Support My Blog

Tuesday, December 30, 2025

IKAN SEPAT RONGGENG - APA DIA?

IKAN SEPAT RONGGENG
(Trichopodus trichopterus) ialah sejenis ikan air tawar popular di Malaysia yang juga dikenali sebag
ai 'Ikan Sepat Padi' dan juga 'Sepat Siam' daripada keluarga Osphronemidae dimana ia adalah ikan sangat di sukai untuk di makan dan juga di jadikan ikan hiasan yang cantik. Ikan ini adalah jenis ikan anabantoidei iaitu spesisi ikan yang mempunyai organ seperti paru-paru dan mampu untuk bernafas di udara. Di Malaysia dimana ikan sepat ini amat digemari sebagai hidangan lazat atau ikan hiasan akuarium dimana ia terkenal kerana mempunyai corak 'ronggeng atau ada berbintik biru atau bintik perak yang selalu memikat. Apa pun bagi penulis blog yang pernah memelihara spesis ika sepat yang bercorak bintik kebiruan dulu sangat menarik diletakkan didalam akuarium dan hidup agak lama. Antara keunikan ikan ini dimana Ikan Sepat Ronggeng adalah jenis ikan iaitu 'bubble nester' atau biasa kita lihat ia jenis ikan pembuat sarang buih seperti kebanyakan spesies lain di dalam keluarga Osphronemidae juga. Ciri dimana pada kebiasaannya ia akan menghasilkan buih dan akan kumpulkan di celah-celan daun atau diatas permukaan kolam berlaku apabila tiba musim mengawan. Kemudian ikan sepat ini akan melepaskan telurnya di situ dan akan di senyawakan oleh ikan sepat jantan dimana seterusnya ikan ini akan melindungi semua telurnya sehingga menetas. Pelikny bagi penulis blog dimana ikan Sepat Ronggeng ini walaupun kecil tapi sangat berani dan dominan dalam wilayah jajahannya atau dalam habitat liarnya. Boleh di lihat akan ikan ini tidak akan lari walau pun di ganggu oleh pemangsanya seperti jenis Ikan Selat ( ,saya pernah tengok selamba je dia halau ikan Selat (Notopterus notopterus) atau pemangsa lain yang datang untuk menganggunya. Artikel pata petang Isnin ini dalan blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan mengenai apa dia Ikan Sepat Ronggeng sebagai bahan rujukan teknikal untuk kegunaan pembaca blog semua.


Dalam usaha mengenali 
Ikan Sepat Ronggeng dimana ia sebenarnya adalah satu spesies utama akan tetapi ia dikenali dengan pelbagai nama tempatan seperti Sepat Biru, Sepat Mutiara (jika dilihat coraknya ada bintik putih), Sepat Siam, Sepat Benua, Sepat Kedah dan juga Sepat Ronggeng iaitu dengan varian warna-warna menarik hasil pembiakan terpilih untuk pasaran ikan hiasan akan tetapi spesies aslinya ialah satu spesies lasak yang popular dan tersebar luas di Malaysia. Beberapa jenis atau varian Ikan Sepat Ronggeng yang sering ditemui adalah yang pertama Jenis Ikan Sepat Ronggeng Asli (Blue Gourami atau Three-spot Gourami) dimana ia di kelani sebagai ikan spesies aslinya sepat ini dan ia sering mempunyai bintik gelap atau kebiruan, bersifat sangat lasak dan mudah ditemui di habitat perairan tawar. Jenis kedua adalah Ikan Sepat Mutiara (Trichopodus leeri) Patau di panggil sebagai 'Pearl Gourami' yang sangat cantik sebagai ikan hiasan (Sila lihat foto disebelah). Ia juga kadang-kadang dianggap sejenisdengan yanag lain akan tetapi sebenarnya spesies berbeza (Trichopodus leerii), dikenali dengan bintik-bintik mutiara putih di badan dan lebih cantik untuk ikan hiasan. Ketiga adalah jenis Ikan Sepat Siam yang juga dipanggil sebagai Ikan Sepat Benua atau Ikan Sepat Kedah dimana semuanya merujuk kepada spesies yang sama (T. trichopterus). Kini ikan jenis ini yang diperkenalkan dan tersebar luas dibanyak negeri sudah menjadi popular sebagai ikan tempatan dan juga untuk masakan (pekasam).  Varian Warna (Colour Variants): Hasil pembiakan terpilih, terdapat banyak warna moden untuk ikan hiasan seperti Golden Gourami, Albino, Cobalt Blue, dan Marble Gourami, yang semuanya berasal daripada Sepat Ronggeng. Ada laporan menyatakan dimana Ikan Sepat Ronggengatau juga dikenali sebagai 'Sepat Padi' atau 'Three Spot Gourami' ia sebenarnya merujuk kepada satu spesies yang sama namun ia mempunyai pelbagai variasi warna yang dihasilkan melalui pembiakan terpilih (selective breeding) untuk industri ikan hiasan. Mengenali ikan sepat yang ada seperti Jenis Sepat Ronggeng Asli Liar (Wild Type) yang mana ia mempunyai warna kelabu kebiruan atau coklat cair dengan dua bintik hitam yang jelas pada sisi badan (satu di tengah dan satu di pangkal ekor). Jika dikira dengan matanya ia seolah-olah mempunyai tiga bintik hitam. Jenis Ikan Sepat Biru (Blue Gourami) pula adalah variasi yang berwarna biru terang dengan corak bintik hitam yang masih kelihatan. Jenis Ikan  Sepat Emas (Gold/Golden Gourami) adalah variasi yang berwarna kuning keemasan atau oren terang. Bintik hitam pada badan biasanya tidak kelihatan atau sangat pudar pada jenis ini. Jenis Ikan Sepat Opaline (Opaline/Cosby Gourami) adalah variasi yang mempunyai corak 'marbled' atau seperti awan berwarna biru gelap yang bertompok-tompok pada latar belakang biru muda. Jenis Ikan Sepat Platinum (Silver/ Platinum Gourami) adalah variasi yang berwarna putih keperakan atau putih bersih tanpa bintik hitam yang jelas. Akhir sekali adalah jenis Ikan Sepat Lavender (Amethyst Gourami) iaitu ia hasil kacukan antara jenis biru dan emas, memberikan warna ungu atau lavender yang unik pada badan ikan.


Cara memburu atau memancing ikan sepat memerlukan teknik khusus karena ukuran mulutnya yang kecil dimana selalu habitatnya yang rimbun dengan ada tumbuah liar pada permukaan air. Beberapa cara yang di lakukan oleh pemancing ikan sepet yang pertama adalah dengan Teknik atau Cara PenangkapanTeknik Lubang iaitu menggunakan kayu atau ranting untuk membuka 'lubang' kecil di antara tumbuhan air seperti tumbuhan kangkung air, keladi air  atau kiambang dimana dibiarkan lubang tersebut selama satu hari agar ikan tidak takut sebelum pemancing datang esoknya untuk dapat memancing ikan sepat yang berada di bawah tumbuhan tersebut dengan umpan dan matakali sesuai. Kedua dengan Cara Memancing (Micro Fishing) iaitu dengan menggunakan joran tanago atau joran kecil dengan tali halus sebab ikan sepat sangat peka terhadap gerakan yanag agak kasar berapa di permukaan air dan pemancing kurang bergerak untuk elakkan ikan sepat tidak mahu makan denga ada pergerakan yang bebas. Ketiga memburu ikan sepat ini dengan Cara Menjala atau Memasang Bubu dimana cara ini boleh mendapatkan jumlah hasil tangkapan yang lebih banyak. Bagi menjala sebaikny cari kawasan lapang ada ikan sepat yang cetek airnya dan mudah menarik jalanya keatas. Jenis umpan memancing ikan sepat terbaik adalah umpan semulajadi yang berukuran kecil sesuai dengan mulutnya iaitu gunakan jenis  Lumut Sawah atau Lumut Hijau yang digumpal sedikit diatas mata kail kecil. Pemancing ada yang gunakan telur anak semut (kroto) sebagai jenis umpan yang sangat bagus disambar ikan sepat 
seba warnanya yang terang dan mencolok dan baunya yang disukai ikan tersebut. Ada yang gunakan Cacing Pokok Pisang yang dipotong-potong dan di cocok pada mata kail dimana saiz kecil cacing yang teksturnya lembut di sukai ikan sepat. Bolah mencuba gunakan telur lebah madu atau anak lebah putih yang mana umpan ini sangat berkesan bagi memancih jenis ikan sepat siam. Telur Lebah atau anak lebah sangat sesuai untuk memancing ikan sepat ukuran besar (sepat siam). Bagi menentukan lokasi dan masa memancing di cari perairan tenang seperti rawa, parit sawah dan kolam yang banyak ditumbuhi tanaman air. Apabila sampai lihat akan tanda adanya ikan sepat dimana akan munculnya gelembung kecil atau ikan yang menyembul ke permukaan untuk mengambil oksigen. Waktu terbaik untuk memancing adalah dipagi hari sekitar jam 07:30 pagi sebab masa itu selalunya suhu air belum terlalu panas jadi ia adalah waktu paling aktif bagi ikan untuk mencari makan. Mata kail ukuran terkecil sahaj di gunakan iaitu mata nombor 0.5 - 1.0 sebab mulut ikan sepat menang sangat sempit dan boleh gunakan pelampung kecil agar gerakan semasa umpan dimakan akan terlihat.


Harga ikan sepat ronggeng boleh berbeza bergantung tempat akan tetapi anda boleh jumpa yang sudah dibersihkan atau sudah siap disiang dijual sekitar RM15 - RM18 sebungkus di lokasi tertentu. Antara f
aktor penentu harga ikan sepat ini adalah lokasi (pasar pagi, pasar malam, kedai), musim dan juga sama ada ikan ini masih hidup atau sudah diproses. Berlaian juga dengan harga ikan sepat kering yang ebih mahal tetapi ia tahan lama di simpan. Ikan sepat ada banyak jenis resepi yang boleh di sediakan daripada Resepi Ikan Sepat Ronggeng Masak Lemak Nenas yang popular dengan masaknya disediakan bahan-bahan ikan sepat ronggeng masin (digoreng dulu), santan kelapa, cili padi (di kisar), bawang besar, bawang putih (kisar), minyak, nenas, garam, air panas. Cara memasaknya dengan menumis bahan kisar hingga pecah minyak. Kemudian dimasukkan air panas, santan, nenas, dan ikan masin dan dimasak hingga mendidih, perasa garam dan di matikan api dimana sudah siap untuk di hidangan dengan nasi panas (Sila lihat foto paling bawah sekali). Resepi Resepi Ikan Sepat Masin Goreng Cili  juga enak di sediakan dengan gunakan bahan iaitu Ikan sepat masin, bawang merah, bawang besar, cili kering, cili api, ikan bilis, kicap, sos tiram dan minyak. Cara memasaknya dengan menggoreng ikan bilis dan ikan masin garing kemudian diasingkan. Goreng cili kering dan juga bahan-bahan tumbuk atau bahan hiris (cili api dan bawang). Masukkan ikan masin dan ikan bilis, kicap, sos tiram yang dimasak sekejap dimana boleh gunakan lebih cili untuk rasa sambal lebih pedas. Sebagai tip dimana pastikan ikan sepat masin digoreng garing dahulu untuk elak hancur dan sedap dimakan dan untuk rasa lebih autentik maka di tumbuk bahan tumis secara manual dan tumis perlahan. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
IKAN SEPAT RONGGENG...BANYAK NAMA...
IKAN KECIL... MEMANCING ADA CARANYA...
HARGA MAHAL... SEGAR DAN KERING ADA...
DI MASAK LEMAK NANAS...ENAKNYA DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 Rejab 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...