Support My Blog

Friday, December 19, 2025

IKAN LAIS - APA DIA?

IKAN LAIS
 (Kryptopterus sp) adalah ia merujuk kepada beberapa spesies ikan keli (catfish) dalam genus Kryptopterus dimana ia terkenal 
di Asia Tenggara terutamanya Malaysia dan juga di Indonesia. Penulis blog kenal ikan lais ini sejak zaman remaja dulu sebab sering memancing dan dapat ikan lais di sungai depan rumah di Muar, Johor dan kemudian di goreng dengan kunyit dan dimakan dengan nasi putih rasanya enak sekali. Dilaporkan dimana ada beberapa jenis ikan lain yang di kenalpasti seperti Ikan Lais Kaca atau Ikan Lele kaca (Kryptopterus bicirrhis) dan Ikan Lais Riau (Kryptopterus vitreolus) atau ia sesekali di panggil sebagai Ikan ghost catfish) dimana keduanya akan dicari untuk dijadikan lauk makanan atau ada yang akan mengasapnya sehingga ia menjadi ikan salai dengan rasa khas ikan air tawar. Memang tidak banyak kajian dan artikel di tulis mengenai ikan lais sebab ia bukan sejenis ikan yang sangat popular seperti ikan air tawar lain seperti iakn patin, ikan haruan, ikan keli dan beberapa lagi. Ikan Lais Kaca dilaporkan ia adalah spesies yang lebih besar tetaoi ia jarang digunakan sebai ikan hiasan komersil dalam akuarium dimana nama saintifiknya sering disalah guna untuk spesies ikan lain. Berlainan dengan satu lagi ikan lais Riau yang saiznya lebih kecil yang popular dalam industri ikan hiasan di letakkan dalam akuarium dimana ia berkilat apabila terkena sinaran lampu. Dilaporkan di mana spesis ikan ais Riau ini semakin pupus keberadaannya sebab berlaku pencemaran kualiti air terutama di Sungai Kampar dan Sungai Indragiri di Indonesia. Bagaimana pun duu sebelum banjir besar pada Disember 2025 di Sumatra dimana nelayan sungai di sana akan menangkap ikan Lais Riau dan di jadikan Ikan Salai Lia yang popular. Di Kepulauan Borneo pula ada jenis ikan lain lain dinamakkan sebagai 'Ikan Lain Limpok' dengan nama saintifiknya Kryptopterus minor terutama di beberapa buah sungai di Borneo Barat. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas dengan membincangkan akan apakah dia ikan lais iaitu sejenis ikan air tawar untuk di jadikan bahan rujukkan semua.


Memang unik ciri dan sifat ikan lais ini dimana habitat semuajadinya adalah dalam su
ngai air tawar, muara dan beberapa kawasan perairan tropika atau subtropika. Kalangan penduduk tempatan selalu mengelarkannya sebagai ;Ikan Keli Kaca' sebab mempunyai ciri seakan 'lutsinar' atau dalam bahasa Inggeris sebaga 'Ikan Transparent; sebab ia merupakan sejenis ikan keli tanpa sisik yang unik (Sila lihat foto disebelah). Ikan ini kalau dapat di tangkap dengan kaedah betul akan dapat banyak kena pada musimnya tetapi kalau memancing tidak udah untuk dapat dengan jumoah yang banyak. Di kampong dimana ada banyak ikan lais selalunya ia di masak sama ada di goreng dengan kunyit, di masak lemak pedas, di salai atau ada yang menjadikannya sebagai ikan kering sahaja. Bagi penulis blog Ikan Lais yang di gulai dan dimakan dengan nasi utih selepas emmancing memang enak sekali. Apa pun memang spesis Ikan Lais adalah sejenis ikan air tawar yang popular di Malaysia dimana ia terkenal dengan badannya yang pipih, licin (tiada sisik ketara) dan memang jelas lutsinar terutama ikan kecil dengan warna keperakan. Apa pun ia juga sering ditemui di sungai-sungai besar seperti Sungai Pahang, Sungai Muar, Sungai Perak dan ikan ini sangat digemari untuk dimasak kerana rasanya yang sedap malah ikan ini memang ia boleh jadi ikan hiasan yang menarik juga. Tinjauan penulis blog dimana harga ikan lais ni berubah-ubah ikut musim, saiz, dan lokasi; selalunya dalam lingkungan RM25 hingga RM30 sekilogram atau lebih dan ia bergantung pada pembekal tempatan, musim dan juga jumlah tangkapan serta jumlah pembelian. Sebagai salah ikan air tawar walau pun agaj kurang popular bagi penulis blog ia sedap digoreng atau dibuat asam pedas juga dimana ada kalanya permintaan tinggi menyebabkan harganya kuga naik ikut pasaran semasa. Penulis blog yang pernah bertugas sebagai Pegawai Pertanian Daerah Mersing puas juga makan ikan lain ini dari beberapa buah sungai dan pernah membeli ikan lain dengan harga RM25 - RM30/kg di sekitar Sungai Kahang (sempadan daerah Mersing dan Daerah Kluang). Dilaporkan faktor harga berganung kepada saiz ikan (lagi besar, lagi mahal), musim tangkapan (kurang stok maka harga naik) dan tempat beli ikan lais (di pasar, pasar malam atau terus kepada nelayan sungai).


Dalam mengenal ikan lais dimana lazimnya h
abitat ikan lais adalah perairan tawar, terutamanya di sungai-sungai besar (seperti Sungai Pahang, Perak, di Kalimantan) atau berada di, sungai kecil hingga sungai sederhana, paya dan tasik yang cetek dimana sebenarnya ia suka tempat yang berlumpur. Ikan lain juga suka dalam keadaan air yang agak tenang serta berdekatan akar pokok atau tumbuhan air dan juga berada dikawasan paya gambut seperti di negara Malaysia dan Indonesia. Habitat Ikan Lais adalah ikan air tawar sepenuhnya dimana ia tidak akan hidup dalam air masin. Agak unik juga sebab ikan lais ini boleh berada di sungai atau paya yang airnya bererlumpur atau di kawasan paya yang airnya berwarna kehitaman atau gelap. Ada juga beberapa spesies ikan lais yang suka kawasan berasid rendah terutama kawasan ada banyak pokok yang mana ikan ini suka berlindung di celah akar pokok atau di kawasan yang banyak tumbuhan air untum ia bersembunyi dari pemangsa. Ikan lain yang berbadan nipis, lutsinar (tembus pandang), warna keperakan dengan sedikit kebiruan, kulit licin, ekor bercabang memang ia menjadi buruan kepada beberapa spesis ikan pemangsa besar yang lain. Ikan lain agak bersosial dan sifatnya juga suka berkumpulan dimana selalu ia bersirip halus seperti rambut. Lazimya ikan lais ini adalah berukuran kecil sehingga sederhana sekitar ukuran 10 - 20 cm panjang dengan ukuran ini bergantung spesis. Kini kalangan peminat ikan air tawar sudah popular dijadikan Ikan Hoasan yang menarik terutama spesis ikan lais dari Sungai Pahang yang cantik dan sesuai di bela dalam akuarium (Sila lihat foto disebelah). Beberapa peminat ikan ini sanggup membayar dengan harga yang tinggi diletakkan dalam akuarium dengan pelbagai hiasan.


Menarik memahami akan Ikan Lais sebagai spesis ikan air tawar dimana ikan ini dilaporkan 
sebahagian besar waktu hidupnya dihabiskan di air hitam dalam habitat liar. Perairan air hitam dicirikan oleh warna perairan yang coklat tua sampai kehitaman yang disebabkan oleh adanya keasidan, pH relatif lebih rendah tapi tidak keruh. Apa pun selalunya kelompok Ikan keluarga Siluridae ini sering berada pada air yang tenang dan ia suka juga berpindah ke sungai atau ia kan tinggal di pinggir sungai atau lubuk di dasar sungai pada musim kemarau. Ikan lais hidup di perairan air tawar yang termasuk sungai, rawa dan limpahan banjir dan taburannya meliputi Thailand, Malaysia dan Indonesia. Ikan lais adalah ikan dari famili Siluridae yang terdiri dari beberapa genus. Di antara genus-genus tersebut yang mempunyai spesies paling banyak adalah termasuk spesis Cryptopterus (C. bicirrhis, C. schilbeides, C. cryptopterus, C. hexapterus, C. limpok, C. macrocephalus, C. apogon, C. micronema, C. lais dan C. mononema. Ada saintis laporkan yang ikan lais adalah spesies benthopelagic yang hidup di perairan tropika. Ia merupakan ikan bersaiz kecil yang hanya mampu membesar sehingga 24cm sahaja.
Ikan ini cirinya tidak memiliki sisik, pada hujung belakang lubang hidung di pinggir muka dan depan mata. Ia mempunyai dua pasang sesungut dimana ia juga mempunyai pola pertumbuhan yang isometrik iaitu pertumbuhan panjang seimbang dengan pertumbuhan berat. Bentuk tubuh ikan lais masih dalam batas bentuk tubuh ikan pada umumnya yaitu dengan nilai “B” berkisar antara 2,5- 3,5. Berdasarkan nilai faktor kondisi iaitu berkisar 0,24-0,44 ikan lais termasuk jenis ikan yang pipih. Mempunyai 10-11 tulang tambahan tutup insang. Ikan lain boleh di masak dengan pelbagai cara mengikut citarasa. Apa pun bagi penulis blog resepi masak Ikan Lais yang paling popular dan mudah ialah Menu Asam Rebus Ikan Lais yang mudah memasknya. Cara masaknya yang mudah dengan menumis cili api dan kunyit hidup yang perlu ditumbuk kemudian direbus dengan air. Bubuh asam keping, garam, serbuk perisa (jika suka) dan masukkan ikan lais sehingga masak dan matikan ai untuk di hidangkan dan dimakan dengan nasi putih. Rasanya sedap bila dimasak lama dan ulang panaskan, bahkan ada yang suka goreng garing pun sedap juga. Ada yang suka masak menjadi Resepi Asam Rebus Ikan Lais yang paling simpel memasaknya dimana bahan di gunakan pastinya ikan lain segar, Cili Api (perlu ditumbuk), Kunyit Hidup (tumbuk), Asam Keping, Garam, Air (sekitar 1/2 liter) dan Serbuk Perisa (optional). Cara masaknya dengan menumbuk halus cili api dan kunyit hidup dan dimasukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama air dan panaskan. Apabila air mendidih, masukkan ikan lais. Tambahkan asam keping, garam, dan sedikit serbuk perisa (jika guna) dan sebaiknya dikecilkan api dan reneh perlahan sehingga ikan masak sepenuhnya. Memasak ikan lain jika berlebih ia boleh dipanaskan semula keesokan hari dimana rasa ikan ini akan lebih mesra dengan kuah dan lebih sedap dimakan terutama untuk penggemar masakan ikan air tawar tempatan. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
IKAN LAIS... MEMANG IKAN AIR TAWAR...
TIDAK BERSISIK... BADAN LUTSINAR...
DI MASAK ASAM PEDAS...ENAK BENAR...
MEMBACA ARTIKEL...SUDAH DISIAR...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(30 Jamadilakhir 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...