Agak kurang di ketahui akan ilmu asas bagaimana cara untuk membuat sos tiram buatan sendiri di Malaysia sebab membelinya lebih mudah, senang disimpan, ada jaminan kualiti dan enak rasanya. Bagaimana pun mungkin ada pengguna yang tidak suka dengan jenis produk sos tiram yang ada dipasaran sebab ancaman kualiti dan kesihatan. Dikongsikan akan cara mudah membuat sos tiram sendiri iaitu pertama sekali adalah merebus kulit dan kepala udang selama sejam atau hingga air menyusut separuh. Pastikan menggunakan udang yang masih segar sebagai bahan asasnya. Apa pun kemudian setelah di rebus kepala udang ini maka boleh ianya ditapis dan dikisar hingga hancur menggunakan blender. Rebus semula bahan kisaran tersebut dan di masukkan gula organik dan garam sebelum di matikan api dan ditapis lagi untuk tekstur lembut. Langkah seterusnya adlah memasukkan bancuhan tepung ubi atau pun bahan tepung jagung sambil dikacau hingga likat sebelum ditutup api. Perlu di cari bahan asas membuat sos tiram iaitu kulit dan kepala udang, gula organik, garam himalaya, tepung ubi atau tepung jagung dan alatan sesuai. Cara-cara akan saya ulani iaitu dimulakan dengan merebus bahan utamanya iaitu rebus kulit dan kepala udang menggunakan api kecil selama kira-kira satu jam atau hingga airnya tinggal separuh sahaja dan kemudian ia di kisar halus dan dan tapis lagi. Air tapisan ini atau air rebusan dimana kemudian di kisar kulit dan kepala udang yang telah direbus hingga hancur. Seterusnya di masak semula dan dimasukkan semula bahan yang dikisar ke dalam periuk dan di tambahkan gula organik dan garam himalaya secukupnya. Kemudian ditapis untuk kelembutan adunan dan ditapis semula air rebusan ini untuk mendapatkan sos tiram yang lebih lembut. Kemudian ia dibancuh dan perlu di pekatkan dimana boleh disediakan bancuhan tepung ubi atau tepung jagung. Kemudian ia dimasukkan ke dalam sos sambil dikacau sehingga sos menjadi likat dan sos tiram buatan sendiri sudah siap unutuk di gunakan dan dimatikan api setelah sos mencapai kepekatan yang diingini. Sos tiram buatan sendiri akan memberikan rasa lebih enak daripada sos toram komersil yang banyak garam, karamel dan mungkin ada bahan tiruan.
Memang sudah diketahui umum jika produk sos tiram sudah lama ia popular digunakan sebagai penambah rasa yang popular dalam masakan Asia. Bahan sos tiram ini akan memberikan rasa lemak dan masin yang unik serta mampu bagi membangkitkan rasa umami dalam masakan. Ia sesuai digunakan dalam pelbagai cara seperti untuk menumis sayuran, perapan daging, sebagai sos pencicah, atau dicampurkan ke dalam mi goreng dan sup. Mengetahui akan cara dan jenis pegunaan sos tiram dalam masakan berlainan mengikut resepi, citarasa pengguna dan juga cara masakan dan hidangan. Paling sering digunakan dimana selalunya sos tiram sering digunakan iaitu dalam tumisan sayuran untuk menyerlahkan rasa masakan. Antara masakan tumis yang paling penulis blog suka makan adalah Masakan Kailan Sos Tiram yang enak sekali di makan dengan nasi putih atau nasi ayam. Memasak sendiri resepi kailan tumis sos tiram perlu disediakan bahan-bahan iaitu sebanyak 5 - 6 pokok kailan (asingkan batang dan daun), 1 biji bawang merah (perlu di hiris), 2 ulas bawang putih (hiris),
1 sudu besar ikan bilis, 3 sudu besar minyak masak, 2 sudu besar sos tiram, garam atau serbuk perasa secukup rasa dan juga 1/2 cawan air2 biji cili api merah (perlu dihiris). Cara-cara memasaknya adalah dengan memanaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis hingga garing. Kemudian di masukkan sos tiram dan serbuk perasa. Kacau sebati dimana ia kemudian tambahkan air dna dibiarkan sos mendidih. Seterusnya dimasukkan batang kailan dan kacau. Kemudian masukkan daun kailan dan cili api dan dikacau lagi sehingga sebati. Apa pun setelah semua masak sekata maka boleh di tutup api dan hidangkan untuk di nikmati dengan nasi. Sos tiram sering di gunakan sebagai bahan perapan untuk daging seperti ayam atau lembu sebelum dimasak. Ia juga digunakan sebagai sos pencicah apabila produk sos tiram juga sesuai untuk dijadikan sos pencicah bagi pelbagai jenis makanan. Dalam masakan mee goreng dan sup dimana ia juga merupakan bahan asas yang penting untuk memberikan rasa yang kaya dalam hidangan seperti mi goreng dan sup. Ia akan membangkitkan rasa enak dan tambah selera makan walaupun hanya digunakan dalam kuantiti yang sedikit tetapi bahan sos tiram dipastikan ia dapat meningkatkan dan memekatkan rasa masakan dengan ketara.Seterusnya bagi penggemar sos tiram perlu tahu akan beberapa perkara atau aspek jika ia memberi kesan negatif terhadap kesihatan. Ini berpunca daripada ada kandungan garam, gula, dan lemak yang tinggi digunakan didalam sos tiram ini dilaporkan isu ini ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, obesiti, dan penyakit jantung. Pengguna juga perlu berhati-hati kerana sesetengah sos tiram mungkin mengandungi bahan tambahan seperti MSG dan terdapat juga jenis sos tiram palsu yang tidak mengandungi ekstrak tiram langsung. Pengguna juga apa yang penulis blog sarankan memilih produk yang mempunyai kandungan bahan yang jelas dan diperakui halal untuk memastikan keselamatan. Penting memahami dimana ada kesan kepada kesihatan akibat kes ambil garam secara berlebihan sebab pengambilan garam yang tinggi boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan risiko angin ahmar. Aspek lain dimana jika ambil bahan lemak dan gula berlebihan dimana bahan kandungan lemak dan gula yang tinggi boleh meningkatkan risiko obesiti, penyakit jantung koronari, dan diabetes. Penulis blog jarang ada stok Monosodium Glutamate (MSG) di rumah sebab tidak mahu menggunakannya. Kebanyakan sos tiram mengandungi bahan tambahan MSG yang boleh menjadi masalah kepada siatem kesihatan sesetengah individu yang sensitif. Awas dengan bahan sos tiram palsu dimana ada sesetengah produk yang dipasarkan sebagai sos tiram sebenarnya tidak mengandungi ekstrak tiram tetapi hanya menggunakan perasa dan serbuk cendawan sahaja. Perlu sentiasa memilih sos tiram yang selamat dengan membaca label terutama pada kenyataan seperti kandungan bahan-bahan yang digunakan. Pastikan ia mengandungi ekstrak tiram sebenar sekiranya anda mencari rasa tiram yang asli. Pilih sos tiram yang pasti ia bebas dari bahan MSG sebab jika pengguna agak sensitif terhadap MSG adalah di syorkan untuk membeli sos tiram yang bebas daripada bahan ini. Periksa juga status logo halal yang sah bagi menjamin keselamatan dan kualiti produk.Pilih jenama yang dipercayai dengan memilih jenama yang telah lama dipercayai dan mempunyai reputasi baik di pasaran. Penulis juga suka makan cendawan masak sos tiram sebab ia enak dan berkhasiat (Sila lihat foto disebelah). Ia mudah di masak dengan bahan yang ada di jual.
Sesekali pekena makanan sizzling mee claypot di restoren ata ada juga mencuba memasaknya sendiri di rumah. Apa pun untuk membuat mee sizzling claypot dengan sos tiram ianya disediakan melalui caramentumis bahan-bahan seperti bawang putih, halia, dan cili kering, kemudian masukkan ayam dan perasakan dengan sos tiram, kicap, kiub ayam, garam, dan gula. Masukkan cendawan, tuang campuran tepung jagung dan air untuk memekatkan kuah, kemudian tuang di atas mee yang sudah digoreng atau direbus dalam claypot bersama sayur dan telur. Di luar sesekali ujirasa Yee Mee Sizzling Claypot yang enak juga dan mengenyangkan. Bagi memasak perlu disediakan bahan-bahan perlu iaitu 2-3 paket mee kering (yee mee), 500g isi ayam, potong kecil, 4 ulas bawang putih yang di cincang, 1 inci halia (dihiris atau ketuk), 8-10 tangkai cili kering (dipotong dua dan dibuang biji jika mahu kurang pedas), 1 mangkuk cendawan shitake atau cendawan lain (dihiris), 1 ikat sayur bok choy atau sawi jepun, 2-3 biji telur dan bahan minyak untuk menumis. Bagi bahan untuk kuah disediakan 4 sudu sos tiram, 3 sudu kicap cair, 3 sudu kicap manis, 1 sudu kicap pekat (untuk warna), 1 kiub ayam atau 1 sk pati ayam, 1.0 -1.5 liter air, 3 sudu tepung jagung dengan sedikit air (untuk memekatkan), 1 sudu kecil serbuk lada hitam, gula dan garam secukup rasa dan juga bahan 1 sudu minyak bijan (pilihan). Cara-cara masak dengan merebus atau goreng mee sehingga lembut mengikut arahan bungkusannya dan diketepikan. Kemudian di tumis bahan tumisan dengan memanaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, halia, dan cili kering hingga wangi. Masukkan ayam dan masak sehingga bertukar warna dan dimasukkan bahan kuah: Tambahkan sos tiram, kicap cair, kicap manis, kicap pekat, kiub ayam, serbuk lada hitam, gula, dan garam dan dituang air dan kacau rata. kemudian dimasukkan bahan cendawan dan dimasukkan hirisan cendawan dan biarkan mendidih. Cara pekatkan kuah dengan mencampurkan tepung jagung dengan sedikit air dan kemudian tuang ke dalam kuah sambil kacau cepat hingga kuah menjadi pekat. Tambahkan minyak bijan jika suka dan dimatikan api. Makanan enak ini sedia dan dihidangkan dengan memanaskan claypot dan dimasukkan mee yang sudah direbus atau digoreng bersama sayuran dan tuangkan kuah mendidih ke atasnya. Pecahkan telur di tengahnya dan ia sedia untuk dihidangkan panas dan di nikmati (Sila lihat foto do bawah sekali). Artikel ini di tulis dalam dua (2) segman initu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.