SERANGGA PEROSAK TANAMAN (Plant Pests) ialah organisma perosak seperti kutu daun (aphids), lalat putih, thrips, hama labah-labah, bena putih, ulat beluncas, ulat daun dan sebagainya yang memakan, menghisap cecair atau merosakkan bahagian pokok (daun, batang, akar, buah) dan sebagainya. Serangan serangga ini kesannya ia boleh dalam menyebabkan pertumbuhan tanaman akan terbantut, hasil berkurangan dan pokok layu atau akhirnya pokok tersebut boleh mati dimana ia memerlukan kawalan seperti racun serangga atau kaedah biologi kultur atau amalkan Kawalan Perosak Bersepadu (APB) untuk menguruskannya. Bagi penulis blog yang belajar di universiti tentang serangga mendapati jika serangga (Insect) merupakan sejenis haiwan kecil yang selalunya dikaitkan dalam sektor pertanian selain daripada Bakteria, Virus, Kulat dan sebagainya. Jika berlaku serangan dan gangguan serangga dan kerosakan tanaman di Malaysia ini memberi gambaran yang lengkap tentang alam serangga perosak berpotensi menyerang tanaman di Malaysia terutama tanaman makanan. Apa pun memang hebat cabaran pelbagai jenis serangga perosak tanaman yang selalu akan bertambah pentingnya kerana sering menyebabkan kerugian besar kepada jumlah hasil yang dituai dan kualiti hasil pertanian. Bermula dengan konsep dan maklumat asas tentang serangga dan sifat semula jadinya sebagai haiwan kecil untuk hidup ia akan berhadapan dan berselisih haluan dengan manusia, tetapi tidak kurang juga peranan serta manfaatnya dalam perkembangan tamadun manusia. Serangga adalah haiwan yang mustahak dalam pertanian dan kehidupan manusia seharian. Apa pun sebenarnya serangga merupakan haiwan yang membentuk kelas Insecta (berasal dari bahasa Latin iaitu 'insectum' iaitu satu kata serapan dari bahasa Yunani (éntomon) yang maknanya 'terpotong menjadi beberapa bahagian'. Serangga adalah invertebrata dalam filum Artropoda dan subfilum Heksapoda yang mempunyai eksoskeleton berkitin (chitin). Bahagian badannya terbahagi menjadi tiga bagian iaitu KEPALA, TORAKS dan ABDOMEN. Serangga juga mempunyai jenis mata majmuk, tiga pasang kaki yang terhubung ke toraks dan selalu ada sepasang antena (sesungut). Serangga termasuk salah satu kelompok haiwan yang paling beragam, mencakupi lebih dari 1 juta spesies dan merupakan lebih dari setengah organisma yang ada hidup di mukabumi. Jumlah spesis serangga yang masih ada dianggarkan antara 6 - 10 juta dan berpotensi mewakili lebih dari 90% bentuk kehidupan haiwan yang berbeza ada di dunia ini. Serangga dapat dijumpai dihampir semua kawasan dan lingkungan walau pun jumlahnya kecil yang mampu hidup di lautan iaitu serangga yang didominasi oleh jenis artropoda iaitu krustasea. Kelas Insecta dibahagi lagi menjadi 29 ordo termasuk Kelas Coleoptera (kumbang), Lepidoptera (Kupu-kupu), Diptera (Lalat) dan Hymenoptera (Semut, tebuan dan lebah). Kelompok Apterigota terdiri dari 4 ordo karena semua serangga dewasanya tidak memiliki sayap dimana 25 ordo lainnya termasuk dalam kelompok Pterigota kerana ia mempunyai sayap. Serangga merupakan haiwan beruas dengan kemampuan beradaptasi yang sangat tinggi. Ukuran serangga relatif kecil dan beberapa kali berjaya ia mengelilingi dunia. Struktur peredaran darah serangga adalah sistem peredaran darah terbuka dimana asasnya kesemua serangga bertelur (ovipar). Petani perlu mengetahui akan ancaman serangga dan cara mengawal bagi mempastikan ia terkawal dan mampu menghasilkan tuaian terbaik. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saya menulis mengenai serangga perosak tanaman faktanya untuk dijadikan bahan rujukkan semua.
Ada banyak jenis serangga di seluruh dunia dimana ada sebahagiannya sebagai jenis serangga berfaedah dan lebih banyak yang merupakan serangga perosak (termasuk merosakkan jenis tanaman). Kategori serangga perosak ni merangkumi pelbagai jenis serangga yang merosakkan tanaman, simpanan makanan atau menjadi gangguan kepada manusia adalah seperti kutu daun, kutu trip, kumbang daun, lipas dan kesing (koya). Mereka dikategorikan mengikut jenis serangannya seperti Jenis Penghisap Sap, Jenis Pengunyah Daun atau pun Jenis serangga (contoh: Lepidoptera, Coleoptera) dimana ia biasanya dibahagikan mengikut jenis tumbuhan yang diserang atau habitatnya (serangga perosak tanaman, serangga perosak simpanan makanan, serangga yang merosakkan rumah). Antara jenis serangga perosak yang penulis selalu jumpa di kawasan kebun sayur seperti Kutu Daun (Aphids) dimana serangga ini akan menghisap cecair daun muda dan kesannya alan menyebabkan daun berkerut atau gugur dan paling mangancam apabila kutu daun ini juga boleh membawa penyakit virus (Sila lihat foto di sebelah). Serangan penyakit Kerinting Daun tanaman cili sering dari sejenis virus Mozaic yang di bawa oleeh aphid terutaa di musim panas. Ada juga serangga jenis Lalat Putih (Whiteflies) dimana ia sering menyerang bahagian bawah daun tanaman terutama sayuran dan ia juga menjadi punca penyakit mozek dan mengurangkan hasil tanaman. Selain itu penulis blog jumpa dengan jenis serangga Thrips yang menghisap cecair daun dan kemudian ia akan meninggalkan kesan keperakan atau bintik putih dan merencatkan aktiviti pertumbuhan tanaman. Seterusnya di kebun akan di jumpai serangga perosak jenis Hama Labah-Labah (Spider Mites) dimana walau pun ia serangga kecil bersaiz labah-labah yang meninggalkan jaring halus dan bintik kecil pada daun dan menganggu pertumbuhannya. Ada juga jenis ulat seperti Ulat Beluncas (Caterpillars) yang mana kerjanya adalah memakan daun tanaman, batang muda dan akar pokok juga yang boleh menyebabkan pokok menjadi layu dan boleh mati jika tidak di kawal. Paling mudah di lihat kerosakan tanaman adalah kerosakan daun yang di sebabkan oleh serangga Ulat Daun (Leaf Worms) dimana fasa larva kupu-kupu dan rama-rama akan memakan daun dan batang muda tanaman dan mengurangkan proses fotosintesis seterunya pokok akan terencat pertumbuhannya. Ada juga jenis perosak popular iaitu Jenis Bena Putih (Whiteflie) yang mana ia akan menyerang pokok sayuran dan ia suka hidup di bawah daun akibatnya akan mengurangkan hasil jika tidak dikawal.
Memahami sifat serangga dimana ia akan bergerak dengan pelbagai cara seperti terbang (kebanyakan dewasa), merayap atau berjalan menggunakan kaki, melompat, menggali dan ada juga yang bergerak secara pasif seperti berguling atau menunggang angin atau air. Apa pun bergantung kepada jenis serangga dan tujuan pergerakan mereka sama ada ia mencari makan, melarikan diri, mencari pasangan dimana umumnya organ utama pergerakan ialah kaki (untuk berjalan atau untuk melompat) dan sayap (untuk terbang). Belajar bagaimana cara-cara pergerakan serangga pertaman dengan cara TERBANG apabila ada banyak serangga dewasa mempunyai sayap dan selalunya akan menggunakan sayapnya untuk terbang pelbagai hala, kelajuan ke destanasi dengan cekap. Antara jenis serangga yang mempunyai sayap untuk terbang adalah seperti lebah, pepatung, rama-rama, lalat, nyamok dan banyak lagi. Ada juga serangga bergerak melalui BERJALAN atau MERAYAP. Serangga boleh berjalan atau merayap dengan cara menggunakan 6 kaki mereka dimana ia mampu bergerak dengan cepat dan dalam apa juga posisi seperti semut, lipas, pepijat dan sebagainya. Uniknya juga ada serangga yang bergerak dengan MELOMPAT dimana ada juga sesetengah serangga seperti belalang mempunyai bahagian kaki belakang yang kuat untuk melompat jauh dan terus melompat untuk ia mampu terbang juga di udara. Ada jenis serangga yang bergerak dengan MENGGALI seperti cacing tanah atau larva kumbang menggunakan badan mereka untuk bergerak di dalam tanah. Pergerakan ini boleh pelbagai cara dan hala. Jenis serangga yang bergerak dengan BERAYUN atau MEMANJAT juga akan menggunakan kaki depan dan badan untuk bergerak di pokok atau tumbuhan yang berada disekelilingnya. Boleh berlaku keadaan serangga lakukan pergerakan Aktif atau Pasif bergantung kepada keadaan persekitaran, suhu, kedapatan tanaman, angin dan sebagainya. Punca yang memerlukan serangga bergerak adalah untuk mencari makanan, mencari pasangan, mencari habitat atau tempat tinggal baru atau melarikan diri daripada ancaman pemangsa. Dibadan serangga ada struktur anatomi seperti kaki dan sayap adalah organ lokomotor yang penting untuk kelangsungan hidup mereka.
Dalam sektor pertanian terutamanan tanaman dimana akibat serangan serangga perosak tanaman yang sangat teruk dimana kesannya adalah ia boleh menyebabkan kerosakan fizikal kepada tumbuhan seperti daun reput, daun berlubang, batang dan akar yang dimakan merosakan tanaman. Kesannya juga meyebabkan pokok akan layu dan mati atau akan terjadi hasil tanaman merosot secara kuantiti dan kualiti dan merugikan petani. Ancaman serangga yang menyerang juga boleh menyebabkan pokok jadi terdedah kepada serangan penyakit lain dan ia perlu di kawal diman ini boleh seterusnya meningkatkan kos pengeluaran petani. Apa pun serangan serangga ini akhirnya mengancam tuainan hasil kelak dan juga isu keselamatan makanan akibat penggunaan bahan kimia semasa semburan racun kimia di lakukan. Antara simptom atau tanda serangan oleh serangga perosak tanaman kepada tanaman seperti berlaku Kerosakan Fizikal kepada bahagian daun, batang, akar, bunga dan buahnya dimana ia dimakan atau dihirup sapnya. Simptomnya dimana pokok muda boleh layu dan mati sepenuhnya dan kemudian berkan kesan kepada menurunkan kualiti dan mengurangkan kuantiti hasil tuaian. Serangga juga boleh menyerang hasil tanaman dalam simpanan sehingga kemudian tidak tahan lama. Apa pun memang serangan serangga akan Menjejaskan Kualiti dan Rupabentuk produk hasil-hasil pertanian seperti buah cili bengkok, terung bengkok, kacang panjang berlubang dan sebagainya. Hasil tanaman yang terjejas kualiti ini sama ada tidak berharga dan di buang sahaja atau jika simptom kurang teruk harganya sangat murah. Boleh berlaku kes Kerosakan Jangkapanjang dimana serangan serangga perosak tanaman akan beri kesan kepada pokok dimana pokok menjadi lemah dan mudah dijangkiti patogen seperti bakteria dan kulat pula dimana kemudian berlu serangan penyakit tumbuhan yang lebih serius. Serangan serangga juga Memberi Kesan Tidak Baik Ekonomi apabila ia akan meningkatkan kos input pertanian dimana petani perlu beli bahan racun perosak, baja serta kos untuk bayar upah tenaga kerja dimana ia akn menyebabkan kerugian kewangan besar kepada petani. Apa pun serangan serangga perosak adalah ancaman utama kepada pertanian kerana ia merosakkan tanaman dari akar hingga buah, mengurangkan hasil, dan meningkatkan kos, memberi impak besar kepada bekalan makanan.
Menarik menyambung artikel panjang ini kepada bagaimana dan apa yang mesti di lakukan petani untuk program iaitu Kawalan Serangga Perosak Tanaman ialah kaedah dan teknik untuk mengurus serta mengurangkan serangan serangga perosak pada tanaman. Program ini akan merangkumi pendekatan bersepadu seperti pengurusan tanah, baja, giliran tanaman, kawalan biologi (gunakan serangga pemangsa), penggunaan bahan organik (gunakan bahan cili, bawang putih) dan kawalan kimia jika perlu. Kawalan ini bertujuan sebagai pengurusan lestari yang cekap kos, mesra alam dan selamatkan persekitaran. Ada beberapa kaedah Kawalan Perosak seperti Cara Kawalan Biologi iaitu dengan menggunakan musuh semula jadi perosak seperti gunakan jenis serangga pemangsa (contohnya dengan membela bayam turi untuk menarik serangga bermanfaat) atau parasitoid untuk dapat mengawal perosak seperti ulat daun dan afid. Kedua boleh lakukan Cara Kawalan Kultur Teknikal yang melibatkan amalan pertanian seperti pengurusan tanah, pembajaan, giliran tanaman (rotiation crops) dan pengairan yang baik untuk iaanya dapat mengurangkan serangan perosak. Ketiga Cara Kawalan Fizikal atau Cara Mekanikal jga sesuai di lakukan mengikut kesesuaian seperti dengan menggunakan perangkap atau penghalang fizikal untuk mengurangkan populasi perosak. Keempat dengan Cara Kawalan Organik atau Bahan Semulajadi seperti dengan menggunakan bahan berasaskan tumbuhan seperti racun semburan dari bawang putih, cili padi, atau neem untuk mengusir perosak. Paling popular adlah kelima iaitu dengan Cara Kawalan Kimia dimana digunakan racun serangga kimia (pesticide) sebagai pilihan terakhir selalunya digabungkan dengan kaedah lain adalah Kaedah Amalan Intergrated Pest Management (IPM) atau Kawalan Perosak Bersepadu (APB). Apa pun cara APB ini adalah pendekatan komprehensif yang menggabungkan pelbagai strategi di atas secara terancang untuk mengurus perosak secara lestari dan mengurangkan kebergantungan kepada racun kimia, demi menjaga ekonomi dan persekitaran. Contoh Amalan dalam IPM seperti dengan menanam tanaman perantara (companion planting) seperti bayam turi untuk menarik serangga berguna dan mengelirukan perosak. Cara lain dengan menggunakan bio-pest repellant (seperti dari bawang putih, cili) untuk menghalau perosak secara organik. Petani juga boleh selalu mengawasi tanaman secara berkala (pemantauan) untuk mengesan serangan perosak pada peringkat awal. Apa pun ringkasnya dimana kawalan serangga perosak ialah dengan pendekatan pelbagai hala untuk memastikan tanaman sihat dengan mengurangkan kerosakan akibat serangga, sama ada melalui kaedah semula jadi, biologi, atau kimia yang terkawal.
Di kongsikan info mengenai Amalan Perosak Bersepadu (APB) atau Integrated Pest Management (IPM) adalah pendekatan sistematik dan berasaskan sains untuk mengurus perosak dengan menggabungkan pelbagai kaedah (biologi, kultura, fizikal, kimia) secara bijak, bukan bergantung sepenuhnya pada racun kimia, untuk mengekalkan populasi perosak pada tahap yang boleh diterima tanpa merosakkan alam sekitar atau kesihatan manusia, menjadikannya lebih lestari. Konsep Utama KPB:Pendekatan Bersepadu yang akan menggabungkan pelbagai strategi kawalan iaitu daripada pencegahan hingga intervensi, sebagai satu sistem bersepadu. Fokus pada Pencegahan iaitu dengan mengutamakan amalan untuk mengelak serangan perosak berlaku. Dalam amalan ini penggunaan Racun Kimia sebagai Pilihan Terakhir sebab selalunya racun kimia hanya digunakan apabila populasi perosak mencapai ambang ekonomi yang boleh menyebabkan kerosakan ketara. Kaedah amalan kultura iaitu dengan cara pengurusan Ladan seperti cara penggiliran tanaman, pengurusan nutrien, penggunaan benih tahan penyakit, kebersihan ladang, dan pengairan yang baik. Dalam APB kawalan biologi dengan cara menggunakan musuh semula jadi perosak (pemangsa, parasit) atau bahan semula jadi untuk mengawal perosak. Menyentuk cara kawalan Fizikal atau Mekanikal dimana cara penggunaan perangkap, kawalan fizikal (seperti menyingkir tikus), atau manipulasi habitat. Dalam cara Kawalan Kimia mesti dilakukan dengan cara berhemahapabila penggunaan racun perosak berdaftar mesti pada dos yang betul, waktu yang tepat, dan dengan teknik aplikasi yang betul, hanya bila perlu. Jalankan sistem pemantauan dan pemerhatian berterusan terhadap populasi perosak dan musuh semula jadi. Apa pun APB ini akan mdapat mengurangkan pergantungan kepada racun perosak kimia. Mesti pastikan dan mengekalkan populasi perosak pada tahap yang tidak menyebabkan kerosakan ekonomi (ETL) dimana ia akan mencapai pengurusan perosak yang lestari (ekonomi dan alam sekitar). Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ROSAKAN TANAMAN...BANYAK JENISNYA...
IA PERLU DIKAWAL..BANYAK CARANYA...
MEMBACA ARTIKEL..SERONOK ILMUNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(5 Rejab 1447H).






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.