Di Malaysia haiwan mengkarung adalah sejenis reptilia bersisik yang mirip cicak tetapi biasanya lebih besar dengan warna yang boleh berubah-ubah seperti asalnya ia berwarna hijau dan boleh bertukar kepada warna perang atau kelabu disesuaikan dengan warna habitat dia berada. Binatang ini hanya akan dilihat aktif pada waktu siang sahaja dan tetapi ia kadangkala dikelirukan juga dengan haiwan ular kerana mempunyai badan yang panjang, leher pendek dan kaki kecil dan penulis blog sering terkejut berundir jika terserempak dengannya. Ini kerana dilihat yang bentuk badan akan boleh kelihat seakan seperti ular, cicak dan biawak kecil sahaja dalam rimbunan daun di kawasan semaj. Bagaimana pun ketakutan akan hilang bila ia berkaki dan mempunyai ukuran leher pendek dan berkaki empay dengan badan yang boleh memanjang. Apa pun sebenarnya dilihat ukuran badannya adalah ia lebih besar daripada ukuran baiwan cicak biasa. Paling unik adalah ciri dimana mengkarong boleh berubag warna bergantung kepada persekitaran seperti hijau, perang, atau kelabu. Sebagai sejenis haiwan uang aktif pada waktu tengah hari dan kebanyakannya adalah haiwan diurnal (aktif pada siang hari sahaja). Haiwan ini ada terdapat spesies yang berwarna hijau, seperti sesetengah spesies di Asia Selatan dan Tenggara. Apa pun asasnya dimana mengkarung ialah sejenis reptilia yang sering keliru dengan cicak besar atau ular kecil. Terdapat banyak jenis mengkarung, tetapi salah satunya ialah mengkarung rumput gangsa (Eutropis macularia) yang terdapat di Asia Selatan dan Tenggara. Ciri-ciri mengkarung ini dimana bentuk badan seperti cicak atau ular yang biasanya berwarna hijau, perang atau kelabu serta ia aktif pada waktu tengah hari. Contohnya adalah seperti jenis mengkarung rumput gangsa (Eutropis macularia) dan ada juga spesies lain seperti mengkarung hutan berbintik.
Mengkarong mempunyai habitat dan suka hidup di kawasan tanah basah atau lembab dengan banyak tumbuhan dan sumber makanan. Apa yang saya perhatikan mengenai taksonomi mengkarong, ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Bahagian Kepala (Caput) yang terdiri dari mata, lubang hidung dan telingga, Bahagian Badan (truncus) yang terdiri dari telingga hingga kloaka dan yang terakhir iaitu Bahagian Ekor (cauda) yang memiliki bentuk bulat meruncing ke ujung (Sila lihat rajah sebelah). Kajian menunjukkan annggaran panjang mengkarong sekitar 20 - 22 cm dimana 60% daripada panjang badan terdiri daripada bahagian ekor. Mengkarong juga mempunyai sepasang KAKI iaitu anggota depan (extrimitas anterior) dan sepasang KAKI anggota belakang (extrimitas posterior) dimana masing-masing mempunyai lima jari dan kuku-kuku yang sesuai untuk berlari, mencengkam untuk menanjat pokok. Haiwan ini yang mempunyai saiz badan relatifnya sederhana dan ini mudah ia bergerak dicelah-celah belukar, memanjat pokok dan berlari dengan pantas. Jika diteliti lagi, mengkarong sebenarnya mempunyai lubang telinga luar dan juga kelopak mata yang dapat dibuka tutup (Macam manusia juga). Kebanyakan haiwan mengkarong membiak dengan bertelur (ovipar) walau pun ada spesis yang melahirkan anak (vivipar). Agak pelik juga kerana daripada lebih 40 spesis mengkarong, terdapat beberapa spesis yang boleh ianya akan membentuk kembali ekornya yang terputus dengan cepat seperti ekor cicak. Telur mengkarong diletakan dalam sarang atau atas tanah seperti telur ayam bersaiz kecil dengan kulitnya putih krim sebelum ia menetas. Telur ini dihasilkan selepas proses mengawan diantara mengkarong jantan dengan mengkarong betina yang dewasa. Mengkarong jantan sering mempunyai teritori kawasan sendiri dan akan bertarong dengan mengkarong jantan lain untuk mempertahankan kawasannya tetapi pertarungan lazimnya tidak lama. Kehebatan mengkarong selain daripada berjalan dan berlari ia juga mampu memanjat pokok dengan pantas setinggi 8 - 10 meter untuk mencari makanan dan dia boleh menyelamatkan diri dari serangan musuh. Antara musuhnya adalah seperti ular, biawak, burung dan beberapa haiwan lain yang memakan mengkarong. Terdapat setengah spesis seperti jenis bunglon yang dapat berganti warna sesuai keadaan keliling.
Menarik dalam portal hmetro.com bertajuk 'Mengkarung bukan ular!' untuk di tulis semula dimana memang ramai kata yang rupa mengkarung tanpa kaki dilihat seperti ular. Apa pun dari segi rupa, badan bersisik, menjalar untuk bergerak dan berwarna gelap, tidak dinafikan ramai yang 'tertipu' dengan persamaan yang dimiliki mengkarung Eropah tanpa kaki dengan ular. Keunikan spesis mengkarung ini yang turut dikenali sebagai 'European Glass Lizard' dan 'Sheltopusik' ini kerana memiliki rupa seakan-akan seekor ular. Haiwn jens ini sebanarnya ia bukan cacat, sebaliknya melalui proses evolusi yang menyebabkan ia kehilangan kaki bagi mempercepatkan pergerakan masuk dalam pasir dan tanah lembut untuk menyorok daripada pemangsa dan berlindung dari cuaca buruk. Mengkarung ini masih sangat jarang ditemui di negara ini dan pertama kali diimport sekitar setahun yang lalu dimana masa itu tidak lebih 20 mengkarung jenis ini boleh ditemui di negara ini. Jadi, tidak hairan masih ramai yang masih tidak mengenali spesies mengkarung tanpa kaki dan beranggapan ia adalah ular bagi yang pertama kali melihatnya. Ada kalangan netizen takjub apabila melihat satu video seseorang yang bersama mengkarung tanpa kaki di media sosial kerana mereka belum pernah melihat dan mengetahui kewujudan haiwan jenis itu. Ada segelintir netizen pula agak geli apabila melihat mengkarung ini yang kelihatan seakan-akan seekor ular dan tidak kurang juga yang menghantar mesej untuk membeli mengkarung ini kerana tertarik dengan video tersebut. Apa pun spesis mengkarung tanpa kaki ini dibeli dari pemilik kedai haiwan peliharaan di ibu kota untuk menambah koleksi haiwan itu dari pelbagai negara. Mengkarung ini didakwa ia adalah hasil daripada biak baka dalam kurungan dan bukan ditangkap di hutan dimana perbezaan ketara antara mengkarung ini dengan mengkarung biasa ialah bahagian kaki depan dan belakang untuk bergerak. Oleh kerana spesis ini ia tidak mempunyai kaki, mengkarung ini perlu menjalar seperti ular untuk bergerak. Pergerakan mengkarung ini tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat. Selain itu, ia tidak boleh memanjat pokok atau dahan kayu seperti spesies mengkarung yang lain. Aspek penjagaan ianya tidak banyak beza dengan mengkarung lain iaitu memerlukan suhu yang stabil sekitar 27 hingga 28 darjah Celsius dan sedikit sejuk pada sebelah malam iaitu sekitar 25 darjah Celsius. Ia perlukan set lampu ultra ungu (UVB) dan lampu panas bagi memastikan haiwan ini mendapat haba mencukupi bagi membantu proses penghadaman. Makanan di berikan serangga seperti cengkerik dan ulat roti dimana selain itu, haiwan ini turut makan daging dan makanan kucing atau anjing. Selalunya setiap dua hari sekali diperiksa keadaan fizikal mengkarung peliharaannya supaya sentiasa dalam keadaan baik. Air minuman juga ditukar dan ditambah serangga dalam bekas makanan. Bagi memastikan kelembapan dalam kandang sentiasa stabil, saya menyembur air dalam kandang setiap dua hari sekali. Dibubuh alas ataupun 'bedding' diganti dengan yang baharu setiap sebulan sekali. Haiwan reptilia ini memiliki sifat ingin tahu yang tinggi dan tidak malu berinteraksi dengan penjaganya. Apabila dipegang, ia agak tenang dan tidak menunjukkan reaksi terancam atau cuba menggigit. Apa pun sesiapa yang melihat haiwan ini bergerak dan dapat berinteraksi serta memahami karakternya yang unik ini dengan lebih dekat juga memberikan kepuasan peemilik dan peminatnya. Semuga tulisan artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BERTUKAR WARNA... SESUAI DISANA...
MEMAKAN SERANGGA... KECIL SAHAJA...
KAWASAN LEMBAB...DISITU DIA SUKA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(4 Jamadilakhir 1447H).





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.