Support My Blog

Thursday, November 13, 2025

KEPENTINGAN BUAH NADIR DI MALAYSIA


POKOK BUAH NADIR
yang hasilkan buah nadir di Malaysia adalah jennis pokok yang mana ia merujuk kepada spesies pokok buah-buahan yang jarang ditanam secara komersial dan semakin sukar ditemui,  di habitat asalnya. Apa pun lazimnya dimana pokok nadir ini kurang di kenali orang biasa dimana ia juga terdapat sama ada di hutan atau di kawasan tanah subur berhampiran dengannya atau kadang-kadang ia juga ada yang ditanam didalam dusun bercampur atau dudun tradisional di kawasan rumah di kampong serta di halaman rumah. Buah ini juga ada yang berbuah bermusim adan ada yang berbuah sepanjang tahun juga. Bagi penulis blog dimana diantara pokok buah nadir yang sering di jumpai adlah seperti Buah Pulasan, Kundang, Bacang, Sentul dan Tarap. Pokok-pokok ini ada yang di kaji dimana ada yang berpotensi dalam industri makanan, industri perubatan dan juga dalam industri kosmetik akan tetapi dilaporkan kini ia semakin diabaikan akibat daripada proses pembangunan terutama penebangan hutan untuk di jadikan ladang sawit dan pembangunan industri lain. Apa pun asasnya dimana antara ciri-ciri pokok buah nadir ini dimana ia memang jarang dikomersialkan sebab kurang ekonomik. Bagi penulis blog dimana pokok ini tidak ditanam secara meluas di ladang komersial dan hanya dijumpai dalam skala kecil itu pun di tanam secara tidak senghaja ataau untuk suka-suka sahaja atau sebagai tanaan hiasan. Di Malaysia pihak tertentu ada membuat kajian dan laporan dimana sumber bagi kebanyakan pokok buah nadir sebenarnya adalah ia akan tumbuh liar di hutan atau di kawasan pinggir kampung. Keberadaan tumbuhan ini memang ianya akan menunjukkan akan kekayaan biodiversiti di hutan Malaysia. Ia juga merupakan sebahagian daripada kekayaan biodiversiti dan warisan pertanian negara yang masih perlu di kaji. Apa pun kajian ini mesti juga meliputu akan beberapa potensi kegunaan sama ada selain daripada di jadikan makanan mungkin ia mempunyai pelbagai kegunaan termasuk dimakan segar, diproses atau digunakan dalam perubatan tradisional. Kini semakin nyata jika pokok buah naddir ini adalah dalam keadaan terancam dimana jumlahnya semakin berkurangan akibat pembangunan dan kurang di minati masyarakat awam dimana keadaan ini boleh menyebabkan kepupusan jika tidak dijaga. Menilai lanjut akan keberadaan buah nadir ini mungkin ramai pembaca blog mungkin ada yang tidak pernah ada peluang untuk mengenal atau dapat ujirasa beberapa buah nadir. Antaranya seperti Buah Pulasan, Kuini, Bacang, Buah Kundang, Tampoi, Salak, Rambai, Jambu bol dan lain-lain. Pokok nadir yang pasti mungkin masih ada dalam hutan di MAlaysia adalah di kelaskan sebagai buah-buahan hutan seperti Setambun Merah, Buah Dabai, Buah Bambangan dan juga Buah Mentega. Ada juga buah nadir yang di bawa dari luar negara seperti yang di tanam di Pusat Pertanian Tenom di Sabah yang dijadikan koleksi janaplasma berharga. Antaranya di laporkan seperti pokok kerkup (Indian coffee plum) adalah satu contoh pokok nadir yang berasal dari India tetapi kini boleh ditemui di Malaysia dan banyak lagi. Pusat ini berjaya juga jalankan pemuliharaan dengan cara mengumpulkan maklumat. Apa pun usaha mengumpulkan maklumat tentang buah-buahan ini menjadi penting untuk mengelakkan ia dilupakan. Lazimnya setiap dua tahun sekali di Pameran MAHA akan di adakan segmmen pameran buah nadir yang mana penulis bloh ada terlibat semasa bertugad dahulu. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai kepentingan buah nadir di Malaysia untuk bahan bacaan dan rujukkan semua.


Buah Nadir merupakan jenis buah-buahan yang tumbuh secara semulajadi atau ditanam tetapi ia jarang-jarang ditanam di peringkat komersial. Kebanyakan buah nadir ini apa yang penulis blog ketahui adalah ia ditanam bercampur dengan buah-buahan lain di dalam dusun atau dijadikan pohon teduhan di kawasan halaman rumah. Pengalaman penulis blog seasa bertugas di Jabatan Pertanian Malaysia yang terlibat terus dengan dokumentasi mengenai buah-buahan nadir ini mendapati ada lebih 60-70 spesies buah-buahan nadir telah dikelaskan ke dalam kategori buah-buahan nadir dan diterbitkan dalam risalah rasmi jabatan. Setiap kali ada pameran Hari Peladang dan Neayan Kebangsaan (HPPNK) dan MAHA memang penulis blog ada terlibat untuk menyediakan bahan pameran buah-buahan nadir ini agar dilihat oleh para pengunjung. Buah rambai sebagai contoh sudah jarang dapat jumpa ia di jual dan semakin pupus walau pun ras yang manis dan masam diminati sebahagian daripada peminatnya (Sila lihat foto disebelah). Malaysia mempunyai iklim yang sesuai untuk pelbagai spesis buah-buahan. Memang ada dibuat pemerhatian dimana penulis blog dapati buah-buahan di Semenanjung Malaysia boleh di golongkan kepada tiga kelas iaitu Buah-buahan Utama, Buah-buahan Nadir dan Buah-buahan Liar. Melihat dimana pokok buah-buahan yang dikenali sebagai buah-buahan nadir dimana ia kebanyakannya dibiarkan dalam keadaan separuh liar tanpa penjagaan yang sempurna. Biasanya ia ada banyak terdapat di kampung-kampung sama ada di halaman rumah, di dusun kecil bersama pokok buah-buahan yang lain atau di pinggir kawasan hutan. Apa pun didapati spesis buah-buahan nadir ini ada yang boleh dimakan dalam keadaan segar seperti Buah Tampoi dan Buah Salak. Selain dimakan dalam keadaan segar penulis blog dapatia ada juga beberapa spesis buah-buahan nadir ini juga ada yang berpotensi untuk diproses. Antaranya Buah Sentul, Asam Jawa, Cermai dan sebagainya. Biasanya terdapat juga buah-buahan nadir yang tidak dapat dimakan kerana terlalu masam atau kelat dan ia bagaimana pun sesuai diproses untuk ianya dijadikan halwa dan jem yang sedap rasanya. Memandangkan buah-buahan nadir ini tidak diberi perhatian dan ia hampir dilupakan maka ada usaha-usaha mengumpulkan semula maklumat tentang buah-buahan ini oleh pihak Jabatan Pertanian dan organisasi lain untuk dijadikan aboretumatau bank janaplasma.


Bagi penulis blog dimana b
uah nadir merupakan harta botani Malaysia yang masih ia perlu dilindungi sepanjang masa. Apa pun negara Malaysia yang terkenal sebagai sebuah negara yang kaya dengan ribuan spesies tumbuhan tropika. Walau bagaimanapun, banyak buah-buahan tempatan yang suatu ketika dahulu mudah didapati di kampung dan hutan kini semakin pupus. Buah-buahan ini dikenali sebagai buah nadir. Buah nadir Adalah bua-buahan yang sukar diperoleh pada masa kini kerana faktor geografi, perubahan gaya hidup dan kekurangan penanaman secara komersial. Diantara contoh buah-buahan nadir adalah seperti buah Mentega (Diospyros blancoi), Buah tampoi (Baccaurea spp.) dan sila lihat foto disebalah, Buah Kundang (Bouea macrophylla) dan Buah Binjai (Mangifera caesia). Buah ini menyimpan khazanah genetik dan nilai pemakanan yang tinggi, namun semakin terpinggir dalam pembangunan pertanian arus perdana. Merujuk Jabatan Pertanian Malaysia dimana buah nadir ditakrifkan sebagai buah tempatan yang jarang ditanam secara komersial, kurang dikenali oleh masyarakat umum, serta hanya terdapat di kawasan tertentu. Kebanyakan buah nadir bersifat bermusim dan tidak tahan lama selepas dituai, menjadikannya kurang sesuai untuk pasaran moden tanpa pemprosesan lanjut. Ada banyak buah nadir mengandungi kandungan antioksidan, serat, dan fitokimia yang tinggi. Contohnya seperti buah binjai kaya dengan vitamin C dan fenolik, manakala buah tampoi menunjukkan potensi sebagai sumber anti-kanser dalam kajian awal. Buah nadir mempunyai nilai komersial yang tinggi jika diproses sebagai jus, jem, produk kosmetik, atau herba. Apa pun disebabkan aktiviti pembalakan dan perladangan berskala besar menyebabkan kehilangan habitat semula jadi bagi banyak spesies buah nadir yang hanya tumbuh liar di hutan hujan tropika. Ketiadaan insentif kepada petani serta permintaan pasaran yang rendah menjadikan penanaman buah nadir tidak menarik dari segi ekonomi. Buah nadir bukan sekadar warisan budaya dan identiti botani Malaysia, tetapi juga sumber alam yang berpotensi besar dari segi kesihatan, ekonomi, dan kelestarian biodiversiti. Usaha menyelamatkan buah nadir memerlukan sokongan pelbagai pihak seperti penyelidik, penggubal dasar, petani, sehinggalah masyarakat umum. Sekiranya tiada tindakan yang konkrit diambil, negara berisiko kehilangan khazanah alam ini buat selama-lamanya. Pengalaman mengumpulkan maklumat buah nadir di Malaysia peru di teruskan oleh Jabatan Pertanian dan pihak berkaitan agar ianya akan dapat di rekodkan, di kaji dan di kekalkan.


Apa pun di Malaysia dilaporkan ada terdapat lebih 370 spesies buah-buahan boleh dimakan. Sebahagiannya telah ditanami secara komersial, yang lain belum tetapi masih boleh dijumpai di hutan. Di antaranya termasuk 60 - 70 spesies buah-buahan nadir. Buah-buahan nadir dimaksudkan sebagai buah yang jarang-jarang dijumpai dan sekali sekala boleh ditemui di mana-mana tempat sama ada di kawasan perkampungan, dusun atau dalam hutan. Buah nadir juga ada kelebihannya, cuma kelebihan itu jarang didedahkan sehingga orang ramai kurang mengenalinya. Kebanyakan spesies buah nadir boleh dimakan segar. Buah-buahan ini adalah seperti kuini, kundang, remia, pulasan, tampoi, cerapu, rambai, salak, jentik-jentik, kerian, delima, rokam, binjai, mata kucing, kedondong, sentul, nona, lanjut, nam-nam dan semua jenis jambu. Selain mempunyai kelebihan dimakan segar, buah-buahan nadir juga berpotensi untuk diproses, seperti belimbing buluh, cermai, buah melaka, buah pala, kelubi, salak, sentul, kundang, remia, asam jawa dan rokam masam. Sebagai tambahan dimana buah nadir juga sering digunakan sebagai ulam dan sayuran. Buah nadir yang sesuai dibuat ulam ialah petai, jering, kerdas dan putat, manakala yang sesuai untuk dimasak sebagai sayuran adalah gajus, sukun, kulur,sentul, ara dan belimbing buluh. Pada hakikat, pelbagai kegunaan buah nadir telah dikenal pasti termasuk juga sebagai perasa asam untuk gulai dan masakan lain, umpamanya buah nadir asam gelugur, bacang, pauh, kundang, kedondong, limu nipis, limau kasturi, sepam dan sebagainya. Apa pun ada kala bahagian-bahagian tertentu pokok buah nadir turut digunakan dalam masakan, contoh pucuk gajus dan putat boleh dibuat ulam manakala kulit buah rambai dibuat gulai dan pucuk melinjau dimasak dan dimakan dengan nasi. Pucuk salam pula digunakan sebagai perasa dalam masakan. Dari segi khasiat, buah nadir seperti juga buah-buahan lain yang biasa dijumpai di pasaran, adalah kaya dengan kandungan vitamin, unsur mineral serta asid organik yang dapat memanfaatkan kesihatan badan. Umpamanya buah delima, buah bilak, buah gelinggai dan buah gajus mengandungi vitamin B2 yang diperlukan untuk meningkatkan selera makan serta berfungsi mengelak daripada sakit tekak, lidah dan kulit. Dari segi khasiat ubatan pula dilaporkan ada beberapa jenis buah nadir didapati memiliki fungsi tersebut, seperti gajus, delima, belimbing masam, asam gelugur, asam jawa, buah melaka, buah pala, wampi, petai, jering dan kerdas. Antara buah-buahan nadir ini dimana ada sebahagian telah dirumus menjadi produk sesuai bagi perubatan tradisional. Ada bahagian-bahagian tertentu pada pokok buah nadir juga berfungsi perubatan seperti pokok daun gajus boleh menyembuhkan ulser di mulut dan mampu mengurangkan tekanan darah tinggi. Biji kerian pula dapat mengawal penyakit kencing manis. Daun pokok ara juga sama.


Apa yang diperhatian dimana ada pokok buah nadir juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan di laman rumah atau taman bergantung kepada kesediaan ruang yang ada. Bagi laman rumah dimana ada beberapa pokok yang mempunyai kanopi kecil sangat sesuai, seperti cermai, jambu bertih, limau pagar, nam-nam,kedondong kerdil, nona, kerandang dan delima. Pokok yang mempunyai kanopi besar seperti rambai, kundang, binjai, bacang pula sesuai untuk taman yang luas. Selain dapat memberi teduhan kepada orang ramai, hasil buah juga boleh dinikmati atau digunakan dalam masakan. Dilaporkan buah-buahan nadir berpotensi digunakan sebagai pokok penanti dalam pembiakbakaan yang melibatkan penambahbaikan genetik buah-buahan komersial yang sedia ada. Umumnya, langkah penambaikan genetik ini akan meningkatkan daya rintangan penyakit serta memendekkan tempoh juvenil pokok buah-buahan komersial. Usaha pemuliharaan buah-buahan ini adalah perlu, kalau tidak mereka akan menghadapi kepupusan pada masa akan datang. Terdapat Terdapat spesies buah-buahan nadir di Semenanjung Malaysia yang sudah menuju ke arah kepupusan, antaranya ialah lanjut, asam kumbang, sepam, kundang, binjai, beruas, lotong, kuini, melaka, redan, cerapu, bacang, sentul/kecapi, kerian, melinjau, redan dan muyu. Ramai tidak pernah melihat pokok dan buah sepam yang unik kulitnya (Sila lihat foto disebelah). Beberapa institusi kerajaan telah mengambil initiatif untuk menjalankan usaha ini termasuklah MARDI Serdang, Taman Pertanian Malaysia, Taman Pertanian Sg. Sebiew, Bintulu, Sarawak dan Jabatan Pertanian Tenom, Sabah. Taman Botani Putrajaya dan Taman Tropika Tasik Kenyir juga mengambil langkah memulihara buah-buahan nadir dalam bentuk agropelancongan. Pengunjung ke situ selain dapat berehat-rehatan dalam suasana yang indah, mereka turut berpeluang berkenalan dengan buah-buahan jati Malaysia. Taman Botani Putrajaya telah mengambil masa 10 tahun untuk mengutip biji benih buah nadir di seluruh Malaysia kemudian menanamnya di taman tersebut. Taman Tropika Tasik Kenyir pula berkeluasan 7 hektar mula dibangunkan pada tahun 2008. Selain Taman buah nadir, juga ada taman-taman lain seperti burung, orkid, rama-rama dan rambutan yang dibangunkan bersama untuk tujuan menarik kedatangan pengunjung serta membuat penyelidikan. Sehingga kini, taman ini telah meliputi hampir 1,500 pokok melibatkan 112 spesies, dan di antaranya 40 spesies adalah pokok buah nadir seperti buah ajaib, mahkota dewa, buah melaka, buah pokok arang dan sebagainya. Apa pun kalangan masyarakat tempatan boleh meninjau pokok dan  buah-buahan nadir di masa kini semakin dipinggiri berikutan pembersihan kawasan tumbuhan demi memberi laluan kepada projek pembangunan, penanaman buah-buahan serta tanaman industri lain. Lagipun pun ciri kualiti buah-buahan komersial yang sedia ada telah meningkat kerana adanya usaha penyelidikan dan pembangunan baka-baka tersebut. Oleh itu, peluang pembangunan buah-buahan nadir menjadi nipis, apatah lagi kajian disetiap jenis buah-buahan sehingga ke peringkat komersial mengambil masa yang sangat lama. Lebih baik menumpu perhatian ke atas buah-buahan komersail yang sedia ada daripada menjalankan kajian ke atas buah-buahan nadir. Ini rasanya adalah ulasan yang menepati senario kini. Dalam kes lain di laporkan dimana ada beberapa buah-buahan nadir yang semakin pupus dengan cepat dan akan pupus jika tiada tindakan pihak berwajib. S
emuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology yang ke 8,711 kali ini. Wasallam!!!...
POKOK BUAH NADIR...IA ADA DIMANA...
SEMAKIN IA PUPUS...ISU BAGAIMANA...
DI PUSAT PERTANIAN...ADA JANAPLASMA...
PERLUKAN KAJIAN... AGAR DI LAKSANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(24 Jamadilawal 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...