Support My Blog

Wednesday, December 31, 2025

KUCING LALU, TIKUS TAK BERDECIT LAGI

Peribahasa 'KUCING LALU, TIKUS TAK BERDECIT LAGI' adalah satu peribahasa yang di cipta dalam kalangan masyarakat Melayu sejak dahulu. Bagi penulis blog agak jarang mendengar akan peribahasa ini di gunakan dalam masyarakat atau untuk kiasan seharian. Memang agak unik mereka mencipta peribahasa ini dengan menggunakan dua jenis haiwan yang berlawanan iaitu Haiwan Kucing yang mana sifat semulajadinya akan memburu tikus dan membunuh atau kemudian memakannya. Apa pun p
epatah 'Kucing lalu, tikus tak berdecit lagi' adalah peribahasa Melayu yang membawa maksud iaitu 'Apabila orang yang ditakuti atau dihormati datang, maka orang yang biasanya bising atau lantang akan senyap' setelah melihatnya. Peribahasa ini dicipta bagi tujuan untuk menggambarkan situasi di mana 'kehadiran seseorang yang mempunyai autoriti akan menyebabkan orang lain terdiam dan berkelakuan baik'. Kiasan ini sangat tepat merujuk kepada situasi dimana orang yang biasanya bising menjadi diam kerana kehadiran orang yang ditakuti atau dihormati datang menghampiri mereka. Ia adalah suatu tanda yang ada kesan positif dan negatifnya tersendiri dalam suatu perkumpuan ramai dan memang berlaku dalam mana-mana majlis rasmi atau majlis tidak rasmi. Dari segi analogi pula dimana kiasan ini adalah ianya berkait daripada hubungan kucing dan tikus diketahui umum di mana lazimnya tikus yang mendengar kehadiran kucing akan mereka berhenti membuat bising kerana rasa takut sebab kucing adalah sejenis haiwan pemangsa (carnivore) yang mampu membunuh tikus. Rasa takut sang tikus ini adalah lumrah alam didalam kitaran kehidupan dunia haiwan. Memang peribahasa ini ada sesekali digunakan yang bertujuan untuk menggambarkan situasi di mana seseorang cuba mengawal keadaan atau apabila seseorang yang berkuasa datang dan menyebabkan orang lain akan rasa gentar atau ketajutan lalu menyenyapkan diri. Apa pun individu yang menyerupai sifat kucing ini lazimny adalah individu yang sangat berkuasa, kaya, ahli politik, ketua yang di geruni atau sesiapa sahaja yang ada 'aura' tersendiri dalam masyarakatnya. Mereka mungkin sebagai Presiden Negara, Sultan, Imam, Ketua Jabatan (Tentera, Polis dsb), Orang Kaya, Ketua Gengster, Ketua Kampong, Orang Gagah dan  sebagainya. Peribahasa ini agak berlawanan dengan dua peribahasa lain berkaitan kucing dan tikus juga iaitu 'Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi' yang maaknanya adalah 'Apabila orang yang ditakuti sudah tidak berkuasa lagi, maka orang ramai pun berleluasalah melakukan sekehendak hati' yang juga benar senarionya. Contoh ayat bagi menjelaskannya seperti 'Para pekerja syarikat itu mula berbual dan bergurau senda di dalam pejabat apabila ketua mereka Encik Nadim dilucutkan jawatannya' sebab sesuai dengan peribahasa 'bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi'. Satu lagi peribahasa sama adalah 'Kalau kucing tidak bermisai, takkan ditakuti tikus lagi' yang membawa maksud 'orang besar yang hilang martabatnya (pangkatnya) tidak disegani orang lagi' oleh orang kelilingnya.  Artikel pada tengahari ini dalam "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai satu lagi peribahasa iaitu 'Kucing lalu, tikus tidak berdecit lagi' sesuai di baca sebagai bahan rujukkan semua.


Haiwan TIKUS
(rat) merupakan haiwan jenis roden merupakan haiwan mamalia yang mempunyai sepasang gigi kacip sebagai ciri utamanya yang digunakan untuk mengerit. Dilaporkan sekitar 40% daripada spesies mamalia adalah daripada kategori roden. Haiwan roden ini terdapat di semua benua kecuali dikawasan sejukbeku seperti di Antartika. Antara spesis roden yang utama ialah tikus, tupai dan landak yang dikategorikan kepada tiga sub-order utama iaitu Myomorpha (mouse-shaped), Sciuromorpha (squirrel-shaped) dan termasuk juga Hystrichomorpha (porcupine-shaped). Tikus adalah spesis daripada sub-order Myomorpha iaitu diletakkan di bawah Famili Muridae. Muridae merupakan kumpulan haiwan yang menjadi spesis dominan disebabkan kebolehan menerima dan mengeksploitasi pelbagai persekitaran dengan bantuan oleh manusia untuk tersebar di serata dunia. Haiwan seperti tikus paling biasa dijumpai yang menyebabkan kerosakan pada rumah dan harta benda seperti kerosakan dengan memakan makanan manusia dan mencemarkannya atau ia merosakkan tanaman dan hasil komoditi di samping boleh menyebarkan penyakit. Terdapat 26 spesies dan 200 subspesies tikus di Malaysia dan dibahagikan kepada tiga jenis berdasarkan habitatnya iaitu tikus yang hidup di hutan rimba, kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Terdapat 3 spesis utama tikus bandar di Malaysia iaitu Tikus Mondok (Rattus norvegicus), Tikus Rumah (Rattus rattus) dan Mencit Rumah (Mus musculus). Ke tiga-tiga spesis tikus yang sering dijumpai di Malaysia ini mempunyai ciriciri morfologi, habitat dan tabiat yang dijelaskan didalam jadual 1 dibawah. Memang penting untuk mengenali spesis tikus ini agar mudah untuk tahu begaimana kaedah terbaik untuk pengawalan.


Haiwan 
KUCING (CATS) merupakan haiwan mamalia yang sering bersama dengan manusia sebagai sejenis haiwan peliharaan (pets) diseluruh dunia. Kucing juga merupakan haiwan dengan nama santifik sebagai Felis silvestris catus daripada keluarga Felidae yang mempunyai banyak jenis dan spesis. Haiwan kucing merupakan sejenis haiwan peliharaan (pets) yang gpaling popular di bela didunia selain daipada anjing (dogs) yang diberikan layanan istimewa. Kucing merupakan haiwan karnivor kecil daripada subspesis catus dipercayai ianya merupakan salah satu binatang ternakan yang paling disukai dan terkenal di Malaysia. Walau pun penulis blog tidak suka membela kcing akan tetapi semasa dikamppong dahulu (zaman kanak-kanak dan remaja) memang ada beberapa ekor kucing yang tinggal serumah. Kawasan rumah limas di kampung didalam kawasan kebun seluas 3 ekar ini yang ditanam dengan getah dan kemudian kelapa sawit tidak dirasakan kehadiran kucing yang sentiasa berlegar-legar dikawasan kebun dan sekitar rumah. Apa pun antara kehebatan kucing masa itu adalah kehebatan mereka memburu tikus dirumah dan membunuhnya menjadikan ia adalah haiwan ternakan yang berguna. Konsep ini tidak sama dengan peminat mereka yang pelihara kucing dikawan perumahan di bandar yang tidak dijaga dengan baik sehingga kucing-kucing mereka menganggu rumah jiran-jirannya. Apa tidakmya kucing-kucing ini berak merata dikawasan rumah dan paling malang dihadapan pintu masuk rumah yang amat menjengkelkan. Keperihatinan jiran yang memiliki kucing untuk membersihkan najis sekerap mungkin juga perlu dilakukan agar bau najis yang busuk tidak menganggu jiran dan menyebabkan kehadiran lalat. Apa pun kepada mereka yang memelihara kucing dengan baik dan tidak menganggu orang lain diucapkan tahniah. Bagi penulis blog mendapati dimana ciri dan sifat kucing merangkumi penampilan fizikal seperti bulu yang sihat dan berkilat, serta tingkah laku seperti mendengkur, menjilat, dan menunjukkan perut sebagai tanda kepercayaan dan kasih sayang. Mereka juga mempunyai sifat seperti aktif, ingin tahu, dan pemalu, serta cenderung hidup secara teritorial. Bulu kucing yang sihat mempunyai bulu yang berkilau, bersih dan tidak bergumpal. Bulu yang kembang tiba-tiba atau kelihatan seperti berus botol menandakan ketakutan atau agresif. Ciri badan kucing semasa ia berjalan dengan cara digitigrad (berjalan di atas jari kaki) dan menggunakan gaya berjalan perentakan untuk ketenangan di mana kedua-dua kaki pada satu sisi bergerak serentak sebelum kaki pada sisi lain. Selalunya di lihat iaitu tanda kesihatan kucing di nilai dari ciri bulu yang sihat adalah petunjuk kesihatan yang baik. Kulit yang kering dan kemerahan serta bulu yang gugur boleh menjadi tanda penyakit. Cara kucing bereaksi dalam komunikasi melalui perbuatan sepertu Mendengkur (Purring) iaitu haiwan kucing sering mendengkur sebagai tanda gembira dan selesa. Bila kucing menunjukkan perut ini menunjukkan perut adalah tanda kepercayaan dan ingin perhatian. Jika kucing menggerakkan ekor dimana gerakan ekor mungkin menunjukkan rasa tidak senang, bukan hanya gembira. Paling mudah mendengar kucing 'mengeong' iaitu bunyi mengeong boleh mempunyai pelbagai makna bergantung pada apa dia konteksnya. Dalam bersosial dan beremosi umumnya haiwan kucing kebanyakannya adalah ia mempunyai sifat ramah dan setia dan boleh bertoleransi dengan haiwan peliharaan lain. Apa pun ciri kucing sebagau 'penyayang' akan di tunjukkan kasih sayangnya melalui menggesekkan badan dan tidur berdekatan dengan tuannya yang juga merupakan tanda kepercayaan. Kucing umumnya mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi serta bersigat teritorial dimana kucing jantan dilihat ia cenderung menandakan wilayahnya dengan cara dalam ia semburkan air kencing sebagai tanda. Kebiasaan haiwan kucing adalah ia aktif pada waktu senja dan fajar (Haiwan Jenis Nokturnal). Kucing sering tidur siang dan boleh tidur berdekatan dengan tuannya sebagai tanda kepercayaan. Cara kucing membersihkan diri dengan menjilat tubuhnya sendiri untuk membersihkan diri.


Berkemungkinan peribahasa ini kurang relavan dengan kisah menarik dari China dimana '
Robot haiwan AI peneman emosi' yang dilaporkan portal AFP untuk dikongsikan. Kisah dari Beijing dimana di sebuah pusat beli-belah di Beijing, Zhang Yachun merungut secara senyap-senyap kepada 'orang kepercayaan' terdekatnya iaitu 'robot gebu' kecerdasan buatan (AI) yang menenangkan dan selau dapat mengingatkannya bahawa dia tidak bersendirian. Zhang (19 tahun) lama melawan kebimbangan mengenai sekolah dan kerja dan bergelut untuk menjalin persahabatan yang mendalam dengan orang lain. Apa pun sejak dia membeli BooBoo iaitu sejenis 'haiwan peliharaan pintar' yang mana ia menggunakan teknologi AI untuk berinteraksi dengan manusia mwndakwa kehidupannya menjadi lebih mudah. Dia kini rasa  mempunyai seseorang untuk berkongsi masa gembira dengannya yang tinggal di flat yang dia kongsi bersama ibu bapanya dan seekor itik peliharaan sebenar. Di seluruh China, semakin ramai orang beralih kepada AI untuk memerangi pengasingan sosial apabila teknologi itu menjadi lebih matang dan diterima secara meluas. Ia adalah lembut, berbulu dan menyerupai tikus belanda, BooBoo dihasilkan oleh Hangzhou Genmoor Technology dan dijual pada harga sehingga 1,400 yuan (kira-kira RM861). Robot ini dibangunkan dengan mengambil kira keperluan sosial kanak-kanak, syarikat itu sudah menjual kira-kira 1,000 unit 'haiwan AI' itu sejak Mei 2024, menurut pengurus produk syarikat bernama Adam Duan. Ketika keluar berjalan-jalan Zhang selalu membawa 'temannya' itu yang dinamakannya sebagai Aluo di dalam beg silangnya, berbisik kepada 'haiwan' sebesar bola ragbi itu. Apa pun dilaporkan robot itu memainkan peranan yang sama seperti rakan manusia yang membuatkan sesiapa akan berasa anda adalah seseorang yang diperlukan. Pasaran global untuk "robot sosial" seperti BooBoo dijangka berkembang dengan faktor tujuh hingga AS$42.5 bilion (kira-kira RM159 bilion) menjelang 2033, menurut firma perunding IMARC Group, dengan Asia sudah mendominasi sektor itu. Bagi Guo Zichen pula dapati jika haiwan peliharaan pintar boleh membantunya apabila dia tidak dapat bermain dengan anaknya. Kini dia dan ahli keluarga kurang meluangkan masa bersama anak-anak yang mempunyai anjing robotik yang dijual di kedai utama syarikat teknologi Weilan di bandar timur Nanjing. Lepas membeli satu unit (haiwan peliharaan AI) untuk anak saya boleh membantu dia belajar dan perkara lain. Robot  Anjing AI keluaran Weilan itu dipanggil "BabyAlpha", dijual antara 8,000 dan 26,000 yuan (antara kira-kira RM4,860 dan kira-kira 15,800), dan syarikat itu sekitar 70 peratus pembeli adalah keluarga yang mempunyai anak kecil. Tetapi Guo ragu-ragu anak anjing elektronik itu boleh membawa kegembiraan seperti anjing sebenar. Perbezaan terbesar ialah anjing betul mempunyai jiwa manakala anjing robotik (BabyAlpha) kelihatan berbeza dengan cara yang tidak dapat dijelaskan dimana secara keseluruhannya dirasakan ia tidak sama dengan yang sebenar. Peribahasa 'kucing lalu, tikus tak berdecit lagi' di nilai masih relevan sehingga sekarang penggunaanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!...
KUCING LALU...TIKUS KETAKUTAN....
APA TIDAKNYA...IA TAKUT DIMAKAN...
PEMBESAR LALU...SEMUA TERDIAM...
RASA HORMAT...MAJLIS DI MULAKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Jamadilawal 1447H).
Posted on
Last Day Year 2025....31.12.2025

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...