Ramai generasi Gen-Z yang mungkin tidak pernah kenal akan buah rambai atau dapat ujjirasa buah tersebut. Apbersaiz kecil sahaja (dengan ukuran ukurlilit sekitar 2-3 cm), berbentuk bujur ke bulat, melekat pada tangkai panjang secara berkelompok dengan banyak buahnya. Buah rambai mempunyai kulit yang licin, nipis, berwarna salmon, coklat atau kuning bergantung kepada varieti dan tahap kematangannya. Buah ini apabila sudah cukup masak maka ia sangat mudah dikupas dan dilihat isinya berwarna putih jernih, kenyal dimana selalunya memang ia akan mengandungi 3-5 biji benih, mempunyai rasa masam manis dan mudah di telan bersama bijinya semasa sesiapa memakannya. Bergantung kepada varieti dimana jenis Rambai Telut ia berukuran lebih besar, manis dan kulit putih semantara varieti Rambai Hutan rasanya ia lebih masam dan isinya akan berwarna merah kemerahan apabila masak. Dikampong dimana buah raambai selalunya dijual dan dimakan segar dimana ada yang memproses dijadikan jem, halwa atau jeruk. Dalam amalan rawatan tradisional dilaporkan yang kulit buah rambai akan ditumbuk untuk ubat sakit kulit (panau, kurap) atau dijadikan ubat titisan mata, manakala kulit batang boleh dijadikan pewarna dan diminum ibu lepas bersalin. Rambai juga di laporkan mengandungi vitamin dan protein serta dapat memberi tenaga. Pokok rambai yang di tanam disekeliling rumah lazimnya akan memberi teduhan dimana kemudian apabila di tebang maka batang kayu pokok rambai berkualiti rendah untuk pelbagai kegunaan.
Dilaporkan dimana buah rambai kaya dengan ppelbagai khasiat bergantung kepada jenisnya dan kesegarannya. Zat dari buah rambai di laporkan akan dapat membantu penghadaman (serat tinggi), mengatasi dehidrasi (kandungan air), sumber tenaga, mengawal gula darah, baik untuk kulit (antioksidan, Vitamin C), dan menyegarkan badan; kulitnya juga dipakai tradisional untuk masalah kulit (panau, kurap, gatal), sakit mata, malah dibuat lulur dan perasa makanan, manakala daunnya untuk pembungkus tapai yang berikan aroma khusus kepada tapai tersebut. Dilaporkan dimana buah rambai juga ia merupakan antara khazanah tropika yang semakin dilupakan, walaupun kaya dengan potensi nutrisi dan kesihatan. Buah ini tergolong dalam famili Phyllanthaceae dan banyak ditemui di Malaysia, Indonesia serta Thailand. Walaupun tidak ia terkenal durian atau manggis dimana ada beberapa kajian yang ia menunjukkan buah rambai mempunyai kandungan fitokimia dan aktiviti antioksidan yang tinggi dimana ini menjadikannya salah satu buah tempatan yang berpotensi dikomersialkan dalam bidang makanan fungsian dan farmaseutikal. Apa pun buah rambai lazimnya dimakan segar atau dijadikan jeruk akan tetapi nilai saintifiknya baru mendapat perhatian dalam dekad kebelakangan ini. Kajian fitokimia mendapati dimana bahan ekstrak rambai terutamanya daripada kulit dan isi buah dilaporkan ia mengandungi sebatian aktif yang mampu menentang tekanan oksidatif (oxidative stress) dan membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas. Walau pun buah rambai mungkin kecil dan sering diabaikan, namun hasil penyelidikan membuktikan ia menyimpan kuasa antioksidan yang luar biasa. Kandungan fenolik dan bahan flavonoidnya yang tinggi memberi perlindungan kepada sel daripada kerosakan oksidatif dan membantu mencegah pelbagai penyakit kronik. Dalam konteks pembangunan bioekonomi tempatan, rambai berpotensi dijadikan bahan asas bagi produk nutraseutikal dan kosmetik berasaskan sumber semula jadi Malaysia. Melalui penyelidikan lanjutan dan inovasi pemprosesan, buah ini boleh diangkat menjadi satu lagi ikon superfruit tropika Malaysia selepas manggis dan durian.
Walau pun penanaman pokok rambai hampir tidak di komersilkan di Malaysia atas banyak sebab akan tetapi pokok rambai ini masih ada bertanam atau tumbuh dan berbuah. Ini di buktikan dimana semasa pokok rambai musim berbuah makan ia akan di tuai dan di jual di mana sahaja seperti gerai tepi jalan, pasar tani, pasar malam, pasar tamu, kedai runcit dan penulis blog belum juga di jual di pasaraya besar. Menanam pokok rambai (Baccaurea motleyana) adalah mudah dibanyak jenis kawasan dan jenis tanah sebab ia adalah jenis pokok malar hijau yang lasak dan hampir tidak ada ancaman oleh perosak dan penyakit. Pokok rambai di tanam menggunakan bijinya yang mudah di semai dalam polibeg dan kemudian di tanam di kawasan yang ada cahaya matahari agar cepat membesar. Bagaimana pun kebanyakan pokok rambai matang yang di tuai buahnya mungkin ia di biakan secara semulajadi oleh manusia melalui sisa buangan atau oleh haiwan yang memakannya dimana itu yang menyebabkan ia tumbuh tidak teratur. Lazimnya pokok rambai yang tumbuh dii kawasn hutan dan kawanan belang rumah penduduk kampong adalah pokok organik kerana hampir tidak pernak di baja dengan baja kimia (NPK) dan ada disembur dengan bahan racun kimia. Kalau sesiapa ingin menmakan buah nadir yang organik boleh membeli buah rambai sahaja. Apa pun setelah dewasa pokok rambai akan tumbuh sekitar 9-12 metertingginya dengan ada banyak dahan bermula dari kedudukan dahan rendah pun akan berbuah dan pokoknya selalu adalah rendang. Ia mempunyai jenis daun berwarna hijau gelap, berkilat di atas dan di teliti akan jumpa ciri berbulu halus di bawahnya. Semasa berbunga ianya berbau harum dimana ada bunga jantan dan betina (pokok berlainan). Saiz tangkai buah rambai selalu panjang sehingga 75cm. Buah yang muda selalunya berwarna kehijauan dan bila masak akan kekuningan. Sebaiknya di syorkan agar membeli anakbenih ramai yang di jual di nurseri dimana jenis baka baik adalah di tandakan dengan 'Benih Kawin' yang mungkin maksudnya adalah Benih Rambai Cantuman Batang sebab selalunya ia lebih cepat berbuah. Pokok rambai berbuah ikut musim dimana boleh berbuah selama lebih 25 tahun keatas lamanya.
Penulis blog pernah membuat tinjauan mengenai harga buah rambai ini dimana ia sering berubah-ubah mengikut musim dan tempat akan tetapi secara purata dimana secara purata boleh jangka ia sekitar RM5 hingga RM10 sekilogram. DIlaporkan dimana kadang-kadang ada situasi dimana buah rambai akan di jual dengan harga yang lebih murah kalau musimnya banyak apa lagi kalau banyak jeni buah lain melambak-lambak dalam pasaran. Kali terakhir penulis blog ada membeli buah rambai adalah sekitar harga RM7 sekilogram di Melaka. Apa pun beberapa faktor yang mempengaruhi harga adalah sebab ia bermusim berbuah kemuncak apabila harga biasanya lebih murah. Gred buah rambai ini belum ada piawaian khusus akan tetapi menyentuh tentang kualiti dimana buah rambai yang saiznya lebih besar, masak ranum dan tanpa cacat akan lebih mahal. Kini buah rambai ada dijual secara on-line juga semasa tiba musimnya. Apa pun buah rambai merupakan jenis buah bermusim yang mempunyai rasa masam-masam manis dan di Malaysia ia sering dijadikan bahan dalam masakan tradisional terutamanya menggunakan kulitnya. Penulis blog kongsikan beberapa resepi popular berasaskan buah rambai. Pertama adalah Resepi Masak Lemak Kulit Rambai sejenis hidangan paling ikonik. Kulit rambai yang dibuang isinya memberikan rasa masam semulajadi yang sangat menyelerakan apabila digabung dengan santan. Bahan di gunakan adalah Kulit rambai, 3 ekor ikan temenung dan boleh juga guna ikan sardin, 1 biji bawang merah besar dimayang, 1 biji cili besar dihiris, 3 biji cili padi hijau dihiris, Petai dipotong dua, 1 kotak santan, garam dan gula secukup rasa serta air rebusan ikan. Cara memasaknya dngen memanaskan air dan celur kulit rambai bersama garam seketika. Ia bertujuan mengurangkan rasa masam dan kelat kulit rambai. Kemudian di masak santan bersama bahan kisar (kunyit, cili padi, bawang). Masukkan ikan masin dan kulit rambai. Masak sehingga kuah pekat dan pecah minyak dan di matikan api serta sudah sedia dihidang untuk di makan dengan nasi putih (Sila lihat foto paling bawah sekali). Resepi kedua adalah Resepi Sambal Tumis Kulit Rambai dimana hidangan ini sering dipadankan dengan ikan bilis untuk rasa yang lebih sedap lagi. Bahan di gunakan adalah kulit rambai (dihiris), cili giling, ikan bilis, bawang merah, bawang putih dan sedikit gula. Cara memasaknya dengan menumis bawang dan cili giling sehingga garing. Masukkan ikan bilis dan kulit rambai. Tambahkan gula untuk mengimbangi rasa masam kulit tersebut. Masak sehingga pecah minyak dan kering sedikit dan sedia dihidangkan. Jenis makanan dari buah rambai yang ketiga adaah Resepi Jeruk Buah Rambai yag sesuai dibuat jika ada banyak buah berada dipokok yang tidak boleh dimakan dan tidak ada harga atau jauh dari pengguna. Makanan jeruk ini ia boleh dijadikan jeruk sebagai pembuka selera. Cara membuatnya adalah dengan buah rambai dibuang kulit atau dibiarkan seulas-seulas dimana ia kemudian diperam bersama air garam, gula dan sedikit cili padi untuk rasa pedas. Cara dan petua memproses buah rambai dengan gunakan kulit seperti resepi diatas dimana perlu di periksa agar kulit rambai ini dicuci bersih dan dibuang bahagian tangkai. Bagi mengimbangi rasa masam adalah sebaiknya menggunakan gula atau bahan lemak (seperti santan) secukupnya untuk mendapatkan rasa makanan berasaskan rambai yang lebih enak. Semuga tulisan artikel ini memberi info terbaik dan berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
ADA BERMUSIM...MURAG SAJA HARGA...
BANYAK KHASIAT... ANTIOKSIDAN ZATNYA...
DI MASAK LEMAK... ADUH ENAK UJIRASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomisst,
Precinnt 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
(4 Rejab 1447H).






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.