Support My Blog

Saturday, November 8, 2025

OH DAUN PANDAN!

DAUN PANDAN
(Pandanus amaryllifolius Roxb syn Pandanus odorus) merupakan sejenis herba tumbuhan iaitu daripada keluarga Pandanaceae yang tumbuh di Malaysia dan beberapa negara lain di Asia Tenggara. Keluarga Pandan mempunyai banyak spesis dan terdapat pandan biasa dan pandan wangi. Nama lain bagi pandan adalah Pandan bau ; Pandan jelingkeh ; Pandan Rampeh ; Pandan Wangi ; Pandan Rampai (Melayu), Qi Yi Lan (China), Kenr (Hindi), Nioi Tako No Ki (Jepun), Pandanasu (Korea), Bai Toei ; Bao Toey Hom (Thailand) dan Dura Thom (Vietnam). Pandan ditanam di kawasan rumah khususnya orang-orang Melayu sebagai satu tanaman penting yang mesti ada setiap rumah sama ditanam dalam pasu atau daiatas tanah. Tidak ada laporan rasmi mengenai keluasan tanaman pandan di Malaysia dicatitkan akan tetapi penulis telah membuat anggaran sekitar 500 -600 hektar CHE jika diambilkira tanaman monokrop dan tanaman keliling rumah. Pandan wangi mempunyai saiz daun dan tumbuhan lebih kecil dari pandan biasa. Pandan Wangi digunakan untuk buat sirap yang memberikan aroma dan rasa lazat minuman sirap tersebut. Daun pandan ialah tumbuhan tropika dengan ia mempunyai aroma wangi khas dan ia sering digunakan sebagai perisa dan pewarna makanan serta diguna dalam masakan serta minuman. Selain untuk masakan, daun pandan juga mempunyai pelbagai khasiat kesihatan seperti ia akan meredakan demam, mengurangkan stres, mengawal tekanan darah dan boleh digunakan sebagai bahan penghalau serangga semulajadi. Apa pun dimana kegunaan daun pandan dalam masakan bertujuan menambah aroma dan rasa pada masakan seperti nasi lemak, kuih-muih dan bubur dimana ia boleh digunakan secara segar, kering atau dalam bentuk ekstrak dan pes. Pandan diguna sebagai pewarna dan bahan pewangi dengan ambil air perahan daun pandan boleh dikisar atau ditumbuk untuk dijadikan pewarna hijau alami untuk makanan. Ada spesis pandan yang boleh dianyam untuk membuat bekas makanan seperti pandan laut yang keras dan berduri. Pandan sebagai bahan aromatik selalu ia d racuk halus dan digunakan dalam majlis tertentu seperti bunga rampai yang serikan majlis. Ia boleh juga digunakan untuk menghalau serangga seperti nyamuk dan lipas dimana selalu penulis blog akan meletakkan daun pandan dalam kereta. Apa pun diantara manfaat kesihatan daun pandan seperti ia akan meredakan demam dan mengurangkan rasa sakit, membantu mengawal tekanan darah dan mengatasi kram perut seta akan membantu mengurangkan stres dan kegelisahan. Daun pandan juga mampu untuk mendetoksifikasi badan dan menangkal radikal bebas serta dapat membantu mengatasi masalah insomnia. Artikel pagi Jumaat ini saya menulis dalam bog "Anim Agro Technology" beberapa fakta yang menarik mengenai daun pandan untuk bahan bacaan dan rujukkan pembaca blog semua.


Ada banyak laporan kajian tentang 
faedah kesihatan pandan dimana ia selalu menjadi rujukkan. Hasil penyelidikan awal ke pandan telah mengenal pasti beberapa vitamin, mineral dan antioksidan penting yang diketahui menyokong kesihatan. Sebagai contoh dimana daun pandan adalah sumber vitamin A yang kaya yang jadi sebatian penting untuk kesihatan mata yang mungkin membantu mencegah kanser. Dalam kes ini perlu ada lebih banyak kajian dilakukan dimana akan berhasil dan ujud potensi manfaat kesihatan pandan telah ditemui. Daun pandan dilaporkan merawat Masaalah Arthritis dan Melegakan Sakit Sendi dimana dalam cara perubatan tradisional menghadiahkan pandan kerana peranannya dalam melegakan kesakitan, terutamanya arthritis dan sakit sendi. Penyelidik telah mendapati bahawa minyak yang diperbuat daripada ekstrak pandan kaya dengan fitokimia yang diketahui dapat melegakan gejala arthritis. Sebagai faedah tambahan, mereka juga boleh membantu meredakan sakit kepala dan sakit telinga. Paling di kaji adalah potensi pandan dalam cara  Pencegahan Penyakit Jantung dimana ada kajian dibuat yang menyokong dakwaan bahawa daun pandan baik untuk jantung. Malah, daun pandan didapati sebagai sumber karotenoid yang sangat baik iaitu sebuah kelas antioksidan. Ini diketahui dapat mengurangkan risiko mengembangkan aterosklerosis, penyempitan arteri jantung akibat pembentukan plak. Pandan berkait dengan Penjagaan Kulit dimana di Asia Tenggara, daun pandan yang kering dan dihancurkan sering digunakan sebagai rawatan topikal untuk luka bakar ringan, selaran matahari, dan masalah kulit yang lain. Walaupun lebih banyak kajian diperlukan, kajian awal menunjukkan bahawa asid tannic dalam pandan memberikan tindakan penyejukan yang cepat untuk luka bakar ringan. Penggunaan daun pandan juga berkait dengan Mengawal Gula Darah dimana sesiapa yang mengambil pandan boleh membantu orang ramai mengawal gula darah mereka dengan lebih baik selepas makan. Lebih banyak kajian diperlukan, tetapi beberapa kajian awal telah menunjukkan bahawa orang yang minum teh pandan selepas makan mempunyai gula darah yang lebih rendah daripada orang yang tidak. Ia dilaporkna akan dapat untuk Meningkatkan Kekebalan sebab daun tumbuhan pandan kaya dengan vitamin penting, seperti vitamin C dan E. Vitamin ini memainkan peranan penting dalam pengukuhan sistem imun, pencegahan jangkitan dan kesihatan pada keseluruhan. Dalam aspek menjaga Kesihatan kulit dan rambut dimana serbuk daun pandan mengandungi bahan antioksida dan antibakteria yang boleh membantu didalam mengekalkan kulit dan rambut yang sihat.4 Sapukan ekstrak atau jus daun pandan pada kulit boleh membantu merawat jerawat dan mencegah keguguran rambut. Ia juga digunakan dalam rawatan kecantikan tradisional untuk memperbaiki tona kulit dan menggalakkan keremajaan.


Beberapa kajian dilakukan sehingga portal sinarharian.com laporkan '
Daun pandan punya kelebihan tersendiri' sesuai di kongsikan faktanya. Sudah menjadi lumrah orang tua-tua kita menanam pokok pandan di sekitar halaman rumah yang bukan sahaja mewangikan persekitaran malahan mungkin menyimpan kebaikan tersendiri serta pelbagai khasiat kepada kesihatan tubuh, jika punya pengetahuan mengolahnya. Daun Pandan merupakan sejenis tanaman yang tumbuh di kawasan tropika di Asia. Daun pandan memiliki bau harum dan unik. Ia biasanya digunakan di negara Asia Tenggara untuk menyedapkan masakan. Daun pandan turut dikenali juga dengan nama kathey (Arab), chan xiang Ian (Mandarin), rampe (Hindi), thazai (Tamil) bai toey hom (Thai) cay com nep (Vietnam), taye (Kemboja) dan takonoki (Jepun). Nama saintifik pandan ialah Pandanus amaryllfolius di mana herba ini biasanya digunakan sebagai pewarna dan perasa. Ia di jadikan bahan pewarna dan perasa daun pandan dimana ia  sememangnya digunakan sangat meluas dalam kalangan masyarakat Melayu terutama dalam bidang masakan.  Daunnya akan diikat atau disimpul dan dimasukkan ke dalam kuah atau pelbagai makanan atau kuih-muih tradisional. Apa pun daunnya juga boleh ditumbuk, dikoyak atau direbus untuk mendapatkan rasa dan baunya. Di samping itu, daun pandan boleh dikisar untuk dijadikan sebagai pewarna yang digunakan dalam masakan. Air perahan daunnya juga dijadikan sebagai perasa, pewangi serta pewarna semula jadi di dalam kuih-muih seperti kuih Seri Muka. Helaian daunnya juga digunakan dalam masakan nasi lemak atau nasi putih bagi tujuan untuk membangkitkan lagi aroma nasi. Pandan juga terkenal sebagai penambah aroma wangi pada masakan pelbagai jenis bubur seperti bubur kacang dan durian serta banyak lagi. Namun sesetengah masyarakat juga menghasilkan anyaman dari daun pandan untuk dijadikan wadah pembungkus makanan seperti kuih Tako. Ia memang miliki kehebatan untuk kesihatan dimana meskipun umum mengetahui daun pandan adalah pewangi dan perasa masakan semula jadi yang akan memberikan aroma yang menyelerakan, pandan sebenarnya tumbuhan semula jadi ini juga memiliki kehebatannya darisegi manfaat terhadap kesihatan tubuh badan kita. Sesiapa yang mengalami kekurangan selera makandan untuk cara menyelesaikan masalah kurang selera makan ini ialah minum teh pandan yang boleh dijadikan penawar alami untuk menambah selera makan. 


Jika anda mengalami masalah sakit gusi atau sakit pada bahagian mulut, cubalah mengunyah daun pandan. Ia dikatakan mampu untuk melegakan masalah ini. 
Daun pandan memberikan rasa dan kewangian tersendiri kepada kuih-muih dan masakan seperti kuih Tako. Sesiapa yanng terkena penyakit antireumatik dan kebas iaitu kesakitan atau pembengkakan pada otot atau sendi disebabkan terlebih mengambil makanan yang tinggi kandungan asid urik, maka orang dulu-dulu sering menggunakan daun pandan untuk membantu melegakan penyakit iaitu dengan cara mengambil beberapa keratan tumbuhan wangi ini seterusnya dicuci sehingga bersih dan dipotong atau dihiris. Kemudian, masukkan hirisan daun itu ke dalam minyak kelapa yang telah dididihkan sebelumnya yang disimpan dalam bekas dan digaul sehingga sebati. Sebaik sahaja ia sejuk, bahan minyak itu boleh dijadikan sebagai bahan sapuan untuk mengurut bahagian tubuh badan yang mengalami penyakit itu, Selain itu, daun pandan ini juga dikatakan boleh membantu untuk menormalkan semula tekanan darah. Caranya adalah dengan merebus dua cawan air dengan 10 gram daun pandan. Minum separuh air rebusan ini pada waktu pagi dan selebihnya pada waktu petang. Ada dakwaan dimana salah satu kebaikan daun pandan adalah ia bersifat antikanser. Ia dikatakan mampu untuk menawarkan kesan toksin dan menghalang perkembangan sel kanser. Dikatakan juga dengan meminum dua atau tiga cawan air rebusan daun pandan setiap hari akan membantu dalam ia mengurangkan masalah kemurungan dan tekanan. Daun pandan bukan sekadar pewangi dan perasa masakan semata-mata kerana ia juga mempunyai pelbagai khasiatnya yang tersendiri seperti yang telah disenaraikan. Walaupun tahap keberkesanannya belum terbukti sepenuhnya, tidak salah jika kita mencubanya kerana ia sendiri merupakan herba semula jadi yang mudah didapatkan.


Berlainan dengan kisah '
Rezeki akok pandan asli' dimana dengan ada kelainan ini dimana dua beradik menjual akok pandan asli di Bazar Ramadan Batu Buruk, Kuala Terengganu nyata memberi limpahan rezeki apabila mereka mampu menjual lebih 300 biji akok pandan sehari sejak awal Ramadan lalu. Bagi Mohd Zhafran dan adiknya Muaz mereka tidak menyangka jualan akok mereka mendapat sambutan amat menggalakkan, sekali gus memberi peluang mereka telah menambah pendapatan sepanjang Ramadan kali ini. Apa pun dakwanya resipi ini diperoleh daripada seorang kenalan dari Kelantan dan ibu, Adibah Abd Rashid yang membantu menyediakan akok pandan asli itu, sekali gus membolehkan perancangan kami untuk berniaga ketika Ramadan tertunai pada tahun ini. Ciri dan keunikan akok pandan ini terletak pada rasanya yang berbeza dengan akok tradisional Terengganu atau akok telur yang banyak dijual di bazar di negeri ini. Melihat akan bentuk atau rupanya memang sama seperti akok telur, tetapi rasa pandan nyata memberi kelainan dan membuatkan ia digemari ramai dimana cara-cara bagi  pembuatannya sama seperti akok telur, namun ada beberapa bahan tambahan lain digunakan membuatkan akok pandan itu berbeza dengan akok telur. Rata-rata pelanggan yang pernah mencuba kuih ini memuji rasa akok pandan kerana berbeza dengan akok biasa dijual di negeri ini. Mereka memang seronok apabila ia mendapat sambutan menyebabkan kami berhasrat mahu meneruskan perniagaan ini. Bagi Muaz dia dakwa kuih akok pandan itu diadun ibu mereka manakala dia bertanggungjawab membakar kuih itu. Masa membakar akok ini ada caranya, jika tidak ia akan hangus atau tidak masak seperti sepatutnya dimana proses untuk membakar akok pandan itu memang nampak senang, tetapi sebenarnya ia perlu dibuat dengan teliti bagi memastikan kuih itu menepati citarasa pelanggan. Mereka dakwa akok pandan itu dijual dengan harga RM2 untuk tiga biji dan RM5 untuk lapan biji. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA DAUN PANDAN...HIJAU WARNA...
MUDAH DI TANAM... SESUAI DI MANA-MANA...
DAUNNYA DI PERAH... WANGI AKAN BAUNYA...
DALAM MAKANAN... BANYAK GUNA LAINNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana,  Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(19 Jamadilawal 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...