Support My Blog

Sunday, November 9, 2025

LIDAH BUAYA OH LIDAH BUAYA!

TANAMAN LIDAH BUAYA (Aloe vera) merupakan sejenis tumbuhan jenis herba yang semakin popular dikalangan usahawan untuk menanamnya. Tumbuhan ini adalah jenis herba lembut daripada keluarga Xanthoreaceae yang mudah ditanam dan dijaga. Beberapa petani tempatan di Johor dan Pahang serta Perak sudah agak komersil menanam lidah buaya untuk diproses menjadi pelbagai produk kesihatan dan kecantikan. Kini masih belum banyak kajian klinikal dan ada testimoni dilakukan tentang kegunaan produk lidah buaya. Perkara ini adalah penting dijalankan oleh pengusaha tanaman lidah buaya untuk tujuan promosi dan pasaran produk berasaskan lidah buaya. Lidah buaya adalah tumbuhan yang telah lama digunapakai oleh masyarakat tempatan. Antaranya adalah untuk beberapa tujuan termasuk untuk menyuburkan rambut, pemulih luka serta untuk perawatan kulit. Tumbuhan yang mendapatkan nama Latin Aloe vera ini boleh tumbuh dengan baik pada kawasan kering seperti negara Afrika apa lagi kalau ditanam dinegara kita yang tanahnya subur dan banyak air. Tanaman ini memang mudah ditanam di Malaysia, Indonesia dan negara-negara ASEAN yang lain sebagai tanaman herba yang boleh dikomersilkan. Pemerhatian oleh penulis menunjukkan perkembangnya ilmu pengetahuan dan teknologi penanaman lidah buaya cepat berkembang kerana ia mudah dipelajari dan juga mudah diusahakan oleh petani biasa asalkan ada jaminan pasaran bahan mentah. Kalau dulu ia cuma dianggap tanaman hiasan sahaja kini lidah buaya telah diproses dan diangkat untuk menjadi produk bernilai tinggi seperti produk untuk perawatan kulit, menjadi bahan asas farmasi dan bahan asas kosmetik dalam industri rawatan kecantikan. Pada masa sama pengusaha menggunakan lidah buaya sebagai bahan makanan ataupun minuman kesihatan. Tahukah anda bahawa lidah buaya merupakan satu dari 10 jenis tanaman terlaris di dunia?. Mungkin ramai kurang pasti akan perkara ini disebabkan ianya masih baru lagi di negara kita. Artikel pagi Selasa ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai khasiat dan kegunaan tumbuhan lidah buaya sekadar pencetus minda pembaca blog ini semua.


Terdapat fakta menarik bagaimana m
anfaat jus lidah buaya buat tubuh sudah di kaji dan di bincangkan. Apa pun dilaporkan pokok lidah buaya atau Aloe vera yang juga dikenali sebagai pokok lidah buaya kini ia menjadi salah satu tumbuhan antara 250 spesies aloe serata dunia. Aloe vera ialah tumbuhan saka, sukulen separa-tropika, dengan akar serabut yang kuat dan daun berwarna hijau kekelabuan, berisi tebal, dan bergerigi. Menurut Dr Rupali Datta dimana lidah buaya (aloe vera) adalah bahan penting untuk industri makanan, farmaseutikal dan kosmetik. Kajian terbaru yang diterbitkan dalam pelbagai jurnal saintifik telah menunjukkan bahawa penggunaan jus lidah buaya dapat mengawal gula dalam darah dan menurunkan lipid dalam kencing manis dan hiperklipemia pesakit. Kajian dijalankan mnendapati jika kebaikan meminum jus lidah buaya yang memang ia Mengandungi vitamin dan mineral dan jika di ambil sebagai jus sarat dengan vitamin, mineral dan bahan antioksidan penting untuk tubuh semua. Satu-satunya perkara yang tidak dapat dijumpai dalam lidah buaya adalah Vitamin D. Lidah buaya kebaikannya mampu Melawan masalah penghadaman dimana pengambilan lidah buaya setiap hari dipercayai boleh melawan dan merawat pelbagai gangguan pencernaan termasuk pencernaan yang kurang baik, sembelit, keasidan dan gas. Ia juga bermanfaat untuk merangsang selera makan. Dilaporkan hasil kajian ia Membuang toksin daripada tubuh dimana penggunaan jus lidah buaya boleh menyingkirkan toksin daripada badan. Minum pada awal pagi akan membantu anda mengubati masalah pencernaan untuk membersihkan sistem penghadaman. Ia juga Bagus untuk rambut dan kulit sebab jus lidah buaya membantu dalam ia mengekalkan kulit licin, berseri dan menggalakkan proses pertumbuhan rambut. Aplikasi topikal boleh melegakan daripada luka bakar dan parut. Ia boleh digunakan sebagai agen pelembap untuk kulit serta kulit kepala. Ia juga akan dapat Mengimbangi masalah hormon sebab jus lidah buaya sering digunakan dalam banyak tonik herba lain yang penting dalam mengubati masalah hormon, pankreas dan gangguan yang berkaitan dengan limpa.


Dalam kes lain di laporkan 'Ramai teruja pokok lidah buaya boleh berbunga, rupanya dijual RM300 sepokok' yang menarik di kongsikan faktanya. Ada kisah dimana bilat melihat akan pokok yang satu ini pasti ramai menyangkakan ia berbentuk pokok yang hanya 'berdaun'  dimana jangan tidak tahu jika pokok lidah buaya juga boleh mengeluarkan bunga. Ramai kurang percaya jika pemilik pokok lidah buaya ada menunjukkan pokok lidah buaya yang berbunga cantik bewarna jingga kemerahan (Sila lihat foto disebelah). Didakwa dimana ini adalah kes pertama di paparkan pokok lidah buaya betina boleh berbunga sebab pokok yang tidak berbunga adalah dari jenis pokok alo vera jantan. Ada kalangan peminat tanaman hiasan di Indonesia dimana dengan pokok lidah buaya yang sudah berbunga akan menjual dengan tawaran harganya pula dijual mencecah hingga Rp1,000,000 atau lebih kurang RM300 duit Malaysia yang menarik. Ia ada di iklan didalam laman sosmed atau di komen kalangan peminat dan ahli didalam media tersebut yang berkaitan flora dan fauna itu tetapi ada fakta sama ada benar atau tidak mengenai perkara tersebut. Di paparkan juga akan keterangan produk bagi bunga pokok lidah buaya berharga satu juta rupiah (Rp1,000,000) itu yang turut dikongsikan. Dipaparkan akan keterangan dimana antara manfaat bunga lidah buaya yang diketahui hingga masa ini antara lain ia didakwa mempunyai nilaian harga tinggi sehingga tanaman lidah buaya berbunga boleh dijual belikan sebagai peluang perniagaan yang baik. Dilaporkan juga bunga ini mengandungi banyak vitamin dan mineral yang berguna untuk kesihatan sebagaimana nilai nutrisi di dalam bahagian daun lidah buaya. Didakwa seterusnya khasiat bunga lidah buaya akan dapat mencegah dan menyembuhkan berbagai penyakit kronik seperti kes-kes tumor, kanser, diabetes dan juga buasir. Ia dilaporkan juga amat berkesan sebagai sejenis bahan pengubatan untuk tujuan merawat luka dan dalam kes lebih unik di dakwa jika bunga lidah buaya dapat mengatasi penyakit seperti sifilis dengan rebusan manfaat bunga lidah buaya. Dilaporkan juga jika kononnya tanaman lidah buaya yang berbunga memiliki khasiat berlipat kali ganda daripada tanaman lidah buaya biasa yang jarang berbunga. Apa pun dakwaan dan manfaat bunga lidah buaya boleh digunakan sebagai penyubur rambut sebagai bahan dalam manfaat mandian (creambath) masih di buat analisa kajian. Manfaat bunga lidah buaya juga dilapor yang ia boleh meningkatkan sistem imun dalam tubuh dan akan dapat meningkatkan penyerapan protein baik dan juga keteraturan fungsi pada usus. Testimoni lain dakwa ia akan mengeluarkan racun dari tubuh dan melawan peradangan. Apa pun jangan terus percaya akan laporan dari sosmed ini sebab perlu tunggu atau mendapatkan pandangan pengamal perubatan bertauliah sebelum memanfaatkan tumbuhan unik ini sebagai bahan untuk kesihatan. Maklumat ini dikongsikan hanya sekadar pengetahuan semasa memandangkan trend orang kita yang gemar berkebun pada masa ini.


Dilaporkan dalam beberapa media tempatan akan 'Khasiat lidah buaya untuk rambut' yang mudah di dapatkan dan ia kos efektif. Lidah buaya merupakan salah satu tumbuhan yang terkenal dengan khasiatnya yang banyak. Bukan sahaja boleh membantu merawat pelbagai penyakit tetapi anda juga boleh menggunakan lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang sihat. Ia dilaporkan akan merangsang pertumbuhan rambut disebabkan kandungan vitamin dan mineral dalam lidah buaya dipercayai membantu merangsang pertumbuhan rambut. Apa pun lidah buaya juga dikatakan boleh digunakan untuk bayi dan kanak-kanak dimana sebagai ibu bapa tidak perlu terus rungsing dalam penjagaan rambut anak-anak kerana lidah buaya adalah jawapannya. Ia dilaporkan akan menghalang keguguran rambut dimana isu keguguran rambut adalah masalah rambut yang agak merisaukan dimana ramai akan risau jika tidak diatasi akan botak. Selain merangsang akan pertumbuhan rambut dilaporkan hasil kajian jika lidah buaya juga mempunyai manfaat untuk menyuburkan kulit kepala dan rambut sehingga rambut menjadi lebih kuat. Bagi isu untuk mengatasi masaalah rambut berminyak dimana kaedah rawatan dengan menggunakan lidah buaya adalah sesuai untuk semua jenis rambut. Rambut yang berminyak akan menyebabkan kegatalan kepada kulit kepala dan buat rambut berbau. Bagi mengatasi masalah tersebut anda boleh menggunakan lidah buaya kerana ianya tidak membuatkan kulit kepala anda kering. Paling hebat dilaprkan jika ia juga akan dapat mengurangkan masalah kelemumur apabila kajian mendapati yang aloe vera mempunyai ciri-ciri anti-kulat. Ekstrak atau gel Aloe apabila digunakan pada kulit kepala, ia membantu mengurangkan kelemumur. Ketika pengguna cuba mengaplikasikan lidah buaya di rambut terdapat cooling sensation yang akan anda dapat rasakan di kulit kepala sehingga kepala berasa gatal akan terasa selesa. Hebatnya diman ia juga dapat mengatasi masalah rambut bercabang dimana produk gel lidah buaya membantu dalam kaedah mengurangkan rambut bercabang. Campuran ekstrak lidah buaya dan jus lemon dalam jumlah yang sama dan sapukan pada hujung rambut anda. Biarkan seketika kemudian basuh dengan air suam. Lidah buaya membantu menghilangkan minyak dan kekeringan pada hujung rambut yang mampu menghalang masalah rambut bercabang. Dilaporkan juga beberapa kaedah atau cara menggunakan lidah buaya untuk rambut dimana pengguna boleh memperolehi khasiat daripada lidah buaya dengan cara menggunakan lidah buaya sebagai masker rambut secara rutin. Berikut adalah langkah-langkah menggunakan masker rambut lidah buaya pertama dengan pastikan untul menyediakan dua lembar lidah buaya berukuran sederhana dan besar dan dipotong serta kupas lidah buaya dan ambil bahagian dalam kulit dan gelnya. Kemudian di hancurkan kulit dalam sehingga halus dan campur dengan gelnya. Letakkan gel lidah buaya tersebut ke seluruh rambut dan jangan lupa ketika diletakkan di kulit kepala digalakkan mengurut selama 1-3 minit dan di biarkan selama 30 minit sehingga 1 jam kemudiannya. Seterusny membilas rambut sehingga bersih dimana kaedah ini perlu di lakukan satu atau dua minggu sekali untuk mendapatkan rambut yang lebih sihat. Kaedah menggunakan lidah buaya untuk rambut mendapat pelbagai manfaat sekiranya ia dilakukan secara konsisten dan sabar.


Bagusnya amalan merendam kaki dan juga sapu lidah buaya dimana kesannya ia boleh bantu sejukkan badan terutama pada musim panas di Malaysia. Keadaan cuaca panas dan kering di Malaysia akan berlaku saban tahun dimana ada tempat yang membimbangkan dana tidak selesa pada masa ini. Seperti yang dilaporkan baru-baru ini, terdapat penyakit akibat cuaca panas di negara ini dan amat menyedihkan apabila ada kes kematian dalam kalangan kanak-kanak. Ini disebabkan suhu yang meningkat dan cuaca lebih panas yang mana keadaan ini boleh menyebabkan strok haba dan penyahhidratan yang teruk. Cuaca panas yang melampau boleh menyebabkan seseorang individu kerap berpeluh dan menyebabkan cecair dalam badan berkurangan. Dilaporkan diantara gejala penyakit berkaitan cuaca panas ialah badan terasa kering dan panas, denyutan jantung menjadi cepat, pening dan mual selain boleh mengakibatkan sawan ataupun pengsan. Disebabkan itu ada terdapat beberapa petua sejukkan badan boleh anda amalkan di kala waktu ini. Seperti yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia ada petua mengatasi dan mengurangkan rasa panas berbahang supaya badan rasa lebih segar dan selesa. Pertama dengan merendam kaki dalam air sejuk dengan cara merendamkan kaki dalam baldi berisi ais batu selama 20 minit dimana ia mampu membantu anda untuk mengurangkan kepanasan tubuh dan membuat anda lebih relaks. Perlu ingat agar sentiasa banyak minum air kosong dan makanan yang ada tinggi kandungan air. Sebaiknya semasa cuaca panas tingkatkan pengambilan air kosong dan makanan atau buah-buahan yang banyak kandungan air seperti tembikai, tomato, strawberry dan sup. Seterusnya boleh di sapu lidah buaya yang sudah di jadikan gel pelembab semula jadi untuk wajah. Letak daun lidah buaya dalam peti sejuk untuk kesan lebih sejuk. Amalkan makanan berempah dimana apabila makan makanan yang pedas maka ia menghantar mesej ke otak untuk menyejukkan tubuh diman pastinys akan berpeluh dan selepas berpeluh tubuh akan sejuk. Ada beberapa lagi bahan yang boleh digunakan untuk menyejukkan tubuh badan seperti meminum teh pepermint, daun sederi dan timun, minum air kelapa dan duduk dalam bilik berhawa dingin!. Semoga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
LIDAH BUAYA...ALOE VERA SAMA...
TUMBUHAN HERBA... MUDAH JUMPA...
BANYAK KHASIAT...AMAT BERGUNA...
BACA ARTIKEL .. MENJADI SUKA PULA..


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
21 RabiulAkhir 1447H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...