Support My Blog

Monday, November 10, 2025

ANAI-ANAI - BAGAIMANA HIDUPNYA?

ANAI-ANAI
(Termites) adalah sejenis serangga berkoloni yang sering kita jumpa dari order serangga Isoptera. Anai-anai adalah merupakan serangga berkoloni dengan mempunyai sarang dan membua busut diatas tanah atau didalam kayu atau dilain lokasi. Anai-anai adalah jenis serangga sosial yang termasuk dalam order Isoptera. Anai-anai biasanya membuat sarang dalam tanah dan kayu. Anai-anai merosakkan kayu yang merupakan makanan utamanya. Namun, terdapat banyak spesies anai-anai yang berfaedah dalam ekosistem hutan yang berperanan sebagai penghurai kayu dan daun-daun di permukaan tanah kawasan hutan. Kira-kira 10 peratus daripada anggaran 4,000 spesies (kira-kira 2,600 telah dikenalpasti) merupakan serangga perosak. Di Malaysia terdapat tiga famili anai-anai daripada 7 famili yang biasa ditemui di negara ini iaitu Kalotermitidae, Rhinotermitidae dan Termitidae. Saya dapati hanya famili Rhinotermitidae yang menjejaskan ekonomi negara dengan merosakkan tanaman kelapa sawit, bangunan berkayu dan kesebagainya. Anai-anai jenis perosak ini dapat dibezakan dengan yang lain melalui cecair yang dikeluarkan semasa ia menggigit. Anai-anai dewasa mempunyai organ pembiakan dengan sepasang kepak yang sama saiznya. Bagi penulis blog dapati jika a
nai-anai adalah serangga perosak yang hidup dalam koloni dan memakan bahan organik seperti kayu, kertas, dan kadbod yang mengandungi selulosa. Mereka membuat sarang di dalam tanah atau kayu dan boleh merosakkan struktur rumah dengan memakan kayu dari dalam tanpa disedari. Anai-anai mempunyai pembahagian tugas dalam koloni mereka, seperti ratu, raja, pekerja, dan askar, serta boleh menyebabkan kerosakan harta benda yang serius dan kos pembaikan yang tinggi. Ciri-ciri asas anai-anai memakan bahan yang kaya dengan selulosa seperti kayu, daun kering, dan rumput. Ia suka membuat sarangnya dengan membuat sarang di dalam tanah atau kayu dan boleh merosakkan struktur rumah secara senyap. Serangga berkolonin ini suka hidup dalam kumpulan besar yang mempunyai organisasi tugas seperti ratu, raja, pekerja, dan askar.bMelakukan kerosakan dimana nanai-anai ini memang ia mampu merosakkan perabot kayu, lantai, dan struktur bangunan lain. Habitat yang dia suka tempat yang lembap, dingin, dan terlindung. Ia serang merbahaya sebab akan melakukan kerosakan Senyap dimana anai-anai makan dari bahagian dalam kayu, jadi kerosakan sering tidak disedari sehingga ia menjadi teruk. Mampu akibatkan kerosakan skala besar ekonomi sebab serangan anai-anai boleh menyebabkan kerosakan harta benda yang besar dan memerlukan kos pembaikan yang tinggi. Dalam aspek kesihatan dimana walaupun tidak membahayakan kesihatan secara langsung, kerosakan akibat anai-anai boleh menjejaskan keselamatan rumah. Kawalan dan pencegahan dengan mengurangkan kelembapan di rumah, pastikan tiada kebocoran paip, dan pastikan pengudaraan yang baik. Kawalan boleh dibua dengan menggunakan umpan anai-anai yang mengandungi racun perlahan yang akan dibawa balik ke sarang, atau hubungi pakar kawalan serangga jika serangan sudah serius.  Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai serangga anai-anai berdasarkan kepada pembacaan beberapa buku dan dari pengalaman penulis sendiri untuk bahan bacaan dan rujukkan.


Biasanya anai-anai mempynyai 3 kasta dalam koloninya iaitu Kasta Pembiakan (Ratu dan Penjantan), Askar (Soldiers) dan juga Pekerja (workers). Pada koloni baru, sepasang ratu dan lebah jantan berkepak (lazimnya kita dikampong panggil KELKATU) akan terbang dari koloni asal ketika berlaku 'swarming'. Pasangan ini terbang sejauh mungkin setelah bersedia sehingga pasangan ini jatuh ketanah dan mencari lokasi baru untuk bertelur dan membuat sarang atau koloni baru. Bagaimana pun bilangan anai-anai yang hidup dan berjaya membuat koloni baru amat rendah kejayaannya. Ini sebabkan sebahagian besar dimakan oleh burung, cicak, mengkarung, katak, semut dan sebagaiahian besar juga mati akibat kecederaan dan 'dehydration'. Pasangan ini akan mengali tanah atau dalam kayu dan menutup pintu masuk dengan rapat. Mereka akan 'mating' didalam lubang tersebut sehingga menghasilkan banyak telur-telur oleh ratu anai-anai. Biasanya sebanyak 6-10 biji telur dihasilkan pada 6 bulan pertama dimana ianya akan menetas sehingga ia mampu bertelur sebanyak lebih dari 60,000 biji telur sepanjang hayatnya. Anai-anai jantan akan sentiasa bersama ratu untuk menghasilkan telur dengan jumlah yang banyak berterusan. Kajian menunjukkan jangkahyat seekor anai-anai betuna (Ratu Anai-anai) boleh hidup selama 25 tahun.


Telur anai-anai saya dapati berwarna putih kekuningan dan akan menetas selepas 50 - 60 hari. Telur-telur ini dikeluarkan berperingkat-peringkat dengan bertambah banyak mengikut umur ratu. Larva yang mula-mula menetas akan dipelihara oleh Ratu dan Penjantan sehingga ia menjadi anai-anai pekerja yang berbadan lembut, buta, tanpa kepak dan berwarna putih krim. Panjangnya sekitar 1/8 inci dan ia akan mula aktif dengan mengumpul makanan, menjaga larva baru, mengorek lubang tanah atau kayu disekelilingnya dan menjaga koloninya. Jika ratu mati , ia akan digantikan dengan ratu lain. Anai-anai pekerja akan matang dalam masa setahun dan mempunyai jangkahayat selama 3 - 5 tahun. Walau pun badan anai-anai lembut tetapi kita hairan kerana sepasang taring atau giginya mampu mengigit kayu keras, panel lantai kayu, plastik, kertas, kain fabrik dan tanah dengan mudah sehingga hancur. Sebenarnya didalam perut anai-anai mengandungi asid asitik yang mampu menghadamkan selulos (cellulose) dengan cekap dan akan dibahagi-bahagikan kepada anai-anai muda.


Askar Anai-anai (Soldiers) seperti juga namanya berfungsi sepagai kasta yang akan mempertahankan koloninya dari musuh seperti semut, tenggiling dan haiwan lain. Lazimnya apa yang saya perhatikan, anai-anai askar ini mempunyai sepasang taring yang agak besar berwarna kehitaman dihadapannya (Lihat foto sebelah). Ada juga sesetengah spesis anai-anai yang mengeluarkan cecair bergetah untuk disembur kepada musuh jika diserang. Kasta ini bergantung kepada anai-anai pekeja untuk memberi makanan dan menjaganya. Kajian menunjukkan kadar kasta askar dengan pekerja adalah 2:8. Apabila mereka bergerak didalam hutan, kita akan lihat kasta pekerja dan askar didalam satu barisan panjang yang membawa makanan dan sebagainya. Saya amat suka melihat barisan anai-anai dibawah pokok getah dikebun dahulu semasa zaman remaja. 


Anai-anai (termites) lazimnya makan sel tumbuhan yang telah mati, kayu, daun kayu, akar tumbuhan, rumput, herba , najis haiwan dan juga humus. Secara kimia, sebenarnya anai-anai boleh dikategorikan kepada pemakan 'Lignoselulosik' yang mereputkan bahan sisa tanaman. Ia boleh menghadamkan selulos dengan mudah dan juga bahan organik disekilingnya dengan cekap. Didalam perut anai-anai juga mengandungi bakteria yang bersimbiotik bersama protozoa. Kebanyakan anai-anai juga bersimbiotik dengan bakeria pengikat nitrojan (nitrogen-fixing bacteria) yang menyubrkan tanah. Kehadiran anai-anai dalam hutan amat penting dalam proses pereputan dengan meningkatkan kitaran biomass dalam sistem ekologinya. Bagaimana pun anai-anai yang duduk didalam rumah kita merupakan musuh yang amat ditakuti dan mampu menjahanamkan harta benda. Semuga arikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!..
NAMPAK ANAI-ANAI... BANYAKNYA...
KASTA PEKERJA...PALING UTAMA...
ASKAR PULA... ADA PERANANNYA...
MEMAKAN DAUN... PEREPUTANNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya
Malaysia
Ditups pada (18 JamadilAkhir 1434H)
kEMASKINI PADA 18 JAMADILAWAL 1440H.
KEMASKINI KE 2 PADA 18 RABIULAKHIR 1447H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...