Menanam terung bulat hampir sama amalan pengurusannya dengan amalan agronomi penanaman terung panjang jika di lakukan secara komersil. Petani boleh menanam terung bulat di atas tanah atau di atas batas secara konvensional dan komersil akan tetapi teknologi tentang penanaman terung secara fertigasi di laporkan semakin popular. Kaedah tanaman fertigasi secara biar=sa atau fertigasi gantung dilihat lebih popular masa ini. Penulis blog selalu biuat tinjauan bagaimana penanaman terung di lakukan secara fertigasi gantung di Pahang dimana ia lebih produktif, elakan banjir musim tengkujuh dan selalu menguntungkan. Dilaporkan terdapat beberapa jenis terung bulat termasuk terung hijau bulat (yang juga dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai eggplant) dan Terung Bulu (Solanum ferox) ada di tanam. Dalam pada itu terdapat juga jrnis lain iaitu 'Terung Telur' yang berbentuk hampir seperti telur itik atau ayam kampung dan berwarna putih. Kebanyakan terung ini ianya boleh dimakan sebagai ulam, digoreng dengan belacan, atau dimasak dalam pelbagai cara kegemaran lokal. Ada beberapa kelainan yang ada pada Terung Bulu sebab dilihat ciri pada buanya ia mempunyai bulu. Apa yang terjadi dimana jenis ini semasa buahnya muda berwarna hijau dan krmufian akan bertukar menjadi kuning kemerahan apabila masak. Ada yang dakwa jika isinya rasa masam manis dan ia boleh juga dijadikan minuman berubat atau dimasak kari. Apa pun di Thailand dimana jenis terung bulu ini di gunakan sebagai ramuan sos pula. menarik di mana ada testimoni menyyatakan jika didalam perubatan Melayu terung ini didakwa dapat mengubati masalah cacing dan air rebusannya boleh merawat luka, lebam, gatal-gatal, dan sifilis. Berlainan pula dengan jenis Terung Telur (Solanum melongena) uyang dilihat bentuknya adalah bulat dan berwarna putih seakan seperti telur itik atau ayam kampung. Apa pun terung telur agak semakin kurang di jual di pasar dimana ia sesuai dimasak sambal, tumis pedas atau dalam kari. Varieti terung bulat adalah sejenis terung yang berbentuk bulat atau oval, dengan kulit berwarna ungu atau hijau dan isi yang lembut. Ia juga dikenali sebagai terung teluk di sesetengah kawasan dan biasanya digunakan dalam masakan seperti kari dan sambal. Ciri-ciri fizikal: Terung bulat mempunyai saiz diameter sekitar 15-25 cm, bergantung pada varietinya. Kulitnya boleh berwarna ungu atau hijau, manakala tangkainya berwarna hijau. Kegunaan masakan terung ini adalaj ia sangat sesuai untuk dimasak dalam kari, sambal, dan tumisan pedas. Apa pun di kebun dari pengalaman penulis blog dimana aspek penjagaan tanaman terung bulat dari beberapa varieti seperti terung bulat yang berwarna ungu adalah agak sukar untuk dijaga berbanding terung panjang (Sila lihat foto dibawah sekali). Apa pun teknik menanam terung bulat adalah sama dengan jenis terung varieti lain seperti terung telur yang dilaporkan ia lebih mudah untuk ditanam dan di jaga.
Penanaman terung bulat perlu di jalankan dengan penyediaan kawasan [enanaman (sama ada diatas tanah atau batas atau secara fertigasi) dan aktiviti menyemai benih di dulang semaian. Anak benih disemai dan bila sudah capai piawaian ini ia kemudian pindahkan. Biasanya anakbenih yang berumur tiga (3) minggu sudah sesuai dipindahkan kekebun atau didalam pasu atau batas tanaman yang mempunyai saliran baik. Pastikan lokasi tanaman terung dikawasan terbuka dengan mendapat cahaya matahari penuh atau maksiman dengan diberikan baja asas sebelum menanam dan baja foliar yang mencukupi dan air juga di berikan dengan kekerapan untuk pertumbuhan yang subur. Sesiapa yang berminat menanam terung bulat didalam pasu untuk kawasan keliling rumah sebaiknya menggunakan pasu atau bekas sesuai bersaiz besar iaitu pasu bersaiz 30cm diameter atau gunakan polybag besar. Campurkan media tanaman dari bahan tanah, sekam dan kompos serta baja organik kandang dengan nisbah seimbang (contohnya 1:1:1) atau tanah dan baja kandang (1:1) atau bagi sistem fertigasi menggunakan media cocopeat baru atau cocopeat terpakai yang telah di rawat dulu. Di bahagian bawah pasu sesuai di tambahkan sedikit pecahan bata di dasar pasu untuk saliran yang baik dan tidak tersumbat. Semasa memindahkan anak benih di lakukan dengan berhati-hati ke pasu atau diatas batas tanaman dikebun yang sudah disediakan. Perlu dipastikan dimana daunnya berada di atas tanah dan tidak terbenam dalam media tanaman sebab akan merosakkan. Amalan penjagaan di lakukan mengikut amalan agronomi penanaman terung dimana kemudian sesuai di berikan sokongan. Sokongan ini boleh meletakkan batang penyokong seperti buluh atau paip diikat pada belakang anakbenih dan ikat dengan lembut. Pembajaan dijalankan dengan menaburkan baja kompos atau baja sebatian NPK 15:15:15 (tumbesaran) dan baja NPK 12:12:17:2 (baha buah) dengan kadar sedikit dulu dan diletakkan di sekeliling anakbenih dan perlu ianya dijauhkan sedikit dari batang. Meletakkan sungkupan sesuai di jalankan seperti daun kering, rumput kering atau sabut kelapa di sekeliling pokok untuk menjaga kelembapan tanah dan membekalkan nutrien tambahan apabila semuanya mereput. Proses penyiraman dilakukan selepas menanam dengan banyak dan dilakukan dengan kerap agar tanah sentiasa lembap tetapi tidak bertakung. Pastikan tanaman di letakkan dibawah sinaran penuh matahari sebab pokok terung memerlukan cahaya matahari penuh atau separuh untuk pertumbuhan yang baik. Boleh diberikan baja tambahan setiap dua minggu sekali dengan menaburkan baja NPK sebatian seperti dijual di pasaran. Aktiviti kawalan perosak dilakukan sepanjang masa dengan mendiagnos simptom serangan serangga perosak dan ambil langkah kawalan yang sesuai.
Buah terung bulat mempunyai pelbagai khasiat yang di nyatakan melalui kajian. Terung bulat dilaporkan antara khasiatnya termasuk dapat Membantu mengawal tekanan darah tinggi, Mengurangkan risiko penyakit jantung dan Melancarkan sistem pencernaan. Ia juga kaya dengan bahan antioksidan yang boleh melawan sel kanser, Vitamin C untuk imuniti badan dan serat untuk melancarkan pembuangan air besar. Selain itu kajian mendapati jika pengambilan terung boleh membantu untuk mengawal kadar gula dalam darah dan mengurangkan berat badan. Apa pun kajian laporkan jika khasiat utama terung Bulat adalah ia boleh membantu mengawal tekanan darah apabila zat mineral kalium (K) didalamnya akan membantu menstabilkan tekanan darah dengan menyeimbangkan tahap natrium dalam tubuh. Sayur inii dilaporkan juga ia akan bentu untuk Melancarkan sistem pencernaan sebab kandungan zat serat yang tinggi dalam terung membantu melancarkan proses pencernaan, mencegah sembelit dan ia mampu untuk terus menggalakkan pertumbuhan bakteria baik di usus. Seterunya khasiat terung bulat adalah ia mampu melawan penyakit dan melindungi sel: Terung sayuran yang kaya dengan antioksidan sepert Nasunin dan Asid Klorogenik memang ia membantu melawan sel kanser dan melindungi sel otak daripada isu kerosakan. Pali ramai belum tahu jika makan terung ini akan dapat Menjaga kesihatan jantung sebab bahan Antioksidan dan serat dalam terung dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Ia juga akan Membantu mengawal gula dalam darah sebab terung mengandungi serat dan polifenol yang boleh membantu mengurangkan penyerapan gula dan meningkatkan insulin, membantu mencegah penyakit diabetes. Khasiat selanjutnya adalah ia Menjaga kesihatan tulang dimana kandungan mangan yang tinggi dalam terung menyumbang kepada kesihatan tulang yang lebih baik dan akan juga Meningkatkan imuniti sebab terung mengandungi vitamin C yang merangsang pengeluaran sel darah putih untuk melawan jangkitan dan meningkatkan daya tahan tubuh. Seterusnya khasiatnya adalah akan Menyumbang kepada penurunan berat badan sebab sebagai makanan yang rendah kalori dan tinggi serat, terung sesuai untuk individu yang ingin menurunkan atau mengekalkan berat badan. Apa pun cara makan terung ini dimakan secara berpatutan dan jangan berlebihan. Semuga artikel ini memberi info menarik kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BERBAGAI JENIS...BANYAK KHASIATNYA...
TANAM SENDIRI...DALAM PASU DI JAGA...
MASAK SAMBAL... DALAM KARI ENAKNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(30 Jamadilakhir 1447H).






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.