Kalangan pengguna yang suka makan dan membeli ikan kerisi mungkin ada yang sudah tahu akan spesisnya tetapi mungkin juga kebanyakannya kuranag kenal akan jenisnya. Terdapat beberapa jenis ikan kerisi yang popular ada dijual di Malaysia iaitu terutamanya Ikan Kerisi Besar (juga dikenali sebagai Angkoli) dan Ikan Kerisi Kecil (Japanese Sea Bream). Selain itu juga dilaporkan ada terdapat juga Ikan Kerisi Pasir yang isinya lebih keras dan sesuai untuk masakan berkuah, berbanding kerisi biasa yang lembut dan sesuai untuk digoreng. Jenis Ikan kerisi besar merujuk kepada ikan ibu kerisi (Pristipomoides multidens) dimana ia merupakan jenis ikan kerisi cirinya lebih besar daripada kerisi biasa dan popular di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Secara umum dilaporkan dimana istilah 'kerisi' ini adalah ia merujuk kepada sejenis ikan yang popular dalam masakan Malaysia yang enak dan berkhasiat. Ciri-cirinya adalah dimana spesies yang lebih besar daripada kerisi yang lain dimana ia banyak ditemui di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Perlu di jelaskan juga dimana jenis Ikan kerisi kecil adalah salah satu jenis ikan kerisi yang selalu ada di jual dan terdapat di pasar lokal selain ikan kerisi besar. Ia adalah spesies ikan demersal yang terdapat di perairan laut dalam. Ikan ini popular dalam masakan Malaysia dan sering dimasak dengan cara digoreng, dibakar, atau direbus. Jenis kedua iaitu Ikan kerisi kecil (Pristipomoides typus) adalah satu daripada dua jenis ikan kerisi utama yang boleh didapati di negara kita selain ikan kerisi besar dimana ia juga biasanya dijumpai di sekitar laut dalam. Dari segi kegunaan dimana jenis ikan ini sangat popular dalam masakan Malaysia kerana dagingnya yang lembut dan rasanya yang enak. Ia boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti digoreng, dibakar atau direbus dan sering juga akan diperisakan dengan rempah-ratus seperti kunyit, serbuk cili, atau asam jawa sebelum dimasak. Ketiga iaitu jenis Ikan Kerisi Pasir pula juga dikenali sebagai 'kerisi' atau 'pasir-pasir' adalah sejenis ikan yang terdapat di rantau Indo-Barat Pasifik. Ikan ini juga termasuk dalam keluarga ikan bersirip ruji (Nemipteridae) yang juga tergolong dalam order Spariformes. Setakat membaca fakta diatas mungkin kalangan pembaca perlu mendapatkan rujukkan dan melihat fotonya untuk lebih mengenali jenis-jenis ikan kerisi.
Apa pun ikan kerisi adalah berkhasiat dimana ikan kerisi kaya dengan zat protein, kalsium dan fosforus yang baik untuk menjaga kesihatan. Dilaporkan dari beberapa sumber kajian dimana khasiat ikan kerisi termasuk ia mampu untuk menguatkan tulang, membantu ibu berpantang mendapatkan tenaga semula dan sesuai untuk pesakit masalah saraf. Ikan kerisi ini juga dipercayai memberi kesan baik kepada kesihatan secara keseluruhan sebab ada sumber protein dan tenaga yang tinggi dan baik di makan. Penulis blog suka juga membuat Ikan Kerisi Bakar yang mudah menyediakannya dan di cicah dengan kicap pedas (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan juga jika ikan kerisi merupakan sumber protein yang boleh membantu badan mendapatkan semula tenaga kepada ahli sukan, pekerja yang banyak menggunakan tenaga, pemikir dan jug disyorkan bagi ibu dalam tempoh berpantang dan menyusukan anaknya. Paling orang suka dengar mungkin apabila makan ikan kerisi ini akan membantu dalam menguatkan organ tulang sebab ada kandungan zat Kalsium (Ca) dan zat fosforus (P) dalam ikan ini penting untuk menguatkan tulang manusia. Khasiat seterusnya dimana ikan kerisi adalah bagus untuk saraf dimana ikan ini sudah disenaraikan sebagai ikan yang baik untuk pesakit saraf. Pesakit yang amalkan untuk memakannya dilaporkna ada menunjukkan dan memberi kesan positif kepada kesihatan urat saraf. Apa pun sebenarnya ikan kerisi ini mempunyai banyak jenis nutrien penting yang lain selain yang disebutkan diatas asalkan ia masih segar dan cara penyediaannya yang betul. Ikan ini mengandungi pelbagai nutrien penting lain yang bermanfaat untuk kesihatan umum.
Menarik satu posting dalam facebook milik Oza Lures bertajuk 'Ikan Kerisi Banyak Ke Kat Pantai Timur?' sesuai di kongsikan dan di tulis semula isinya.
Dilaporkan dimana memang ikan kerisi banyak terdapat di kawasan dasar tanah keras atau berpasir di sepanjang perairan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Kawasan ini terutama di kawasan laut cetek hingga pertengahan (15–60 meter) sudah diketahui oleh nelakan tempatan yang berpengalaman menangkap ikan kerisi sejak lama mengikut musimnya. Ada beberapa lokasi terbaik untuk memancing ikan kerisi di Pantai Timur terutama mereka yang berminat dengan sukan memancing ikan di laut sebagai hobi juga. Ada sebanyak lapan (8) lokasi ini yang sudah pun di nyatakan sebagai lokasi Hotspot Ikan Kerisi di Pantai Timur oleh kalangan pemancing. Pertama adalah Lokasi di Perairan Kemaman, Terengganu iaitu terletak disekitar Pelantar minyak, kawasan di bubuh unjam dan juga tukun tiruan. Apa pun di laporkan ia merupakan kawasan laut dalam sedikit dari Pelabuhan Kemaman dan juga di sekitar kawasan berpasir tepian pantai (jaraknya adalah lebih 1km dari gigi pantai dimana sesuai untuk memancing ikan kerisi. Ada banyak tekong tempatan yang fokus pancing dasar termasuk memancing ikan kerisi, jenahak dan kerapu dikawasan ini. Kedua adalah di Perairan Merchang dan Marang, Terengganu yag manan disini ia ada dasar berpasir dan berlumpur yang sesuai untuk memancing ikan kerisi. Kawasan lain di kawasan ada banyak unjam dasar dan tukun buatan di kawasan ini. Kawasan ketiga terletak di Pulau Kapas dan juga dikawasan sekitarnya iaitu sekitar 1- 3 batu nautika dari pulau terutama di kawasan yang berpasir dan ada unjam. Ia sering dijadikan spot memancing ikan kerisi, cencaru dan ikan dasar lain. Lokasi keempat adalah di Perairan Dungun hingga Paka, Terengganu dimana ia mempunyai dasar laut yang luas dan agak dalam sesuai untuk pancing dasar dimana ada banyak nelayan tempatan tangkap kerisi, ebek dan merah di sini. Lokasi yang kelima adalah di Tok Bali, Kelantan serta disekitar kawasan pelantar minyak kecil kawasan berunjam. Lokasi ini termasuk juga kawasan luar pantai sekitar 10 - 20 batu nautika dimana selalunya ada banyak bot sewa dari Tok Bali akan mengambil pemancing ke kawasan ada ikan kerisi dan ikan merah juga. Ke enam adalah di Kuala Besut, Terengganu iaitu kawasan berada di kawasan antara bahagian pantai dan Pulau Perhentian dimana ikan kerisi sering ditangkap di dasar laut yang berpasir di antara laluan bot pelancong. Lokasi yang ke tujuh adalah di Kuala Pahang dengan Nenasi, Pahang yang mana kawasan ini sudah terkenal dengan hasil laut dasar seperti ikan kerisi, ikan merah dan ikan kerapu. Sudah popular dimana ada banyak bot kecil buat trip pancing siang-malam ke laut dengan jaraknya sekitar 10 - 30 batu. Kemudian lokasi yang ke lapan adalah di Pelabuhan Kuantan dan Perairan Pelindung, Pahang dimana di laporkan ia merupakan kawasan berpasir dan ada cendawan laut menjadi tapak yang sesuai untuk ikan kerisi jadikan habitatnya. Ikan kerisi saiz mega mudah diperolehi berhampiran 'bouy nombor 1' di pelabuhan Kuantan tetapi kawasan ini di jaga pihak berkuasa. Ada banyak bot kecil yang menyediakan trip untuk memancing terutamanya dari Balok, Beserah, Pantai Pelindung dan Kuantan. Kalangan pemancing juga di syorkan menggunakan teknik memancing khusus di lokasi Ini iaiitu dengan cara menggunakan sabiki dasar dengan 3 - 5 mata serta sediakan jenis umpan udang atau umpan sotong hiris. Bagi lebih signifikan di syorkan juga untuk menggunakan alat 'GPS fishfinder' untuk mencari kawasan dasar berstruktur atau unjam. Pastikan memancing pada waktu terbaik iaitu daripada awal pagi dan senja terutama ketika arus sederhana. Dari pengalaman nelayan lokan sebaiknya mengamalkan kaedah beranyut yang mana cara ini amat digalakkan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!!..MUDAH DI BELI.. HARGA SEDERHANA...
DI BAKAR... DI GORENG RAMAI SUKA...
BANYAK KHASIAT... ARTIKEL DI BACA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(9 Jamadilakhir 1447H).
Posted from:
Room 1310, Hotel Ibis, Kota Bharu,
Kelantan on Year End Tour.





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.