengurangkan kebergantungan negara terhadap import, menyokong industri pemprosesan, mewujudkan peluang pekerjaan serta meningkatkan pendapatan isi rumah khususnya para petani. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
INDUSTRI RUMPUT... MAJU DI MALAYSIA...
MAKANAN TERNAKAN... HIASAN JUGA ADA...
BANYAK JENIS....ARTIKEL JELASKANNYA...
SUDAH MEMBACA... FAHAM FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(14 Jamadilakhir 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...