Support My Blog

Friday, November 21, 2025

FAKTA PASAL BUNGA KEMBOJA

FAKTA PASAL BUNGA KEMBOJA
(Plumeria rubra) iaitu sejenis bunga dan ia merupakan tumbuhan dari keluarga Apocynaceae yang mudah tumbuh dinegra kita Malaysia akan di kupas kali ini. Pokok Bunga Kemboja dalam masyarakat Melayu di Malaysia sering ditanam dikawasan tanah perkuburan Islam sejak zaman dahulu dan ini mungkin disebabkan bau harum serta pokok ini mudah ditanam dikawasan tanah perkuburan dan ianya mudah tumbuh sama seperti pokok bunga lain. Penanaman pokok kemboja sebagai tanaman hiasan keliling rumah dan juga ditanam disepanjang jalan dikampong tradisional yang dilakukan bagi tujuan landskap. Tanaman ini sebenarnya berasal dari Amerika Tengah dan dibawa masuk kenegara kita oleh penjajah zaman kolonial. Bunga ini diberi nama Plumeria dari seorang saintis berbangsa Perancis yang mengkaji mengenai bunga ini iaitu Charles Plumeria. Bunga ini sememangnya banyak ditanam dikawasan ibadat diseluroh dunia seperti di Kuil, Pagoda (banyak saya lihat di Myanmar, Vietnam, Thailand), Masjid dan rumah ibadat lain. Pokok Bunga Kemboja adalah jenis pokok yang lasak dan tumbuh menegak dengan banyak cabang serta dipercayai mampu untuk tumbuh lama sehingga ratusan tahun. Mungkin itulah sebabnya orang dulu suka tanam dikawasan kubur kerana bau wanginya dan ianya akan jadi tanda sebagai tanah kubur berpuloh-puloh tahun. Pokok ini mampu tumbuh setinggi 7-8 meter dengan daun berwarna hijau rimbun dan bunga yang berwarna pink, putih dan kuning yang terang atau kombinasi diantaranya dan mengeluarkan bau atau aroma yang wangi. Lazimnya pokok kemboka di negara kita adalah sekitar ketinggaian 1.0 - 2.5 meter sahaja jika sering dibuat cantasan. Batang pokok kemboja berwarna coklat kelabu dengan ada ruas-ruas yang jelas dan bukan dari jenis yang berkayu keras. Batangnya akan mengeluarkan getah putih jika dilukakan atau keluar cairan jernih yang menyebabkan rasa gatal-gatal pada kulit sesetengah orang. Daunnya berwarna hijau yang berkelompok rapat pada hujung dahan , bertangkai panjang , memanjang dan hujung yang tirus tajam. Ukuran daun sekitar 20-40 cm panjang dan 5-12 cm lebar. Bunganya berkumpul dibahagian hujung ranting dengan kelopak yang agak kecil serta mempunyai mahkota berbentuk corong dengan sisi dalamnya berambut dengan warna agak putih, kuning atau merah. Lazimnya bunga kemboja berbau harum tetapi ada juga yang tidak berbau langsung. ini yang menyeramkan waktu malam dikawasan kubur!. Artikel pada tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan beberapa fakta mengenai bunga kemboja sebagai ingatan selepas mengunjungi negara ASEAN iaitu Kingdom Of Cambodia untuk bahan rujukkan semua.


Bagi penulis blog yang meminati melihat dan ada menanam beberapa jenis pokok bunga kemboja mendapati tanaman ornamental ini banyak seninya. Menarik jika ada menanam tumbuhan hiasan yang berikan 
haruman tersendiri seperti jenis pokok kemboja dimana ia turut menjadi pilihan penulis blog dan orang ramai ramai sebagai penggemar lain. Tanaman kerana ia mudah dijaga dan mampu mengeluarkan bunga pelbagai warna seperti kuning, putih dan merah jambu. Pokoknya mampu membesar sehingga 7 meter tinggi dan tumbuh dengan lebat sehingga membuatkan kawasan persekitaran kelihatan sangat berseri meskipun daripada jauh dimana aktiviti penjagaannya juga tidak terlalu rumit kerana ia hanya perlu disiram setiap hari khususnya pada hari yang panas. Bagi penulis blog penggunaan baja kimia larut mudah juga untuk digunakan selama 3 bulan sekali untuk memastikan pokok ini sentiasa sihat. Apa pun selain dijadikan pokok rendang, sesetengah penggemar tanaman turut menjadikan tanaman kemboja dalam bentuk pokok bonsai. Disamping bunga melur memang pokok bunga kemboja berwarna putih juga sering dijumpai ditanam di kawasan perkuburan kerana baunya yang harum memberikan senario khusus kubur Islam di Malaysia. Perlu juga dikongsikan akan beberapa jenis Bunga Kemboja atau dalam bahasa Inggeris ia disebut sebagai Frangipani atau Plumeria dimana bergantung kepada jenis, bunga kemboja mempunyai nama saintifik yang berbeza. Berikut merupakan antara jenis kemboja yang popular untuk di jadikan rujukkan. Pertama adalah jenis Plumeria rubra iaitu sejenis kemboja yang sangat terkenal dan boleh dijumpai dalam pelbagai warna seperti putih, kuning, jingga, merah dan merah jambu terang. Kedua adalah jenis Plumeria alba iaitu ia sejenis bunga plumeria berwarna putih dengan sentuhan kuning pada tengah kelopaknya. Ketiga adalah jenis Plumeria obtusa atau ia juga dikenali sebagai 'Singapore plumeria' atau nama 'Singapore Pink'. Bentuk kelopaknya lebih bulat berbanding Plumeria rubra, dan pohonnya tidak terlalu tinggi berbanding jenis plumeria lain. Keempat adalah jenis Plumeria pudica dimana ia juga turut dikenali sebagai 'Bridal Bouquet' dan menghasilkan bunga berwarna, putih atau krim dengan dilihat bahagian tengah berwarna kuning. Dalam beberapa kes  tanggapan dimana bunga kemboja ini atau bunga frangipani melambangkan 'persahabatan'. Sebagai contoh di GHawa ada laporkan jika bunga ini sering dikumpul dan disusun untuk dijadikan kalung yang dikenali sebagai 'Le'i. Kalung bunga ini sering diberikan sebagai tanda alu-aluan kepada tetamu yang berkunjung di Hawai sebagai adat lazim. Pada masa yang sama dilaporkan yang ia juga melambangkan nasib yang baik dan panjang umur. Dalam kes lain di Pulau Carribean ada kes dimana bahagian kulit pokok kemboja sering diambil dan ia kemudian digunakan sebagai diuretik. Wanita yang tinggal di kebanyakan kepulauan Pasifik khususnya etnik Polynesia pula sering menggunakan bunga kemboja untuk melambangkan status diri dengan memakainya di kepala atau telinga dsn drnsgsinys. Sekiranya kuntuman bunga ini diletakkan di telinga kanan, ini bermakna wanita tersebut masih bujang dan jika bunga kemboja diletakkan di telinga kiri maka ini bermaksud wanita tersebut sudah berkahwin. Bagi penulis blog pula tahu yang tumbuhan ini sering ditemui di negara tropika dimana ia mempunyai warna sinonim dengan matahari terbenam dan ia juga sering dikaitkan dengan musim panas. Selalunya pokok kemboja juga berbunga hampir sepanjang tahun di negara bersuhu panas termasuk Malaysia. Bunga kemboja apa yang di laporkan adalah merupakan bunga kebangsaan bagi negara Laos yang penulis blog ada kesana sebanyak 3 kali. Di negara tersebut dilihat yang bunga ini dikenali sebagai 'Dok Jampa' dan melambangkan keikhlasan dan kebahagiaan dalam hidup.  Tanaman ini mempunyai cara penjagaan yang mudah serta penghasilan bunga yang cantik dan berbau harum dimana memang tidak hairanlah mengapa negara kemboja mempunyai ramai peminatnya. Di kawasan taman rekreasi dimana pokok ini sesuai untuk dijadikan pohon rendang dan mampu meneduhi sesuatu kawasan dan cantik bunganya.


Mempunyai pokok bunga yang ada banyak jenis warna dan jenisnya memang menarik di jadikan rujukkan. Kini sudah ada cara atau t
eknik jika di buat ia akan pasti menjadi untuk menghsilkan Pokok Kemboja Pelbagai Warna. Memang ada yang biasa dengar pokok bunga kertas di kahwinkan untuk menghasilkan pelbagai rona bunga dalam satu pokok. Tetapi masih agak jarang sekali didengar pokok kemboja atau pokok frangipani melakukan proses seperti ini. Aktiviti cantuman atau grafting bagi pokok kemboja banyak dilakukan di beberapa negara-negara sub-tropika dimana selain menghasilkan bunga yang berwarna warni di dalam satu pokok dilihat ia berupaya mempercepatkan penghasilan bunga. Seering juga melihat dimana kes pokok bunga kemboja yang masih muda mampu ia menghasilkan bunga yang keluar di peringkat awal. Apa pun memang terdapat pelbagai teknik sebenarnya untuk cantuman kemboja dan antaranya adalah 'Teknik Wedges Cut Graft' yang dicadangkan lebih mudah dan 90% berjaya. Apa pun perlu disediakan bahan dan peralatan membuatnya dimana mesti disediakan 'Pokok Penanti' iaitu sebatang pokok dipilih cantuman yang bersesuaian. Dediakan juga papan untuk memudahkan potongan, pisau pemotong betul-betul tajam dan bersih, tisu, cable tight, rubbing alcohol, medical tape serta bahan duct tape. Cara-cara membuatnya dengan memilih batang yang akan dijadikan cantuman dan dipastikan ia bebas dari penyakit, sihat dan mempunyai saiz yang hampir sama dengan batang penanti. Kemudian lap pada batang penanti dan dahan cantuman dengan rubbing alcohol untuk tujuan ia memastikan ia bebas dari sebarang bakteria dan penyakit dengan menggunakan tisu. Seterusnys di 'suai padankan' akan batang cantuman dengan penanti untuk mendapatkan ukuran yang bertepatan untuk cantuman. Seterusnya dengan menggunakan blok kayu untuk memudahkan perlu dipotong batang penanti yang akan dilakukan cantuman dan pastikan potongan yang dilakukan tegak. Sediakan pula tempat cantuman dibatang penanti dengan membuang separuh dari bahagian cantuman  dimana panjang batang yang perlu dibuang adalah 2.5-3 inci dari potongan asal. Sebagai petua dimana melalui potongan ini, cantuman bukan sekadar bersentuh di bahagian sisi, malah di dasar batang. Secara tidak langsung ia menjadikan cantuman lebih stabil dan cepat bercantum. Buat keratan yang sama pada batang cantuman dan dengan menggunakan cable tight untuk mengukuhkan kedudukan cantuman buat sementara waktu dan balutkan dengan medical tape pada sekitar kawasan cantuman. Seterusnya boleh dibuang ikatan cable tight semantara tadi dan sambung dengan melekatkan medical tape pada bahagian cantuman yang lain. Kemudian di balutkan pada keseluruhan bahagian cantuman yang telah ditutupi oleh medical tape dengan duct tape bagi mengelak hidrasi dan basah dan diikat semula dengan cable tight untuk tujuan akan mengukuhkan cantuman. Akhir sekali dimana tutup cantuman dengan plastik untuk mengekalkan kelembapan. Setelah 10 hari maka plastik yang membalut cantuman, cable tight dan duct tape perlu di buka untuk memberi ruang bahagian cantuman bernafas. Kebiasaannya dimana jika duct tape dan cable tight di biarkan terus, ia akan merosakkan bahagian cantuman dan akan mengakibatkan kegagalan. Ulang sekali lagi latihan ini sehingga berjaya mencantumkan pokok bunga kemboja dari beberapa jenis seperti para di atas.


Beberapa fakta menarik mengenai pokok bunga kemboja dimana ia mempunyai banyak nama di seluruh dunia. Ada yang memanggilnya sebagai Pokok Bunga Kemboja (Malaysia), Frangipani, Semboja, Bunga Kubur, Camboja, Baraapi, Red Frangipani, Pagoda Tree, Red paucipan, Temple tree, Red Jasmine, Graveyard tree, Hawaiian Lei Flower, Jasmine of Jamaica, Jasmin Manga, Yasmi Hindi, Ji dan Hua,Kang Nai Xin, Lirio colorado, frangipanier, Dolochampo, Kshira champa, Dolachin, Arali, Kallim andarai, Vadaganneru, Kamoja, Champei, Kachuchi, La;asusi, A;heli dan Araliya dengan nama saintifiknya adalah Plumeria rubra Linn. Bagi penulis blog p
okok Bunga Kemboja dalam masyarakat Melayu di Malaysia sering dan ada ditanam dikawasan tanah perkuburan Islam sejak zaman dahulu dan ini mungkin disebabkan bau harum serta pokok ini mudah ditanam dikawasan tanah perkuburan dan ianya mudah tumbuh sama seperti pokok bunga lain. Apa pun selalunya  pokok Bunga Kemboja adalah jenis pokok yang lasak dan tumbuh menegak dengan banyak cabang serta dipercayai mampu untuk tumbuh lama sehingga ratusan tahun. Mungkin itulah sebabnya orang dulu suka tanam dikawasan kubur kerana bau wanginya dan ianya akan jadi tanda sebagai tanah kubur berpuloh-puloh tahun. Bunganya berkumpul dibahagian hujung ranting dengan kelopak yang agak kecil serta dilihat ia mempunyai mahkota berbentuk corong dengan sisi dalamnya berambut dengan warna agak putih, kuning atau merah. Apa pun lazimnya bunga kemboja berbau harum tetapi ada juga yang tidak berbau langsung dimana dalam kes ini yang ianya lebih menyeramkan waktu malam dikawasan kubur agaknya sebab takut dengan hantu. Dalam merujuk beberapa laporan kajian dimana daa\lam dunia perubatan ada beberapa testimoni atau fakta menarik tentang bunga kemboja. Di India, tumbuhan itu digunakan sebagai ubat untuk cirit-birit dan untuk mengubati gatal-gatal. Bahagian kulit kayu digunakan untuk penyakit dropsy, gonorea, disuria seperti amalan di lakukan penduduk lokal di Jawa dan Madura. Susu getahnya ada di laporkan ia sesuai digunakan untuk merawat masaalah kudis dan sakit gigi. Boleh disapukan rebusan yang diperbuat daripada daun untuk retak, letusan pada tapak kaki yang pecah. Membuat seperti pes yang diperbuat daripada daun digunakan sebagai tuam untuk bengkak. Infusi yang diperbuat daripada bunga digunakan sebagai kosmetik di Thailand.
Daun dan kulit kayu digunakan untuk merawat masaalah seperti kes tumor perut, reumatik dan masaalah keradangan. Kemudian pada bahagian pucuk dan bunga berguna untuk merawat serangan penyakit Malaria. Dilaporkan jika air rebusan bunga kemboja akan digunakan untuk diabetes di Mexico. Frangipani digunakan untuk merendahkan sakit senggugut dan mengelakkan pengsan akibat strok haba atau pendedahan matahari. Apa pun untuk kesakitan akibat gigi berlubang, letakkan beberapa titis sap dengan menggunakan kapas dan letakkan kapas pada gigi yang sakit. Gunakan satu hingga dua kali sehari. Dalam pada itu bagi menyembuhkan nanah kencing manis maka direbus dua cawan air dengan sekeping akar pokok Frangipani. Kemudian diambil herba ini sebanyak satu cawan sekali sehari. Sebaiknya di tuam daun yang dipanaskan membantu untuk bengkak. Gunakan pada daunnya sebagai rokok untuk disedut. Kulit kayu yang dikikis digunakan untuk merawat kudis dan luka akibat ikan berbisa.
Tuam yang diperbuat daripada daun digunakan untuk merawat bengkak otot. Getahnya digunakan untuk merawat sengatan lebah, tebuan dan gigitan lipan. Dilaporkan yang getah dari pokok Frangipani boleh digunakan untuk menghilangkan tahi lalat dan ketuat. Dalam kes rawatan sakit gigi diidakwa getah pokok disapu pada tempat yang sakit. Dalam kes masaalah ketumbuhan pula bahagian batang kemboja adalah salah satu bahan yang digunakan dalam ramuan perubatan, biasanya dihasilkan dalam bentuk kapsul. Semuga semua fakta ini menambah ilmu pengetahuan pembaca bloh semua. Wasallam!....
POKOKNYA CANTIK... POKOK KEMBOJA...
MUDAH DI TANAM...IA SENANG DI JAGA...
PELBAGAI WARNA...CANTUM SAHAJA...
MEMBACA ARTIKEL... INGIN TANAMNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka, 
Malaysia.
(19 RabiulAkhir 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...