BUAH ISAU (Euphoria malaiense) merupakan sejenis buah nadir menyamai buah mata kucing yang didapati di Sarawak. Penulis blog berjumpa dengan buah Isau kali pertama pada tahun 1995 apabila bertugas di Sarawak dan merasa pelik kerana buah tersebut menyamai dengan buah mata kuching yang banyak di tanam di Segamat, Johor. Memang tidak pelik melihat buah mnata kuching dan buah longan yang banyak diimport dari Thailand ketika musimnya tiba bagi kita di Semenanjung Malaysia. Ini kerana buah longan sudah sememangnya antara buah-buahan tropikal yang amat popular di kalangan rakyat Malaysia. Namun buah longan yang kita gemari itu bukanlah buah tempatan di Malaysia kerana ianya tidak berbuah di negara kita sebaliknya yang memenuhi pasaran sekarang adalah yang diimport dari negara Thailand. Disebalik dominasi buah longan yang mana ia banyak diimport dari negara gajah putih terselit satu jenis buah longan yang menjadi buah tropikal satu-satunya wujud di Malaysia iaitu yang dikenali dengan nama buah isau atau longan hijau. Penulis blog pernah menulis beberapa artikel mengenai buah longan dan pernah berkursus di Universiti Vhiang Mai, Thailand selama seminggu mengenai aktiviti pengurusan tanaman buah longan disana (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Itu perkara mengenai buah longan tetapi artikel ini mengisahkan menariknya sejenis buah nadir iaitu BUAH ISAU yang hanya ada di Sarawak tidak di tempat-tempat lain di Borneo. Terdapat lebih daripada 370 jenis buah-buahan di Malaysia dimana hanya sekitar 24 jenis sahaja yang dikomersilkan sementara bakinya masih ia kurang dikomerilkan atau tidak boleh dikomersilkan sebagai buah nadir. Buah Nadir ditakrifkan sebagai buah-buahan liar yang terdapat didalam hutan tumbuh sendiri. Artikel malam Ahad ini dalam blog ''Anim Agro Technology" saya menulis mengenai buah Isau sekadar dijadikan bahan bacaan dan rujukkan kepada pembaca blog yang setia semua.
Buah Isau atau Longan Hijau adalah jenis buah tropika yang asli (native) dari Sarawak, Borneo yang mana ia adalah tergolong di dalam kumpulan buah dengan nama vernakularnya “Mata Kucing” termasuklah “Sau”, “Kakus” dan “Guring”. Pokok Isau selalunya dijumpai di sepanjang Sungai Rejang dan beberapa cabang anak sungai yang berselirat di bahagian Sibu dan Kapit. Penulis blog ada lebih daripada 12 kali menyusuri Batang Rajang sehingga ke Sungai Bakun semasa menjalankan tugas di Sarawak. Sepanjang perjalanan menang dapat melihat dimana pokok Isau ada tumbuh di kebun-kebun buah penduduk tempatan. Memang perlukan kepakaran bagi seseorang mengenai pokok isau kerana ia selalu ditanam dengan cara bercampur-campur kedudukan dengan pokok buahan-buahan lain di rumah panjang dan tebing sungai yang ditanam. Ketinggian pokok isau apabila mula matang boleh mencapai sekitar 10 meter tinggi dengan mempunyai banyak cabang. Bentuk buahnya adalah bulat dengan permukaan kulit yang berketuat dan kasar. Pokok ini sejenis pokok yang lasak dan jarang diserang dengan perosak dan penyaikit dalam keadaan semulajadi. Penulis bolh ketakan buah isau adalah organik kerana amat jarang bahan kimia sama ada racun dan baja digunakan terhadap penanaman pokok isau mereka.
Buah Isau selain daripada bentuk dan warna luarannya yang berbeza dengan buah longan diimport dari Thailand kerana buah tersebut sebelum masak buahnya akan berwarna hijau dan kekuningan. Jika diuji rasa didapati dari segi rasa buah isau turut berbeza dimana isinya agak tebal serta rasanya mempunyai sedikit rasa rempah dan lebih sedap berbanding buah longan yang diimport dari Thailand pada pendapat ramai. Bagaimana pun menurut sejarahnya sebelum buah isau menjadi antara buahan tropikal yang ditanam secara komersial, buah isau ini terlebih dahulu diketahui khasiat dan kelazatannya oleh penduduk pribumi Sarawak. Disebakan oleh kerana itulah makan buah isau juga turut pernah menjadi sebahagian daripada pokok yang ditanam dekat dengan kawasan penempatan mereka seperti di rumah panjang dan juga dikebun mereka serta sepanjang sungai. Selain daripada pokok isau menghasilkan buah yang dimakan terus isinya apabila masak dilaporkan buah isau juga turut dijadikan antara kandungan di dalam minuman warga tempatan seperti air isau atau air mata kucing. Dalam pada itu penulis blog juga ada difahamkan berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara di Galeri DBKU ada mengatakan bahawa suatu waktu dahulu pokok isau boleh didapati dengan banyaknya di lokasi belakang bukit Hotel Hilton sekarang dan tokong Tua Pek Kong di Jalan Thomson (sekarang Jalan Tunku Abdul Rahman) dan sekitar Mahkamah Lama Orang Cina di Jalan Main Bazaar. Kini berdasarkan kepada cerita asal muasal buah isau atau longan hijau atau buah mata kucing ini adalah tidak mustahil sekiranya ibukota Sarawak yang dikenali sebagai Kuching (yang masih lagi samar-samar dari mana namanya berasal mengikut sejarahwan) mungkin mengambil bersempena dengan nama buah mata kucing yang satu-satunya tumbuh di Sarawak, Borneo.
Dalam portal borneopost.com di laporkan kisah 'Buah Mata Kucing dari Sarawak' dimana ada jenis buah longan dimana ia sememangnya antara buah-buahan tropikal yang amat popular di kalangan rakyat Malaysia. Namun buah longan yang kita gemari itu bukanlah buah tempatan di Malaysia kerana ianya tidak berbuah di negara kita sebaliknya yang memenuhi pasaran sekarang adalah yang diimport dari negara Thailand. Disebalik dominasi buah longan yang diimport dari negara gajah putih terselit satu jenis buah longan yang menjadi buah tropikal satu-satunya wujud di Malaysia iaitu yang dikenali dengan nama buah isau atau longan hijau. Dan menariknya buah isau ini hanya ada di Sarawak tidak di tempat-tempat lain di Borneo. Buah Isau atau 'Longan Hijau' adalah jenis buah tropikal yang asli dari Sarawak, Borneo yang mana ia tergolong di dalam kumpulan buah dengan nama vernakularnya “Mata Kucing” termasuklah “Sau”, “Kakus” dan “Guring”. Pokok Isau selalunya dijumpai di sepanjang Sungai Rejang dan beberapa cabang anak sungai yang berselirat di bahagian Sibu dan Kapit. Ianya tumbuh di kebun-kebun buah penduduk tempatan dengan bercampur-campur kedudukan dengan pokok buahan-buahan yang ditanam. Ketinggian pokok isau apabila mula matang boleh mencapai sekitar 10 meter tinggi. Bentuk buahnya adalah bulat dengan permukaan kulit yang berketuat dan kasar.
Selain daripada bentuk dan warna luarannya yang berbeza dengan buah longan diimport dari Thailand kerana sebelum masak buahnya akan berwarna hijau dan kekuningan, dari segi rasa buah isau turut berbeza kerana isinya agak tebal serta rasanya mempunyai sedikit rasa rempah dan lebih sedap berbanding longan yang diimport. Menurut sejarahnya sebelum buah isau menjadi antara buahan tropikal yang ditanam secara komersial, buah isau ini terlebih dahulu diketahui khasiat dan kelazatannya oleh penduduk pribumi Sarawak. Dek kerana itulah buah isau juga turut pernah menjadi sebahagian daripada pokok yang ditanam dekat dengan kawasan penempatan mereka seperti di rumah panjang dan sebagainya. Selain daripada isau menjadi buah yang dimakan terus isinya apabila masak, isau juga turut dijadikan antara kandungan di dalam minuman warga tempatan seperti air isau atau air mata kucing. Adalah difahamkan berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara di Galeri DBKU ada mengatakan bahawa suatu waktu dahulu pokok isau boleh didapati dengan banyaknya di lokasi belakang bukit Hotel Hilton sekarang dan tokong Tua Pek Kong di Jalan Thomson (sekarang Jalan Tunku Abdul Rahman) dan sekitar Mahkamah Lama Orang Cina di Jalan Main Bazaar. Dan berdasarkan kepada cerita asal muasal buah isau atau longan hijau atau buah mata kucing ini adalah tidak mustahil sekiranya ibukota Sarawak yang dikenali sebagai Kuching (yang masih lagi samar-samar dari mana namanya berasal mengikut cerita oleh sejarahwan) mungkin mengambil bersempena dengan nama buah mata kucing yang satu-satunya tumbuh di Sarawak. Semuga artikel dalam blog anim agro technology ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!...
BUAH ISAU... BUAH BADIR SPESISNYA...
MACAM MATA KUCING... BENTUKNYA....
ISINYA MANIS... DISARAWAK ASALNYA....
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT INFONYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Rejab 1440H).
MACAM MATA KUCING... BENTUKNYA....
ISINYA MANIS... DISARAWAK ASALNYA....
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT INFONYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Rejab 1440H).
Dikemaskini pada 21 RabiulAkhir 1447H.





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.