Penulis blog dapati dimana kacang merah memiliki dua jenis utama iaitu Jenis Kacang Merah Segar dan Jenis Kacang Merah Kering. Jenis Kacang merah segar lebih mudah dimasak dan biasanya digunakan untuk sup atau masakan berkuah, sedangkan kacang merah kering lebih tahan lama untuk disimpan dan ideal untuk campuran membuat ABC atau minuman cendol atau di jadikan inti popia. Penulis blog dapati jika kacang merah segar ini sifatnya ia selalu mempunyai saiz biji lebih besar dan warna lebih terang. Jenis ini selalunya jangkawaktu masaknya cepat sekitar 20-30 minit jika direbus. Kacang merag segar ini sesuai di simpan dan ia tahan hanya sekitar 5 hari pada suhu bilik tetapi boleh bertahan sekitar 5 - 6 bulan didalam freezer peti ais (sejukbeku) setelah direbus. Apa pun jenis ini kegunaan selalu di masak sebagai sup atau masakan berkuah lainnya. Berlainan dengan jenis Kacang Merah Kering dimana ia saiz bijinya adalah lebih kecil (sebab di keringkan) dan mempunyai warna lebih merah pekat. Ia boleh dimasak dimana memerlukan jangkamasa selama 1 - 2 jam sebelu betul-betul empok sebab ia sudah kering dan jeras asalnya. Kelebihan kacang merah kering adalah ia selalunya lembih tahan lama di simpan dalam suhu blik iaitu selama 1 - 2 tahun dalam bekas simpanan yang baik. Apa pun di Malaysia kacang merah kering ini yang meluas di jua dan di jadikan pelbagai jenis makanan dan amat ideal untuk minuman air batu campur (ABC), cendol, inti popila, inti kueh pau, inti apam balik muar, inti roti, kek dan sebagainya dan selalu juga di gunakan sebagai pewarna pada masakan. Penulis blog paling suka membeli Apam Balik Bulat Muar yang di jual dalam bungkusan 10 biji sebungkus dengan harga RM5.00 sahaja dan enak di makan semasa panas-panas lagi (Sila lihat foto paling bawah sekali). Intinya yang manis dengan adunan tepong yang lembut sudah terkebal di Muar sejak saya kecil dahulu.
Penanaman kacang merah di Malaysia tidak popular dimana tiada laporan dari Jabatan Pertanian Malaysia menyatakan ada penanaman kacang merah secara komeril di lakukan. Apa pun menanam kacang merah memerlukan penanaman di musim yang tepat iaitu dilakukan dengan menggunakan tanah yang subur, dan cara aalan agronomi yang tepat untuk dapatkan hasil lumayan dan berkualiti. Ia bermula dengan kerja-kerja penyediaan tanah seperti membajak dan membuat batas dan memasang bahan sungkupan. Lubang penanaman di sediakan dan biji benih sesuai akan ianya di masukkan kedalamnya. Penggunaan batas tanaman dan membubuh baha asas termasuk baja organi dan penyiraman di jalankan di peringkat awal. Jenis tanah yang gembur, kaya bahan organik dengan nilai pH diantara pH5.5 - pH6.0 adalah ia sangat ideal untuk kacang merah dengan banyak cahaya matahari dan suhu optima. Beberapa kajian menunjukkan dimana suhu sekitar 19 - 24 Celcius adalah paling sesuai dengan mempunyai kadar kelembapan tinggi yang tinggi dengan bahan organik dan curahan huja mencukupi. Jarak tanaman di syorkan adalah 40 cm antara pokok dan sekitar 55 cm diantara barisan. jenis baja organi sangat peru di berikan 2 hari sebelum menanam dan dimasukkan 2 biji benih dalam satu lubang dan di tutup dengan tanahsedikit, Pastikan memilih menggunakan benih dari varieti terbaik dan ada jaminan persijilan. Tanaman di jaga baik akan di tuai hasilnya dalam masa 55-75 hari setelah tanam atau apabila pod berisi buanya berwarna kemerahan, kulitnya kasar dan belum terlalu menonjol. Penuaian boleh dilakukan secara manual setiap 3 hari sekali untuk mengelakkan kes kerosakan dan bkerja menuai berperinglat sebab ada tanaman masih menghasilkan podg baru setelah tuaian yang pertama. Panduan umum dimana biji benih kacang merah tidak perlu direndam dan boleh ia terus disemai di lubang tanaman. Apa pun lazimnya tunas akan keluar dalam masa 2 - 7 hari dimana kemudian batangnya akan tumbuh menjalar. Jika daun terlalu lebat maka perlu dipotong daun dan pucuk bagian bawah agar proses pertumbuhan yang terbaik.
Kacang merah mempunyai pelbagai khasiat, termasuk menjaga kesihatan jantung dan pencernaan, mengawal gula darah, dan membantu penurunan berat badan kerana kaya dengan protein, serat, vitamin, dan mineral. Ia juga membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser, serta penting untuk wanita hamil dan kesihatan tulang. Antara resepi yang penulis blog suka makan adalah Sup Kacang Merah dengan kentang dan lobak merah (Sila lihat foto disebelah). Sup ini enak di makan dengan nasi putih atau di makan terus bagitu sahaja. Khasiat utama kacang merah adalah ia menjaga kesihatan jantung:, membantu mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Selain itu di laporkan ia juga mampu untuk melancarkan sistem pencernaan apabila didalam kacang merah ia mengandungi bahan serat yang tinggi. Bahan serat ini juga yang membantu mencegah masaalah sembelit dan ia juga akan meningkatkan kesihatan usus. Selain itu kehebatannya dimana ia dilaporkan mampu untuk mengawal kadar gula darah atau akan membantu menstabilkan paras gula dalam darah dimana perkara ini akan menjadikannya sesuai untuk ramai pesakit diabetes di mana sahaja. Kacang merah juga di laporkan akan membantu penurunan berat badan sebab kandungan tinggi protein dan tinggi serat yang membuatkan peminatnya akan merasa kenyang lebih lama dan amalan ini amat sesuai untuk mereka yang sedang berdiet. Paling di sukai adalah kacang merah di laporkan mampu untuk mencegah kanser apabila kandungan bahan antioksidan dan serat membantu menghalang pertumbuhan sel kanser dan terbaiknya adalan kawal kanser usus besar. Khasiat lain di laporkan ia mampu menjaga kesihatan wanita hamil sebab kacang merah amat kaya dengan asid folate, protin dan zat besi yang penting untuk pertumbuhan janin dan kesihatan ibu. Ia juga akan menjaga kesihatan tulang sebab ia dilaporkan memang mengandungi mineral seperti kalsium (Ca), magnesium (Mg) dan manganese (Mn) yang membantu menguatkan tulang. Kacang merah juga akan melawan radikal bebas sebab kandungan antioksidan tinggi dapat melindungi sel-sel daripada kerosakan dan melambatkan penuaan pramatang. Pastinya dimana kacang merah juga merupakan jenis makanan yang memeberikan banyak tenaga yang di gunakan dalam aktiviti seharian. Kacang merah sangat baik di makan sebab ia membantu sel otak dengan adanya bahan seperti kolin yang penting untuk perkembangan dan fungsi otak. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua para p[embaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
JENIS SEGAR...YANG KERING JUGA...
JADI INTI MAKANAN...ADUH ENAKNYA...
APAM BALIK MUAR... TERLIUR RASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(29 Jamadilawal 1447H).






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.