Support My Blog

Friday, November 7, 2025

BELUT DAN FAKTA PENTING

HAIWAN BELUT
(Monopterus albus) merupakan sejenis haiwan dari keluarga Synbranchidae yang mempunyai 4 genera dan 20 jenis atau s
pesis. Bagi penulis blog dimana haiwan belut ialah sejenis ikan yang hidup di air tawar dimana ia mudah dikenali dengan badannya yang panjang dan tidak bersisik seperti ular. Ia mempunyai keupayaan luar biasa iaitu ia mampu untuk hidup di dalam lumpur atau di luar air buat seketika kerana mampu bernafas melalui kulit dan rongga mulutnya. Selain it difahamkan yang belut adalah sejenis ikan pemangsa (carnivore) yang memakan ikan dan sebagainya yang terdapat didalam habitatnya. Belut dilihat ia mempunyai bentuk yang sesuai untuk hidup di dalam lingkungan atau di kawasan yang mempunyai oksigen rendah. Dalam beberapa laporan dinyatakan dimana hampir kesemua spesies belut sememangnya adalah ikan kerana ia memiliki kesemua ciri-ciri ikan diantaranya ia memiliki insang, sirip dan memiliki rangka sikat (osteichthyes atau 'bony fish'). Ada juga sebahagian ikan yang digelar sebagai belut yang tidak memiliki sirip pektoral, contohnya seperti Monopterus javanensis (Belut sawah atau Belut Paya) namun sebenarnya semasa peringkat juvenil ia memiliki sirip pektoral dan sirip itu beransur hilang apabila semakin matang. Walau bagaimana pun dinyatakan yang haiwan belut sawah atau belut paya sebenarnya bukan belut sebenar sebab ia dikategorikan sebagai 'eel like fish' (ikan seperti belut). Haiwan Belut masih berada di dalam kelas Actinopterygii iaitu kelas yang sama dengan semua ikan yang berangka sikat (osteichthyes) seperti yang kita ketahui hari ini dan di dalam kelas ini belut berada dibawah susur galur (order) anguilliformes,yang diletakan sebagai 'true eel'. Diantara spesies belut tempatan yang berada di bawah susur galur ini ialah Anguilla sp. yang di kenali sebagai ikan linang (di Indonesia ia dipanggil sidat) cuma kita tidak memanggilnya sebagai belut. Berbeza dengan belut sawah atau belut paya adalah kerana ia berada di di bawah Synbrachiformes. Istilah atau panggilan belut ini memang mengelirukan sebab ia digunakan secara spesifik pada sesuatu spesies sahaja . Apa pun artikel malam Jumaat ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai pelbagai fakta mengenai belut yang perlu kita kongsi info bersama untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan semua.


Haiwan b
elut mempunyai ciri khusus iaitu haiwan tidak bersisik dan tidak mempunyai sirip kecuali di bahagian ekor dimana ramai orang akan 'geli' atau 'takut' atau 'fobia' untuk memegangnya. Kebanyakan belut dari kawasan tropika adalah mempunyai insang yang sempit dan tinggal dikawasan lembab berair dan mampu mengambil udara atau bernafas melalui kulit. Penulis telah mengenali haiwan belut semenjak kecil lagi ketika memancing di anak sungai dekat rumah di Muar, Johor. Kadang-kadang mata kail di makan oleh belut yang memang menjengkelkan tetapi rupa-rupanya belut sangat sedap untuk dijadikan lauk. Kini menternak belut merupakan satu bidang usaha yang agak kurang di usahakan di Malaysia oleh rakyat tempatan tetapi ada syarikat besar dari Taiwan di Nenasi pernah menternaknya. Terdapat hanya beberapa syarikat yang pernah menjalankan ternakan belut secara komersil seperti oleh Syarikat Soon Seng, di Nenasi, Pekan, Pahang dimana syarikat tersebut telah beroperasi lebih 15 tahun bersama dengan ternakan udang. Bagaimana pun kini kebanyakkan kolam di lokasi tersebut telah menukar operasi kepada penternakan udang harumau yang beberapa jenis ikan lain. Terdapat banyak jenis belut yang didapati daripada belut didalam air masin, belut air payau dan juga belut air tawar. Didalam laut banyak terdapat jenis ikan belut yang kebanyakannya adalah pemangsa. Di negara kita dan beberapa negara Asean yang lain paling popular adalah Belut Sawah atau dipanggil Moa atau Lindung itu adalah sejenis hidupan yang mana ia mempunyai nilai ekonomi dan ekologi. Belut boleh dimakan dengan cara menggoreng, dimasak dengan sos pedas masam atau dijadikan 'Sup Belut' yang berkhasiat. Apa pun secara ekologi dimana para saintis telah menjadikan belut sebagai satu indikator tahap pencemaran persekitaran habitat sebab haiwan ini agak mudah untuk beradaptasi. Ketiadaan belut disuatu lokasi menunjukkan telah berlaku kemusnahan persekitaran yang sangat parah telah terjadi. Dalam habitat semulajadi belut adalah predator ganas di kawasan paya dan sawah. Makanannya terdiri daripada hidupan seperti ikan kecil, cacing, krustasea dimana belut juga lazimnya aktif di malam hari. Haiwan ini dapat mengambil oksigen terus dari udara dan mampu hidup berbulan-bulan tanpa air asalkan kelilingnya tetap basah. Penulis blog juga mendapati belut mampu menyerap oksigen melalui bahagian kulitnya. Belut lazimnya akan bersarang di dalam lubang berlumpur dan menunggu mangsa yang melalui didepanya dan memakannya. 


Walaupun didapati dimana berasal dari daerah tropika tetapi belut sawah diketahui dapat bertahan hidupdimasa musim sejuk dengan suhu sangat rendah. Kombinasi sifat-sifat yang dimiliki belut membuatkannya menjadi haiwan yang dianggap berbahaya bagi persekitaran yang bukan habitatnya. Bagaimana pun kini belut sawah telah dijadikan ternakan yang komersil melalui berbgai kaedah penternakan dan teknologi. Haiwan ini juga dapat mengambil oksigen terus dari udara dan mampu hidup berbulan-bulan tanpa air asalkan kawasan tempat tinggalnya tetap basah. Belut juga mampu menyerap oksigen melalui kulitnya yang licin dan berwarna coklat sehingga kehitaman. Warna belut bergantung kepada keadaan dipersekitarannya dan boleh membesar sehingga 1 meter. 
Pada kebiasaaannya belut bersarang di dalam lubang berlumpur dan menunggu mangsa yang lalui dihadapannya. Belut mempunyai deria pergerakan yang sensitif untuk mengesan mangsa walau mempunyai mata tetapi kurang berfungsi. Belut Sawah betina lazim bersarang di dalam lubang dimana ia akan bertelur dan meletakkan telur-telurnya pada gelembong atau buih-buih di air yang cetek atau dangkal. Jika telur belut menetas maka keluarlah anak belut muda yang semuanya betina. Dalam proses pembesarannya akan ada beberapa ekor akan yang menjadi belut jantan. Ciri-ciri utama belut boleh di teliti melalui bentuk badan dimana ia selalunya akan mempunyai badan yang panjang dan memanjang. Memang belut adalah sejenis ikan yang ada dikawasan air tawar (walau pun ada di kawasan lain) yang telah menyesuaikan diri untuk hidup di persekitaran yang rendah oksigen. Cara pernafasan belut unik kerana ia boleh bernafas melalui kulit dan rongga mulut dimana ciri ini telah membolehkannya hidup di dalam air berlumpur atau di luar air untuk jangka masa yang tertentu. Apa pun mengenali akan habitat belut yang biasanya ditemui di habitat seperti sawah, paya, dan muara sungai terutamanya di kawasan tropika dan subtropika. Kalau hendak tahu akan apakah perbezaan daripada ular dimana haiwan belut berbeza daripada ular kerana ia adalah ikan yang mempunyai insang dan sirip (walaupun strukturnya telah diubah suai) manakala ular ialah haiwan dari jenis reptilia.


Menarik 
mengebai fakta pemakanan belut atau kandungan nutrisi dimana setiap 159 gram ikan belut yang dimasak mengandungi komposisi nutrien seperti iaitu tenaga sebanyak 375 kalori, air 94.3 g, protin 37.6 g, Lemak lipid 23.77 g dan juga ash 2.86 g. Zat didalamnya termasuk kaya dengan nutrien, yang mana mengandungi:258.29% Vitamin A, 191.67% Vitamin B12, 103.65% isoleucine, 103.23% lisin, 95.68% tryptophan, 93.69% threonine, 91.71% valine, 89.85% histidine, 82.68% leucine, 75.20% protein, 67.91% lemak, 62.86% fosforus, 44.59% niacin, 30.09% zink, 24.25% thiamin,24% selenium, 12.75% zat besi dan 11.81% kalium. Khasiat belut selapas di makan atau di ambil dimana ada banyak kajian di jalankan diantaranya ia Baik untuk mata dan otak dimana ia mampu sumbangkan kepada perkembangan otak dan fungsi sistem saraf. Ia juga menggalakkan penglihatan mata yang lebih baik dan sihat. Bagi orang yang bergelut dengan masalah penglihatan mata tertentu, memakan belut adalah penyelesaian yang lebih baik daripada membelanjakan wang pada pembedahan mata dan cermin mata. Belut juga akan dapat Mengurangkan kemungkinan diabetes sebab ia dilaporkan mempunyai jumlah karbohidrat yang kurang atau minimum dan protein yang tinggi, protein boleh membantu pengeluaran insulin dan mengekalkan paras gula dalam darah tubuh dan akan ia mengurangkan peluang untuk beri kesan kepada sebarang jenis diabetes terutamanya diabetes jenis 2. Memakan belut didakwa akan mampu Mengurangkan risiko kardiovaskular apabila terdapat banyak jenis dan alasan untuk penyakit kardiovaskular dan sebagai penyakit membawa maut yang paling ditakuti. Haiwan belut telah ditemui dengan salah satu jenis ikan dengan sumber omega-3 tertinggi. Ini boleh melambatkan perkembangan diabetes dan penyakit berkaitan dengan jantung. Sudah diketahui bahawa ikan ini boleh membantu melawan kolesterol jahat yang terbentuk dalam sistem darah dan juga dapat membantu memusnahkan kolesterol jahat yang sudah terbentuk dalam darah. Belut juga akan dapat Menguatkan tulang sebab ikan ini mempunyai fosforus yang tinggi dalam dagingnya. Jika anda ingin mempunyai tulang yang kuat dan sihat, mulakan dengan mengambil belut secara teratur. Belut juga akan membantu dalam mengelakkan atau meminimumkan terjadinya kejadian kehilangan tulang, juga dikenali sebagai osteoporosis. Apa pun ramai mungkin mengatakan bahawa ini adalah faedah yang sama dari minum susu, makan yogurt atau udang yang dimakan. Tetapi jumlah fosforus dalam belut adalah lebih tinggi daripada mana-mana gabungan itu. Dilaporkan akan ada keadaan Pembentukan DNA setelah makan belut sebab bahan Cobalamine adalah penting untuk pembentukan DNA dalam tubuh. Vitamin sangat penting untuk proses seperti proses pembahagian sel. Kekurangan Vitamin B12 kemudian akan menyebabkan pembentukan megaloblast dalam badan yang boleh membawa kepada anemia. Ia juga akan dapat Meredakan kesakitan haid bila kelebihan asid lemak omega-3 pada ikan bukan sahaja hebat dari segi melindungi hati dan mengekalkan tulang yang sihat. Banyak kajian menunjukkan bahawa lemak tepu yang sihat bertindak sebagai rawatan premenstrual syndrome atau PMS semula jadi dengan mengurangkan keradangan. Dengan itu, ia melegakan kesakitan dari kekejangan haid yang dialami oleh kebanyakan wanita. Belut dilaporkan dapat Melindungi kulit dan dapat mengurangkan kedutan kulit sebab ikan ini juga kaya dengan vitamin A, yang mana merupakan bahan anti penuaan yang sering digunakan dalam produk penjagaan kulit untuk memerangi kedutan. Tambahan lagi, anda boleh bergantung kepada kehadiran EPA (sejenis asid lemak omega-3) untuk kulit yang lembut. Ia bukan sahaja membantu memerangi jerawat dengan sifat antiradang, tetapi juga melindungi kulit anda daripada sinaran UV berbahaya seperti pelindung matahari dalaman. Vitamin A juga membantu menyingkirkan toksin dan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit. Selain mengekalkan kelembutan kulit, ia juga mengekalkan kelembapan, mencegah kekeringan dan keadaan kulit seperti psoriasis.


Makanan belut sebagai bahan suplemen kesihatan sudah popular terutama di rantau Asia seperti Jepun dan Korea, juga beberapa bahagian Eropah dimana ada ramai individu sedang mengambil makanan tambahan belut yang sudah dipercayai boleh memperbaharui kekuatan, terutamanya dalam kalangan orang tua. Orang Korea juga percaya bahawa ikan ini adalah sumber terbaik untuk stamina, daya hidup dan tenaga. Pembuatan suplemen ini juga agak mudah. Kulit, daging, dan tulang ikan ini dipanaskan dan dibentukkan menjadi tepung. Bagaimana pun ada kajian dibuat bagi mengetahui akan kesan sampingan belut sebab di sebalik manfaat dagingnya, ikan ini juga mempunyai kesan sampingan. Bagi mereka yang mengalami masalah kolesterol memang mereka tidak disarankan untuk mengambil ikan ini. Pengharaman ini bukan tanpa alasan bagi penghidap kolesterol akan tetapi kerana ikan ini mengandungi kandungan lemak yang tinggi. Akan berlaku isu peningkatan tahap kolesterol jika mengambilnya. Makanan yang mengandungi banyak protein haiwan, sangat biasa mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi. Dalam satu hidangan (150-180 gram belut), mengandungi kolesterol sebanyak 188 mg. Belut memang didakwa akan meningkatkan kadar lemak tubuh dan risiko penyakit degeneratif dimana ini terjadi jika ikan ini diambil dalam hidangan yang besar atau kerap atau dengan kaedah memasak yang tinggi lemak, seperti goreng atau digoreng tepung. Apa pun tabiat pemakanan harian boleh mempengaruhi tahap kesihatan diri secara keseluruhan. Sekiranya ada ingin mencuba beberapa makanan tambahan seperti belut, ikan haruan, gamat atau lain-lain maka sebaiknya berbincang dengan doktor terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kes komplikasi dan memburukkan keadaan sedia ada. Semuga artikel ini mmemberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA BELUT ..AMAT LICIN SEKALI...
SEJENIS IKAN... BERKHASIAT DIBELI...
ADA DIJUAL... SEGAR DAN TIDAK MATI...
MEMBACA ARTUKE... JADI SENANG HATI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(17 Jamadilawal 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...