Ikan ini yang dulu di percayai ia berasal dari kawasan Parsi (Iran) dan kemudian ia dibawa ke Jepun melalui China dan Korea sudah menjadi ikan bertaraf antarabangsa. Sejarah kehebatan ikan koi paling dikembangkan di Jepun sebagai ikan hiasan yang cantik di mana ia menjadi simbol budaya beberapa negara, bangsawan dan kalangan orang kaya di seluruh dunia dimana ini menjadikannya sebagai lambang ikon yang penting. Di Malaysia pula merujuk kepada Jabatan Perikanan dimana ikan koi ini ia terkenal sejak tahun 1991 apabila Kaisar Jepun menghadiahkan ikan Koi kepada ketua-ketua negara dan kemudiannya popular di serata Asia Tenggara. Bagi penulis blog ikan Koi hebat kerana mempunyai warna-warninya yang cantik serta sifatnya yang jinak dan pintar mengenali pemiliknya serta jangka hayatnya panjang (boleh puluhan tahun) menjadikannya ia sering dianggap pelaburan bernilai tingg. Apa pun bagi pemiliknya ikan koi ini juga akan memberikan ketenangan mental serta manfaat kesihatan fizikal. Ia berasal dari ikan mas dan kini ada pelbagai varieti, perenang kuat dimana ia boleh membesar dengan sihat dalam kolam yang baik dan ada gelaran khusus yang menjadikannya sejenis 'Raja Ikan Hias' yang popular. Apa pun ciri yang menyebabkan ramai orang suka ikan koi adalah ciri keindahan, spesisnya , corak dan warna yang pelbagai dan memukau iaitu dari warna standard hingga warna premium yang menjadikannya sangat berharga. Ia juga sejenis ikan yang cerdas, amat jinak, bersahabat dan uniknya dia mampu mengenali pemiliknya. Diseluruh dunia dimana jenis ikan koi ini mempunyai nilai ekonomi tinggi setanding dengan ikan arowana dan ia boleh menjadi aset pelaburan yang menguntungkan dimana ada harga dari ratusan ribu hingga jutaan ringgit bagi koi berkualiti tinggi. Dari segi ikesihatan dimana ikan ini ada faedah kesihatan apabila sesiapa yang melihatnya akan dapat menenangkan minda, mengurangkan tekanan darah dan semasa memberi makan boleh meningkatkan fleksibiliti badan. Ikan koi adalah sejenis ikan perenang kuat dan bertenaga dan boleh membesar dengan mengagumkan. Ikan koi sebenarnya ia bukan sekadar ikan hiasan akan tetapi ikan ini juga simbol status, hobi yang menenangkan dan aset pelaburan jangka panjang. Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai fakta ikan koi untuk dijadikan bahan rujukkan para pembaca blog semua.
Dilaporkan di seluruh dunia memang terdapat banyak jenis ikan koi apa lagi setelah berjaya di lakukan biakbaka ikan koi dimana ada tiga antaranya yang sangat terkenal disebut Gosanke. Jenis ikan koi hibrid dengan pelbagai warna dan corak menarik ini telah membolehkan nilai harga ikan koi terus pada tahap tinggi. Diantara ikan koi yang termasuk Gosanke adalah dari jenis Showa, Sanke dan Kohaku. Pertama adalah spesis Ikan Showa (atau Showa Sanshoku) iaitu salah satu jenis ikan koi hias yang terkenal dimana cirinya ia mempunyai tiga warna utama iaitu hitam (sumi) sebagai dasar tubuh dengan corak merah (hi) dan putih (shiro) di atasnya, mirip dengan Sanke tetapi dengan dasar hitam yang lebih dominan, bahkan di kepala. Dikenali sebagai salah satu dari 'Gosanke' iaitu ada tiga jenis ikan besar koi apabila ikan Showa adalah varian yang sangat dihargai iaitu dengan pola khas seperti tanda hitam di sirip dan pola kilat (inazuma) dimana ciri ini juga dilihat ia menjadikannya favorite di kalangan peminat ikan hiasan seluruh dunia (Sila lihat foto disebelah). Mengenali akan ciri-ciri utama Ikan Showa yang mana ia ada warna hitam pekat (sumi) sebagai warna dasar dengan bintik merah (hi) dan putih (shiro) yang tersebar sehingga kekawasan di kepalanya. Jika hendak tahu akan ciri perbezaan dengan ikan Sanke dimana ikan Showa mempunyai hitam di kepala dan sirip manakala Sanke tidak ada tanda ini. Ikan showa ini di kategorikan sebagai jenis ikan yang termasuk dalam kumpulan Gosanke bersama Kohaku dan Sanke. Ada dilaporkan jenis ikan Showa dengan corak Tancho (bulatan merah di kepala) dimana ia juga jenis terkenal seperti Dainichi Showa yang coraknya unik. Dalam aspek penjagaan asas dimana di kolam ia perlukan jenis kolam yang cukup besar (sekitar 50 galon air per koi) dan kedalaman air minimum 3 kaki atau akuarium dengan keperluan mentol lampu 8-12 jam. Sesuai hidup baik dalam suhu air ideal antara 24-26°C. Cara beri makan dimana ikan ini ia boleh diberikan makanan seperti udang, sayuran, buah, spirulina dan pelet koi. Aspek penapisan air (filtration) adalah sangat penting menjaga ikan showa ini kerana ikan ini mengeluarkan banyak kotoran.
Jenis ikan Gosanke kedua yang popular adalah Ikan Koi Sanke (atau Taisho Sanke) adalah jenis ikan koi tiga warna yang popular yang mempunyai warna dasar putih dengan corak merah dan hitam yang tersebar secara berterabur di tubuhnya dimna ia berbeza dengan Kohaku (hanya merah dan putih) atau Showa Sanke (hitam lebih dominan hingga ke bawah). Corak hitam pada Ikan koi Sanke biasanya tidak mencapai kepala dan ini memberikan suatu tampilan yang unik dan sering menjadi favorite dalam kompetisi koi karena cirinya yang kuat.Ciri-ciri utama Ikan Sanke adalah ia mempunyai asas tiga warna iaitu warna Putih (dasar), Merah dan Hitam yang mana ia disebut sumi (Sila lihat foto disebelah). Menarik warna bintik hitam iaitu ia selalunya tidak dominan di seluruh tubuh seperti ikan koi Showa dimana ia biasanya muncul sebagai bintik-bintik atau pola yang terpisah serta ia tidak menyentuh kepala atau meluas hingga perut bagian bawah. Apa pun ikan ini ada nama lain seperti Taisho Sanke atau Taisho Sanshoku yang mana nama ini sempena nama dari era Kaisar Taisho di Jepun masa lalu semasa ia pertama kali dibiakbakakan. Hebatnya dimana ikan ini seringkali mahal harganya sebab ciri-ciri pada keindahan dan pola coraknya yang menarik. Apa pun asas kepada perbezaan dengan Koi Kohaku dimana ia hanya putih dan merah semantara dengan ikan Koi Sanke dimana warna hitamnya lebih pekat dan sering menyebar ke bawah perut. Secara ringkas jenis Ikan Koi Sanke adalah koi putih dengan 'kombinasi' warna merah dan bintik-bintik hitam yang mana ini memberikan kesan elegan dan kuat, menjadikannya jenis koi yang sangat dicari. Ikan Koi Sanke termasuk 3 ikan paling dikenal dengan sebutan GOSANKE merupakan ikan jenis hampir sama dengan ikan koi Kohaku iaitu kombinasi 3 warna warna merah, hitam dan putih. Perbedaannya dengan Showa adalah adanya warna hitam yang terdapat hanya di sepanjang punggung koi ini dan hanya mencapai batas leher . Taisho Sanshoku mulai dibiakkan sekitar tahun 1917. Nama Taisho Sanshoku merujuk pada Kaisar Taisho raja yang berkuasa ketika ikan jenis ini mulai popular dengan Sanshoku merujuk kepada tri-warnanya. Ciri keseimbangan dan keindahan corak warna merah dan hitam pada ikan koi sanke penting dalam penilaian kualiti ikan Sanke. Warna tertentu tidak boleh dominan membungkus satu ciri sahaja dan wwrna putih sanke disebut shiro dimana warna shironya haruslah putih seperti salji atau putih seperti susu, tebal, kuat dan tanpa cacat. Warna putihnya tidak boleh kekuningan. Warna Hi harus terlihat penuh, tajam, dan merata di seluruh tubuh koi sanke. Garis batas pola antar warna harus tegas dan tajam dimana ciri warna hi pada koi sanke harus seragam untuk masing-masing koi. Semua warna hi seperti kuning kesemek, merah keunguan yang cenderung gelap dapat diterima untuk kualitas koi sanke yang baik. Yang terpenting adalah warnanya seragam di sepanjang tubuhnya. Sedangkan corak hitamnya, harus dalam, penuh, dan mengkilap seperti pernis. Seperti warna Hi nya, garis tepinya (kiwa) harus tajam dan tegas. Corak hitam (sumi) yang kurang bagus sering disebut Sashi, yang kadang tampak seperti belang, atau abu-abu, tidak hitam solid. Untuk koi muda, hal ini sebenarnya tidak terlalu buruk, karena memang sumi terus berkembang sesuai usianya. Apa pun semua Ikan Koi Sanke harus memiliki kulit putih seperti porselen (disebut Shiro) dengan tanda merah hingga merah-oranye (Hi) di atasnya dan beberapa bentuk pola Sumi, ada banyak varietas Sanke yang mencakup berbagai jenis pola dan pengaturan.
Jenis ikan gosanku yang ketiga adalah Ikan Koi Kohaku dimana ikan ini juga adalah salah satu varieti ikan koi hiasan yang paling klasik dan popular diseluruh dunia. Ikan jenis ini dikenali dengan warna dasar PUTIH (white) dan corak MERAH atau Red (disebut hi) yang jelas dan jelas dilihat di atas badannya dimana ikan i ni juga ia dianggap sebagai 'Raja Koi' atau 'King of Koi' disebabkan ia merupakan spesis pertama yang mana sudah berjaya untuk menggabungkan dua warna utama iaitu warna merah dengan warna putih dan sering menjadi pilihan utama dalam pertandingan diseluruh dunia berpunca ia mempunyai beberapa ciri keindahan pola dan warna yang kontras dan menarik sekali. Menganali ikan koi Kohaku dimana ciri utama bagi ikan ini ia mempunyai warna putih bersih (warna dasar) dan mempunyai corak berwarna merah terang (hi). Apa pun cili atau pola warna merahnya biasanya berwarna merah tajam, bentuk seragam dan lurus dan uniknya ia tanpa bintik hitam. Merujuk sumber dimana dari segi sejarah dimana ikan ini merupakan salah satu spesis ikan koi hiasan terawal yang dibangunkan dinegara Jepun iaitu sekitar tahun 1888 dahulu. Dalam kes lain dilaporkan yang nilai ikan koi ini adalah dalam kategori 'Sangat Mahal' sebab ia sangat popular dan boleh menjadi harga bernilai tinggi di beli oleh golongan bangsawan dan kaya sahaja dimana ia masih bergantung pada ciri lain seperti kualiti pola, kekuatan warna dan saiznya dimana ada mencapai jutaan ringgit seekor di laporkan iaitu suatu nilai pasaran ikan hidup yang sangat tinggi. Isu dan persoalan mengapa Ikan Koi Kohaku sejenis ikan istimewa, mahal dan klasik serta ia selelu di jadikan faktur utama simbol klasik ikan koi yang disebut sebagai ikan hebat paling mahal dan pertama serta amat paling disukai bersama Ikan Koi Sanke dan Ikan Koi Showa dalam kelasnya tersendiri sebagai tuga jenis ikan koi termahal dan paling bernilai diseluruh dunia. Apa pun citi seperti keindahan dan kontras antara warna merah dan putih memberikan kesan visual yang menawan dan tenang kepada peminatnya dimana ini juga menjadikannya kegemaran ramai dan sering di pertandingkan juga dengan nilai hadiah yang tinggi juga. Ikan ini secara kebaikannya akan menjadi simbol kbaik kepada keihatan sebab ia membawa ketenangan dan sering dicari kerana keindahan estetiknya yang mana ini akan menjadikannya pilihan utama untuk peminat ikan koi di seluruh dunia.
Kepada peminat ikan koi diseluruh dunia memang mereka sanggup membayar mahal untuk beberapa spesis ikan koi. Sesiapa yang mula membeli ikan koi ini perlu membuat tinjauan awal akan beberapa faktor terbesar yang mana ia menentukan harga ikan koi. Ciri perlu dilihat adalah bentuk badan ikan koi dan potensi saiznya dengan faktor genetik seperti kualiti kulit dan sisik, perkadaran sirip, perkadaran kepala dan kemudian warna adalah faktor terakhir apabila memutuskan kualiti. Apa pun bagi peminat ikan koi dimana perlu banyak kaji di mana sahaja termasuk di internrt meklumat mengenai ikan koidan kalau tidak berpengalaman selalunya hanya akan memilih warna dan corak dahulu dan selalunya membayar lebih untuk nilai sebenar koi. Bagi penulis blog dimana secara amnya terdapat perbezaan besar dalam kualiti daripada ikan koi yang diimport (Jepun, bukan Israel atau tempat lain) dengan ikan koi yang di keluaran dalam negara sahaja (ikan koi domestik). Perlu di cari tahu seperti dari mana baka induk ikan koi yang diimport sehigga dibiak baka di Malaysia menjadi ikan koi domestik berbanding ikan koi diimport terun dari Jepun. Ini kerana selalunya orang Jepun mempunyai bka induk untuk dijadikan ibu bapanya sebagai jenis baka yang terbaik di dunia kerana orang Jepun tidak pernah membenarkan ikan terbaik mereka meninggalkan negara itu. Masyarakat Jepun dilaporkan mereka akan menyimpannya baka spesis ikan terbaiknya sendoro untuk tujuan pembiakan kerana ikan induk adalah tidak ternilai mhal dan semakin sukar di dapatkan jua. Dilaporkan di Malaysia dimana harga ikan koi bergantung kepada beberapa faktur antaranya se[erti saiz cm ikan (kepala sampai ekor), Intensiti warna asas ikan (kecerahan warna ikan), ciri gabungan warnar ikan, jenis ikan koi, bentuk tubuhbadan ikan, jantina ikan serta gred ikan tersebut. Kajian mendapati jika ikan koi yang bersaiz sekitar 20-25cm selalunya akan di jual dengan harga RM 300 - RM400 seekor. Apa pun sebanarnya penulis blog yang selalu juga kekedai menjual ikan dimana kalau mahu membeli ikan koi yang berharga semurah RM20 seekor pun boleh di dapatkan sesuai dengan budget semua iaitu ikan jenis ini selalunya berukuran dengan saiz antara 5-6cm. Semuga tulisan dalam artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.