Peribahasa 'SENYUM KUCING' adalah satu peribahasa yang di cipta dalam kalangan masyarakat Melayu sejak dahulu. Peribahasa ini menggunakan haiwan kucing sebagai kiasan dimana ia memberikan makna sebagai 'Senyum yang ada muslihat atau niat jahat atau 'Senyuman yang memang mengandungi muslihat atau helah' yang sesuai diguna dalam budaya masyarakat tempatan. Peribahasa 'Senyum kucing' bagi penulis blog merupakan sebuah peribahasa yang boleh merujuk kepada maksud peribahasa yang mana ia membawa maksud 'perbuatan licik' atau 'dilakukan sebab ada unsur muslihat' atau merujuk kepada 'bagaimana ekspresi muka kucing' yang kelihatan seperti tersenyum (Sila lihat foto diatas). Kucing boleh menunjukkan emosi gembira melalui dengkuran, ekor yang tegak, atau mengeong dengan nada tinggi. Ekspresi kucing dilihat ia seakan seperti tersenyum boleh berlaku apabila mereka menganalisis bau atau aroma tertentu menggunakan organ khas yang terdapat di lelangit mulut mereka. Keadaan ini berlaku yang membuatkan kucing akan mengerutkan bibir, menyipitkan mata dan sesekali dilihat kucing ini mengangkat kepala. Apa pun mengupas akan maksud peribahasa senyuman yang ada muslihat dimana ia bermaksud atau di kaitkan dengan kiasan 'senyum kucing' secara peribahasa bermaksud seseorang yang mempunyai muslihat tersembunyi di sebalik senyumannya. Ini bermakna jika berjumpa dengan seseorang yang tersenyum tetapi di sebaliknya ada muslihat tertentu memang perlu waspada. Ada pun mungkin senyuman yang tidak jujur sebenarnya boleh di rasai jika pandai menilainya. Berbalik kepada ciri ekspresi kucing ketika berlaku sebagai tanda gembira boleh di lihat pemiliknya. Selalunya kucing yang gembira akan menunjukkan tanda-tanda seperti mendengkur, menegakkan ekornya ke atas dengan rileks atau mengeluarkan bunyi dengan cara 'mengeong' dengan nada yang tinggi. Sesiapa yang meneliti sikap kucing ketika dia menganalisa atau mengesan bau selalunya kucing tersebut mungkin kelihatan seperti juga seakan dia 'tersenyum' juga. Ini berpunca dari kucing yang akan menggunakan organ khas (di panggil sebagai organ Jacobson) di lelangit mulut mereka untuk menganalisis bau yang menarik 9(termasuk makanan di sukai) atau bau busuk. Menganalisa akan karekter kucing dimana kucing ada juga ciri melakukan 'ekspresi berbeza' apabila selalunya proses ini menyebabkan kucing tersebut akan mengerutkan bibir, menyengetkan kepala dan memejaamkan atau menyepetkan matanya dan ini akan ia kelihatan seperti senyuman. Namun begitu aksi ini atau senyuman ini tidak sama dengan cara atau pun aksi senyuman manusia kerana ia bukanlah respons yang berkait atau respon terhadap jenaka atau kata-kata ungkapan kebahagiaan atau jenaka semata-mata. Artikel pada petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai satu lagi peribahasa lama yang sering didengar iaitu 'senyum kucing' sebagai satu bahan bacaan dan rujukkan semua.
Menarik mencari ilmu mengenai perilaku 'Kucing Tersenyum' bukan sama seperti manusia akan tetapi di laporkan ia boleh berlaku dengan cara kedipan lambat, posisi telinga dan ekor yang rileks serta ada keluar suara atau bunyi dengkuran. Cara kucing senyum boleh di lihat oleh mereka yang memahami akan perilaku haiwan tersebut iaitu melalui mata adalah dengan menutup sebagian atau seluruhnya semasa kucing merasa selesa, gembira, nyaman dan senang hati sementara kedudukan organ ekor akan di naikan keatas atau ia menjulang ke atas juga dimana iani adalah cara ia menandakan kebahagiaan. Meneliti akan matanya dimana jika kucing melakukan tindakan 'kedipan lambat' adalah perbuatan iaitu bentuk kasih sayang dan kepercayaan dari kucing kepada pemiliknya. Berlainan dengan manusia yang organ penting untuk menandaakan senyuman pada bahagian mulit, bibir, pipi dan gerakannya. Dilaporkan bagi haiwan kucing dimana cara kucing peliharaan ini menunjukkan 'senyumannya adalah melalui mata' dimana ia akan berkedip lambat secara perlahan berbanding dengan kedipan normal. Jika di teliti dimana kucing tersenyum akan menutup sebahagian atau seluruh matanya semasa ia merasa santai, gembira dan amat mempercayai tuannya. Memanag pada masa sama ekornya pula akan di naikkan keatas dan bukan kebawah atau cara lain dimana ekornya naik tinggi ke atas dengan posisi rileks dimana ia merupakan tanda kucing gembira. Jika di urut bahagian badan kucig da kemudian ia mengeluarkan bunyi seperti berdengkur menunjukkan ia gembira dan mungkin mukanya tersenyum juga. Apa pun kucing yang manja akan mengeluarkan bunyi manja seperti 'mengeong' dengan lembut. Pakar haiwan mengkaji jika jika suaranya keluar dengan nada tinggi dan di mukanya dilihat seakan ia menyeringai menunjukkan kucing masa itu dalam keadaan sangat bahagia. Teliti juga pada bahagian bibir dan rahang kucing di rumah dimana ia akan mengangkat sudut bibir hingga terlihatan giginya yang terjadi ketika mencium bau menarik atau busuk. Ini bukan senyuman kegembiraan dimana ini akan reaksi atau respons terhadap bau tertentu semasa dia menilai aroma di depannya. Dalam beberapa laproan di nyatakan jika kucing dikenali juga sebagai haiwan peliharaan yang popular kerana ciri sikap dan tingkahlakunya yang amat mengasyikan pemiliknya. Kucing juga dikenal sebagai haiwan yang mempunyai banyak emosi walau pun masih hangat di bincangkan sama ada haiwan kucing boleh tersenyum semasa ia sedang gembira, tengah senanghati atau bahagia. Menurut dari kajian USAToday ada saintis dapati dengan melihat akan perilaku dan pergerakan kucing. Menurut sintis bernama Marci Koski mendapati bahawa kucing memang akan dan boleh tersenyum. Namun begitu memang kucing tidak tersenyum dengan cara seperti yang dilakukan manusia sebabnya haiwan kucing tidak tersenyum dengan cara menggunakan mulutnya.
Menarik kisah dalam mstar.com bertajuk 'Rupa-rupanya ada cara berbual’ dengan kucing untuk di kongsikan. Kisah dari Uniked Kingdom (UK) melaporkan dimana ada saintis mendapati bahawa kelakuan pemilik untuk mengecilkan mata adalah cara terbaik untuk membina hubungan dengan kucingnya. Dalam satu kajian oleh universiti-universiti di Portsmouth dan Sussex, United Kingdom dimana para penyelidik mendapati bahawa teknik tersebut juga sebenarnya meniru senyuman yang diberikan oleh kucing kepada manusia tetapi dalam bentuk yang tidak mudah di fahami. Kajian ini dilihat ia sekali gus akan menjadikan manusia nampak lebih menarik sebagai ilmu tambahan. Apa pun menurut Profesor Karen McComb dari Sekolah Psikologi di University of Sussex yang menyelia penyelidikan itu dakwa dimana 'Sebagai seorang yang telah mempelajari tingkah laku haiwan dan merupakan pemilik kucing, gembira apabila dapat tunjukkan bahawa kucing dan manusia dapat berkomunikasi dengan cara ini'. Dakwanya lagi dimana ia adalah sesuatu yang telah disyaki oleh banyak pemilik kucing, apabila dapat membuktikannya ia sangat menggembirakan. Kajian ini di lakukan dimana pertama sekali tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji secara eksperimen peranan 'kerdipan mata perlahan' dalam komunikasi antara kucing-manusia. Pemilik kucing memang boleh mencuba sendiri dengan kucing yang ada di rumah atau dengan kucing lain atau kucing liar yang berada atau ditemui di jalanan. Ini adalah kaedah terbaik untuk dapat mewujudkan ikatan dengan kucing. Kaedahnya dengan cara cuba kecilkan mata manusia ke arah kucing seperti sedang senyum santai, kemudian pejamkan mata selama beberapa saat. Pastikan jika akan mendapati kucing ini akan ia bertindak balas dengan cara sama dan anda boleh memulakan satu perbualan. Kaedah mengecilkan mata anda seperti mana yang sering dilakukan oleh kucing dapat mewujudkan komunikasi dua hala. Bagi pasukan penyelidik itu yang diketuai oleh Dr Tasmin Humphrey dan Profesor Karen McComb dakwa dimana para saintis percaya tingkah laku haiwan di University of Sussex dengan mereka melakukan dua eksperimen untuk kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Scientific Reports. Apa pun dilaporkan eksperimen pertama mendedahkan bahawa kucing lebih cenderung melakukan kerdipan mata secara perlahan kepada pemiliknya setelah pemiliknya melakukannya terlebih dahulu, berbanding ketika mereka tidak berinteraksi. Dalam eksperimen kedua pula, yang mana kali ini seorang penyelidik dari pasukan psikologi mendapati bahawa kucing lebih cenderung mendekati tangan orang yang sedia melakukan eksperimen selepas mereka mengenyit mata kepada kucing tersebut berbanding ketika para saintis cuba menggunakan ekspresi neutral. Menurut Dr Humphrey dimana cara memahami secara positif bagaimana kucing dan manusia berinteraksi dapat meningkatkan pemahaman masyarakat terhadap haiwan itu, meningkatkan kebajikan dan dapat memberitahu kita mengenai kemampuan sosio-kognitif spesies yang kurang dikaji ini. Apa pun dilaporkan yang temuan ini berpotensi digunakan untuk menilai kesejahteraan kucing dalam pelbagai keadaan, termasuk praktis veterinar dan tempat perlindungan yang lebih baik.
Dalam portal mymetro di laporkan kes 'Hilang kewarasan terpukau jebak penjenayah' untuk di kongsikan dalam artikel ini. Media laporkan berdasarkan statistik yang direkodkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah dan Komersial (JSJK) Bukit Aman ada sebanyak 8,162 kes penipuan e-dagang membabitkan kerugian RM57.73 juta dilaporkan di seluruh negara dari Januari hingga 31 Oktober 2023. Apa pun trend penipuan e-dagang yang dilaporkan terus meningkat jika dibandingkan pada 2018 dengan 3,318 kes membabitkan kerugian RM22.39 juta. Apa pun keadaan bertambah teruk pada 2020 ketika pandemik Covid-19 melanda apabila 5,848 kes penipuan e-dagang dilaporkan berikutan lebih ramai orang membeli dalam talian. Ternyata perkembangan teknologi pendigitalan termasuk platform media sosial dilihat mendorong kepada trend peningkatan kes penipuan dalam talian. Sindiket penipuan dalam talian dilihat mula mengambil kesempatan dengan semakin kreatif dalam menjalankan pelbagai modus operandi untuk menjerat mangsa hingga mereka mengalami kerugian ratusan ribu ringgit. Antara jenayah pendigitalan selain e-dagang yang cukup sinonim dalam masyarakat kita sehingga ramai menjadi mangsa adalah seperti Parcel Scam, Love Scam serta Macau Scam. Daripada remaja hingga warga emas dan daripada orang biasa sehingga golongan profesional serta berpendidikan tinggi semuanya menjadi mangsa sindiket yang cukup licik ini. Ada terlalu banyak kes yang didedahkan oleh pihak berkuasa membuktikan bilangan mangsa semakin bertambah. Misalnya, dalam satu kejadian di Melaka sebelum ini seorang wanita warga emas berusia 71 tahun kerugian RM18,000 selepas menjadi mangsa sindiket Love Scam menerusi laman sosial Facebook. Malah, dalam satu lagi kejadian di Seremban pula baru-baru ini, hasrat seorang guru tadika untuk membeli seekor kucing jenis Scottish Fold secara dalam talian tidak kesampaian malah terpaksa menanggung kerugian RM69,030. Ironinya masih ramai yang percaya jumlah mangsa yang tertipu dengan penjenayah digital seperti ini lebih ramai berbanding direkodkan oleh pihak berkuasa kerana masih ramai yang takut dan malu untuk tampil membuat laporan. Jadi, kita tidak boleh membiarkan sindiket ini terus bermaharajalela dan mengaut keuntungan secara haram dengan menipu mangsa. Semua kes penipuan yang dilaporkan wajar dijadikan iktibar oleh anggota masyarakat agar tidak masuk jerat sindiket yang cukup licik ini. Ia sangat penting kerana trend peningkatan kes penipuan digital yang semakin membimbangkan membuktikan anggota masyarakat masih alpa dan leka dengan peringatan daripada pihak berkuasa. Walaupun ada peringatan demi peringatan dibuat secara berterusan oleh pihak berkuasa melalui pelbagai aktiviti kempen kesedaran, namun jika kita tidak ambil serius atau tidak mempedulikan nasihat diberikan maka potensi untuk menjadi mangsa sindiket ini cukup tinggi. Apa pun dilaporkan hanya kesedaran tinggi dalam kalangan anggota masyarakat yang mampu meletakkan titik noktah kepada semua jenis kes penipuan digital yang sedang berlaku di Malaysia. Dilaporkan misalnya, dalam kes Love Scam, cukup mengejutkan apabila begitu mudah wanita tempatan menjadi mangsa lelaki hidung belang yang hanya dikenali melalui media sosial. Persoalan utama adalah mana perginya pertimbangan dan kewarasan ketika kita melakukan transaksi demi transaksi ke akaun penjenayah terbabit? Kenapa begitu sukar untuk menghidu taktik penipuan mereka sehingga habis dipindahkan sejumlah wang yang cukup besar?, Semua perlu berharap wanita tempatan lebih berhati-hati ketika berhubungan dengan individu yang tidak dikenali terutama dalam media sosial. Janganlah cepat sangat tergoda dan termakan pujuk rayu sehingga gelap mata serta mengikut saja kemahuan atau arahan mereka. Ingat, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Kalangan anggota masyarakat perlu memberi perhatian serius terhadap jenayah kolar putih ini. Kita perlu ambil tahu taktik atau modus operandi yang sering mereka gunakan untuk menipu mangsa supaya kita dapat elak menjadi mangsa mereka seterusnya. Sebagai contoh untuk Macau Scam apabila penjenayah yang mana mereka akan menyamar sebagai pihak berkuasa akan membuat panggilan kepada mangsa. Antara tipnya adalah, jangan layan panggilan telefon yang tidak dikenali dan jangan biarkan pemanggil sambung talian untuk kita serta jangan hubungi nombor telefon yang diberi oleh pemanggil, sebaliknya dapatkan nombor telefon rasmi pihak berkuasa yang terbabit untuk maklumat lanjut. Bagi jenayah jual beli dalam talian pula, jangan mudah percaya dengan tawaran jualan yang kononnya menarik dan istimewa dengan harga yang jauh lebih rendah serta kelihatan cukup tidak lagi ia munasabah. Sebaiknya siasat terlebih dahulu latar belakang penjual dan syarikatnya melalui laman web atau mana-mana platform rasmi yang lain serta testimoni daripada pengguna lain sebelum membuat sesuatu keputusan. Bagi aktiviti penipuan pelaburan dalam talian pula, jangan terus percaya dengan pelaburan dalam talian yang kononnya menjanjikan pulangan yang cukup lumayan dalam tempoh masa yang singkat. Sewajarnya kita menyemak terlebih dahulu dengan Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum membuat pelaburan berkenaan. Jujurnya elakkan pelaburan yang menjanjikan konsep pelaburan mudah, untung besar dan tidak akan rugi. Ini adalah tawaran yang menimbulkan pelbagai persoalan dan kemusykilan. Pilihan kini di tangan semua dimana teknologi pendigitalan sudah menjadi norma baharu dan sebahagian daripada kehidupan harian pada ketika ini, oleh itu kita perlu bijak menilai, memilih dan membuat keputusan supaya tidak menjadi mangsa penipuan digital. Memang scammer tidak perlu 'senyum kucing' dengan bersemuka dalam isu ini. Semuga tulisan artikel kali ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology. Wasallam...
IA TIDAK SAMA...DENGAN MANUSIA....
BIJAKNYA MELAYU...ADA PERIBAHASA...
BACA ARTIKEL... DAPAT FAKTANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(30 RabiulAakhir 1447H).





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.