Support My Blog

Wednesday, November 26, 2025

ANCAMAN GAJAH LIAR

INSIDEN DAN KES ANCAMAN GAJAH LIAR
merupakan satu perkara yang sering berlaku di Malaysia dan di laporkan dalam media utama. Ancaman gajah liar terhadap manusia dan harta benda termasuklah kerosakan ke atas tanaman dan kediaman, serangan yang boleh menyebabkan kecederaan atau kematian dan menimbulkan ketakutan serta kebimbangan kepada penduduk di kawasan berhampiran hutan atau berada berdekatan dengan habitat gajah liar. Situasi ini dilaporkan ia akan berlaku apabila gajah memasuki kawasan petempatan manusia dimana insiden ini sama ada di kawasan kampung atau kebun pertanian dan sesekali ia berlaku di lokasi yang berhampiran dengan bandar dimana akan berlaku kerana kehilangan habitat asal gajah tersebut didalam mereka cuba mencari sumber makanan. Insiden atau kejadian gangguan atau ancaman gajah liar dilihat ada kes ia  apabila gada kes gajah liar merosakkan tanaman, kebun dan rumah kediaman penduduk dan ada kes ia berani memasuki premis seperti kedai runcit. Apa pun emang ujud akan risiko keselamatan kepada penduduk kampung apabila kehadiran gajah liar ini akan menimbulkan rasa takut dan kebimbangan kepada penduduk. Beberapa kes beraku dimana gajah liar ininboleh menyebabkan kecederaan atau kematian sekiranya berlaku serangan sudah di laporkan. bagi penulis blog dimana konflik antara manusia dengan haiwan gajah liar ini adalah satu lagi bentuk ancaman ini kerap berlaku di kawasan yang berada berhampiran dengan kawasan hutan atau lokasi di mana populasi gajah mungkin meningkat disebabkan pemulihan ekosistem dan habitat mereka semakin mengecil akibat aktiviti pembalakan atau pembukaan hutan untuk perladangan atau imdustri. Semua orang akan takut dengan haiwan besar yang boleh membunuh dengan mudah jika di ganggu atau boleh berikan kecederaan juga. Kesan seperti rasa ketakutan kepada ramau penduduk yang tinggal dekat di kawasan berhampiran hutan atau kawasan yang menjadi laluan gajah sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga dan bimbang akan keselamatan mereka. Bagaimana pun di Malaysia Jabatan Perhilitan sentiada bekerjasama dengan isu ini dimana ereka akan bertindak segera apabila menerima aduan. Kesan yang paling ketara mengenai isu ini akan berlaku kesan seperti 'Kerugian ekonomi' apabila tahap serangan dan tahap kerosakan harta benda dan tanaman oleh gajah liar ini akan menyebabkan kerugian tanaman dan kerugian kewangan kepada petani dan penduduk yang terlibat. Apabila ada kes mengenai gajah liar maka operasi pengurusan gajah iaitu oleh pihak berkuasa terpaksa melaksanakan operasi pengurusan gajah, seperti translokasi bertujuan untuk menangani konflik ini secara sistematik. Artikel petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai isu ancaman gajah liar sebagai bahan bacaan pembaca blog semua.


Dilaporkan '
Penduduk bimbang ancaman gajah liar' terjadi dan dilaporkan media dimana En Musa melihat sebahagian pokok pisang yang dirosakan gajah liar di Kampung Basung, Hulu Terengganu, Terengganu baru-baru ini. Ramai kalangan penduduk di sini kini bimbang dengan ancaman sekumpulan gajah liar di kawasan rumah mereka hampir setiap malam. Apa pun senario itu juga menambahkan lagi episod duka penduduk yang sudah sekian lama terpaksa berputih mata menanggung kerugian setelah hasil tanaman dimusnahkan mamalia berkenaan. Ancaman seperti nyawa penduduk kini diibaratkan ‘bagai telur di hujung tanduk’ kerana gajah liar berkeliaran di kawasan perkampungan seperti haiwan ternakan. Masalah gajah di sini berlanjutan telah lama. Ramai pekebun tidak dapat berkebun lagi kerana tidak sanggup tanggung kerugian, penat lelah usaha tanaman tapi hasil dimusnahkan gajah. Isu ini bukan setakat kesedihan bila dalam tiga empat tahun kebelakangan ini dilaporkan yang gajah liar makin menjadi-jadi ‘bermain’ di kawasan rumah penduduk dan mereka semakin bimbangkan soal akan isu keselamatan. Dialporkan dalam beberapa hari lepas tiga malam berturut-turut seekor gajah liar dewasa datang sehingga tepi rumah dan merosakkan hampir 10 batang pokok pisang serta kelapa. Ada penduduk yang sebelum ini pernah punyai kebun cempedak tidak lagi mengusahakannya selepas tanaman dimusnahkan gajah kira-kira lima tahun lalu. Dilaporkan dimana disepanjang musim duku seperti sekarang ini saya boleh pendapatan sehingga RM5,000 akan tetapi kali ini baru RM900 sahaja dimana musim buah pun hampir akan berakhir. Ada banyak pokok telah dirosakkan, selain ramai pekebun takut untuk ke kebun kerana risaukan keselamatan. Baru-baru ini ada penduduk sedang panjat pokok duku terus bergegas turun larikan diri apabila ternampak gajah liar. Bagi seorang lagi penduduk, Mamat Mat Amin (74) pula masalah ancaman gajah liar turut dialami penduduk di Kampung Pasir Dula dan Padang Setebu berdekatan Kampung Basung. Isu gajah liar ini tidak lagi sekadar musnahkan tanaman kebun penduduk tetapi lebih penting sekarang ialah tentang soal keselamatan dan nyawa penduduk dimana kampung ini seolah-olah telah menjadi taman gajah. Penduk ada beberapa kali pernah terserempak seekor gajah dewasa bersama seekor anak di halaman rumah kira-kira pukul 9.30 malam ketika pulang dari masjid. 


Dalam portal sinarharian.com dilaporkan 'Peserta Felcra Sri Galong resah ancaman gajah liar' berkaitan dengan tajuk artikel kali ini untuk di kongsikan. Kisah dari Jerantut, Pahang berkaitan dimana ada lebih 60 peserta di ladang sawit Felcra Sri Galong di sini resah ekoran ancaman gajah liar yang telah menyebabkan tanaman sawit mereka musnah sejak beberapa bulan lalu (Sila lihat foto disebelah). Ada sebanyak 230 daripada 780 batang pokok sawit berusia antara lima hingga sembilan tahun dimusnahkan oleh haiwan liar terbabit. Apa pun menurut pengurus Biro Hal Ehwal Ladang Sawit Felcra Sri Galong, Ismayatim Ahmad dakwa insiden ancaman gajah itu semakin ketara sejak dua bulan lalu. Dakwanya terdapat serangan terdiri kawanan melibatkan kira-kira 18 gajah liar juga memusnahkan pokok sawit yang baharu ditanam seluas tujuh hektar sejak awal bulan ini. Pihak Felcra pengalami kerugian kira-kira RM30,000 minggu ini apabila buah sawit yang rosak berikutan ancaman kawanan gajah liar dan ini menjejaskan hasil yang sepatutnya diagihkan menerusi dividen kepada peserta. Isu ini mengundang kebimbangan apabila kawanan gajah liar masih menceroboh masuk kira-kira jam 11 malam menjelang ke awal pagi untuk makan umbut pokok ini dan kemudian sebelah siang bersembunyi di hutan berdekatan. Walaupun ada dibuat kawalan keselamatan semakin diperketatkan libatkan enam pekerja dan kontrak pengurusan ladang sawit ini hanya mampu berjaga malam sehingga awal pagi dengan memasang unggun api dan membakar mercun tetapi ancaman terbebut masih ujud. Isu ini sudah di buat laporan kepada pihak Felcra Ibupejabat oleh peserta di kawasan ini supaya kejadian ini disampaikan pihak berwajib dapat memantau dan menghalau kawanan gajah liar ini bagi mengelakkan kerosakan.


Pihak Bernama juga ada laporkan 'Penduduk bimbang ancaman 3 ekor gajah liar' yang berlaku di Gua Musang, Kelantan untuk di kongsikan. Dilaporkan dimana hampir 1,000 penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Pos Pasik di sini bimbang dengan kehadiran tiga ekor gajah yang berkeliaran di sekitar kampung itu sejak hampir setahun lalu. Dakwa Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) RPS Pasik Jimi Arifin berkata haiwan itu sering muncul di kawasan rumah dan tidak takut dengan kehadiran manusia. Penduduk disini kerap terserempak dengan gajah liar terbabit ketika dalam mereka melalui jalan kampong bagi menghantar anak ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Permai. Tiga ekor gajah liar itu masih berada di kawasan berhampiran dan mengacau sekitar kampung sehingga memberi tekanan serta tidur kami sering terganggu kerana perlu berjaga-jaga. Mereka bimbang dengan keselamatan anak yang masih kecil dan baru-baru ini juga pihak Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) telah datang membuat pemantauan di kampung ini selepas laporan dibuat. Dakwa seorang lagi penduduk Misbun Arifin (44) juga mendakwa kadangkala ada antara mereka yang menaiki motosikal untuk menghantar anak ke sekolah terpaksa berpatah balik selepas terserempak dengan haiwan terbabit, malah tanaman yang diusahakan turut rosak dimakan gajah itu.


Ada kisah dri Johor dimana '
155 aduan gajah diterima di Johor setakat ini' menunjukkan isu ini sentiasa terjadi. Di Johor di laporkan ada sebanyak 155 aduan ancaman membabitkan konflik antara manusia dan gajah direkodkan di Johor sepanjang tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon nyatakan dimana sehingga Mac 2024 ada sebanyak 41 aduan diterima berhubung haiwan gajah liar terbabit di Selatan Tanah Air ini. Dakwanya lagi dimana dalam menangani konflik hidupan liar ini, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menjalankan pelbagai usaha mitigasi bagi mengatasi dan mengurangkan jumlah aduan daripada orang ramai yang diterima setiap hari. Beberapa kaedah seperti pemantauan, pengurusan populasi secara terancang, tembak-halau, tangkap-pindah dan pembinaan Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG). Bagi tujuan langkah jangka pendek, sederhana dan panjang kerajaan melalui Perhilitan akan menjalankan tindakan mitigasi seperti rondaan dan kawalan serta tangkap pindah sebagai tindakan jangka pendek dan segera. Manakala bagi tindakan jangka sederhana, Perhilitan mencadangkan membina SPEG di lokasi gangguan. Tindakan jangka panjang pula, Perhilitan sedang membangunkan kawasan makanan gajah di koridor mustahak supaya kumpulan gajah akan tertumpu di lokasi. Isu ini di bangkitkan dalam menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Sedili (BN, Muszaide Makmor) pada Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15, di Bangunan Sultan Ismail, Iskandar Puteri. Apa pun di laporkan yang kumpulan sasar yang mengalami kerosakan dan kemusnahan harta benda dan tanaman akibat serangan hidupan liar, boleh memohon Inisiatif Bantuan Kerugian Harta Benda Dan Tanaman Akibat Serangan Hidupan Liar (BKHT) secara 'one-off' yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan pada tahun ini. Setakat ini pihak Kerajaan Negeri juga tidak menyediakan sebarang bantuan kerana ia disalurkan kerajaan persekutuan dengan peruntukan sebanyak RM10 juta. Namun begitu permohonan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan. Bagi kawasan yang sering mengalami gangguan konflik manusia dengan kehidupan liar, Perhilitan akan mengadakan sesi konsultasi dan perbincangan bersama penduduk bagi perkara ini. Selain itu, masyarakat juga boleh mengambil langkah keselamatan semasa berdepan serangan gajah dan diantaranya jangan menghampiri gajah, tidak melakukan sebarang provokasi, kurangkan bunyi bising, beredar segera dari kawasan tersebut dan tidak mengambil tindakan sendiri dan segera melaporkan serangan gajah ke pejabat Perhilitan Daerah dengan kadar segera. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ANCAMAN GAJAH LIAR... MERBAHAYA...
KAWASAN HUTAN... HABITAT ASALNYA...
PENDUDUK RUGI... TAKUT AKAN DIA...
PERLU DI KAWAL... DENGAN SEGERA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Baai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(22 RabiulAkhir 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...