Bagi penulis blog yang suka dengan makanan capati terutama untuk sarapan pagi memang kerap juga memakannya. Makanan capati ada di jual dibanyak gerai dan restoren yang di hidangkan dengan pelbagai kuah dan lauk lazat. Apa pun makanan capati ialah roti prata yang tidak beragi yang dipercayai ia juga berasal dari India, Pakistan dan Nepal tetapi kini sudah ramai orang Melayu yang membuatnya dan di jadikan kuliner lokal. Asasnya ia dibuat daripada bahan iaitu tepung gandum dan air (atau tepung attar) dan ia kemudian dibakar atau di goreng (tanppa minyak) di atas kuali kering dan sering dimakan dengan disapu mentega atau minyak sapi. Di Malaysia dimana makanan capati selalunya di makan dengan kuah dal atau kuah kari akan tetapi padanan yang paling popular adalah Kari Kambing. Ada juga yang akan memakannya sengan kari aya, kari daging, kari tetel atau rendang serta sambal. Kalau melihat youtube memang makanan seakan caati ini dijadikan makana asasi atau 'staple food' di beberapa negara kawasan Asia Tengah dan sekitarnya. Sealunya membuat capati di sediakan bahan seperti sejenis tepung gandum (sering kali atta) dan air, garam dan sedikit atau minyak juga boleh ditambah semasa mengadun. Cara pembuatan capati dengan membuat doh dahulu di mana bahan tepung diuli menjadi doh dan ia kemudian dibentuk menjadi cakera pipih dan bentuk bulat. Doh ini yang sudah di leperkan akan kemudiannya dibakar iaitu di atas kuali leper yang dipanaskan tanpa minyak atau ada kalangan peminatnya bubuh sedikit minyak. Penulis blog suka makan capati sama ada cara menyapu dengan mentega atau minyak sapi dan dikoyak untuk mencuit lauk-pauk atau jenis hidangan sayuran. Ia juga boleh dilipat sehingga bentuknya seakan seperti 'bentuk kon' untuk menyenduk kuah dan dimakan jika kuahnya lebih cair. memang capati adalah makanan ruji dan sering dijadikan alternatif kepada nasi di beberapa buah negra dimana selalunya ia sering dihidangkan pada waktu sarapan. Lazimnya jenis capati merupakan sejenis roti gandum lembut yang tradisional dimana ia biasanya akan dimakan dengan kari, sambal atau sayuran. Terdapat juga beberapa jenis capati yang popular seperti capati bersaiz dulang yang lebih besar dan mengenyangkan (Sila lihat foto paling atas sekali). Apa pun jenis capati tradisional yang lebih biasa yang disajikan dengan kuah (Sila lihat foto disebelah). Capati Tradisional: Roti gandum lembut yang biasanya sesuai disajikan dengan kuah seperti kari, sambal, atau sayuran. Ada gerai viral di Alor Gajah, Melaka menjual makanan Capati King (bersaiz dulang) dimana versi saiznya yang lebih besar dan mengenyangkan, dihidangkan seperti makanan istimewa atau hidangan kongsi. Harga capati berbeza-beza bergantung pada jenis lauk dan saiz. Sebagai contoh di Melaka harga satu keping capati dengan kuah dhal berharga serendah RM1.00 manakala set yang mengandungi dua keping capati dengan kuah daging cincang atau sardin berharga RM6.50 - RM9.00 dan set lima keping capati dengan kuah yang sama berharga RM11.00. Tinjauan penulis blog di Melaka juga harga capati dengan lauk kambing sekitar RM7.00 (seorang), harga bagi capati dengan lauk keema RM5.00 (seorang) dan harga bagi makanan capati dengan lauk ayam adalah RM7.50 (seorang). Harga capati king di Alor Gajah adlah RM28.00 satu set dengan laun ayam kari.
Dalam portal Kosmo Onine pula ada dilaporkan artikel bertajuk ''Capati'' yang sangat menarik untuk dibaca. Kini ramai orang memilih capati kerana ia dikatakan lebih menyihatkan daripada nasi. Benarkah atau hanya andaian semata-mata? Sebanyak 40 gram beras menghasilkan satu cawan nasi iaitu 138 kcal kalori. Manakala 1 keping capati seberat 40 gram adalah 136 kcal kalori. Jadi, tidak banyak beza di antara keduanya. Bagaimanapun, bila kita makan nasi, kita akan makan pelbagai jenis lauk-pauk lain. Lauk itulah yang akan menambahkan kalori. Berbanding dengan capati yang selalunya dihidangkan dengan kuah dal atau kari. Pilih kari tanpa santan supaya kalori tidak bertambah. Oleh kerana capati diperbuat daripada tepung atta, maka ia lebih mengenyangkan kerana kandungan serat atau fibernya. Secara dasarnya, setiap hidangan capati mengandungi 80 kalori, 15 gram karbohidrat dan 3 gram protein serta sedikit lemak. Satu cawan tepung atta boleh menghasilkan lima keping capati. Ia tanpa kolestrol dan dapat membantu penghadaman serta melawaskan. Tepung atta atau tepung capati juga dikenali sebagai tepung gandum tulin (wholewheat flour) dan ia tidak perlu diayak sebelum digunakan. Supaya tahan lama, ia perlu disimpan di bahagian bawah peti sejuk. Adunan capati jangan diuli terlalu lembik. Ini kerana ia menjadi lebih lembut setelah diperap selama beberapa jam. Minyak sapi boleh digantikan dengan marjerin atau mentega. Anda juga boleh menggunakan minyak jagung apabila memasak capati. Adalah lebih sesuai menggunakan kuali leper yang berat kerana haba yang sekata. Jika anda menggunakan kuali yang terlalu nipis, capati akan mudah hangus. Panaskan kuali terlebih dahulu, kemudian perlahankan api ke tahap minimum. Pastikan juga capati tidak terlalu nipis bila dicanai. Capati yang nipis akan mudah hangus dan menjadi terlalu rangup. Sukar untuk mencicah kuah jika capati tidak tebal. Namun begitu, jika capati terlalu tebal, ia sukar untuk masak dan bahagian tengahnya akan berasa mentah. Jadi, canailah pada ketebalan yang sesuai, anggaran 2 hingga 3 milimeter. Semuga artikel ini mwmbwri mwklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
RASA ENAK.. LAUK KAMBING KARI...
MAKANAN BERKHASIAT..PASTI...
BACA ARTIKEL...PERGI CARI INI...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(4 Jamadilakhir 1447H).





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.