PAKU PAKIS SATU PENJELASAN
PAKU PAKIS atau Pakis (Fern) adalah sejenis tumbuhan vaskular tidak berbunga dan tidak berbiji yang membiak melalui spora. Tumbuhan ini merangkumi ribuan spesies dan boleh didapati sebagai sayuran yang boleh dimakan seperti pucuk paku yang popular di Malaysia serta pokok pakis untuk di jadikan bahan tanaman hiasan yang dikenali sebagai Boston Fern (Nephrolepis exaltata) yang mempunyai nilai pasaran yang baik (Sila lihat foto paling bawah sekali). Bagi penulis blog mendapati jika tumbuhan yang banyak dilihat di kawasan semak dan belukar ini ianya hidup sebagai tanaman pakis atau paku-pakis (jamak) ialah salah satu tumbuhan dari sebanyak 12,000 spesies tumbuhan yang tergolong dalam kumpulan botani Pteridophyta. Apa pun memang tumbuhan ini memang ianya tidak seperti lumut sebab ia mempunyai xilem dan floem (menjadikan ia sejenis tumbuhan vaskular). Pakis mempunyai bahagian batang, daun dan akar seperti tumbuhan vaskular lain yang tumbuh dengan proses fotosintesis. Tumbuhan pakis membiak melalui apa yang di kenali sebagai 'spora' yang tersebar dengan pelbagai cara dimana pakis sebenarnya ia tidak mempunyai biji benih mahupun bunga. Paku pakis ialah tumbuhan vaskular tidak berbiji yang tergolong bersama pakis yang lain dalam alam tumbuhan yang digelar Pteridophyta dimana ia banyak tumbuh di Borneo sering digunakan oleh kaum dayak untuk racun, perubatan dan makanan (di panggil sebagai Midin). Apa pun secara marfologinya dimana pakis ini ia mempunyai bahagian batang, pelepah, anak-daun pertama dan akar seperti tumbuhan vaskular yang lain dimana tumbuh di kawasan yang agak lembap. Ia berbeza daripada tumbuhan berbiji (gimnosperma dan tumbuhan berbunga) iaitu ia tidak keluarkan bunga atau biji benih akan tetapi mudah membiak melalui spora. Ia mempunyai banyak persamaan dengan lumut dan alga tetapi berbeza dengan tumbuhan ringkas itu dengan adanya xilem dan floem untuk pengangkutan air dan bahan makanan. Ciri-ciri utama tumbuhan pakis adalah ia jenis tumbuhan vaskular yang bermakna ia mempunyai xilem dan floem untuk mengangkut air dan nutrien serta mempunyai kelompok pertumbuhan di habitatnya. DI banyak negara yang ada banyak tumbuhan pakis dimana ia boleh di jadikan sejenis makanan sayuran ddipanggil sebagai 'Pucuk paku' dari jenis Diplazium esculentum yang merupakan sayuran yang biasa dimakan di Malaysia. Pucuk paku pakis ini akan di potong sebab ia masih lembut dan perlu dibersihkan dan direbus sebelum dimasak untuk menghilangkan toksin yang ada didalamnya. Bagaimana pun jenis pucuk midin boleh di bersihkan dan terus di masak dengan menumisnya bersama ikan bilis, udang dan sedikit garam. Penulis blog ada menulis banyak artikel mengenai sayur midin yang boleh di baca dengan pautan (Sila Klik Disini), (Sila Klik Disini), (Sila Klik DIsini) dan banyak artikel lain lagi. Dalam pada itu dilaporkan sebenarnya pakis ini banyak di gunakan sebagai POKOK HIASAN dimana di gunakan sesetengah jenis pakis seperti Boston Fern yang digunakan sebagai pokok hiasan dalam rumah kerana keupayaannya membersihkan udara. Antara faedah dari pokok pakis ini yang kaya dengan vitamin dan mineral dan dilaporkan mempunyai sifat anti-radang dan antioksidan yang baik untuk kesihatan. Dalam pada itu perlu di ketahui jika ada jenis paku-pakis primitif akarnya hanya berupa rizoid (seperti Psilotum), berbatang kecil dimana secara umumnya berwarna hijau kerana memiliki klorofil sehingga dapat membantu proses fotosintesis dan daunnya hanya berupa sisik dengan satu vena daun sahaja. Manakala pada paku–pakis sejati terdapat pembahagian antara akar, batang dan daun nampak jelas. Ketiga-tiga organ tersebut telah mencapai kesempurnaan yang tinggi. Artikel petang Ahad ini saya menulis dalam "Anim AgroTechnology" mengenai tumbuhan paku pakis (fern plant) yang ada disekeliling kita sekadar dijadikan bahan rujukan dan bacaan semua.

Memang tidak berapa banyak penulisan mengenai jenis-jenis paku pakis yang sesuai dimakan di Malaysia atau pun didalam bahasa Inggeris. Bagaimana pun ada beberapa jenis Pakis Sayur atau Sayur Paku yang mana ia menjjadi hidangan umum dikalangan rakyat marhaein untuk di kongsikan infonya. Pada penulis blog yang sejak kecil tinggal di kampong di Johor memang sering memetik pakis kampong yang di masak air (bening) atau di tumis pedas (Sila lihat foto disebelah) dimakan dengan nasi putih. Pendek kata selepas balik sekolah rendah atau sekolah menengah jika ada makanan dari sayur pakis memang menambah nasinya. Masa itu cuma kena oakis kampung yang berwarna hijau, merah atau coklat dan belum kenal pakis lain seperti Pakis Midin yang terkenal di Sarawak. Kini setelah menulis artikel hampir 8 ribu dan menjadi warna emas dengan pengalaman lebih 38 tahun dalam sektor pertanian barulah memahami bertapa nikmatnya makan sayur pakis zaman dulu. Sebenarnya pucuk pakis untuk dimakan yang enak ini memang ia mudah ditemukan dibanyak negara diman akan dibincangkan beberapa spesis yang sesuai di makan. Antara yang paling dikenalpasti adalah jenis Pteridium aquilinum (bracken) dimna jenis Bracken atau Pteridium aquilinum mudah ditemui di banyak negara. Apa pun dilaporkan jenis ini mengandungi bahan karsinogen yang disebut ptaquiloside. Dilaporkan dimana jenis pakis ini iaitu Ptaquiloside boleh ia menyebabkan kerosakan DNA hingga panyakit kanser kepada sistem pencernaan. Saini=tis dakwa dimana kandungan bahan ini adalah beracun jika di makan mentah atau tidak dimasak dahulu sehingga benar-benar cukup masak terlebih dahulu. Laporan kajian pada tahun 2001 dimana ia di lakukan oleh International Journal of Cancer iaitu pakis bracken mentah memang ia mengandungi enzim thiaminase dimana ia boleh memecahkan vitamin B1 dan menyebabkan penyakit beri-beri. Bagaimana pun ada kaedah atau cara menjadikan Bracken (Pteridium aquilinum) agar tidak beracun. Kajian oleh USA Forest Service dimana pakis jenis bracken yang ia dilapor mengandungi bahan ptaquiloside yang cukup tinggi adalah bahaya jika dimakan mentah. Apa pun sebenarnya bahan ptaquiloside sendiri bersifat larut dalam air dan mudah rosak apabila kena suhu panas dan keadaan beralkali. Kepekatan bahan ptaquiloside pada pakis bracken menurun jika diletakkan pada suhu bilik dan memang habis tidak bersisa semasa dimasak hingga mencapai suhu didih. Apa pun kaedah terbaik untuk memproses masak pakis ini adalah dengan merendam dulu dan kemudian bolehlah memasaknya dengan api. Jika hendak mengolahnya menjadi salad sebaiknya dioleh bagaimana bracken diolah oleh orang Jepun atau Korea iaitu merendam pakis dalam larutan air dan kapur untuk menghilangkan racunnya. Walau pun boleh dimanan akan tetapu pakis pakis bracken sebaiknya diambil dengan jumlah sedikit sahaja dan tidak terlalu kerap. Ia adalah bagi elakkan risiko kanser yang tentunya tidak boleh hilang 100% dalam tubuh.

Pada penulis blog dimana jenis Pakis Sayur (Diplazium esculentum) pula ia merupakan pakis yang selalu di minati kalangan ramai penduduk Semenanjung Malaysia. Ada beberapa jenis pakis ini atau ia di kenali sebagai 'Pakus Sayur' atau pun 'Sayur Paku' atau dalam bahasa Inggeris ia di gelar sebagai 'Vegetable fern'. Dilaprkan diman Pakis Sayur banyak ditemui di Asia dan Oceania. Jenis ini paling mudah ditemui dan paling banyak di pasarkan di seluruh dunia. Penulis blog merujuk kepada kajian berjudul "Studies on pathological effects of linguda (Diplazium esculentum, Retz.) in laboratory rats and guinea pigs" yang diterbitkan di Indian Journal of Veterinary Pathology pada tahun 2004 dimana ia menyebut pakis sayur mempunyai kandungan racun yang jumlahnya adalah sedikit sahaja. Apa pun sejauh ini memang belum ada kes-kes iaitu keracunan akibat pakis sayur yang dicatitkan. Pakis Sayur ini dilaporkan memang ada sedikit racun walau tiada kes dilaporkan berlaku di Malaysia. Buat memastikan keamanan dalam mengonsumsi pakis sayur, pastikan batang dan pucuknya sudah dicuci bersih dengan air mengalir. Jika perlu, gosok-gosok agar bulu halus yang kadang masih menempel di batangnya terlepas. Cara menyediakan pakis sayur mudah dilakukan iaitu dengan ditumis pada suhu tinggi sehingga masak. Selalunya masakan pakis sayur yang betul akan menghilangkan rasa kelat pada pakis. Apa pun dilaporkan dimana pakis sayur mengandungi banyak nutrisi iaitu serat dan bahan antioksidan, antiinflamasi, serat (fiber), kaya akan nutrisi mikronutrien, beta karoten, asid folate dan juga bahan mineral (Ca, Fe, dan P). Nutrien seperti Kalsium (Ca), Posforan (P), zat Besi (Fe) dan vitamin B. Ia diantara bahan yang mampu mencegah penyakit kardiovaskular kerana ia juga kaya dengan vitamin A sumber makronutrient dan ada juga bahan Omega 3 yang biasanya terdapat pada ikan. Apa pun ada kajian menyatakan pakis sayur dilaporkan ia boleh menghalang pertumbuhan bakteria iaitu Salmonella typhi. Kajian telah dilakukan untuk dapat mengetahui pengaruh ekstrak etanol daun pakis terhadap tikus jantan yang telah terinfeksi bakteria Salmonella typhi dimana ekstrak etanol daun pakis dengan kadar 500 mg/kg/berat badan dapat menurunkan 6.2% patogen Salmonella typhi pada tikus jantan. Ekstrak etanol daun pakis daun dengan pelbagai dos tidak signifikan menurunkan jumlah koloni bakteria pada tikus. Kajian lain mendapati dimana ekstrak etanol pakis sayur terbukti memiliki kesan antiinflamasi terhadap tikus yang disuntik dengan bahan karagenin dimana dos yang terbaik adalah dicatitkan pada kadar 125 ml seekor.
Sebenarnya pucuk daun pakis mungkin masih tergolong sayuran yang sekarang ini semakin popular di kalangan peminatnya. Apa pun kandungan zat dan nutrisi daun pakis tidak kalah dibanding dengan jenis sayuran lainnya. Daun pakis bahkan memiliki kandungan vitamin C dan unsur kalium yang jauh lebih tinggi dibandingkan kangkung. Daun pakis berbentuk yang cukup unik dengan batang hijau yang panjang dan kokoh serta daun pucuk yang melingkar-lingkar bergantung kepada jenisnya. Bagi penulis bloh yang biasa makan ketika di kampong semasa remaja dulu percaya ia tidak hanya lazat dan enak malahan daun ini lengkap dengan beragam kandungan nutrisi yang penting bagi tubuhbadan. Kajian menunjukkan dimana nilai permakanan pada Daun Pakis dimana setiap 100 gram daun pakis terkandung 39 kalori tenaga, 87 gram air, 4.5 gram protein, 0.4 gram lemak, 7 gram karbohidrat, 2 gram serat, 31 miligram vitamin C serta 500 miligram kalium. Selain itu juga daun pakis juga kaya akan kandungan asam lemak esensial dan antioksidan terutama zat beta karoten. Khasiat paling di ketahui adalah paku pakis ini mampu Meningkatkan imuniti Seseorang sebab ia memenuhi sekitar 30% dari keperluan vitamin C harian dan keberkesanan antioksidan. Vitamin C berperanan penting dalam memperkuat sistem imuniti tubuh. Dengan imuniti yang kuat maka tubuh pun akan tetap sihat dan terlindungi dari berbagai penyakit. Zat antioksidan juga ia bermanfaat untuk masaalah kawal radikal bebas penyebab beragam penyakit. Makan pakis akan Melancarkan Proses Pencernaan sebab tinggi serat iaitu dalam 100 gram pakis akan ada terdapat 2 gram serat mencukupi memenuhi jumlah serat harian dan mudahkan buang air besar. Bahan serat memang unsur yang boleh menyebabkan rasa kenyang lebih lama dan kurangkan makan. Sayur paku dilaporkan akan dapat Menjaga kadar gula darah kepada mereka ada masaalah diabetes. Ia berpunca dari daun pakis mengandungi tinggi serat, antioksidan dan lemak sehat yang diketahui baik untuk mengawal kadar gula darah tetapi selalu mengamalkan gaya hidup sehat dengan bersenam. Sayur ini dilaporkan mampu untuk Mengawal tekanan darah sebab ia kaya dengan zat mineral terutama kalium. Ia didakwa juga akan Menjaga kesehatan jantung bila tinggi kalium akan menjaga kesihatan jantung sebab dapat kawal tekanan darah tinggi juga. Semuga tulisan artikel ini memberi maklumat yang berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...BANYAK JENIS... PAKUPAKIS YANG ADA...
ADA YANG DIKENALI... BANYAK TIADA...
DINEGARA KITA... BIODIVERSITI FAUNA...
MEMBACA ARTIKEL... BARU GEMBIRA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(11 Jamadilakhir 1447H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.