Support My Blog

Wednesday, December 17, 2025

IKAN KAP - KENALI DIA

IKAN KAP
(Grass Carp) dengan nama saintifiknya sebagai  Ctenopharyngodon idellus adalah sejenis ikan air tawar yang berasal dari China dan Siberia dimana ia juga terkenal sebagai ikan pemakan tumbuhan (herbivor) yang kuat. Dilaporkan ikan ini ianya sering digunakan untuk tujuan bagi mengawal rumpai air dan juga ikan kap ini adalah spesis ikan yang popular dalam aktiviti akuakultur serta perikanan rekreasi di Malaysia. Ikan 
Kap di Malaysia merujuk kepada keluarga ikan air tawar besar seperti Kap Perak (Silver Carp), Kap Lumpur (Mud Carp) dan Kap Rumput (Grass Carp) yang popular untuk ia diternak secara akuakultur dan dijadikan makanan. Dalam laporan lain dimana terdapat juga spesies invasif seperti Ikan Lee Koh (Common Carp) yang memberi kesan negatif kepada ekosistem tempatan sebab ia dilaporkan akan menjadikannya isu ekologi penting di perairan Malaysia. Dilaporkan jika ada beberapa spesis Ikan Kap yang popular di Malaysia seperti jenis Ikan Kap Perak (Hypophthalmichthys molitrix) dimana ikan ini juga dikenali kerana saiznya dan sering diternak. Ada juga sejenis Ikan Kap Lumpur (Cirrhina molitorella) dimana jenis ini adalah spesis kap biasa yang terdapat di Malaysia. Bagi jenis Ikan Kap Rumput (Ctenopharyngodon idellus) yang mana ia di percayai berasal dari Asia sering ia digunakan untuk mengawal rumpai air. Pernah di laporkan ujud isu ikan kap yang bersifat invasif seperti jenis Ikan Lee Koh (Common Carp) yang merupakan satu spesis asing dari Eropah yang mana spesia ikan ini dilaporkan ia boleh merosakkan akan  ekosistem air tawar di Malaysia dan mampu mengubah dasar sungai dimana ia juga akan bersaing dengan ikan asli yang sedia ada. Apa pun aspek kepentingan bagi ikan kap adalah ia memang menjadi sumber protein penting dan popular dalam masakan tempatan. Ada juga laporan dimana ada spesis  tertentu (Kap Rumput) digunakan untuk kawalan biologi iaitu menbasmi isu rumpai air walau pun bagi spesis kap lain (Lee Koh) membawa risiko ekologi kepada persekitaran. Boleh di katakan jika spesis ikan kap Malaysia adalah ia merangkumi spesies yang diternak untuk dijadikan sumber makanan dan sebaliknya bagi spesies invasif yang perlu dikawal untuk dapat melindungi biodiversiti tempatan. Bagi jenis Ikan Kap Rumput dimana ikan ini cirinya adalah ia bersaiz besar, berwarna keperakan iaitu dengan mulut yang kuat untuk mengunyah bahan tumbuhan sebagai makanannya. Ikan kap rumput selalu ia ddijadikan Ikan Pengawal Rumpai sebab ia dilaporkan sangat berkesan dalam mengawal pertumbuhan rumpai air di empangan dan kolam dan dagingnya boleh dimakan dan popular dalam hidangan. Artikel tengahari Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan kupas mengenai ikan kap untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Mengenak spesi ikan kap dimana dilaporkan yang i
kan Kap (Carp) ialah sejenis ikan air tawar popular dari keluarga Cyprinidae terdiri dari beberapa jenis utama termasuk Kap Rumput iaitu spesis ikan kap herbivora pemakan tumbuha atau Jenis Ikan Kap Perak (pemakan plankton) dan Jenis Ikan Kap Biasa atau Kap Kerusia (jenis pemakan segala) dimana kesemuanya ia sering dipelihara untuk tujuan akuakultur, sumber protin makanan atau di buru sebagai sejenis hobi memancing di Malaysia. Bagi penulis blog dimana dari semua jenis Ikan Kap Utama dilaporkan jenis Kap Rumput (Ctenopharyngodon idellus) merupakan pilihan ramai para penternak tempatan sebab ia dikenali sebagai pemakan tumbuhan tegar (herbivor) dimana ia juga penting dalam pengurusan rumpai air. Ikan kap yang di ternak ini. Apa pun dilaporkan bagi tujuan ternakan ikan kap (Chinese Carp) iaitu jangkamasa atau tempoh membesar atau matang bergantung kepada jenis kap, suhu air dan saiz yang diinginkan semasa tuaian. Bagaimana pun umumnya ia boleh mengambil masa beberapa bulan hingga setahun atau lebih untuk mencapai saiz pasaran yang mana biasanya membesar dari saiz benih ke berat beberapa ratus gram dalam 12 bulan. Dalam kes tertentu di laporkan jika ia boleh membesar lebih besar lagi jika dibiarkan lebih lama (contohnya siakap boleh mencapai 400 - 600g dalam 12 bulan) sahaja. Para penternak perlu faham akan beberapa faktur yang akan mempengaruhi masa ternakan iaitu yang pertama adalah apakah Jenis Ikan Kap yang di ternak. Ada terdapat pelbagai jenis sepeti jenis Ikan Kap Merah, Kap Perak, Kap Rumput, Kap Mas dimana  masing-masing mempunyai kadar pertumbuhan yang berbeza dan jangkamasa tuaian berlainan. Faktur Suhu Air yang ideal (sekitar 25-30°C untuk ikan air tawar) dimana jika suhu ini dapat di kawal maka ia akan mempercepatkan pertumbuhan. Faktur ketiga adalah faktur pemberian makanan dimana ia berkait dengan kualiti dan kuantiti makanan memberi kesan besar kepada kadar tumbesaran. Keempat yang menentukan penuaian adalah faktur Kepadatan Kolam dimana kalau ada terlalu banyak ikan dalam kolam kesannya boleh melambatkan pertumbuhan. Faktur ke lima adalah Saiz Target Tuaian Ikan dimana jika anda mahu ikan saiz kecil bagi tujuan untuk ianya di goreng) maka masa ternakannya adalah lebih cepat. Jika mahu saiz ikan kap yang besar-besar bagi tujuan untuk hidangan istimewa dan jualan di restoren maka masa menternaknya akan mengambil masa lebih lama sehingga lebih setahun. Apa pun kajian mendapati jika tempoh masa bagi pertumbuhan umum untuk Ikan Air Tawar dimana ikan boleh membesar dari saiz benih kecil ke berat 400 - 600g (saiz hidangan) dalam tempoh sekitar 12 bulan. Kes ini adalah satu contoh anggaran untuk beberapa jenis ikan seperti siakap dan juga ikan kap. Untuk mencapai saiz yang lebih besar sehingga seberat 1.0 - 3.0 kg) dimana ia boleh mengambil masa 18 - 24 bulan atau lebih di ternak dalam kolam. Apa pun jika para peenternak ingin cepat mendapakan hasil tuaian ikan kap maka boleh di tuai secara berperingkat iaitu dalam tempoh 6 bulan untuk tuai ikan kap bersaiz kecil dan lebih setahun untuk ikan kap bersaiz besar.


Menarik fakta mengenai spesis ikan kap dan juga fakta akan k
ehebatan ikan kap  dimana ia terletak pada khasiat pemakanannya iitu ia tinggi protein, rendah lemak, kaya Omega-3 untuk jantung dan sebagai makanan anti-radang. Kajian menunjukkan jika ikan kap ini berkeupayaan dalam ia mengawal rumpai (grass carp) dimana ikan ini juga ia mudah diternak dan hasilnya ia penting dalam budaya sebagai hiasan dan ia di jadikan pelbagai jenis hidangan yang menjadikannya ikan serbaguna dan berharga untuk kesihatan dan ekonomi. Khasiat yang terdapat pada ikan kap adalah ia membantu aspek kesihatan pengguna dimana dilaporkan berrikan kesan kepada Jantung Sihat sebag zat yang tinggi asid lemak Omega-3 yang baik untuk jantung dan mengurangkan kes keradangan. Khasiat lain ikan kap adalah ia memberikan kekebalan kepada tubuh atau ia dapat memperkuat sistem imuniti seseorang. Khasiat ketiga ikan kap adalah di laporkan ia akan membantu menguatkan tulang dan gigi menjadi kuat sebab ada sumber kalsium dan fosforus. Ia juga membantu dalam mengatasi masaalah pencernaan dan bertindak sebagai bahan anti-penuaan dengan beberapa zat terkandung di dalamnya. Selain itu di lapangan dan dalam kes kelestarian alam sekitar di laporkan kehebatan ikan kap terutama jenis kap rumput ianya sangat efektif memakan rumpai yang amat sesuai untuk kawalan biologi dalam kolam. Ikan kap ini adlah sejenis ikan yang mudah diternak sama ada secara komersil, konvensiona atau secara organik sebab ia hanya memakan rumput dan rumpai sahaja. Penternakan ikan kap ini hebat sebab ia mempunyai kadar pertumbuhan yang cepat sebab ia boleh membesar hingga saiz besar (5 - 15kg) di ternak dengan kebergantung makanan di berikan mencukupi dan berkualiti.
Kehebatan Ikan Kap didapati semakin jelas apabila ia juga adalah sumber makanan bergizi yang disukai ramai sebab kualiti dagingnya enak dimakan popular sebagai hidangan ikan air tawar. Bagi mereka yang hobinya membela ikan hiasan ada yang akan menggunakan ikan kap ini sebagai salah satu spesis ikan hiasan yang menarik. Ada beberapa jenis ikan hiasan yang popilar seperti koi (jenis ikan kap hiasan) sangat bernilai tinggi sebagai ikan hiasan dan terapi dimana ada yang harganya mencecah RM2.72 juga di Hiroshima, Jepun. Apa pun bagi penulis blog dimana secara ringkasnya jenis ikan kap hebat di minati penternak sebab kepentingan akan khasiatnya, keupayaannya membantu pengurusan pencemaran rumpai di  alam sekitar dan dilaporkan dimana nilainya dalam ekonomi akuakultur dan perikanan juga menguntungkan.


Hasil beberapa laporan penyelidikan dimana iIkan Kap adalah sejenis sangat berkhasiat kerana kaya dengan zat protein, Omega-3, vitamin (A, B1, D, C) dan mineral seperti zat Kalsium (Ca), Fosforus (P), Kalium (K), Magnesium (Mg), Selenium (se) diman kesemuanya adalah ia baik untuk dimakan bagi tujuan kesihatan jantung sebab ia mampu untuk menurunkan kolesterol dan tekanan darah. Ia bagis untuk kesihatan tulang, bagus untuk otak (DHA), penglihatan mata, kekebalan tubuh, dan membantu pembinaan otot serta prestasi atletik, terutamanya jika dimasak secara sihat seperti kukus atau panggang. Apa pun diantara manfaat penting dari memakan ikan kap adalah bagaimana cara menasaknya dan kurangkan guna minyk sebaiknya di masak kukus atau di stim sahaja. Membuat tinjauan mengenai h
arga ikan kap (carp) sangat bergantung pada jenis, saiz dan tujuan membelinya sama ada ia untuk dijadikan bahan masakan untuk di makan atau di beli untuk dijadikan ikan hiasan dalam kolam kecil atau dalam akuarium kaca. Tinjauan mendapati dimana biasanya harga ikan kap ada di sekitar RM15/kg untuk ikan kap rumput besar (beratnya sekitar 3-10kg) tetapi dilaporkan yang ia boleh bermula dari RM6-RM25/ekor untuk ikan hiasan bersaiz kecil atau besar. Apa pun ada beberapa spesis ikan seperti ikan kap butterfly dimana harganya dijual mengikut warna dan coraknya sama ada di jual terus atau melalui Lazada. Dalam jualan on-line di Lazada dimana harga ikan kap ini di jual dengan harga yang mengikut jenis dimana Ikan Kap Rumput (Bersaiz Besar) ia di labelkan dengan harga RM15/kg bagi ikan saiz 3kg hingga 10kg untuk di makan. Sementara itu bagi jenis Ikan Kap Hiasan seperti Spesis Butterfly Koi ada dijual dengan harga sekitar RM6 - RM25/ekor bagi ikan beesaiz kecil hingga besar. Penulis blog juga merujuk harga membeli anak ikan kap untuk diletakkan dalam aquarium sekitar RM13 - RM24 seekor dimana harga ini bergantung kepada jenis ikan kap tersebut  dan jenis pakej yang di tawarkan. Selalunya dilaporkan memang akan ada penjual yang menawarkan anak ikan kap hiasan dari Kedah, Perak dan Melaka tetapi sebaiknya di beli dengan jumlah minima yang di tentukan jumlahnya untuk kos penghantaran terus. Bagi peminat ikan kap dimana dia boleh cuba mendapatkan harga terkini dengan cara mmenyemak dengan penjual ikan tempatan atau kedai akuarium yang memang mudah berada berdekatan tempat tinggal sebab harga boleh berubah mengikut musim dan lokasi. Membela ikan kap sebagai ikan hiasan membolehkan ikan ini umur dan jangkamasa hidupnya agak lama jika di jaga baik dan di berikan makanan serta rawatan perubatan mengikut jadual yang legkap. Semuga tulisan artikel ini memberi maklunat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMA IKAN KAP... BANYAK JENISNYA...
IA DI TERNAK...RUMPUT MAKANNYA...
SETAHUN BESAR... DI JUAL ADA HARGA...
BANYAK KHASIAT....SIHATKAN SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(24 Jamadilakhir 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...