Bagi penulis blog memang suka membeli dan menikmati makanan tradisional yang banyak di jual di Pantai Timur iaitu Dodol Daun Palas. Media sinarharian.com laporkan bagaimana kisah 'Dodol daun palas masih menjadi pilihan' untuk disembangkan. Kisah dari Marang menarik bila dodol yang dibungkus secara tradisional menggunakan daun palas masih mendapat tempat di hati peminat juadah istimewa hari raya itu. Kampung Batangan yang terletak di Marang, kira-kira 25 kilometer dari Kuala Terengganu sememangnya terkenal dengan penghasilan dodol daun palas dan penduduk di situ menjadikan ia sebagai perusahaan yang diwarisi daripada generasi ke generasi. Seorang daripada pembuat dodol daun palas di Kampung Batangan, Rojini Razak, 46, berkata rasa lemak manis dodol yang dicampur dengan aroma daun palas yang telah disalai atau dilayur menjadikan makanan tersebut sering dicari terutama pada Ramadan dan Aidilfitri. Kalau dahulu ada lebih kurang 15 orang yang buat dodol daun palas di kampung ini. Namun sekarang hanya tinggal dalam enam orang sahaja. Antara puncanya adalah kemahiran membuat dodol tersebut yang tidak diwarisi kepada generasi seterusnya. Jadi apabila pembuat dodol meninggal, anak-anak mereka tidak dapat meneruskan legasi yang ditinggalkan. Bagi Rojini yang mewarisi perusahaan dodol daun palas daripada arwah ibunya, Esah Mamat sejak 2014 berkata bagi menjaga kualiti dan rasa dodol, proses memasak dan mengacau makanan itu kebiasaannya memakan masa hingga lapan jam. Dodol yang dimasak secara tradisional menggunakan kayu arang juga lebih sedap berbanding menggunakan mesin kerana ia membuatkan dodol mudah hangus. Ada juga beberapa penduduk yang beli mesin membuat dodol tetapi tidak berapa lama kemudian terpaksa menjual mesin itu semula kerana pelanggan enggan memakan dodol yang dihasilkan daripada mesin. Selain itu katanya, daun palas yang digunakan untuk membungkus dodol juga perlu dilap sehingga betul-betul bersih dan kering bagi mengelakkan dodol cepat berkulat. Rojini yang menjalankan perusahaan tersebut bersama suami, Mazlan Abdullah, 52, hanya memasak satu kawah dodol sebanyak dua kali seminggu memandangkan perlu juga mengambil masa untuk mencari dan menyalai daun palas serta membungkus dodol. Setiap kawah boleh menghasilkan sebanyak 4,000 unit bungkusan dodol daun palas yang kebanyakannya akan dibeli oleh peniaga, bukan sahaja untuk pasaran di sekitar Terengganu malah di negeri luar seperti Pahang dan Kedah. Ibu kepada enam anak itu berkata setiap unit bungkusan dodol dijual pada harga 18 sen seunit dan beliau meraih pendapatan kira-kira RM2,400 sebulan. Dia juga setakat ini telah menerima tempahan sebanyak 20,000 unit dodol daun palas sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Dodol ini kita memang buat sepanjang tahun walaupun bukan pada musim perayaan. Bila raya mungkin perlu buat banyak lagi kerana permintaan meningkat. Kalau hari biasa kita akan masak lapan kawah dodol sebulan tetapi untuk hari raya perlu tambah satu atau dua kawah lagi. Rojini berkata beliau kini sedang melatih kemahiran membuat dodol daun palas kepada anak sulungnya Nurul Fazlin Syahira, 26, supaya makanan tradisi tersebut tidak pupus ditelan arus kemodenan sekali gus terus diwarisi ahli keluarganya.
Menarik di laporkan dalam hmetro.com dimana 'Ketupat palas Mak Cik Nab popular' dimana ketupat palas menjadi satu daripada beraneka juadah tradisional yang mudah didapati pada kebiasaannya di bulan Ramadan dan Syawal khususnya di Terengganu. Ketupat ini sama ada dimakan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu, ramai yang menggemari juadah ini kerana rasa enak pulut yang dikukus dengan santan dan dibalut dengan daun palas yang kini semakin sukar didapati. Bagi Zainab Awang (61) pembuat ketupat palas berasal dari Kampung Bukit Tunggal, Kuala Nerus, meskipun kini sukar mendapatkan daun palas bagi menghasilkan juadah itu, beliau tetap tidak putus asa memandangkan ia punca pencariannya sekeluarga sejak 18 tahun lalu. Dia yang selalu mengupah orang kampung di Gemuruh mencari daun palas dengan bayaran RM30 bagi setiap 10 pelepah daun palas yang digunakan untuk menghasilkan ketupat kegemaran ramai itu. Dia pada mulanya memang tidak pandai mrmbuat ketupat dan cuba belajar dengan orang kampung, tapi dia tengok mak cik macam tidak pandai buat. Tapi makcik nekad belajar daripada orang lain dan selepas berjaya belajar, bermulalah jualan ketupat palas mak cik. Apa pun awalnya tidak ramai orang suka makan akan tetapi lama-kelamaan ketupat palas mak cik semakin mendapat sambutan dan hinggakan ada yang menempahnya untuk dibawa pulang termasuk dari Perak, Selangor dan Kuala Lumpur. Malah ada yang menempahnya untuk dibawa ke Arab Saudi. Kini Zainab yang dibantu oleh anak-anaknya meneruskan jualan ketupat palas pada bulan Ramadan ini di sekitar kawasan kampung itu dengan purata pendapatan lebih RM180 sehari. Bulan puasa selalunya seawal pagi selepas waktu sahur akan mula mengukus pulut sebanyak 15 kilogram yang boleh menghasilkan sehingga 375 biji ketupat. Dia akan sediakan santan sebelum di'arong' (adun) dengan pulut, dimasak dahulu supaya ketupat boleh tahan lebih lama dan tidak cepat basi. Menyedari persaingan daripada pembuat ketupat palas yang lain di sekitar Kuala Terengganu dan kampungnya, Zainab kekal menjual ketupat dengan harga 50 sen sebiji meskipun berdepan kenaikan harga barangan dan Cukai Barang dan Perkhidmatan. Dia tidak akan mengambil untung lebih pun..boleh makan anak-beranak pun dah syukur sangat...sebab ini sahaja yang mampu mak cik lakukan untuk bantu keluarga.

Kisah bagaimana 'Daun palas sumber rezeki Ramadan OKU' juga sesuai di kongsikan kisahnya. Kisah dari Sungai Petani, Kedah dimana kedatangan Syawal memberi idea kepada seorang orang kurang upaya (OKU) untuk meraih pendapatan dengan menjual daun palas. Bagi Muhammad Azamirudin (26) dari Bandar Puteri Jaya berkata, idea itu tercetus apabila memikirkan kepayahan orang ramai mendapatkan daun palas bagi menghasilkan ketupat. Biarpun menggunakan kerusi roda sepenuh masa namun dengan bantuan rakan niaga serta sahabat yang sentiasa menyokong membuatkan dia makin bersemangat untuk meneruskan jualan daun palas. Apa pun dakwanya dimana permintaan juga tinggi menyebabkan stok perlu sentiasa ditambah dari masa ke masa dimana dia akan menjual daun palas di hadapan rumahnya. Dia yang juga merupakan Pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti tidak boleh memandu namun menggunakan khidmat rakan yang diupah untuk mengambil stok atau menghantar daun palas kepada pelanggan. Kalau sebelum ini dia pernah jual ikan laga kali ini jual daun palas pula sebab tahu memang ada ramai yang perlukannya. Selain jual kepada kawan-kawan terdekat di rumah, saya juga iklankan melalui media sosial. Pelanggan yang dekat saya akan hantar ke rumah tetapi jika jauh saya akan pos atau tumpang khidmat pemandu lain yang diupah. Kini dia memperoleh keuntungan kira-kira 30 hingga 40 sen bagi setiap satu kaki daun palas yang diambil di beberapa kawasan dalam dan luar daerah. Biarpun hanya berkerusi roda namun ia tidak menghalang Muhammad Azamirudin memberi khidmat kepada masyarakat. Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna untuk pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

DAUN PALAS... ADA KEGUNAANNYA...
ANYAMAN KETUPAT...KUIH LAIN JUGA...
SEMAKIN PUPUS... SUSAH MENCARINYA...
MEMBACA ARTIKEL... SERONOK JUGA...
ANYAMAN KETUPAT...KUIH LAIN JUGA...
SEMAKIN PUPUS... SUSAH MENCARINYA...
MEMBACA ARTIKEL... SERONOK JUGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(11 Zulhijjah 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.