Support My Blog

Tuesday, November 11, 2025

PUCUK DAUN UBI PULUT - JENIS TERBAIK

PUCUK DAUN UBIKAYU PULUT
(Manihot esculenta) adalah  yang terbaik pada penulis blog yang ada beberapa pokok ditanam dikawasan rumah. Lazimnya pokok ubi kayu mudah ditanam dengan menggunakan keratan batang dan cucuk diatas tanah gembur dan diberikan baja organik selalu. Apa pun kita perlu sentiasa memetik pucuk ubi pulut ini selalu agar lebih banyak  cabang baru dihasilkan setiap kali memetik pucuknya. Memadai dengan ada 2-3 pokok sahaja sudah mencukupi untuk dimasak seluruh ahli keluarga kalau selalu ianya dipetik dan disiram serta dibaja. Kebanyakan pokok ubi kayu biasa akan menghasilkan umbisi ubi yang dinama ubi kayu dimana banyak kegunaan ubi kayu sebagai sumber makanan yang berkhasiat. Pada penulis blog memang pokok ubikayu pulut ini yang mempunyai daun berwarna hijau muda erbentuk tirus panjang berlainan dengan ubikayu yang lain dan mudah dikenali. Manfaat pokok ubi kayu seperti daun ubi kayu telah dikomersilkan dan ada dijual dipasar atau pasar tani atau pasar malam.  Daun ubikayu pulut yang diambil untuk dijadikan makanan terutama sayuran adalah daripada bahagian pucuknya yang masih lembut. Pucuk ubi kayu pulut ini semakin mendapat permintaan tinggi dan dijual di pasar. Pada penulis blog memang pokok ubi kayu tidak disukar ditanam. Dengan menggunakan keratan batang, ubi kayu mudah dibiarkan. Kalau berhasrat menanam pokok ubi kayu untuk tujuan mendapatkan pucuknya, jenis pokok ubi kayu yang perlu ditanam ialah pokok ubi kayu pulut. Pokok ubikayu pulut adalah varieti ubi kayu yang mudah ditanam di sekeliling rumah sama ada di dalam pasu besar atau pun diatas tanah. Jika dahan ubi pulut ini sering dipatahkan untuk mengutip bahagian daun mudanya maka akan lebih banyak cabang dan ranting baru keluar menjadi pucuk muda lain. Pokoknya akan merimbun dengan banyak dahan yang bercabang-cabang. Jenis ubi kayu pulut ini daunnya jenis panjang tirus lebih sedap untuk dibuat celur ulam makan dengan sambal tempoyak. Artikel lewat malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan satu kisah mengenai daun pucuk ubikayu pulut yang sangat sesuai dijadikan sayuran atau ulaman yang berkhasiat dan enak untuk rujukkan anda semua.


Pokok ubi kayu pulut memang sesuai untuk dipetik pucuknya. Pokok ubi kayu pulut tidak akan tinggi apabila sentiasa dipotong pucuknya dan mudah untuk proses kita untuk memetik pucuk seterusnya. Penulis blog syorkan agar pokok ubikayu pulut ini sentiasa dibaja dengan baja organik dan pemberian air akan membolehkan pokok ubi ini cepat menghasilkan tunas dan daun pucuk baru sepanjang masa (Sila lihat foto disebelah depan rumah penulis). Dari segi kualiti daun pucuk ubi pulut adalah ubi yang baik untuk dimakan kerana ia lembut dan tidak pahit. Pokok ubi pulut adalah varieti ubikayu yang mudah ditanam disekeliling rumah sama ada didalam pasu besar atau pun diatas tanah. Jika dahan ubi pulut ini sering dipatahkan untuk mengutip bahagian daun mudanya maka akan lebih banyak cabang dan ranting baru keluar menjadi pucuk muda lain. Pembajaan dengan baja organik dan pemberian air akan membolehkan pokok ubi ini cepat menghasilkan tunas dan daun pucuk baru sepanjang masa. Penulis blog dapati khasiat daripada makan dan mengambil pucuk daun ubi adalah sudah tidak asing bagi kita terutama mereka yang berasal daripada kampong. Ini kerana sayuran enak ini memang sangat banyak digemari di berbagai negara-negara tropika seperti Malaysia, Thailand, Brunei dan juga di Indonesia. Sayuran ini sudah akrab dengan lidah orang Malaysia terutama yang mampu menanam dan masak sendiri dikawasan keliling kampong. Tanaman ubi kayu adalah mudah jika kita hendak menanamnya sendiri. Benih tanaman amat mudah diperolehi menyebababnya terdapat hasil seperti Umbisi ubi kayu, Daun dan juga biomass. Bahan mentah ubi kayu sebenarnya telah banyak sekali digunakan dalam hidangan berasaskan ubikayu yang popular di Malaysia.


Dalam pada itu kita boleh mendapat khasiat daripada pucuk daun ubipulut yang segar dan dimasak dengan betul. Analisa makmal menunjukkan kandungan Zat Permakanan daun ubi kayu cukup baik dan banyak variasi sama dengan jenis sayuran hijau lain. Asasnya adalah dimana ia juga memiliki kandungan serat yang cukup tinggi. Antara beberapa kandungan zat permakanan yang tinggi dalam daun ubi adalah bahan SERAT, Vitamin A, Vitamin B1, Karbohidrat, Asid Amino Essential dan juga Protein. Lazimnya khasiat daun ubi ini dapat kita jadikan bahan makanan sihat melalui khasiat pada kandungan zat permakannya tetapi kini disedari bawaha bahawa daun ubi ini mampu mengubati beberapa jenis penyakit. Beberapa kandungan zat yang tekandung pada daun ubi seperti vitamin B1, vitamin A, asid amino essensial dan karboidrat membantu meningkatkan tahap kesihatan pengguna. Perkara ini tentunya menjadikan daun ubi sangat baik apabila di makan sebagai menu harian kita. Umumnya terdapat 7 kebaikan dengan makan pucuk daun ubi ini jika diambil dengan betul dan sistematik. Jika anda makan terlalu banyak pun mungkin akan mendatangkan kemudaratan dan perlulah bersederhana ketia makan. Makanan yang enak ini mudah disediakan dan enak dimakan bersama keluarga atau ada juga sesekali ia dihidangkan dalam  jamuan atau kenduri dalam masyarakat Jawa dikampong saya di Muar, Johor.


Daun ubi juga dikaitkan dengan kesan penggunaannya didalam perubatan tradisional. Walau pun belum ada laporan klinikal yang diterbitkan mengenai perkara ini tetapi banyak testimoni yang menyokong kegunaan daun ubi didalam menyembuhkan pelbagai jenis masaalah kesihatan. Amalan makan daun ubi ini menjadi salah satu pilihan alternatif yang penulis akan paparkan sekadar untuk menambah ilmu pengetahuan pembaca blog anim agro kali ini.. Beberapa penyakit didakwa dapat ditangani oleh daun ubi untuk mengurangkan akan deritanya. Diantaranya adalah kesannya dalam usaha untuk menyembuhkan isu Cirit Birit (Diarrhea) dengan cara dimana pesakit ambil sekitar tujuh helai daun ubi kayu dan kemudian di basuh bersih. Rebuskan daun ubi tersebut dengan air sebanyak 800cc. Apabila air rwbusan tersebut tinggal 400cc (50% telam menjadi wap) maka ambil airnya dan kemudian diminum dua kali sehari atau sebanyak 200 cc sekali minum. Air rebusan daun ubi kayu memang didakwa amat baik dan cukup efektif dalam usaha membantu untuk mengurangkan masaalah cirit birit. Daub ubi kayu juga didakwa membantu mengubati penyakit Sakit Sendi atau reumatik. Kepada mereka yang ada masaalah sengal dan sakit tulang selepas bekerja sebaiknya mencuba rawatan ini. Caranya dengan menyediakan sebanyak 5 helai daun ubi dan kemudian di campurkan daun kapur sirih dan tambah sedikit air bersih. Bahan tersebut kemudian diramas sehingga ramuan hancur dan tempelkan pada bahagian sendi yang sakit atau ada rasa ngilu. Sebaiknya rawatan ini peru dilakuan tiga kali sehari. Memang kegunaan dan juga manafaat daun ubi sangat besar perannya bagi kesihatan tubuh manusia terutama bagi anda yang sedang terkena masaalah Aemia. Pengambilan makanan berasaskan daun ubi didakwa mempunyai kesan baik untuk kesihatan kita. Semuga artikel ini memberi info dalam anim agro technology ini berguna mengenai kehebatan daun ubikayu pulut untuk menambah ilmu anda semua. Wasallam!!!...
PUCUK DAUN UBIKAYU... PULUT JENISNYA...
BERBENTUK TIRUS.. LEMBUT DAUNNYA...
MUDAH DITANAM... SELALULAH DIBAJA...
ENAK DIMASAK... URAP DAN PELBAGAINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka, 
Melaka,
Malaysia.
(3 Ramadan 1440H).
DIkemaskini artikel pada 1 Jamadilawal 1447H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...