BUAH BINJAI (Mangifera caesia) adalah sejenis tumbuhan tropika iaitu dari keluarga Anacardiaceae yang tumbuh di negara kita dikelaskan sebagai salah satu jenis buah nadir. Pokok Binjai (Juga di panggil Pokok Kemang) menghasilkan buah binjai dimana ia lazimnya mempunyai Rasa Masam walau pun didakwa ada varieti binjai yang Rasa Manis. Buah binjai boleh dimakan segar jika ianya manis dan kepada mereka yang suka makan tetapi paling sedap adalah untuk dibuat sambal buah binjai. Maklumat statistik asas oleh Jabatan Pertanian mengenai tumbuhan binjai di Malaysia tidak ada kepastian tetapi saya menganggarkan sekitar 70 - 80 hektar CHE sahaja. Penulis blog juga mendapati sehingga kini belum ada penanaman pokok binjai secara komersil monokrop yang dijumpai kerana kebanyakan pokok binjai ditanam dikawasan rumah dalam dusun bercampur atau tumbuh liar dihutan. Nama lain bagi buah binjai adalah Jack ; Malaysian Mango (English), BinYaa ; Lamyaa (Thailand), Bayuno (Filipina), Binglu ; Palong (Bahasa Indonesia), Belunu (Brunei), Asam Kembawang ; Beluno; Balunoh ; Binjai ; Ondo; Wanchi ; Dendahan (Borneo) dan banyak lagi. Buah ini dijual dipasar basah dan juga di gerai tepi-tepi jalanraya disekitar Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Berkemungkinan ralai dikalangan generasi muda yang tidak pernah melihat, memakan dan memanjat pokok binjai tetapi mungkin mereka melihatnya dari lamanweb sahaja. Pokok binjai yang tumbuh liar biasanya tinggi seperti sejenis pokok kayu balak. Pokok Binjai adalah jenis pokok saka yang tumbuh menegak dengan banyak cabang merimbun dan ketinggian maksima 35 - 40 meter. Batangnya berbentuk bulat besar dan mempunyai kulit tebal berwarna coklat kelabu dengan beralur-alur semakin pokok jadi tua. Batang pokok binjai yang cukup tua dan besar boleh dijadikan kayu keras untuk pembinaan rumah dan perabot. Seperti pokok Keluarga Anacardiaceae yang lain, kulit pokok akan mengeluarkan cecair berwarna putih apabila dilukai dan bertukar menjadi beku beberapa lama kemudian apabila terdedah diudara. Cecair ini penulis blog mendapati apabila terkena kulit akan menyebabkan rasa gatal-gatal atau bahagian mata dan perlu dibasuh dengan air sabun segera. Rasa gatal ini akan juga menyebabkan tidak selesa. Daun pokok binjai berwarna hijau terkumpul dibahagian hujung dahan dengan ukuran sekitar 1.0-12.0 cm panjang dan 4-5 cm lebar. Daun ini berkilat dibahagian atas tetapi agak pudar serta kasar dibahagian bawah daun dengan bentuk 'lanceolate'. Akar tujang kukuh masuk kedalam bumi. Belum ada kajian khusus mengenai kegunaan daun pokok binjai dari segi perubatan dan khasiat sebagai herba. Penulis blog kali ini akan membentangkan beberapa testimoni mengenai buah binjai seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar tempatan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan. Artikel petang ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" satu teknologi mengenai pokok binjai berpandukan kepada tinjauan penulis dan juga pengalaman penulis dalam bidang pertanian selama lebih dari 34 tahun untuk rujukkan anda semua.
Dalam banyak jenis sambal penuolis blog minat dengan sambal belacan buah binjai atau dipanggil sebagai Sambal Binjai atau Sambal Buah Kemang (Sila lihat foto disebelah). Dari segi sejarah dilaporkan sambal buah binjai ini adalah kegemaran turun temurun dalam masyarakat tempatan terutama di Melaka, Negeri Sembilan dan beberapa negeri lain. Pada masa ini buah bermusim ini sudah agak sukar didapati disebabkan pokoknya sudah berkurangan dan ia bermusim. Buah binjai yang masak lazimnya berbau kuat dimana jika dibuat sambal amat enak dengan kombinasi rasa sedikit masam manis dan juga masin bersama rasa pedas dan lembut. Hebaynya buah binjai ini adalah baunya yang harum dimana ini membuatkan masyarakat tempatan selalu terpaksa berebut-rebut makan ketika dihidangkan semakan makan bersama keluarga atau semasa jamuan kenduri.  Membuat sambal buah binjai atau sambal buah kemang ini amat mudah caranya asalkan semua bahan-bahan yang diperlukan ada. Sambal belacan buah binjai memang mudah disediakan walau pun ada yang kali pertama mereka mencubanya. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti 1 biji buah kemang (sebaiknya buah yang telah masak dan segar), 2 tangkai cili merah, 15 tangkai cili padi,  belacan,  garam dan juga gula. Kombinasi kesemua rasa dari bahan-bahan ini memang unik dengan kehebatan aromanya. Cara membuatnya dengan membersihkan semua bahan tersebut dan dikeringkan dahulu sebelum bahan cili merah, cili padi dan belacan tersebut di goreng seketika dengan gorengan tanpa minyak. Bahan ini kemudian perlu ditumbuk atau pun boleh juga di kisar menggunakan jenis blender kering. Buah kemang dibuang kulitnya dan dikeluarkan isinya dimasukkan kedalam stu bekas. Kemudian kesemua bahan ramuan digaulkan bersama isi buah binjai dengan ditambah sedikit garam dan gula. Sambal Buah Binjai ini sudah sedia untuk dihidangkan.
Buah Binjai merupakan sejenis buah khazanah negara iaitu kategori jenis buah nadir yang semakin diancam kepupusan disebabkan era globalisasi dan arus pemodenan negara yang semakin pesat sekali gus turut mengancam spesiesnya. apa yang penulis blog lihat kini generasi muda juga kurang mengambil tahu akan kewujudan buah binjai sebagai  ‘khazanah’ negara yang perlu dipertahankan. Buah binjai atau nama saintifiknya Mangifera caesia antara buah nadir yang semakin kurang dikenali dan diminati. Buah binjai berbeza dari segi saiz, warna kulit dan memiliki rasa manis, masam manis, masam serta lemak manis dimana ia kadang kala ada dijual dipasar atau gerai tepi jalan (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu Negeri Melaka antara negeri sinonim dengan buah berkenaan dan sentiasa mendapat permintaan apabila tiba musimnya terutama di Daerah Alor Gajah. Buah binjai yang biasanya ditanam di hutan atau dusun buah-buahan sejak kebelakangan ini mendapat pasaran menggalakkan apabilal lebih ramai diperkenalkan kepada generasi muda. Penulis blog singgah di sebuah gerai buah-buahan do Simpang Ampat, Alor Gajah, melaka dan menemubual penjual dikenali dengan nama Firdaus. Dakwanya buah binjai yang dijual digerainya ada dua jenis iaitu binjai masam dan binjai manis. Ditunjukkan kepada penulis blog dimana jika kulitnya berwarna coklat atau kuning bermakna ia sudah masak dimana didalamnya isinya berwarna putih dijual antara RM10 hingga RM15 sekilogram. Buah binjai terutama yang jenis buah masam enak dimakan bersama sambal belacan atau dimasak asam pedas selain dibuat jeruk sebagai pembuka selera. Bagaimanapun kini ramai pengguna khususnya yang tinggal di kawasan bandar belum mengetahui khasiat dan keenakan masakan bercampur buah binjai itu. Kebanyakan pelanggannya adalah mereka dalam kalangan warga emas atau pun pertengahan umur kerana mereka yang lebih menggemari buah ini.
Buah Binjai ini adalah jenis buah yang bermusim iaitu berbuah setahun sekali. Buah ini semakin kurang dikenali terutama generasi muda kerana mungkin ia terlalu masam atau sukar ditemui. Kepada penduduk tempatan mereka ada yang membeli buah binjai untuk dijadikan jeruk binjai (Sila lihat foto sebelah). Jeruk binjai ini dibuat dengan menggunakan buah binjai masak yang dibuang kulit dan dicampur dengan garam (bahan pengawet) sebelum ianya disimpan didalam peti sejuk. Apabila perlu maka jeruk buah binjai ini boleh diambil untuk dijadikan bahan asas membuat sambal belacan buah binjai. Ini kerana buah binjai yang telah masak ranum tidak tahan lama disimpan dan teknologi membuat jeruk binjai dilihat sebagai simpanan. Dalam pada iitu terdapat juga kalangan pembeli buah binjai yang suka makan buah binjai segar dengan rasa masam. Kalau selama ini ada dikalangan masyarakat Melayu hanya mengenali pekasam, budu, cencaluk dan tempoyak saja akan tetapi agak kurang yang tahun khasiat serta keenakan resipi masakan bercampur buah binjai. Memang tidak mudah untuk membeli buah binjai kalau bukan dalam musim yang betul. Mungkin perlu ada pihak tertentu yang diberikan galakkan atau insentif untuk menanam buah binjai ini mengikut kesesuaian dan permintaan. Dakwa pelanggan dimana buah ini sedap dimakan segar sekiranya manis tapi jika masam ia sangat sesuai dibuat jeruk atau masakan. Dalam pada itu menurut Firdaun beliau kenal dengan seorang pemanjat pokok binjai yang dikenali sebagai Samad yang kerjanya mengambil upah memanjat pokok binjai apabila tiba musim walaupun tahu risikonya. Ini kerana saiz pokok ini sebesar sepemeluk dan tinggi menyebabkan ramai yang tidak sanggup menggadai nyawa untuk memanjatnya. Kini sudah beberapa tahun dia mengambil upah memetik buah binjai sebagai punca pendapatannya. Buah binjai jika jatuh ketanah akan rosak dan busuk. Buah ini biasanya akan dipetik bukannya menunggu ia gugur bagi menjaga kualiti dan keasliannya. Musim buah ini biasanya pada Jun hingga Ogos setiap tahun dan kadangkala ia berbuah lebat. Dalam sepokok binjai sebesar pemeluk yang ditanam di hutan itu dikatakan mampu menghasilkan sehingga setengah tan buah binjai jika musimnya sesuai.
Berbeza pula di Kelantan dimana ada laporan penduduk negeri pantai timur ini juga meminati buah binjai. Disini mereka akan membeli buah binjai sedap dimakan sebagai makanan dinamakan 'colek' atau dibuat jeruk dan sambal. Binnai di Kelantan banyak dijual di jajahan Machang apabila tiba musimnya. Buah yang mana rasanya yang masam manis dengan aroma harum menusuk sudah cukup membuatkan penggemarnya  kecur air liur apatah lagi  jika dibuat sambal atau jeruk. Sekali pun ada juga yang menganggap buah binjai sebagai makanan 'orang tua' akan tetapi masih ramai genarasi muda yang meminatinya. Pokok buah binjai atau nama saintifiknya Mangifera caesia mendapat sambutan yang masih mengalakkan di kalangan masyarakat sekali gus mendorong peniaga-peniaga yang mengusahakan perniagaan buah tersebut setiap kali tiba musim ditepi jalan utama di jajahan Machang. Lazimnya apa yang penulis blog pernah melalui jalan ini melihat dimana ada gerai-gerai menjual buah binjai di laluan Machang-Kuala Krai, Kampung  Pangkal Petai di sini seolah-olah menjadi landskap bermusim di daerah ini. Mereka bukan sahaja menawarkan buah binjai segar sahaja akan tetapi terdapat juga jualan binjai jeruk bagi menarik lebih ramai pelanggan. Produk ini sebenarnya akan memberi kemudahan kepada penggemar untuk terus menikmatinya dengan membuat sambai dan sebagainya apabila tiba dirumah. Jeruk Buah Binjai ini diminati pelanggan kerana ada gemar memakannya begitu sahaja dan ada yang dibuat jeruk atau dijadikan ramuan masakan tradisi serta pelengkap sambal dan adunan tempoyak. Buah binjai yang mula gugur sejak sebulan lalu turut memberikan rezeki tambahan kepada penduduk Kampung Pangkal Petai di sini dengan menjualnya di gerai-gerai di tepi jalan. Buah ini bukan sahaja dari Machang tetapi peniaga turut mendapatkannya dari daerah-daerah lain memandangkan memang setiap tahun. Biasanya  gerai binjai akan dibuka di sini setiap kali musimnya dan ini akan memudahkan pelanggan akan datang. Kini memang buah binjai susah didapati kerana tidak lagi ditanam oleh golongan muda sebaliknya merupakan peninggalan orang tua atau nenek moyang dulu-dulu. Semuga artikel kali ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology semuanya. Wasallam!!!...
BUAH BINJAI... BUAH KEMANG SAMA...
BUAH NADIR... SUSAH MENDAPATNYA...
TIBA MUSIM.. CARILAH LOKASINYA...
DIBUAT SAMBAL... AMBOI ENAKNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putarjaya,
Malaysia.
(11 Ramadan 1440H).
Dikemaskini pada 11 Oktober 2025.






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.