Support My Blog

Sunday, December 21, 2025

IKAN KALOI - KENALI DIA?

IKAN KALOI
(Osphronemus goramy) atau'Giant Gourami' ialah sejenis ikan air tawar besar dari Asia Tenggara dimana ia juga dikenali sebagai ikan untuk di jadikan makanan yang sihat dan penting tetapi ia juga di jadikan sejenis ikan ikan hiasan yang popular. Ikan ini di laporkan ia mampu bernafas udara terus dimana ia adalah spesis ikan herbivor pemakan tumbuhan air serta serangga kecil di habitatnya. Dilihat foto diatas dimana ikan ini mempunyai ciri bibir tebal, sisik perak keemasan dimana ia boleh dibela lama hingga pernah direkodkan selama 30 tahun. keluarga penulis blog ada membela dua ekor ikan kaloi ini dalam akuarium besar sehingga mencapai umur lebih 15 tahun lamanya di Muar Johor. Kajian mendapati jika i
kan kaloi ialah salah satu ikan asli di Malaysia dimana ia agak terkenal dalam pasaran ikan hiasan dan juga sebagai sumber makanan yang diminati ramai kepada manusia. Ikan kaloi tergolong dalam keluarga ikan iaitu Osphronemidae sama dengan jenis keluarga ikan sepat, ikan pelaga dan beberpa jenis lain juga. Ada yang kata dimana sebenanrya ikan kaloi itu adalah jenis spesis ikan sepat saiz terbesar di dalam keluarga ikan 'gourami' ini. Kajian mendapati dimana diseluruh dunia hanya ada 4 spesies kaloi dimana ada tiga (3) daripadanya wujud di Malaysia  iaitu Jenis Kaloi Hitam (Osphronemus goramy), Jenis Kaloi Sabah (Osphronemus laticlavius) dan juga Jenis Kaloi Manah (Osphronemus septemfasciatus). Penulis blog di beritahu jika jenis Ikan Kaloi Hitam adalah spesies yang paling banyak hidup dan dijumpai di Semenanjung Malaysia manakala jenis Ikan Kaloi Sabah dan Ikan Kaloi Manah hanya di temui di kawasan Borneo sahaja. Kesemua spesies ini ada mendiami sungai dan tasik di beberapa kawasan di Malaysia dan ia merupakan spesis ikan di minati pemancing. Seperti dinyatakan awal dimana kesemua spesis ikan kaloi ini adalah jenis herbivor iaitu makanan atau diet utamanya adalah tumbuhan dalam air namun pada peringkat tertentu ia juga boleh memakan benda selain tumbuhan seperti udang kecil atau sisa ikan yang lain. Ikan kaloi boleh membesar sehingga 20 inci namun bagi jenis ikan kaloi hitam ia kadang-kadang boleh membesar sehingga 28 inci panjangnya bergantung pada keadaan disekelilingnya seperti kualiti air dan faktor keberadaan makanan. Selain itu seperti di maklumkan dimana keunikan ikan ini adalah ia mempunyai jangka hayat kaloi juga agak lama dan ia boleh hidup sehingga sekitar 30 tahun.  Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai spesis Ikan Kaloi untuk menjadi bahan rujukkan pembaca semua.

 
Kajian mendapati jika kesemua spesies ikan kaloi pada masa kecil kelihatan memang ia tidak terlalu berbeza dengan anak ikan sepat (Trichopodus sp.) akan tapi ciri ini masih boleh dibezakan dengan mudah bagi para penternak terutamanya diteliti pada bentuk dan kedudukan sirip dorsal, sirip dubur dan juga bentuk dalam mulutnya (Sila lihat foto disebelah). Apa pun uniknya dimana apabila ikan kaloi ini ia semakin membesar dimana pada bahagian mulutnya menjadi semakin menebal dimana ini antara identitinya yang unik yang terdapat pada ikan kaloi. Dilapangan dimana keberadaan ikan kaloi dan ikan sepat yang mana mereka juga berada dalam keluarga yang sama iaitu Osphronemidae akan tetapi ada didalam genus yang berbeza. Antara ciri-ciri utama keluarga jenis ikan ini ialah ia memiliki sirip pelvik yang panjang dan halus seperti sesungut dimana ukuran kepanjangannya bagi sesungutnya dilat ia juga berbeza di bawah setiap genus akan tetapi masih keduanya dilihat ia masih mempunyai ciri-ciri yang sama. Selain ikan kaloi dan sepat beberapa jenis ikan lain yang berada di dalam keluarga Osphronemidae dan wujud di Malaysia ialah termasuk Jenis Ikan Pelaga (Betta sp.), Jenis Ikan Sepilai (Trichopsis vittata), Jenis ikan Kepar (Belontia hasselti),  Jenis IkanTembok Tebing (Luciocephalus pulcher), Jenis Ikan Gorami Kecil (Parosphromenus sp.), dan Jenis Ikan Biji Durian (Sphaerichthys osphromenoides). 
Diet bagi ikan kaloi ini terutamanya adalah tumbuhan air (herbivor) akan tetapi ia juga boleh juga makan serangga kecil atau sisa ikan (omnivor pada peringkat tertentu). Dilaporkan yang ia boleh bernafas di udara lembap dimana ini membolehkannya hidup lama di luar air. Ikan kaloi inii boleh membesar saiznya sehingga 70 cm panjang akan tetapi biasanya adalah sekitar 45 cm. Ia juga mempunyai warna badan yang pucat hingga keemasan, sisik perak, jalur biru pucat menegak, bibir tebal dan membuat sarang rumpai. Ikan ini adalah penting dalam industri ikan akuakultur dan sebagai sumber makanan komersial. Apa pun memang ikan kaloi ini ada beberapa jenis baka terpilih seperti Kaloi Hitam dan Kaloi Sabah (dengan sirip ekor merah) untuk pasaran ikan hiasan dengan harga baik. Dalam aspek pengawalan rumpai ada orang yang menggunakannya untuk mengawal pertumbuhan rumpai kerana selera makannya terhadap tumbuhan.


Dilaporkan dimana i
kan kaloi merupakan antara ikan yang dikatakan mempunyai rasa yang enak untuk dibuat hidangan makanan. Malah di beberapa buah negara termasuk di Australia dilaporkan yang spesies ikan ini merupakan antara spesies ikan yang penting dalam sektor akuakultur di mana spesies kaloi diternak secara besar-besaran untuk tujuan pasaran domestik dan eksport sebagai produk makanan. Apa pun di Malaysia selain sektor akuakultur dimana ikan kaloi juga mendapat tempat di kalangan peminat sektor ikan hiasan. Antara tarikan ikan kaloi ialah ikan kaloi ini merupakan spesies yang tidak mudah mati selain mempunyai jangka hayat yang panjang sehingga melebihi 20 - 30 tahun. Selain itu juga ikan kaloi juga mempunyai personaliti yang unik di mana dalam satu jangka masa dibela dimana spesies ini mampu mengenal pemilik yang membelanya. Dalam aspek taksonomi, ikan kaloi dikelaskan berada dalam keluarga besar Osphronemidae iaitu berada di bawah genus Osphronemus dengan nama saintifik Osphronemus goramy. Membawa nama umum 'Giant gourami' ayau 'Ikan kaloi' menurut panggilan tempatan dan ia adalah merupakan spesies ikan natif Asia Tenggara iaitu memang berasal dari kawasan perairan Asia Tenggara. Secara amnya pola taburan spesies kaloi banyak tertumpu di negara Asia Tenggara didapati di Lembangan Mekong hingga ke Mae Khlong di Thailand, sepanjang perairan di Semenanjung Malaysia dan Indonesia. Dalam morfologi luaran spesies kaloi, ikan ini mempunyai bentuk badan agak leper atau disebut perciform atau perch like. Jumlah sirip dorsal berduri antara 12 hingga 14 manakala sirip anal berduri pula antara 9 hingga13. Bagi juvenil O. goramy dimana fasa warna badan biasanya mempunyai 8 hingga 10 bar menegak yang berwarna hitam dan warna ini akan hilang apabila mencapai tempoh matang. Melihat akan sirip dorsal lembut spesies ini memanjang dan berbentuk bulat menirus atau truncate, memanjang hingga ke atas bahagian sirip kaudal. Begitu juga dengan sirip anal ikan ini yang semakin melebar atau membuka ke belakang. Sirip pektoralnya agak bulat sementara bentuk sirip kaudalnya pula agak bulat atau disebut 'obtusely rounded'. Spesies ini merupakan spesies ikan gourami yang mampu membesar melebihi spesies gourami yang lain. Spesies ikan kaloi sebenarnya mampu hidup dalam keadaan air tawar dan air payau. Begitu pun, spesies ini dilihat lebih cenderung untuk memilih kawasan perairan air tawar sebagai habitat hidupnya. Dalam ekosistem habitat semula jadi ikan kaloi biasanya di kawasan paya, terusan, tasik dan juga sungai. Habitat kaloi sering kali tertumpu di kawasan yang berarus perlahan. Selain itu, kawasan perairan yang dipenuhi dengan tumbuhan vegetatif akuatik juga menjadi pilihan kepada spesies ikan kaloi untuk dijadikan habitatnya.


Di Malaysia lazimnya spesies ikan kaloi boleh ditemui di kawasan sungai-sungai besar dan sederhana utama seperti di negeri Perak dan Pahang. Biasanya kawasan sungai atau habitat yang mempunyai banyak struktur kayu dan tumbuhan akuatik termasuk kawasan saliran yang agak kotor. Ikan kaloi juga mampu untuk mengambil udara secara terus seperti spesies ikan snakehead. Oleh itu biasanya spesies ikan kaloi ini juga ia mampu hidup agak lama biarpun di luar kawasan air. Ikan di namakan '
Giant gourami' atau ikan kaloi merupakan spesies ikan omnivor dimana ikan ini memakan apa sahaja seperti rumpai air, ikan kecil, katak, cacing, organisma akuatik yang kecil malah hidupan akuatik yang telah mati juga dimakan oleh ikan kaloi. Apa pun lazimnya diet spesies ikan ini ia juga lebih cenderung kepada tumbuhan. Dalam sektor akuatik dilaporkan yang spesies ikan kaloi juga digunakan sebagai haiwan ikan yang boleh mengawal rumpai air kerana keupayaannya untuk memakan dan mengurangkan banyak tumbuhan vegetatif akuatik dan alga yang tidak dikehendaki. Ini kerana jenis ikan kaloi yang dewasa mampu untuk memakan tumbuhan akuatik yang bersifat fiber secara terus. Dalam penulis blog membua =t tinjauan akan harga ikan kaloi (mungkin ia di panggil sebagai spesis Ikan temakang, Kihing, Engkerembang) adalah ia sangat bervariasi iaitu ia bergantung pada saiz, jenis (liar atau baka), dan tujuan (hiasan atau makan). Dilaporkan dimana ikan kaloi ini boleh bermula harganya daripada sekitar RM10-RM15 sekilogram untuk saiz besar (sesuaiuntuk lauk makan) sehingga berharga RM15 - RM55 sekilogram atau lebih untuk anak ikan kaloi yang dijadikan sebagai ikan hiasan kecil. Apa pun selalunya harga ikan hiasan yang lebih eksklusif dan saiz besar boleh lebih mahal. Dalam pada itu dilaporkan dimana harga ikan kaloi sesuai di makan sekitar RM10/kg iaitu untuk saiz besar (1-4.5kg) bahi di makan akan tetapi akan menjadi lebih mahal jika dijual sebagai ikan hidup. Bagi ikan kaloi yang dijadikan ikan hiasan saiz jubenil atau kecil harganya sekitar RM12 - RM17 per ekor. Bagi jenis ikan Kaloi Sabah berukuran 5-6 inci untuk ikan hoasan dijual RM55 per ekor. Ikan kaloi dewasa yang besar ia boleh mencecah pada harga RM40 - RM80 kerana keunikannya dan ia lebih mahal daripada baka yang dibiakkan. Antara faktor penentu hrga ikan kaloi ini adalah saiznya (semakin besar, semakin mahal jika untuk makan atau hiasan 'premium') dan spesis ikan kaloi liar harganya lebih mahal lagi.


Sebenarnya 
Ikan Kaloi (Gurami) adalah sejenis ikan air tawar yang sedap dimasak pelbagai cara antaranya adalah resepi Ikan Kaloi Goreng Sambal dimana ia perlu digoreng rangup dengan sambal pedas atau ramai suka makan resepi Ikan Kaloi Masak Lemak Pekasam dengan bahan-bahan seperti santan, daun kaduk, terung asam atau terung telunjuk dan cili api, menunjukkan rasa lembut isi ikan dan menyerap perencah masakan dengan baik dimana ia menjadikannya hidangan lazat dan popular di Malaysia. Akan di kongsikan resepi Ikan Kaloi Goreng Rangup dengan Sambal dimana bahan-bahan disediakan adalah 3 ekor ikan kaloi (dibersihkan), garam, lada kisar, kunyit kisar (secukup rasa), minyak masak dan alatan menggoreng. Bahan-bahan untuk buat sambal adalah cili merah, cili api, bawang putih (kisar), garam, gula dan bahan perasa (secukup rasa). Cara membuat nya dengan melumurkan ikan dengan serbuk kunyit, garam, lada, perasa dan di perap selama 15 minit. Kemudian ikan digoreng ikan dalam minyak panas hingga jadi kuning keemasan dan garing. Dalam kuali di tumis bahan sambal kisar hingga naik bau, tambah garam, gula, perasa dan masukkan ikan kaloi goeng kedalamnya dan ia sedia untuk dihidangkan ikan goreng sambal dimakan dengan nasi putih. Penulis blog pernah ujirasa juga resepi Resepi Masak Lemak Ikan Kaloi Pekasam diman amemasaknya perlu disediakan bahan seperti ikan kaloi pekasam (perap dengan asam jawa dan garam), santan segar, daun kaduk, terung asam atau asam telunjuk, cili api, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup. Cara masaknya dengan menumbuk halus cili api, kunyit, bawang merah, bawang putih. Kemudian didihkan air, masukkan bahan tumbuk, santan, terung asam/telunjuk, reneh 10 minit (jangan pecah minyak). Masukkan ikan pekasam, reneh api kecil 10 minit dan dimasukkan daun kaduk, reneh 3 minit dan boleh dihidangkan. Ikan pekasam sudah masin maka ia tidak perlu tambah garam. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
IKAN KALOI .. APAKAH DIA FAKTANYA...
IKAN POPULAR...PEMANCING SUKA...
HARGANYA MAHAL..SUDAH DAPATNYA..
DIGORENG SAMBAL...TERINGAT ENAKNYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(30 Jamadilakhir 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...