Sebenarnya secara umumnya sos tiram boleh dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu Jenis Sos Tiram Berperisa yang mengandungi ekstrak tiram sebenar dan jenis Sos Tiram Vegetarian yang menggunakan cendawan dan perasa tiruan untuk menghasilkan rasa yang serupa. Jenis sos tiram berperisa tiram sebenarnya adalah sos yang dibuat daripada ekstrak tiram sebenar, manakala sos tiram tiruan (atau sos perisa tiram) dibuat menggunakan cendawan dan perisa tiram lain kerana tidak mengandungi ekstrak tiram sebenar. Sos tiram sebenar biasanya lebih kaya rasa dan pekat, manakala yang tiruan lebih ringan dan biasanya lebih murah. Apa pun memuat sos Tiram Sebenar menggunakan bahan yang mengandungi ekstrak tiram sebenar lebih daripada 10% dimana ia ada rasa tiram yang asli dan pekat. Antara produk yang di jual di Malaysia adalah seperti jenama Panda Lee Kum Kee. Apa pun kegunaan sos jenis ini adalah ia sesuai untuk masakan yang memerlukan rasa tiram yang kuat seperti 'stir-fry' dan sup. Jangan keliru sebab ada jenis dalam kategori berperisa ini di kenali sebagai Sos Tiram Tiruan (Sos Perisa Tiram) dimana ia di laporkna akan gunakan bahan ekstrak tiram yang bahan kandungannya adalah kurang daripada 5% atau langsung tidak ada. Bahan utamanya adalah serbuk cendawan dan perisa tiram dimana sebenarnya ia bukan tiram sebenar. Apa pun rasa sos tiruan ini adalah ia lebih ringan dan kurang pekat. Diantara jenama di Malaysia adalah seperti Maggie, Nona, Adabi, Taste-me dimana asspek kegunaan adalah ia sesuai untuk vegetarian dan boleh digunakan dalam hidangan yang lebih ringan. Jenis sos tiram vegetarian ialah sos tiram palsu yang dibuat tanpa menggunakan tiram asli dan ia sebaliknya menggunakan ekstrak cendawan sahaj dan ia biasanya dibuat daripada jenis cendawan tiram atau shiitake dimana ia untuk memberikan rasa umami. Ia sesuai untuk vegetarian dan vegan kerana tidak mengandungi bahan asal laut dan sering diperkaya dengan perasa untuk meniru rasa tiram yang sebenar. Bahan utama untuk jenis ini adalah cendawan (seperti cendawan tiram atau shiitake) dan bahan-bahan lain seperti kicap, pemekat dan perasa. Tujuan ia dihasilkan untuk menggantikan sos tiram asli bagi golongan vegetarian, vegan, atau mereka yang mempunyai alahan terhadap makanan laut.Ciri-ciri tiram vegetarian ini dimana rasanya boleh berbeza bergantung kepada jenis cendawan dan jumlah perasa yang digunakan untuk mencapai rasa seperti tiram sebenar. Apa pun fakta menarik adalah bagaimana cara mengenal pasti akan perbezaan keduanya dimana pastikan membaca pada label botolnya tertera perkataan seperti 'Sos tiram vegetarian' atau 'Sos tiram tiruan sayuran' atau 'vegetarian flavoured oyster sauce' iaitu untuk membezakannya daripada sos tiram asli.
Memang penting di kongsikan fakta iaitu bagaimana memilih jenis sos tiram yang ada di jual di pasaran untuk masakan sendiri di rumah. Apa pun jenis sos tiram yang anda pilih bergantung pada citarasa, keperluan diet, dan bajet sendiri. Sos tiram sebenar ia mengandungi ekstrak tiram tulen dan digunakan secara meluas dalam masakan untuk rasa umami yang kaya. Sos tiram vegetarian pula ia dibuat daripada bahan ekstrak cendawan dan perasa tiruan dimana ini selalunya akan menjadikannya pilihan yang sesuai untuk vegetarian dan vegan kerana ia tidak mengandungi produk haiwan. Bagi jenis sos tiram ekonomi pula dimana selalunya jenis sos ini mempunyai kandungan ekstrak tiram yang sangat sedikit atau langsung tiada bahan dari tiram sebaliknya ia selalu sudah digantikan dengan kicap, bahan perisa dan bahan pemekat. Ia biasanya dijual pada harga yang lebih murah dalam bekas besar dan di gunakan oleh peniaga makanan yang banyak menggunakan sos tiram sebagai penyedap rasa. Penuliss blog syorkan agar selalu dan penting untuk membaca label bahan-bahan dan mencari tanda halal (jika perlu) apabila membeli sos tiram untuk memastikan pembaca blog ini dapat memilih produk yang berkualiti, sihat dan ianya bersesuaian dengan keperluan. Sebaiknya untuk membeli sos tiram mesti diperiksa label bahan pada produk untuk memastikan kandungan ekstrak tiramnya tinggi (lebih dari 10%) dan hindari produk dengan banyak pengawet atau bahan tambahan palsu. Perhatikan juga jenama dan status halal jika perlu, dan sedar bahawa sos tiram yang berkualiti biasanya lebih mahal.
Dalam memahami panduan membeli sos tiram apa yang perlu adalah diperiksa kandungan ekstrak tiram. Sebaiknya mencari produk yang bertulis jelas akan perkataan 'sos tiram' dan mempunyai kandungan ekstrak tiram tinggi iaitu baca jika di tulis sekurang-kurangnya sebanyak kadar 10% atau lebih berguna untuk rasa yang lebih autentik. Semasa membeli juga periksa dan elakkan membeli 'Sos perisa tiram' uang mana jenis ini biasanya mempunyai kandungan ekstrak tiram yang sangat rendah (kadarnya adalah ia kurang daripada 5%) dan hanya menggunakan perisa tiram tiruan. Sebelum dan semasa hendak membeli sos tiram juga perlu membandingkan bahan-bahan yang di gunakan membuat produk jenama tersebut dengan melihat senarai bahan pada label. Bahan yang disenaraikan pada susunan awal bermaksud kandungan tertinggi dimana produk yang berkualiti akan menyenaraikan ekstrak tiram lebih awal berbanding bahan lain seperti air, gula, dan garam, serta kurang menggunakan bahan pengganti. Kemudian oeru juga memerhatikan aspek jenis sos tiram terseut sama ada ia adalah jenis Sos Tiram yang mengandungi ekstrak tiram lebih dari 10% atau jenis Sos Perisa Tiram yang hanya ada bahan kandungan ekstrak tiram kurang dari 5%. Di pasaran juga ada jenis Sos Tiram Premium dimnana jenis ini mengandungi bahan ekstrak tiram yang lebih tinggi (contohnya 40%) untuk rasa yang lebih padu akan tetapi harganya berlainan atau lebih mahal daripada jenis biasa. Jika hendak membeli jenis Sos Tiram Vegetarian apabila tiada ekstrak tiram biasa makan boleh menggunakan serbuk cendawan sebagai bahan pengganti dan sesuai untuk vegetarian. Dalam pada itu di pasaran ada juga jenis Sos Berperisa Tiram Ekonomi yang mana ada bahan kandungan ekstrak tiram sangat sedikit atau tiada langsung dimana ia hanya menggunakan perisa dan kicap sahaja. Sebailinya sebelum membeli perlu pilih jenama yang dipercayai di pasaran tempatan diantaranya seperti beberapa laporan akhbar adalah jenama seperti Lee Kum Kee (terutama Premium Oyster Sauce) dimana ia sering disebut sebagai pilihan berkualiti tinggi kerana menggunakan bahan yang lebih baik akan tetapi ia biasanya lebih mahal. Perlu juga di pastikan status halal produk di nyatakan dengan jelas dengan menyemak tanda atau cop halal pada bungkusan untuk memastikan produk tersebut memenuhi keperluan anda, terutama jika ia berkaitan dengan status halal. Pertimbangkan semasa membeli akan adpek atau harganya sebab sos tiram yang lebih murah mungkin menggunakan bahan yang kurang berkualiti. Jika pembaca blog ingin rasa yang lebih sedap maka perlu di berikan keutamaan kepada sos tiram yang sedikit lebih mahal dan ada jaminan kualiti serta bertanya kepada rakan taulan. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segman initu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ADA YANG ASLI...VEGETARIAN PUN ADA...
BAHAN MASAKAN...MENAIKKAN SELERA...
MEMBACA ARTIKEL...JELASLAH FAKTANYA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 Jamadilawal 1447H).





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.