Support My Blog

Saturday, December 6, 2025

LEBAH MADU - PENTING BEKAS MAKANAN

BEKAS MAKANAN LEBAH (Bee Feeder) merupakan bekas yang digunakan untuk memberikan makanan tambahan kepada ternakan lebah madu pada waktu tertentu. Terdapat banyak jenis bekas makanan lebah dipasaran daripada yang simpel kepada yang canggih bergantung kepada tujuan penggunaan bekas tersebut. Di Malaysia bekas makanan untuk lebah madu ada dijual dengan rekabentuk mudah diperbuat daripada bahan plastik yang mana ia sering digunakan dan kebayakannya adalah diimpot dari China (Sila lihat foto diatas). Bekas ini mempunyai dua kompartmen iaitu untuk dua jenis makanan tambahan sama ada ia bentuk pepejal atau cairan. Dalam lawatan teknikal penulis dibeberapa projek ternakan lebah impot (Apis mellidera) telah rami yang menggunakan bekas makanan ini kerana ia praktikal. Sekali pandang ia macam plastik biasa tetapi sebenarnya dibahagian dinding dalam plastik mempunyai struktur kasar seperti 'tangga' yang membolehkan jika lebah madu berada didalam bekas tersebut ia boleh naik semula keatas. Jika lebah tidak boleh keluar dari dalam bekas yang ada makanan seperti air gula, ia akan mati lemas kerana tiada tangga yang membolehkan ia keluar. Saiz panjang dan lebar bekas makanan lebah ini betul-betul diukur sama panjang dengan bingkai kom lebah. Jadi amat mudah kita menyusun bekas makanan lebah dalam haif standard. Artikel pagi Sabtu ini saya menulis menganai beberpa fungsi, jenis, rekabentuk dan kegunaan bekas makanan lebah madu dalam "Anim Agro Technology" untuk dijadikan bahan rujukkan usahawan semua.


Dalam aktiviti penternakan lebah madu, untuk menghasilkan keuntungan yang optimum dari penternakan lebah madu maka penternak lebah madu harus mempunyai sekurang-kurangnya 100 kotak koloni lebah madu. Langkah-langkah untuk meningkatkan jumlah koloni lebah madu ialah dengan mempastikan lokasi ternakan yang disukai lebah adalah tempat terbuka. Juga tiada masalah sekiranya di bawah pokok atau di kawasan panas terik, jauh dari keramaian dan gangguan manusia dan perosak lain serta banyak terdapat bunga. Pastikan jumlah kawasan pemakanan yang mencukupi ini dan juga ratu lebah dapat menghasilkan lebih banyak telur dan lebah pekerja juga lebih giat membuat sarang baru. Penggunan bekas makanan tambahan perlu pada musim-musim kekurangan bekanan sumber makanan atau untuk tujuan perpindahan koloni lebah. Penulsi dapati suhu yang ideal untuk ternakan lebah madu sekitar 26-30°C. Kawasan seperti di lereng pergunungan atau dataran tinggi yang bersuhu normal (25°C) atau hutan akasia sangat baik untuk lebah impot. Apa yang penting juga adalah bagaimana penyediaan Ratu lebah madu yang baru dilakukan untuk ditempatkan dalam koloni lebah madu yang baru.  Mengasingkan atau memisahkan koloni lebah madu: koloni lebah madu yang sudah padat, akan dipisahkan dan diletakkan ke dalam kotak koloni lebah madu yang baru dan menempatkan ratu lebah baru atau ratu lebah yang sedia ada ke kotak koloni tersebut. Pada masa ini penggunaan makanan tambahan yang betul boleh dilakukan jika ada keperluan.


Dikawasan negara 4 musim, penggunaan dan amalan memberi makanan tambahan dilakukan kerana keadaan cuaca. Ketika berlaku perpecahan koloni pada musim bunga lazimnya kita boleh membantu koloni baru tersebut dengan memberikan makanan tambahan. Paling mudah adalah dengan memberikan manisan gula dalam bekas khas untuk lebah tersebut ambil sebagai sumber tenaga. Bekas plastik yang digunakan amat mudah dimana lebah akan datang mengambil manisan tetapi ia tidak cedera (Sila lihat foto disebelah). Pemberian air gula ini bukanlah cara untuk penternak lebah madu mendapatkan madu kerana ia tidak sesuai dilakukan. Lebah pekerja yang ambil manisan makanan tambahan akan mampu mencari nektar pada bunga tumbuh-tumbuhan yang ada dikawasan penternakan. Ketika 'swarming' lebah madu memerlukan bekalan makanan tambahan dikawasan apiari bagi mempastikan ia tidak terbang jauh atau berpindah ketempat lain. 


Penternakan lebah madu secara komersil perlu berpindah randah daripada satu kawasan kekawasan lain di luar negara. Ini dilakukan kerana musim bunga yang banyak hasilkan nektar dan pollen akan berubah mengikut lokasi dan musim. Oleh itu bagi memastikan bekalan makanan lebah tidak putus adalah dengan cara mereka lakukan pemindahan koloni lebah ke tempat yang sesuai mengikut musim bunga yang ada. Perkara yang perlu diambil perhatian semasa pemindahan koloni lebah adalah sebaiknya ia dilakukan pada malam hari (lebah tidak aktif pada waktu ini) dan jika jaraknya  jauh semestinya ia perlu makanan tambahan (buatan sendiri) menggunakan teknik dan bekas yang betul. Apa yang dikatakan jarak yang jauh adalah jika jarak lokasi minimum dalam lingkungan lebih daripada 3 km. Lazimnya tujuan utama pemindahan ini adalah untuk memastikan produktiviti madu tidak menurun secara drastik. pemberian makanan tambahan bertujuan untuk mengatasi kekurangan makanan akibat perubahan cuaca. Disyorkan ketika melakukan pemindahan maka makanan tambahan memang ini tidak dapat menambah produktiviti madu tetapi hanya sebagai makanan gantian sewaktu pemindahan. Diharap artikel ini memberi ilmu kepada usahawan lebah madu di negara kita. Wasallam!.

MAKANAN TAMBAHAN... LEBAH MADU...
BEKAS PLASTIK... DIGUNAKAN SELALU...
DILUAR NEGARA... SANGAT PERLU...
JAMIN KOLONI... MAKANAN DITENTU...

By,

M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Ternakan Lebah Impot,
Hutan Sedeli, Jalan Kota Tinggi-Mersing,
Kota Tinggi, Johor,
Malaysia.
(18 Muharam 1436H)
Kemaskini pada 15 RabiulAkhir 1447H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...