Perairan Malaysia yang luas kawasan air tawar mempunyai banyak jenis ikan air tawar yang sangat melimpah dengan beragam jenisnya. Salah satunya adalah jenis ikan toman yang hebat khasiatnya dan di sukai ramai. Penyebaran ikan toman selalu di jumpai berada di sungai, kawasan berpaya dan tasek dimana ramai tahu jika ia adalah jenis Ikan yang termasuk dalam suku ikan haruan atau ikan gabus yang habitatnta serupa. Ikan ini mempunyai corak dibadan yang unik dengan corak khusus yang berkhasiat yang baik untuk kesitaran dimana harganya juga agak mahal dalam kategoti ikan aor tawar premium. Ikan ini tergolong sebagai ikan buas dan predator air tawar disebabkan ia memangsa ikan-ikan lain atau haiwan lain yang hidup di lingkungannya termasuk suka makan katak. Bentuk ikan toman mirip seperti ikan haruan iaitu bercirikan saiz kepala besar dan mulut besar. Selain itu juga memang kelebihannya yang ikan ini memiliki gigi yang runcing dan tajam serta berekor bulat. Ikan toman bisa tumbuh hingga satu meter. Ikan toman jug dijumpai di Asia Tenggara seperti di di Sungai Mekong, Laos, Thailand, Kamboja, Vietnam, Indonesia dan Singapura. Ikan Toman ialah jenis ikan yang berkepala besar dan bermulut besar serta bergigi runcing tajam dengan tubuh bulat panjang seperti torpedo dengan ekor membulat. Ikan dewasa berwarna hitam kebiruan, dengan perut putih atau keputihan. Anak-anaknya berwarna kemerahan, dengan garis hitam dan jingga di sisi tubuhnya. Apa pun ikan toman tergolong dalam spesies predator yang memangsa aneka jenis ikan lainnya, serta haiwan-haiwan lain seperti serangga dan amfibia yang berada di lingkungannya. Ikan ini memiliki kebiasaan ‘mengasuh’ anak-anaknya. Induk ikan sering kali didapati berenang di sekitar kelompok anak-anak toman yang masih kecil-kecil. Meski menjadi predator, ikan toman ternyata boleh dijadikan sebagai koleksi dalam dunia ikan hiasan dalam akuarium berukuran yang besar. Ikan toman di minati penggemarnya sebab ia berkhasiat dengan ada kandungan seperti albumin atau protein yang berfungsi mencegah pembengkakan kerana sel darah yang kehilangan bentuknya. Ia juga mempunyai zat asam amino esensial dan asam lemak esensial yang baik untuk kesihatan dan jug ia banyak zat mineral seperti zink, zat besi, kalium dan kalsium dimana khasiat terkenal didakwa ia dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka terbuka. Dalam dunia perubatan dilaporkan ikan toman dijadikan sebagai ubat untuk membantu mempertahankan osmotik, proses penyembuhan luka, baik untuk penderita hipoalbuminemia dan menyembuhkan luka selepas pembedahan.
Ada beberapa kaedah atau cara untuk memburu ikan toman dan yang paling di gemari peminatya adalah dengan memancing. Bagi tujua memancing ikan toman ada pelbagi cara tetapi sesuai menggunakan umpan gewang seperti Buzz Bait, Spinner Bait, Popper, Minnow, Soft Frog dan Softbaits terutamanya untuk pancingan ultralight di mana keseimbangan umpan sangat penting untuk menarik ikan toman yang suka serangan mengejut dari sarang ikan ini. Merujuk kepada pengalaman beberapa pemancing toman yang aktif dimana jenis umpan Gewang Populer seperti jeins Buzz Bait (seperti Booyah 7g) mampu untuk menghasilkan bunyi dan riak air yang kuat seterunsya akan memikat ikan toman dari jauh. Jenis spinner bait pula ia sama seperti buzz bait yang mampu untuk menarik perhatian toman dengan kilauan dan getaran. Jenis popper dan pencil Lure pula ia adalaj jenis umpan permukaan yang boleh mencetuskan serangan ganas dari toman yang melompat keluar dari air. Paling disukau pemancing juga umpan katak tiruan atau jeins soft frog and softbaits sebab ia sangat efektif kerana kelihatan seperti mangsa katak yang sebenar di permukaan air apa laagi kalau memancing di kawasan bersemak atau pokok. Ada pemancing suka gunakan umpan gewang jenis minnow and spoon iaitu sejenis umpan bersaiz kecil untuk ultralight juga ia sesuai untuk memancing toman di tempat yang lebih terbuka. Teknik memancing menggunakan gewang ini perlukan kecekapan dan keseimbangan dimana bagi jenis ultralight maka perlu dipastikan gewang sentiasa seimbang dengan set pancingan agar ia boleh digunakan di pelbagai lokasi lain. Ikan toman adalah ikan yang agresif dimana boleh dilemparkan gewang dekat sarang ikan toman seperti dikawasan yang berlumpur atau ada naungan pokok bertujuan untuk dalam cara mencetuskan serangan. Cara menarik gewang juga perlu di pelbagainya dimana perlu di tarik laju atau perlahan seakan umpan itu dilihat sebagai mangsa yang cedera untuk ikan toman lebih tertarik.
Ramai tahu jika dilaporkan yang ikan toman sangat kaya nutrisi seperti albumin (protein tinggi), Omega-3, Omega 6 serta vitamin dan mineral dimana zat ini dapat memberikan khasiat terbaik utama untuk mempercepat penyembuhan luka (pasca-operasi atau masaalah dari diabetes) dan ia didakwa akan memperbaiki jaringan tubuhbadan, menjaga keseimbangan cairan tubuh dan meningkatkan sistem imuniti seseorang. Ikan toman juga didakwa ia juga baik untuk fungsi otak, jantung, tulang dan dilaporkan membantu mengurangkan isu pembengkakan.
Khasiat utama dari ikan toman paling terpercaya apa yang penulis blog tahu adalah ia membantu dalam proses penyembuhan luka dan kemampuannya dalam memulihkan. Ini kerana ada zat iaitu kandungan albumin tinggi dan asid lemak omega mampu membantu memperbaiki tisu rosak, mengurangkan bengkak dan mempercepatkan lagi akan proses penyembuhan dan ia sangat baik sebagi makanan khusua selepas pembedahan atau untuk pesakit diabetes. Ikan toman yang kaya zat ptotin dan albumin dapat membantu dalam proses pembinaan otot dan sel, manakala albumin menjaga tekanan darah dan mengangkut nutrisi seterusnya akan bantu mencegah masalah seperti bengkak dan keletihan.
Zat Omega-3 menyokong fungsi otak dan daya ingatan serta membantu menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan dilaporkan ia menstabilkan tekanan darah. Ia dilaporkan juga akan dapat meningkatkan sistem imunti bila zat Vitamin B6, D dan mineral seperti zink (Zn) akan membantu menguatkan imuniti badan melawan jangkitan patogen penyakit. Apa pun zat fosforan, magnesium dan Vitamin D membantu penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat. Ikan ini yang tinggi Asid amino seperti zat Arginin, Gkysine dan Lucine penting untuk tambah tenaga, pembentukan sel saraf dan proses metabolisme. Ada juga bahan antioksidan yang akan melindungi sel daripada terjadi kerosakan radikal bebas dan membantu melawan bakteria. Secara keseluruhan dilaporkan yang ikan toman adalah makanan berkhasiat tinggi yang disarankan untuk pemulihan dan kesihatan keseluruhan.
Harga ikan toman (snakehead) sangat bervariasi bergantung beberapa sebab antaranya adalah jenis toman (seperti Toman Harimau, Toman India atau Toman Super besar) dimana selalunya ikan toman bersaiz kecil lebih murah berbanding ikan toman besar. Harga juga di tentukan semasa membeli iaitu sama ada ia di gunakan untuk makanan atau untuk hobi sebagai ikan hiasan yang menarik. Harga juga di tentukan oleh faktur lokasi dari masa asal usul ikan toman tersebut sama ia jenis ikan toman tempatan atau ikan toman import. Kajian menunjukkan ikan toman dijual dengan harga boleh bermula dari sekitar RM15 (untuk saiz kecil bagi tujuan di makan) sehingga mahalnya mencecah sekitar RM200 - RM600 keatas iaiitu untuk spesis ikan toman agai unik coraknya atau bersaiz besar. Apa pun tinjauan di pasar dan pasar malam atau pasar tani yang di lakukan mendapati anggaran harga mampu ikan toman untuk rakyat biasa di Malaysia iaitu bagi ikan toman untuk di makan adalah diantara RM15 - RM50 bergantung saiz ikan tersebut, kesegarannya dan jenisnya. Ada beberapa jenis ikan toman yang unik dan rare seperti Ikan Toman Harimau yang selalunya adalah untuk ikan hiasan berharga diantara RM95 - RM200 keatas seekor. Terdapat juga jenis ikan toman saiz besar atau Toman gordon atau Toman Diplogramma yang sangat jarang di jumpai di hargakan dengan semurah RM380 seekor sehingga RM650 keatas seekor. Apa pun faktor dominan mempengaruhi harga adalah Saiz dimana selalunya semakin besar ikan toman maka semakin mahal harganya iaitu terutama untuk spesis makan. Faktir jenis toman atau spesis toman juga pengaruhi harga diman Jenis Ikan Toman Harimau dan Ikan Toman India dilaporkan ia jauh lebih mahal daripada ikan toman biasa. Faktur Kualiti Ikan Toman seperti warna dan coraknya terutama jika di jadikan sebagai ikan hiasan selalunya lebih unik dan rare ianya lebih mahal. Seterusnya faktur iaitu Lokasi membeli ikan toman akan menentukan juga harga sama ada membeli di pasar, kedai runcit, pasaraya, pasar tani atau membeli secara online akan mempengaruhi harga ikan toman. Bagi penulis blog kalau sesekali ke kawasan kampung dan persawahan dan ada orang memancing toman tanya sahaja harganya untuk dapatkan ikan dengan harga boleh tawar.
Ikan toman boleh di masak dalam pelbagai resepi yang enak, berkhasiat atau untuk tujun perubatan secara berlainan. Apa pun jika untuk rawatan kesihatan selalunya ia di masak sup atau stim sahaja tanpa banyak menggunakan bahan rempah, garam dan minyak. Resepi ikan toman yang paling popular ialah Resepi Gulai Ikan Toman dimana cara masaknya juga akan melibatkan tumis rempah dengan herba serta bahan santan dan bahan lain sehingga mendidih dan ia kemudian masukkan ikan hingga masak. Terakhir sekali boleh di tabur daun bawang. Bahan asas membuat gulai ini termasuk ikan toman, santan, kentang (pilihan), cili, bawang, halia, kunyit, serai, daun limau dan asam kandis untuk rasa lemak-pedas-masam yang kaya. Bahan digunakan ikan toman yang di potong kecil diperap dengan sedikit limau nipis). Potongan kentang dalam 2-3 biji dan santan cair dan santan pekat dan pekat dan bahan tumisan diperlukan seperti cili merah, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, ketumbar, lada, dan buah keras, serai, lengkuas, daun kunyit, daun limau dan daun salam. Bagi bahan perasa sediakan bahan asam keping, garam, gula, serbuk cendawan atau ayam. Bagi bahan hiasan disediakan daun bawang (dihiris) dan cili padi. Cara memasak dengan menumis ramuaa dengan memanaskan minyak dan di tumis ramuan bersama serai, lengkuas, daun-daun wangi sehingga wangi dan pecah minyak. Kemudian di masukkan santan dimukakan dengan santan cair dan dimasukkan asam keping serta kayu manis dan dikacau perlahan hingga ia mendidih. Seterusnya di masukkan kentang dan bahan perasa lain dan masukkan garam, gula, serbuk perasa dan cili. Masak sehingga kentang separuh empuk dan sesekali dikacau. Kemudian dimasukkan ikan toman diperap dimasak perlahan sekitar 15 minit atau hingga ikan masak dan elakkan dari menggaul dengan kuar supaya ikan tak hancur. MAtikan api dan sedia untuk di hidangkan dan masukkan daun bawang sebagai hiasan. Semuga artikel ini menjadi bahan rujukkan berguna kepada pembaca blog anim agro rechnology kali ini. Wasallam!!!..
BURUAN RAMAI...GEWANG UMPANNYA...
HARGA MAHAL... IKAN HIASAN JENISNYA...
PELBAGAI RESEPI...BANYAK KHASIATNYA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(7 Rejab 1447H).







No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.