Kalangan pembaca blog ini mungkin kurang kenal akan pokok akar seruntun kayu iaitu ia adalah nama lain untuk Pokok Patawali (Tinospora crispa) yang rasanya amat pahit dan di jadikan salah satu bahan perubatan tradisional. Ia adalah sejenis pokok menjalar dengan rasa pahit yang biasa tumbuh di pagar lama atau kawasan terbiar. Dalam perubatan tradisional, ia dipercayai dapat memahitkan darah untuk mengurangkan kejadian seperti gigitan nyamuk. Nama lain ada banyak bagi tumbuhan ini antaranya ada orang memanggilnya sebagai pokok patawali, brotowali, dan batang wali. Apa pun pokok ini adalah pokok menjalar dengan batang berkerutu dan daun yang mirip daun sirih. Habitat semulajadi bagi tumbuhan ini adala ia selalunya ditemui di kawasan kampung yang tumbuh di pagar-pagar lama atau rumah yang tidak didiami manusia atau kawasan tenah kampong terbiar. Ia digunakan dalam perubatan tradisional terutamanya kerana rasanya yang pahit dan ada dijual produknya di pasaran tempatan atau boleh membelinya secara on-line sahaja. Daun pokok seruntuk dilihat ia adalah jenis tunggal, bertangkai, berbentuk seperti jantung atau bundar seperti telur dengan hujung lancip sepanjang 7-12 cm, lebar 5-10 cm, bunga kecil, berwarna hijau muda. Apa yang penulis blog pasti dimana pokok seruntun ini amat mudah untuk dibiakkan iaitu menggunakan keratan batang. Pokok Seruntun ini boleh dikategorikan sebagai pokok herba kerana ianya banyak digunakan dalam perubatan tradisional masyarakat Melayu serta India dan China dinegara mereka. Air rebusan keseluruhan tumbuhan ini terasa 'sangat pahit' dan dijadikan sebagai ubat reumatik yang dikatakan mampu didalam mengurangkan kandungan gula dalam darah. Ia jug didakwa mampu untuk menurunkan suhu panas badan dan membantu mengurangkan gejala kencing manis kepada mereka yang ada masaalah tersebut. Apa yang penulis blog faham dimana dikalangan masyarakat Melayu dahulu juga percaya dengan pengambilan air rebusan pokok seruntun ini dan ia dapat menghindar dari gigitan nyamuk. Rasanya yang pahit ini juga apabila disapu pada bahagian payudara ibu juga dilaporkan ia akan memudahkan bayi bercerai susu (apa tidaknya kerana rasa pahit itu yang menyebabkan anaknya tidak mahu menyusu lagi!). Tanaman ini kaya dengan bahan iaitu kandungan kimia antara lain termasuk Alkaloid (berberina dan kolumbina yang terkandung di akar dan batang, damar lunak, pati, glikosida pikroretosid, zat pahit pikroretin, hars, berberin, palmatin, kolumbin (akar), kokulin (pikrotoksin).
Tumbuhan ini biasa dijadikan bahan yang dicampur dalam minyak urut oleh tukang urut tradisional. Bunganya berwarna hijau muda yang mempunyai enam mahkota yang berupa tunas. Bunganya kemudian akan berubah warna menjadi merah dan putih apabila matang. Buahnya pula berwarna merah muda, kulit batangnya mengandungi alkaloid dan damar manakala akarnya mengandungi berberin dan kolumbin. Selalunya apa yang penulis blog tahu dimana bagi tujuan perubatan perlu gunakan batangnya yang menggerutu adalah bahagian utama yang mengandungi khasiat. Batang seruntun ini digunakan untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinngi, kencing manis dan juga penyakit kelamin atau juga dikenali sebagai 'Gonorea'. Dilaporkan dimana tumbuhan ini mujarab bagi mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak dengan cara merebus batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari. Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka. Kajian saintifik yang dijalankan ke atas Patawali menunjukkan tumbuhan itu mengandungi sejenis bahan yang dipanggil jattrorrhizine yang dikatakan mujarab untuk menjauhkan penyakit demam malaria. Selain daripada itu ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan selera makan. Pikroretin yang terdapat didalamnya dapat menurunkan suhu panas badan (mengubat demam). Air rebusan ini juga dapat mengubat sakit pinggang dan sengal-sengal (boleh dicampur dalam minyak urut). Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk membasuh kudis-kudis setelah dicampur dengan sedikit belerang. Kajian saintifik menunjukkan hasil ekstrak rebusan tumbuhan herba akan mengandungi pelbagai bahan termasuk bahan aktif yang akan menghasilkan pelbagai kesan perubatan. Namun dari kajian yang dijalankan juga dipercayai terdapat bahan yang merbahaya atau toksik. Pengambilan air rebusan patawali dalam jangka masa yang panjang dan berlebihan boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang. Oleh itu dalam apa jua keadaan, pengambilan ekstrak dari sebarang tumbuhan, perlulah mendapatkan pandangan dari pakar perubatan atau pharmasuetikal terlebih dahulu terutama cara pengambilan, kaedah, had dan tempoh pengambilannya agar ianya benar-benar menjadi penyembuh dan bukan pembunuh.
Ada saintis membuat penelitian mengenai kehebatan pokok seruntun ini dimana kalangan masyarakat Melayu dahulu juga percaya dengan pengambilan air rebusan patawali dapat menghindari dari gigitan nyamuk. Rasanya yang pahit ini juga apabila disapu pada payudara ibu kesannya ia akan memudahkan bayi bercerai susu. Ad Asia tenggara dilaporkan dimana keseluruhan bahagian dari pokok seruntun atau patawali diguna sebagai ubat demam yang dapat menggantikan kinine. Manakala masyarakat di Filipina pula menganggap patawali sebagai ubat serba guna sehinggakan dapat digunapakai untuk merawat penyakit mental atau gila. Bagi tujuan perubatan, batangnya yang menggerutu adalah bahagian utama yang mengandungi khasiat. Batang patawali digunakan untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinngi, kencing manis dan juga penyakit kelamin dikenali sebagai gonorea. Apa pun kehebatan tumbuhan ini mujarab bagi mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak. Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka. Selain daripada itu ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan selera makan. Air rebusan ini juga dapat mengubat sakit pinggang dan sengal-sengal (boleh dicampur dalam minyak urut). Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk membasuh kudis-kudis setelah dicampur dengan sedikit belerang. Beberapa cara menggunakan tumbuhan ini secara tradisional di pertik dari beberapa sumber di kongsikan kali ini. Bagi tujuan membuat Ramuan Minyak Urut dimana Cara 1 adalah dengan mengambil batang patawali dijadikan satu daripada ramuan yang dimasak bersama-sama sebotol minyak jarak, 10 biji kelapa dara, tiga botol minyak zaitun, 1 kg minyak lenga, ½ kg minyak kayu putih, satu tin besar minyak masak, lima ketul inggu, tiga paket rempah ratus, 1 kg habatus sauda, 1 kg ibu gamat yang telah dibakar di dalam ketuhar, seketul jadam, dan ½ k garam bukit. Kesemua bahan direbus sehingga tiga hari berturut turut. Minyak digunakan untuk mengurut (Kedah). Cara ke 2 adalah dengan ambil batang patawali dicampurkan bersama-sama halia bara, habatus sauda, kunyit, serai wangi dan lada hitam. Semua bahan dikeringkan dan direbus dengan minyak kelapa selama 1 jam. Sediaan digunakan untuk mengurut. Kehebatan kedua adalah gunakan seruntun ini untuk tujuan Merawat kudis di bahagian ada kudis. Ambil tiga hingga lima helai daun patawali, daun jambu batu, dan daun keladi dicampurkan dengan seketul garam jantan dan tiga keping asam keping. Kesemua bahan direbus dan air rebusan dijadikan mandian dua kali sehari pada waktu pagi dan petang selama tiga hari berturut turut.
Tumbuhan herba ini juga boleh di gunakan dalam Meredakan Demam Kuning iaitu caranya dengan mengambil batang patawali sepanjang satu jari manis dan empat helai daun nilam direbus sehingga mendidih. Air rebusan diminum secawan setiap hari. Keempat kehebatannya adalah untuk tujuan iaitu Mengecutkan Peranakan bagi ibu bersalin iaitu caranya dengan ambil batang dan daun patawali dicampurkan bersama-sama buah cengkeli, pokok campak jala, buah majakani, daun genggam Fatimah, pokok hempedu bumi daun dan batang pokok soksek, dan kulit bunga tanjong. Semua bahan diambil sebanyak 1 kg kecuali hempedu bumi sebanyak ½ kg. Sediaan dibersihkan, dikisar dan dimasukkan ke dalam kapsul dan dimakan dua biji sekali dua kali sehari pada waktu pagi dan malam. Kehebata ke 5 adalah untuk Mengurangkan Sakit Otot dan Sakit Saraf dimana cara 1 dengan mengambil batang patawali dijadikan satu daripada bahan untuk dibuat ubat kapsul dan dimakan dua kali sehari. Cara yang ke 2 juga dengan mengambil batang patawali dicampurkan bersama-sama elek tembaga, cancit murai dan kancing baju. Semua bahan dikeringkan dan dikisar sehingga menjadi serbuk dan dimasukkan ke dalam kapsul. Selain itu ia sesuai di gunakan untuk Merawat Masaalah Gastrik drngan gunakan batang dan daun patawali dicampurkan bersama-sama buah cengkeli, pokok campak jala, buah majakani, daun genggam Fatimah, pokok hempedu bumi daun dan batang pokok soksek, dan kulit bunga tanjong. Semua bahan diambil sebanyak 1 kg kecuali hempedu bumi sebanyak ½ kg. Sediaan dibersihkan, dikisar dan dimasukkan ke dalam kapsul dan dimakan dua biji sekali dua kali sehari pada waktu pagi dan malam (Kelantan). Seterusnya kehebatannya adalah ia di laporkan boleh Membuang Angin Dalam Badan dimana satu tin susu batang patawali dan nasi dikeringkan. Semua campuran dimasukkan ke dalam balang dan dicampurkan dengan air yang telah direbus dengan sedikit garam. Sediaan diminum setengah cawan dua kali sehari (Kedah). Paling sering penulis blog dengar dan pernah guna adalah ia mampu untuk Merawat Masaalah Cirit Birit dengan menggunakan sehelai atau dua helai daun jambu batu dikunyah kemudian daun yang telah dikunyah dibuang, dan patinya ditelan (Pahang). Bagi tujuan Mengawal Tekanan Darah Tinggi iaitu caranya dengan memakan daunnya begitu sahaja dengan ukuran seinci sekali makan atau ambil batang patawali dan dimakan dengan sebiji pisang atau ambil batang patawali dicampurkan bersama-sama akar cerita, lada pahit dan timun pahit. Semua bahan dibasuh dan direbus sehingga mendidih. Air rebusan diminum dua kali sehari. Cara lein adalah denga mengambil batang patawali dijemur sehingga kering dan ia kemudian boleh direndam dalam air panas, dibiarkan suam dan diminum kekerapan segelas sehari. Amalan lain bagi tujuan ini dengan mengambil batang patawali kemudian ia direbus bersama-sama limau kasturi dan hempedu bumi. Air rebusan diminum dua kali sehari. BAgi tujuan Mengawal Aras glukosa dalam darah maka boleh guna bahagian batang patawali diamalkan makan begitu sahaja atay ambil batang patawali dijemur selama seminggu sehingga kering bersama-sama tebu gajah, ragi dan timun pahit. Kesemua bahan dikisar sehingga menjadi serbuk dan dimasukkan ke dalam kapsul. Ada laporan mengenai kesan sampingan dalam pengambilan air rebusan patawali dalam jangka masa yang panjang dan berlebihan boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
RASA AMAT PAHIT... SANGAT BERGUNA...
MUDAH DI TANAM...BATANG, DAUN ADA...
MEMBACA ARTIKEL...INFO DI TERIMA JUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11,
Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 Jamadilawal 1447H).






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.