TERAPI SENGATAN LEBAH merupakan satu daripada kaedah rawatan menggunakan Lebah (Apis spp) untuk meningkatkan tahap kesihatan pesakit. Biasanya orang ramai akan takut atau fobia dengan sengatan lebah yang menyebabkan kesakitan, membengkak dan kebisaan yang tidak tertanggung. Sengatan lebah yang tidak sengaja ini juga menyebabkan mangsa akan perlukan rawatan susulan di klinik atau hospital jika berlaku dengan kadar terus. Pernah dalam beberapa akhbar tempatan dimana ada juga mangsa sengatan lebah dan tabuan yang menyebabkan maut. Ini berlaku kerana serangan yang teruk dikawasan yang sensitif. Terdapat 3 jenis lebah madu yang berada dipersekitaran negara kita yang perlu diketahui iaitu Lebah Keran (Apis cerana), Lebah Import (Apis mellifera) dan Lebah Liar atau Lebah Tualang (Apis dorsata). Kelulut pula (Trigona spp) adalah sejenis serangga jenis lebah yang tidak menyengat tetapi ia menghasilkan madu yang berkualiti. Sifat Lebah suka menenygat mangsa sebab mereka sebenarnya ingin untuk melindungi sarang mereka daripada gangguan musuh sebagai satu sistem pertahanan koloni mereka. Bukan sahaja manusia yang disengat malahan haiwan lain yang menghampiri atau yang menganggu akan disengat. Di beberapa negara luar terutama di China, terapi sengatan lebah ini telah dilakukan sejak lama dulu sebagai satu alternatif sistem rawatan. Bagaimana pun di negara kita kaedah terapi ini kurang popular kerana agak sukar untuk mendapatkan pakar yang menternak dan menggunakan sengatan lebah sebagai terapi. Penulis percaya bahawa sengatan lebah ini memberikan kesan positif kepada mereka yang melalui terapi ini seperti yang penulis blog amalkan bertahun lagi. Walau pun 'ada sedikit sakit' selepas sengatan lebah tetapi kemudian ia hanya rasa seakan 'gatal' sahaja dan kesan sebenar beberapa hari selepas itu. Artikel malam jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" bagaimana terapi sengatan lebah ini dilaporkan dalam akhbat tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan para pembaca semua.
Dalam beberapa akhbar tempatan yang penulis blog rujuk ada yang bertajuk 'Terapi Sengatan Lebah' dipetik di Bandar Labis, Johor. Lebah adalah serangga yang hidup berkoloni dengan membuat sarang di tempat-tempat tinggi seperti pada dahan pokok, di atap rumah dan sebagainya (Ini adalah jenis Lebah Liar atau Lebah Tualang). Madunya juga mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan manusia. Akhbat tersebut seterusnya katakan tidak ramai yang mengetahui bahawa sengatan lebah yang mempunyai kira-kira 20,000 spesies dan boleh didapati di setiap benua kecuali Antartika itu mampu merawat penyakit berbahaya. Serangga lebah ini jarang mengganggu manusia kecuali sekiranya koloni mereka diusik dan ada kalanya kes serangan lebah ini boleh menyebabkan kematian jika diserang oleh beribu-ribu ekor lebah pada satu masa yang sama. Bagi pengusaha terapi sengatan lebah di Sungai Karas, Labis dimana ia dikenali dengan En. Ruslan Mohamad yang berumur 46 tahun menyatakan sebenarnya serangga jenis lebah, penyengat, tebuan dan tebuan tanah mempunyai kepentingan perubatan yang besar dan keujudan manfaatnya kurang diketahui di negara ini. Beliau ada membuat terapi ini dengan memberikan 'suntikan' kepada tetamu yang inginkan terapi tersebut (Sila anda lihat foto disebelah). Bagaimana pun penulis loh lebih gemar gunakan jenis Lebah Import (Apis mellifera) kerana mempunyai saiz kantung venom yang sederhana besar berbanding dengan lebah keran untuk membuat terapi. Ini kerana lebah ini mudah diternak dan diuruskan terutama dikawasan hutan akasia.
Dalam beberapa akhbar tempatan yang penulis blog rujuk ada yang bertajuk 'Terapi Sengatan Lebah' dipetik di Bandar Labis, Johor. Lebah adalah serangga yang hidup berkoloni dengan membuat sarang di tempat-tempat tinggi seperti pada dahan pokok, di atap rumah dan sebagainya (Ini adalah jenis Lebah Liar atau Lebah Tualang). Madunya juga mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan manusia. Akhbat tersebut seterusnya katakan tidak ramai yang mengetahui bahawa sengatan lebah yang mempunyai kira-kira 20,000 spesies dan boleh didapati di setiap benua kecuali Antartika itu mampu merawat penyakit berbahaya. Serangga lebah ini jarang mengganggu manusia kecuali sekiranya koloni mereka diusik dan ada kalanya kes serangan lebah ini boleh menyebabkan kematian jika diserang oleh beribu-ribu ekor lebah pada satu masa yang sama. Bagi pengusaha terapi sengatan lebah di Sungai Karas, Labis dimana ia dikenali dengan En. Ruslan Mohamad yang berumur 46 tahun menyatakan sebenarnya serangga jenis lebah, penyengat, tebuan dan tebuan tanah mempunyai kepentingan perubatan yang besar dan keujudan manfaatnya kurang diketahui di negara ini. Beliau ada membuat terapi ini dengan memberikan 'suntikan' kepada tetamu yang inginkan terapi tersebut (Sila anda lihat foto disebelah). Bagaimana pun penulis loh lebih gemar gunakan jenis Lebah Import (Apis mellifera) kerana mempunyai saiz kantung venom yang sederhana besar berbanding dengan lebah keran untuk membuat terapi. Ini kerana lebah ini mudah diternak dan diuruskan terutama dikawasan hutan akasia.
Ruslan mengambil lebah keran yang terdapat di rumah salah seorang penduduk kampung yang menternak lebah ini. Rawatan sengatan lebah ini juga telah popular di negara China kira-kira 3,000 tahun dahulu untuk merawat penyakit seperti arthritis, sakit belakang, strok dan mampu untuk merangsang pertumbuhan sel-sel baharu bertujuan menggantikan sel-sel yang telah mati. Didakwa aktiviti ini adalah berdasarkan pengalaman diri sendiri yang membuat terapi sengatan lebah dalam masa lama. Menurut Ruslan, dia sejak beberapa tahun dahulu, dia disahkan oleh doktor dimana ia menghidapi penyakit kanser hati tahap empat, gout, darah tinggi dan kencing manis selain kedua-dua buah pinggangnya sudah rosak. Doktor juga telah mengesahkan penyakit-penyakitnya itu bertambah kronik dan peluang untuk sembuh seperti sediakala juga sangat tipis dimana ini membuatkan dia hilang keyakinan untuk terus hidup dan melakukan sebarang rawatan. “Ketika itu saya seperti seorang insan yang menanti mati sahaja dan menyebabkan saya pergi membawa diri meninggalkan anak-anak dan isteri untuk pergi ke rumah adik saya di Mawai, Kota Tinggi bagi menghabiskan sisa-sisa hidup saya. Kemudian di Mawai, Kota Tinggi beliau terjumpa seorang pengutip lebah dan madu berbangsa Cina yang seringkali keluar dan masuk dari hutan berhampiran rumah adik saya sehingga menimbulkan perasaan ingin tahu terhadap diri saya (Penulis kenal beliau iaitu Mr Eee yang mana beliau pernah menjadi anak murid bagi kursus perlebahan kebangsaan beberapa kali).
Kaedah melakukan rawatan mudah dilakukan iaitu dengan mengambil seekor lebah dengan penyepit dan kemudian lebah pekerja ini akan diletakkan dibahagian kulit pesakit untuk tujuan membenamkan sengatnya (Sila lihat foto disebelah). Foto disebelah juga adalah terapi keada pesakit yang menghidapi penyakit angin pasang dirumahnya. Kini pengusaha Cina tersebut telah memberanikan diri untuk beri kerjasama dengan memberitahunya bahawa lebah tersebut digunakan untuk merawat penyakit manakala madunya pula dijual. Lelaki Cina tersebut kemudian bertanyakan kepada En Roslan tentang penyakitnya kerana melihat keadaan diri Ruslan yang tidak terurus dan berada dalam kesakitan sebelum menawarkan diri untuk merawat penyakitnya dengan menggunakan sengatan lebah secara percuma. Ini diikuti dimana semangat Roslan terus naik selepas sahaja beliau mendengar penerangan lelaki Cina tersebut. Didakwa selama lapan bulan beliau menjalani rawatan dengannya barulah dia merasakan dirinya semakin sihat dan segala penyakit di badan termasuk kanser hati sudah hilang melalui pengesahan doktor. Menurut Roslan dia kemudian berguru dengan lelaki Cina tersebut selama lima tahun untuk beliau mempelajari selok belok rawatan sengatan lebah dan dalam tempoh tersebut dia mendapati terdapat sebanyak 5,012 titik urat saraf di dalam badan manusia untuk disengat.
Kini sejak membuka pusat rawatan di rumahnya sendiri kira-kira lapan bulan lalu dimana dia telah menerima lebih 50,000 pesakit dalam tempoh tersebut dan ada pesakit yang datang daripada seluruh negara dan negara lain pesakit dari luar negara seperti Brunei, Thailand dan Indonesia. Kini jenis lebah yang digunakan beliau adalah lebah jenis Lebah Keran (Apis erana) dan Lebah Tualang (Apis dorsata) dimana kedua-duanya akan mati selepas dirangsang untuk menyengat dan meninggalkan jarum sengatnya di atas permukaan kulit yang disengat. Pesakit yang datang untuk terapi ini semuanya menunjukkan hasil yang positif dan bilangan sengatan lebah juga bergantung kepada jenis penyakit dan kekerapan dia melakukan rawatan di sini dan rawatan perlu diteruskan secara berkala sehingga sembuh. Beliau kini juga sudah berdaftar aktivitinya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan dalam proses untuk mendapatkan pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menyakinkan lagi pesakit yang datang unuk mendapatkan rawatan. Dia juga kesal apabila ada pihak yang menjual namanya untuk melakukan rawatan yang sama di tempat lain sedangkan dia tidak pernah mengajar sesiapa mengenai rawatan tersebut melainkan kepada lima pembantunya sahaja yang akan menolongnya di pusat rawatan. Setakat ini beliau tidak berhasrat untuk membuka mana-mana cawangan kerana persekitaran di bandat tidak sesuai untuk rawatan sengatan lebah kerana rawatan ini memerlukan suasanan yang nyaman dan oksigen yang cukup seperti di kawasan kampung. Kini beliau tidak mengenakan sebarang caj tertentu dan hanya bayaran seikhlas hati dan setakat ini kebanyakan pesakit yang datang mendapatkan rawatan di sini sudah hampir sembuh penyakit mereka dan itu sudah cukup untuk membuatkan saya gembira. Sebagai testimoni bagi Ali Meeat yang berumur 49 tahun mendakwa penyakit kanser hati tahap tiga yang dihadapi dua tahun lalu juga sembuh selepas sebulan setengah mendapatkan rawatan dan pernah disengat sebanyak 170 ekor lebah di badannya. Oleh itu sehingga kini dia masih melakukan rawatan tersebut walaupun doktor terkejut dan telah mengesahkan penyakit kansernya sudah hilang. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!..
SENGATAN LEBAH... IA MERBAHAYA...
TERAPI SENGATAN...SUDAH PUN ADA...
4 - 8 EKOR SENGAT....PENULIS BIASA...
BADAN SIHAT... KERANA BERANI CUBA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahtu, Johor,
Malaysia.
(15 Zulkaedah 1438H).
Kemaskini pada 16 RabiulAkhir 1447H.






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.