Dalam beberapa laporan dinyatakan jika di Malaysia, spesies ikan puyu boleh ditemui hampir di kebanyakan tempat di Semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak. Ikan ini juga mampu untuk terus hidup dalam keadaan air yang minima dan mempunyai kadar survival yang tinggi selagi insangnya dalam keadaan lembab. Penulis blog yang zaman remaja duduk di kampung faham dimana pada musim kemarau, ikan puyu mampu menyembunyikan dirinya di dalam tanah atau dalam lumpur untuk kelangsungan hidup dan akan tinggal di dalam lumpur sehingga musim hujan datang. Ikan puyu mendiami sebahagian besar sistem perparitan dalam rangkaian atau lokasi natifnya. Dilaporkan ikan puyu banyak ditemui dalam habitat pelbagai jenis termasuk paya, rawa, tasik, terusan, kolam, lubang-lubang kecil, sawah padi, anak sungai dan saluran sungai utama. Walaupun habitatnya banyak tertumpu di kawasan tanah rendah, spesies ikan air tawar ini juga boleh hadir dalam sesetengah persekitaran payau di sesetengah kawasan. Semasa musim hujan lazimnya spesies puyu sering memasuki habitat di mana ia boleh terperangkap apabila air surut namun spesies ini mampu melakukan perjalanan di atas tanah untuk jarak beberapa ratus meter dengan syarat ia kekal lembap terutama di bahagian insang. Situasi ini berlaku bukan berdasarkan sifat asasnya, namun lebih kepada naluri untuk terus meneruskan kelangsungan hidup atau survival. Bagi penulis blog suka bela ikan puyu atau betok ini juga memiliki kemampuan untuk mengambil oksigen langsung dari udara. Apa pun ikan ini memiliki organ labirin (labyrinth organ) di kepalanya, yang memungkinkan hal itu berlaku. Alat ini sangat berguna khususnya ketika ikan mengalami kekeringan dan harus berpindah ke tempat lain yang masih berair. Apabila ia bergerak di atas tanah pergerakannya sebenarnya agak perlahan dan kaku kerana ia menyokong dirinya dengan sirip dan opercles dada, kedua-duanya agak tebal, duri khas yang mana ia disesuaikan sementara momentum ke hadapan hasil pergerakan sisi sirip kaudal dan posterior bahagian badan. Sebenarnya bagi spesies ikan puyu yang kebanyakannya mampu membesar sehingga panjang maksimum sekitar 12-25 cm dan jika dilihat, warna pada badannya mempunyai tona warna agak kehijauan dan belang vertikal dapat dilihat pada badannya walaupun tidak jelas ikan ini mempunyai sirip dorsal yang tajam serta operkulum yang tajam dan mampu membuat bukaan yang agak luas lantas memberikannya kelebihan untuk merangkak di daratan menerusi bukaan operkulum ini. Di teliti lanjut iaitu pada bahagian operkulum spesies ini ada terdapat tompokan berwarna hitam berhampiran dengan sirip pektoral. Apa pun sisik ikan puyu berbentuk ciliate scale. Spesies puyu ialah spesies maserba, iaitu makan apa sahaja termasuk daripada tumbuhan akuatik seperti alga. Ikan puyu mampu menjadi pemangsa kepada anak ikan atau ikan-ikan kecil selain menjadikan invertebrata akuatik dan molluska sebagai diet utamanya.
Tertarik dengan mitos dan terdengar orang tua-tua berpesan kebaikan membela Ikan Puyu Di Rumah sebagai satu yang selalu di lakukan. Didakwa ikan ini dapat menghalau hantu atau makhluk halus. Selain itu aktiviti ini ianya dapat menghalang perbuatan pukau dan sihir yang hendak ditujukan pada penghuni rumah. Dakwaan ini persoalan yang ramai ingin tahu sama ada apakah signifikan antara hantu, makhluk halus dengan Ikan Puyudan juga kenapa makhluk halus begitu takut sangat terhadap Ikan Puyu. Kepercayaan misteri yang selau ia dikaitkan dengan ikan Puyu seperti kaitan dimana 'Ikan Puyu dan perkara mistik tidak dapat dipisahkan ada di perkatakan sebagai suatu cerita turun-temurun dalam masyarakat tempatan tidak mengira bangsa. Keupayaan Ikan Puyu sebagai pelindung rumah ialah versi paling kerap didengar dalam masyarakat tempatan. Apa pun ada ramai yang suka membela Ikan Puyu bagi mengelakkan rumah mereka dimasuki pencuri yang menggunakan ilmu pukau. Dilaporkan juga mereka yang terikut-ikut akan kepercayaan itu bersandar kepada teori bahawa pukau tidak akan berkesan jika terdapat benda hidup di dalam rumah yang masih berjaga. Ikan puyu dikatakan sejenis 'Ikan yang tidak tidur malam' dan atas sebab itulah kehadirannya di dalam rumah dipercayai boleh membatalkan usaha penjahat yang ingin memukau penghuni sesebuah rumah. Apa yang lebih menguji akal logik akal adalah dimana ikan yang mampu hidup melebihi 24 jam di atas daratan itu dikatakan sebagai alat mainan yang digemari toyol dan orang bunian!, Dalam kisah lain dilihat yang ciri fizikal ikan yang mampu mencecah usia lima tahun itu juga dipercayai digeruni makhluk halus termasuk syaitan dan jin. Apa pun ujud duri tajam yang terdapat pada puyu dikatakan menyekat kekebalan makhluk tersebut untuk masuk ke dalam rumah manusia. Dalam dunia perdukunan ada kisahikan puyu turut menjadi medium memindahkan objek santau yang juga dihantar kepada seseorang. Santau yang diperoleh mangsa dipindahkan ke dalam badan puyu dan ada juga yang sudah menjadikan ikan puyu sebagai objek untuk menyantau orang lain. Bagaimanapun ada dakwaan Ikan Puyu tidak boleh dianggap sebagai pelindung mutlak kepada semua perkara ini kerana ia hanya asbab kepada ketentuan Allah. Hanya dengan izin Allah sahaja ikan itu mungkin benar boleh menjadi pendinding dan sesungguhnya ia adalah dari Allah jua. Jika Allah berkehendakkan seseorang itu jatuh sakit atau sihir tetap terkena kepadanya juga, biarlah dia membela beratus ribu ekor ikan puyu sekalipun, dia tidak mungkin dapat mengelak. Apa pun sebaik-baik pendinding adalah ayat-ayat Allah, dan jika jiwa kita tenang, Allah pasti melindungi kita dari musibah ilmu hitam dan gangguan syaitan.
Di Kedah pula di laporkan kisah 'Kail ikan puyu bukan petanda rakyat Kedah miskin' yang menjadi cerita viral. Selalu akan dilihat di mana ada sahaja aktiviti memancing ikan puyu yang dilakukan rakyat Kedah dimana ia tidak boleh dianggap sebagai indikator seperti kemiskinan kerana aktiviti itu dilakukan sebagai hobi secara turun-temurun. Pada penulis blog di Melaka juga dulu dan sekarang pun akan ada orang pergi memancing ikan puyu di kawasan sawah atau lubuk sebagai salah satu hobi. Menurut Menteri Besar Kedahdimana dia menjelaskan kepada media dimana aktiviti mengail ikan kerap dilakukan di kawasan tali air dan sawah padi sejak dahulu lagi kerana ia aktiviti kegemaran ramai terutama bagi penduduk kampung. Ada juga kemungkinan pemimpin yang lahir dalam keluarga mewah tidak dapat menghayati kehidupan tradisi rakyat Kedah yang menjadikan aktiviti mengail puyu sebagai aktiviti keluarga dan dijadikan bahan ejekkan. Aktiviti mengail ikan puyu bukan perkara baharu dimana ramai pendudk di Kedaj sejak kecil sudah mengail puyu untuk dimakan. Isu ini tidak pelik walaupun ada ikan laut dan udang di Kedah yang banyak dan murah tetapi ia adalah hobi mereka. Tambahan pula selalunya ikan puyu tidak dijual di pasar dimana kalau hendak makan kena mengail di parit dekat rumah sendiri. Ia bukan petanda rakyat hidup miskin sangat sebab ini aktiviti orang kampung. MB Kedah itu Muhammad Sanusi berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mukhriz (Jitra-Pejuang) berkaitan tindakan penduduk yang terpaksa mengail ikan puyu untuk dimakan akibat kesempitan hidup di sebalik pengumuman pelaburan RM68.3 bilion ke Kedah. Apa pun selalunya indikator kemiskinan perlu dinilai berdasarkan kehidupan rakyat secara terperinci dan bukan dikaitkan dengan hobi. Dakwanya kalau nak tahu tahap kemiskinan maka boleh dilihat terperinci sama ada keluarga itu mampu bayar yuran sekolah atau langsung tidak bertukar pakaian sekolah, pakai kasut sekolah koyak sebab tak ada duit. Ada pemilik kereta mewah pun turun bendang pancing puyu dimana kalau kenal orang Kedah dimana itulah aktiviti petang penduduk. Semuga artikel dalam blog anim agro technology kali ini juga diharap bermanafaat kepada semua. Wasallam!!!...





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.