BAGAIMANA MENANAM NANAS DALAM PASU atau POLIBEG?... Kini perkara ini sudah tidak menjadi pelik kerana sudah ramai yang telah melakukannya. Pokok Nanas (Ananas comosus) merupakan sejenis pokok buah tropika daripada keluarga Bromaliaceae sama dengan keluarga kaktus. Terkini terdapat banyak spesis nanas yang diusahakan sebagai tumbuhan untuk menghasilkan buah nanas dan ada jenis nanas yang dijadikan sebagai tanaman hiasan (Bromeliads). Tanaman nanas diusahakan secara komersil daripada pekebun kecil sehingga kepada perladangan nanas yang luas. Daripada laporan statistik FAO didapati laporan pengeluaran nanas dunia adalah sebanyak 25.8 juta metrik tan dengan negara Costa Rica mengeluarkan 2.9 juta mt diikuti negara Brazil (2.7 juta mt), Filipina (2.6 juta mt), Thailand (1.9 juta mt), India (1.9 juta mt) dan Indonesia (1.3 juta mt). Malaysia mendudukki tangga ke 9 dalam pengeluaran nanas dunia dengan jumlah penghasilan sebanyak 468,000 metrik tan pada tahun 2016. Nanas lazimnya ditanam diatas tanah sama ada dari jenis tanah gambut atau pun tanah mineral yang menerima cahaya matahari 100% untuk mempastikan pertumbuhan yang optimum. Bergantung kepada varieti nanas yang ditanam, lazimnya ia berhasil selepas 11 - 18 bulan dan ia perlu dihormon untuk aruhan pembungaan dan menentukan jadual penuaian buah nanas. Nanas varieti MD2 kini telah menjadi varieti nanas segar yang sangat popular di tanam di Malaysia untuk pasaran domestik dan eksport. Nanas MD2 ini juga dipanggil sebagai 'nanas madu' kerana ciri-ciri kemanisannya dan kualiti premium yang dimilikkinya. Penanaman nanas diatas tanah atau ditas batas lazimnya disesuaikan dengan kaedah pengurusan dan juga varieti nanas. Bagaimana pun terkini penulis blog dapati sudah ramai yang berminat menanam nanas didalam pasu atau dalam polibeg besar untuk hiasan dan juga penghasilan buah (Sila lihat foto paling atas). Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya berfikir untuk terus berkarya artikel ke 5,006 agar anda dapat jadikannya sebagai bahan rujukkan dan bacaan.
Cara untuk menanam nanas dalam pasu mesti memilih pasu besar dengan saliran yang baik dan media tanaman berpasir atau campuran tanah, pasir, dan bahan organik. Sediakan benih nanas yang sihat, tanggalkan akar di pangkalnya, dan tanam anak benih. Letakkan pasu di tempat yang menerima cahaya matahari sekurang-kurangnya 6 jam sehari dan menyiram sekadar membasahkan tanah sahaja dan jangan terlalu kerap, serta mula membaja selepas 45-50 hari selepas menanam. Apa pun proses penyediaan awal mengambil pasu dimana dengan menggunakan pasu bersaiz besar atau yang mempunyai saliran yang baik. Jenis media tanaman disyorkan adalah daripada campuran yang mempunyai saliran baik seperti 1 bahagian tanah dengan 1 bahagian pasir serta 1 bahagian bahan organik atau 1 tanah dicampur 2 organik dan juga 3 bahagian pasir. Media tanaman yang peroi dan poros adalah penting untuk mengelakkan reput pangkal pokok. Pilih sulur atau anakbenih nanas premium yang sihat dan cukup saiznya.Cara mendapatkan benih adalah dengan perlu menanggalkan semua akar yang ada di bahagian pangkal anak benih sebelum menanam. Bagi menanam mesti diisi dengan media tanaman hingga hampir penuh. Kemudian ia di tanam anak benih nanas ke dalam pasu pada bahagian tengahnya dan di padatkan. Meletakkan pasu di kawasan yang mendapat cahaya matahari sekurang-kurangnya 6 jam sehari adalah sangat penting sebab pokok nanas merupakan tanaman yang perlukan cahaya matahari 100%. Bagi aktiviti penjagaan dari peringkat awal menanam lakukan penyiraman tetapi menyiram adalah hanya untuk membasahkan tanah dan jangan terlalu kerap. Ini kerana jika terlalu banyak air boleh menyebabkan pokok reput. Aktiviti pembajaan dimulakan pembajaan selepas 45-50 hari menanam iaitu dengan cara meneggunakan baja NPK jenis larut air dengan cara menyiram atau menyembur di tengah pucuk. Pokok nanas yang sesuai ditanam di semua kawasan kecuali kawasan banjir atau air bertakung. Apa pun dengan penjagaan baik lazimnya tempoh matang: mungkin boleh menikmati hasil dalam masa 9 hingga 10 bulan apabila buahnya cukup besar dan ada tanda pada mata buah yang kekuningan dibawahnya.
Penanaman pokok nanas dalam pasu sering dilakukan oleh pihak LPNM dan beberapa usahawan nanas tempatan untuk tujuan tertentu seperti bagi dijadikan bahan dalam pameran dan bahan untuk berkursus. Apa yang penting adalah saiz pasu atau polibeg untuk tanaman nanas pilih daipada yang bersaiz besar untuk membolehkan pokok tumbuh dengan baik untuk zon pengakaran dan juga untuk kestabilan ianya berdiri tegak. Isikan media tanaman dalam pasu atau polibeg dengan tanah campuran atau cocopeat atau media lain yang sesuai sehingga hampir penuh. Sebaiknya baja organik atau kompos boleh dimasukkan dalam pot ini sebelum menanam. Bila pasu atau polibeg ini telah diisi tanah maka sebaiknya ia disusun diatas lantai simen atau tanah biasa. Lantai simen membolehkan tidak akan ada rumpai yang tumbuh diantara polibeg tersebut yang akan menganggu proses pertumbuhan nanas. Pilih benih tanaman berkualiti sama ada dripada benih sulur tanah (Ground suckers), Benih Sulur Tangkai (Aerial suckers) atau pun paling baik mengambil benih daripada bahagian jambul nanas. Pastikan benih dirawat dengan racun kulat seperti Benlate sebelum ditanam. Jika gunakan jambul sebaiknya pastikan daging isi buah telah bersih dan tinggalkan sedikit bonggolnya yang ditanda dengan bulatan warna putih kerna lazimnya isi atau daging buah yang tersisa akan membusuk dan menyebabkan penyakit pada tanaman. Jambul nanas juga perlu dikeringkan dulu selama seminggu untuk jaga pertumbuhannya. Ada juga yang merendam jambul nanas dalam beberapa hari sehingga akarnya keluar senelum menanam dalam pasu.
Daripada pengalaman penulis blog, media tanaman amat penting untuk di sediakan gabungan tanah genbur dengan pasir dan baja organik dengan kadar 3:2:1. Dalam pada itu pastikan dibawah pasu atau polibeg ini ada lubang untuk membolehkan air keluar dan menghalang akar terendam jika hujan yang boleh menyebabkan masaalah reput pangkal atau akar. Biasanya dimasukkan bahan seperti batu bata atau arang atau batu kerikil pada bahagian bawah pot dengan ketinggian sekitar 2-3 cm untuk memperbaiki drainage. Drainage yang kurang baik dapat menyebabkan tanaman akan cepat membusuk. Bila media tanaman sudah diisi maka seterusnya perlu dibuat lubang penanaman betul-betul ditengahnya untuk dimasukkan benih nanas tersebut (sama ada sulur atau jambul nanas). Langah seterusnya adalah menyusun pasu atau polibeg tersebut dengan jarak 1.5 - 2 kaki diantara batas dan barisan (Sila lihat foto disebelah). Susunam pokok sebaiknya mengikut arah matahari tuurun dan naik agar agihan cahaya matahari 100% dapat diterima setiap pokok tersebut. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan cara membuat penyiraman secara rutin iaitu denga kekerapan setiap 3-7 hari sekali. Pastikan anda menghindari dari membuat penyiraman yang terlalu kerap dimana perkara ini akan menyebabkan tanaman nanas itu menjadi lebih cepat busuk. Jika hujan tidak perlu disiram lagi untuk beberapa hari.
Pokok nanas dalam pasu atau dalam polibeg amat perlukan aktiviti pembajaan dengan sistematik. Sebaiknya baja butir NPK 15:15:15 diberikan semasa mula menanam dengan kadar 60 gram sepokok untuk beberapa kali aplikasi. Bubuh baja ini disekeliling permukaan tanah dalam pasu atau polibeg. Bagi mereka yang ada kemahiran boleh membeli baja cecari atau baja foliar dan disemburkan kepada bahagian daun pokok mengikut sukatan yang ditulis pada label. Kekerapan untuk menyembur baja foliar ini membolehkan tanaman nanas dalam pasu ini cepat membesar. Apabila cukup umur sekitar 7-8 bulan bergantung kepada varieti nanas maka pokok boleh dihormon (disembur dengan bahan penggalak aruhan pembungaan) seperti etephon atau karbid dan sebagainya. Buang rumput yang tumbuh dalam pasu atau disekililng susunan pasu atau polibeg. Pokok yang dihormon akan menghasilkan buah selepas 120 -135 hari kemudian bergantung kepada amalan agronomi dan juga varieti nanas. Bagaimana pun oleh kerana nanas ini mempunyai ruang tanah yang kecil biasanya proses tumbesaran agak lambat berbanding dengan tanaman nanas diatas tanah yang mana ia terbuka. Ada yang boleh menghasilkan buah nanas dan sesuai dipetik dalam masa 12 bulan tetapi lazimnya nanas dalam pasu akan berbuah selepas 12 - 24 bulan selepas ditanam. Pokok nanas dalam pasu ini mudah dibawa kemana-mana untuk tujuan pameran, latihan dan juga analisa makmal serta amalan agronomi. Sebaiknya pilih jenis nanas yang tidak berduri diletakkan disekeliling rumah agar tidak merbahaya kepada kanak-kanak yang cuba untuk memegangnya. Bila buah nanas cukup matang ia boleh dituai dengan memotong tangkainya dengan pisau tajam. Buah nanas dari pasu ini biasanya sesuai untuk terus dikupas dan dimakan terutama jika nanas tersebut daripada varieti nanas premium MD2. Buah yang dipetik ini boleh dikumpulkan, dibuat penggredan dan juga dibersihkan sebelum ianya dihantar untuk pasaran domestik atau pasaran eksport untuk eksport.
Penanaman nanas dalam pasu besar atau polibeg besar ini juga sesuai dijadikan satu kaedah untuk menghasilkan benih nanas seperti nanas MD2. Apabila buah nanas dipetik maka perlu ianya dijaga dengan mencantas daun nanas dan kemudian ia disembur dengan baja iaitu menggunakan baja foliar atau baja butir bagi tujuan untuk 'boost' tunggul nanas agar mengeluarkan sulur benih. Ia juga akan menghasilkan diantara 2-5 buah sulur bergantung kepada cara amalan agronomi yang disyorkan. Beberapa minggu kemudian tunas benih akan keluar dan boleh dikutip setelah ia mencecai saiz 12 inci panjang. Benih tersebut kemudian dikumpulkan dibersihkan dan diikat dalam kuantiti 50 sulur satu ikatan. Pada masa artikel ini ditulis dilaporkan harga anakbenih sulur nanas MD2 adalah diantara RM1.50 - RM2.50 sepokok kerana masih mendapat permintaan yang terlalu tinggi. Benih nanas MD2 boleh dikatakan akan terus kekal dengan harga yang agak lebih tinggi daripada pasaran tempatan atau untuk kilang nanas. Kepada anda pembaca blog anim agro technology boleh berhubung terus dengan beberapa usahawan atau yang mempunyai hobi tanam nanas boleh diberikan info melalui kursus yng diadakan LPNM secara berkala. Semuga anda semua mendapat info beguna untuk dibaca dan dirujuk. Wasallam!...
TANAM NANAS DALAM PASU.. TERSEDIA...
MEDIA DIMASUKKAN... BENIH DICARINYA...
DIBUBUH BAJA... IKUT PERATURANNYA...
BUAH DIHASILKAN... PETANI GEMBIRA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist
Jalan Padi Ria 11, Bandar Baru UDA,
Johor BAhru, Johor,
Malaysia.
(14 Rabiulakhir 1440H).
MEDIA DIMASUKKAN... BENIH DICARINYA...
DIBUBUH BAJA... IKUT PERATURANNYA...
BUAH DIHASILKAN... PETANI GEMBIRA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist
Jalan Padi Ria 11, Bandar Baru UDA,
Johor BAhru, Johor,
Malaysia.
(14 Rabiulakhir 1440H).
Dikemaskini pada 9 Jamadilawal 1447H.



No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.